Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya kenalkan diri saya sebagai Syahrul. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada para admin Fiksyen Shasha atas kesudian mempublishkan surat ini mewakilkan diri saya.
Kepada penulis cerpen “Bebaskan Aku” Cik Anastasia bt. Halis yang saya sangat kenali. Maaf andai surat ini mengganggu emosi Anastasia. Saya mengerti perihal yang menimpa saudari adalah berpunca daripada sikap saya sendiri sejak empat tahun yang lalu.
Anastasia,
Bukan saya tidak cuba mencari saudari untuk melutut memohon ampun dan maaf.
Bukan saya tidak cuba mencari penyelesaian terhadap perkara yang tercetus.
Tetapi saya tidak diberi peluang untuk merayu.
Saya tidak diberi peluang untuk menyatakan maaf.
Saudari menjauh, menghilangkan diri daripada saya.
Saya tidak tahu bagaimana cara untuk berhubung dengan saudari.
Anastasia,
Saya sedar khilaf saya. Saya sedar perbuatan saya menyebabkan hidup saudari tidak normal.
Saya sedar dendam saya terhadap saudari memusnahkan hidup saudari.
Tapi percaya lah yang saya sudah berubah.
Saya telah mendapatkan balasan yang setimpal atas perbuatan saya.
Percayalah yang masyarakat juga sedang menghina saya, menghukum saya atas keterlanjuran saya.
Percayalah yang saya juga sedang berusaha memulihkan keadaan.
Percayalah yang saya juga turut merasa terkesan dengan penghijrahan saudari ke Fulham, London.
Percayalah yang saya juga cuba mencari saudari di Fulham sejak setahun yang lalu tapi saya gagal bertemu saudari.
Anastasia,
Seandainya saudari membaca surat ini, saya dengan rendah hati rendah diri memohon ampun dan maaf kepada saudari.
Ampunkan lah segala dosa- dosa saya terhadap saudari.
Sungguh saya telah menyesali semua perbuatan yang saya lakukan kepada saudari.
Maafkan lah saya yang hina ini.
Saya tunggu kepulangan saudari di Kuala Lumpur. Izin kan saya menebus kesalahan saya terhadap saudari.
Saya yang berdosa,
Syahrul.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Sy harap en. Syahrul dapat bantu cik anastasia membuang sihir yg ada dlm dirinya, biar la habis ribu riban pun asal cik anastasia dpt hidup normal seperti hidup en. Syahrul skrg..
Alhamdulillah…
alhamdulillah
syukur…
Knapa?
http://fiksyenshasha.com/bebaskan-aku-2/
Bc kat cni kenapa jd mcm tu…
Bagus la kalau dh sedar.. Manusia mcm kau mmg patut dihina pun.. Kerana dia putus tunang kau pegi sihir dia.. mmg patut pun dia putus ngan kau sbab kau dh ade anak bini kt rumah buat ape nk cari yg lain? (Tu yg aku baca kt story cik ana) Kau nasib baik dia x bls balik perbuatan kau tu, menunjukkan dia xde mase nk layan sihir jadah haram smua ni, harap smua lelaki luar sana jgn la berdendam kt sape2 smpai nk hantar sihir bagai ni.. Smua ni haram klau guna utk mencelaka kan hidup org lain..
buang yang keruh ambillah yang jernih….tak sangka web cerita hantu ni boleh jadi tempat pertemuan dua pihak bermusuh…diharapkan keluarga kedua-dua pihak berjumpa dan jernihkan segala kekeruhan rungkaikan segala kekusutan leraikan segala simpulan dendam …..semoga kita sama2 menjadi hamba ALLAH yang lebih bertakwa…
Setiap manusia tak lepas dari kesalahan…kalau anda dah bertaubat mintalah keampunan dari Allah dan empunya diri.
Bagi Anatasia maafkan segala kesilapan kawan awak sesamalah bermuhasabah diri.
semoga anda berdua sentiasa dalam rahmat Allah
Alhamdulillah dh insaf. tapi kesan yang tinggal tehadap tuan punya badan tu tetap ada. mohon encik syahrul berusaha bersungguh-sungguh untuk tolong mengubati cik Anastasia. Saya faham perasaan cik Anastasia sebab arwah mak saya pernah kena santau sampai badan tinggal sekeping sama paras dengan tilam. tahu kesannya? sampai sekarang kami adik beradik tak maafkan orang yang santau arwah mak kami. pandang muka beliau pun kami x sudi. moga Allah buka hati kami untuk memafkan beliau dan moga Allah bukakan hati cik Anastasia utk maafkan encik syahrul.
Alhamdulillah, semoga penulis bebaskan aku akan memaafkan saudara….
Alhamdulillah. Semoga semua akan bertambah baik.
Semoga engkau m**i otak.honestly ko psycho …and tak perlu dimaafkn sampai bile2. Hidup ko x akan selamat sampai bile2.
jap..cam de terbaca satu cerita yg berkait ngn cerpen ni
Ni cite yg mana ek
Knpe la sanggup buat macam tu skli,dah jelas awk slh menipu status lgsg x pk akibat menipu awk tambah lagi penderitaan bekas tunang awk dgn menghantar sihir.
Bila dy mtk tarik balik sihir awk mendabik dada megahkan diri..kerana ego semua hancur.
Teman pon pernah putus tunang…pernah putus cinta…cinta hati teman dok layan jantan lain…psl putus tunang tu pulak dh dekat nk majlis boleh pulak dia pi putuskan…ms tu pulak dgn adik yg dok eksiden…jiwa betul2 tertekan sampai kn buang kerja…tp idaklah teman pi cr bomoh dok kenakan pd bekas tunang mahupon bekas makwe teman tu …yg teman buat hanya dok solat hajat…dok solat istikharah…solat taubat…lama2 ok…boleh lupakan semua itu…yg plg teman syukur sgt ..saat ini ditemukan jodoh dgn isteri teman skrg…alhamdulillah bahagia perkahwinan teman skrg…dgn cahayamata yg dikurniakan Allah…igt jodoh tu kuasa tuhan…Allah dh tentukan siapa jodoh kita…usah lah buat kwrja bodoh ..yg jd mcm tu sbb perasaan dendam…dendam tu sifat syaitan…bt per kita nk ikut…yg penting kita redha…teruskan hidup…sentiasa berdoa…dgn doa hidup kita pasti dirahmati Allah
semoga penulis & Allah mengampunkanmu. Maaf itu mungkin, tapi melupakan itu tidak