Surau Hotel, Di Bagan Lalang

Assalammualaikum semua, kisah in terjadi beberapa tahun lepas. Mungkin sudah pernah aku hantar tapi entah berjaya atau tidak menembusi panel pengadilan juri FS. IT;s okay kita try lagi sekali sebab nak berkongsi pengalaman dengan semua.

Kisah terjadi di sebuah hotel di area Bagan Lalang, masa ni Bagan Lalang tak ada lagi pembangunan seperti sekarang, cuma yang ada restoran ikan bakar itu pun hanya beberapa buah saja. Aku ada kursus melibatkan khidmat untuk kerajaan masa tu. Sampai di hotel macam biasa check in dan bersiap-siap untuk hadiri taklimat. Aku sebilik dengan teman sepejabatku Rosman (bukan nama sebenar). Aktiviti seminggu di sini memang padat, dari pagi sampai pukul 11 malam.Kadang-kadang melarat ke 1-2 pagi bergantung pada tugasan.

Malam kedua di hotel, selepas solat Maghrib di dalam bilik, aku rasa nak sangat membaca Yasin. “Man, hang masuk dulu meeting ya”, cakap kat depa aku baca Yasin sat kat surau bawah, kataku. Man dia ok ja, tarik remoih dia terus dia keluaq. Aku pun bergerak ke arah surau hotel. Untuk makluman surau hotel ni terdiri dari 4 biji kontena yang dicantumkan. Lantainya diletakkan papan dan carpet. Dinding kekal berlekuk-lekuk cuma ditebuk buat tingkap cermin nako di beberapa sisi.

Sampai di depan surau, dengan bacaan Bismillah aku membuka pintu surau, samar-samar di dalamnya. Memandangkan hotel ni berhampiran dengan pantai, bulan agak terang dan angin dari laut bertiup tak kuat tak perlahan menambahkan rasa sunyi di kawasan surau yang terletak di bahagian paling belakang tapak hotel ni.

Aku menutup pintu surau dan masuk ke dalam perlahan-lahan sambil melilau mencari suiz lampu. Setiap langkah kaki aku disertai dengan bunyi lantai papan yang berkeriut. Jenggg!! jumpa suiz lampu, aku buka kipas dan ambil surah Yasin.

Aku duduk di saf paling hadapan. Baru sahaja aku buka dan nak memulakan bacaan AL-Fatihah, tiba-tiba ada ketukan di pintu surau bertalu-talu seolah-olah ada orang nak masuk tapi nak tau ada orang ke tak kat dalam. Aku toleh ke belakang melihat pintu surau. Eh! nak masuk surau pun nak ketuk pintu ka,,masuk ajer la, kata aku dalam hati.

Tunggu punya tunggu, takdak sapa-sapa pun masuk. Aku pun nak sambung balik.

Audzubillah..tok!tok!tok!tok!tok! sekali lagi ketukan di pintu surau berbunyi, kali ni agak kuat dari tadi. Terkejut aku. Aku toleh dan terus bangun menuju ke pintu. Aku buka pintu dan tengok takada sesiapa pun di luar. Aku tinjau kiri dan kanan, takada orang.

Surau ni keliling dia kawasan lapang yang ada hang pokok-pokok kelapa mawar dan pokok mempelam yang masih baru di tanam. Dengan bantuan cahaya bulan yang terang tu, aku tinjau sekitar. Pelik ni kata aku, dah ketuk tak nak masuk. Ahh..lantakla, dan aku pun masuk ke dalam surau.

Sebaik sahaja aku duduk dan membaca Ummul Kitab dan sebut ayat pertama Yaaasinnn…tiba-tiba lantai di dalam surau berbunyi berkeriut-riut seolah-olah ada beban berat yang berjalan di atasnya menuju ke arah aku.

Memang jelas aku rasa macam ramai orang sedang memasuki surau tersebut. Di luar pula dinding kontena berbunyi seperti ada orang memegang sebatang kayu atau besi berjalan mengelilingi surau sambil kayu tersebut diseret pada dinding kontena surau yang berlekok-lekok.

Saat ini aku dalam hati hanya Allah yang tahu, rasa nak lari ada, rasa seram takut ada,tapi aku kuatkan hati bertahan dan teruskan bacaan Yasin dengan tertib dan perlahan-lahan. Apa nak jadi-jadilah aku tak akan lari, kata aku dalam hati.

Keadaan di dalam surau sepanjang aku baca Yasin tu rasa agak panas walaupun kipas angin stand depan aku. Semua aku tak peduli..aku teruskan bacaan. Bunyi seretan pada dinding terus menerus mengeliling surau, sebaik sahaja aku habiskan ayat terakhir surah Yasin, bunyi tersbut terus senyap.

Suasana terus sunyi sepi dan sejuk. AKu gagahkan hati yang seram sejuk ni…kemas apa yang patut, tutup semua suiz dan melangkah keluar. AKu pusing keliling masih lagi berharapan bunyi seretan tu datang dari pokok kayu ka apa ka tapi tak ada satu pokok pun yang mencecah dinding surau dahan atau rantingnya. Sah…sah dah ni..memang benda lain..

Allahuakbar..aku berjalan pantas menuju ke bilik kursus dengan penuh tanda tanya. Sehinggala aku dapat jawapan keesokkan harinya. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Chempeqha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Surau Hotel, Di Bagan Lalang”

    • Lebih baik xpayah tulis esk dpt jawapan, lepas tu cerita dah habis. Cerita tergantung. Jangan ckp ada Part 2 pulak, semata2 nak cerita jawapan dia je. hehe

      Reply
  1. (Sambungan di carigold)
    Persoalan itu tidak terjawab sehinggalah hari terakhir aku disana. Aku tidak menceritakan pada sesiapa walaupun teman sebilikku. Semasa makan tghari..aku bertanya pada seorg staff lelaki hotel tersebut. ” maaf dik tumpang tanya..di hotel ni ada tak tempat2 yg agak keras”, tanya ku. Teman sebilikku..terhenti menyuap makanan dan melihat tepat ke wajahku. pekerja hotel tersebut berkata ” ada bang..bilik 201 (tidak salah aku) agak keras…(buat pengetahuan bilik yg dinyatakan tersebut tidak salah aku selang sebilik dari bilik aku), tapi tempat yang selalu ada gangguan atau usikan di surau bang”, katanya sambil menunjukkan jari ke arah cermin tingkap. AKu menoleh dan memandang kearah seorang pakcik yang menggunting pokok2 di situ. Pakcik tukang kebun tu lagi bnyk tahu bang.Pekerja itu menyambung ” di surau sini bang..kalau tidur di dalam..ada yang kena angkat..kena usik..tarik kaki..tindih..dan mcm2 lagi.” kata pekerja itu dengan bersungguh2. Penjelasan dan jawapan pekerja itu memberi aku sedikit sebnyk penjelasan terhadap apa yg aku alami jumaat malam lepas. sEHINGGA kini ia masih menjadi persoalan bagiku.

    Aku mengharapkan..apa yg aku cerita ini daapt dikongsi bersama.

    Reply
  2. Kalau tahu jawapannya tapi tak nak cerita jawapannya baik tak payah tulis yang hang tahu jawapannya. Susahkan hati orang je sebab tak dapat tahu apa jawapannya. Baik reply comment kawan2 kat sini bagitahu kenapa benda tu berlaku. Memang mistik ke?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.