SURAU

” Aduh malas lah” ujarku dalam hati setelah teringat hari ini aku ditugaskan untuk mengumandangkan azan subuh di surau sekolah. Tubuhku layu seakan akan mayat baru bangun tidur, kerana semalam aku telah memerah peluh mengurus sebuah majlis di sekolahku.

Jam menunujukkan pukul 4.50 pagi. Aku bangun dari katil dan terus menukar pakain untuk ke surau. Aku menyarung sandal ku, dan meneruskan langkahku ke surau dan meninggalkan pintu utama asrama. Pagi itu sungguh sunyi, embun embun pagi terasa sangat segar. Setelah lima minit aku berjalan, akhirnya aku tiba di surau. “pelik” ujarku. aku sorang pada waktu itu, surau kelihatan kosong, gelap dan sunyi.

Tidak menunggu lama, aku pergi ke tempat wudhu dan membasahi anggota tubuhku dengan air wudhu sebelum masuk ke dalam surau. ” krikk” aku mendengar bunyi seakan paip dibuka di bahagian wudhu pelajar wanita. tidak hairanlah, mungkin ada pelajar yang ingin ke surau awal. Setelah aku selesai mengambil wudhu, aku terus masuk ke dalam surau, bunyi air paip di bahagian wanita pun telah hilang, mungkin dia sudah masuk ke dalam surau agaknya, ujarku dalam hati. Aku terus membuka suis lampu surau.

5 pagi
langkah kakiku terhenti apabila melihat susuh tubuh perempuan bertelekung di ruangan solat wanita. kelihatan dari jauh, dia tengah sujud, sangkaanku mungkin dia sedang menunaikan solat sunat dahulu sebelum subuh.Aku terus pergi ke ruang azan, melihat kembali jadual pelajar yang ditugaskan untuk mengumandangkan azan subuh. ya, tidak salah lagi, memang aku. Sementara menunggu waktu subuh, aku duduk di saf paling hadapan, hairan menyelebungi hatiku, pelajar pelajar lain belum tiba ke surau pagi itu. selalunya pada waktu sebegini, para pelajar memang sudah berada di surau. tidur m**i agaknya.

Sementara menunggu masa untuk aku mengumandangkan azan, aku tergerak hati untuk melihat perempuan yang aku lihat tadi, Dia masih dalam keadaan sujud. Aku merenung saja perempuan itu, walaupun hakikatnya aku harus menjaga pandangan hahaha. sedang asyik aku melihatnya, dia mebangunkan wajahnya dari sujud. alangkah terkejutnya apabila aku melihat wajah ‘dia” yang begitu menyeramkan melihat tepat ke arahku. Perempuan berwajah seram itu terus berdiri memandang ke arahku dalam keadaan tersenyum dan ketawa ” hihihihiihih” tubuhku menggeletar dan aku terus berlari keluar dari surau.

THUMP!!!!
Pintu surau terkunci dari luar, aku terperangkap di dalam surau bersama makhluk itu. ” kenapa lari~~~, kau belum azan lagi kan hihihihihi ” ujar makhluk itu. Badanku basah dengan peluh, mulutku terkunci, aku ingin menangis namun badanku seakan seakan dikawal. Tidak lama kemudian, aku merasakan kakiku dipegang erat, alangkah terkejutnya aku melihat susuk makhluk itu menjilat dua belah kakiku sambil mengilai. Aku menjerit sekuat kuatnya. ” ALLAHUAKHBAR”. aku pengsan.

Bangun bean!!!
Aku melihat Ustaz dan rakanku razif berada di hadapanku. ” kenapa awak tidur sini, dan kenapa awak tinggalkan kawasan asrama!! , soal ustaz dalam keadaan marah. ” harini kan saya yang ditugaskan untuk azan subuh ustaz, saya keluar asrama pun pukul 5pagi tadi, pintu asrama memang dah buka kan waktu tu? ” jawabku dalam keadaan takut. ” kau gila ka, sekarang ni baru pukul 4 pagi, aku dengan ustaz cari kau dari pukul 12malam tadi, kau dah tinggalkan asrama lepas pukul 12 bean! ” balas razif. “HAH?” aku melihat jam ditanganku, ya baru pukul 4pagi, aku menceritakan semua peristiwa yang terjadi padaku kepada ustaz, dia mengambil keputusan untuk merawatku setelah usai solat subuh.

Mungkin silapku, aku tidak membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur pada waktu itu. sehingga kini, wajah makhluk yang menyeramkan itu masih jelas dalam kepalaku.

tamat~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

atifasyrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.