SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III PART 1

….
…..
…. “aku..aku telah belajar..”
“belajar mengenai cahaya dan kegelapan. 2 benda yang berkaitan rapat, namun sangat berbeza”.
“Jika cahaya melambangkan kebaikan, kegelapan pula melambangkan kejahatan”
“Namun begitu……bayang tidak akan wujud tanpa cahaya. Dan tanpa cahaya…..”.
“TIDAK AKAN WUJUD APA-APA………”.

“Mirah!!”.
Jerit Nazurah kepada rakannya, Mirah yang sedang tertidur. Ketika itu mereka sedang berada didalam sebuah kereta, yang juga sedang menuju ke satu destinasi. “Apanya Nazurah? Sakit tau telinga aku! Kau pergi jerit kuat-kuat dah kenapa?”. marah sedikit Mirah. Kepalanya yang masih berpusing itu menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosinya.

“Yalah. Aku panggil kau, kau tidur jer. Aku dah bosan tau”. balas Nazurah sambil tersenyum kambing. Mira hanya menggelengkan kepalanya saja. Setelah itu, dia menjenguk ke luar tingkap, melihat pokok-pokok besar yang mengelengingi jalan yang mereka lalui. “Awak, jauh lagi ke?”. Soal Mira kepada pemandu kereta tersebut, Amirul, yang juga teman lelakinya. “Dah dekat dah, sayang. Tu la, dari tadi tidur jer. Awak terlepas tau pemandangan cantik di sini”.
Ujar Amirul cuba mengusik kekasihnya itu.

Pada masa itu, kelihatan seorang lagi lelaki memeluk Nazurah di tempat duduk belakang. Mereka berdua kemudiannya terus bermesra di situ, menyebabkan Mira tidak berasa selesa. “Guys, find your own room. Jangan kat sini. Sini kampung aku tau”. tegur Mira kepada Nazurah dan juga lelaki itu, yang juga merangkap teman lelaki gadis itu, Azzam. Mereka berdua terus menghentikan perbuatan mereka, namun dengan gaya yang agak kasar. “Alaa…rileks la. Kita belum jumpa sesiapa lagi kan? Amirul, tengok awek kau ni”.
Kata Azzam dengan nada yang sedikit kasar. “betul la apa yang Mira kata ni. Kita ni orang luar”. Balas pula Amirul, membela perbuatan Mira itu. Setelah itu, keadaan menjadi sunyi semula, hanya ditemani dengan musik dari radio kereta itu. Tidak lama kemudiannya, mereka memasuki satu kawasan selepas melihat papan tanda ‘Kampung Geriling’. “Sampai pon”. Kata Mira pendek.

Kampung Geriling, merupakan kawasan perkampungan Melayu yang terletak kira-kira 40km dari Kuala Kangsar, Perak dan kawasannya dikelilingi bukit-bukau yang menjernih kehijaun, penuh dengan alam flora dan fauna. Disitu juga terletaknya rumah nenek kepada Mira. Mendengar bahawa neneknya kurang sihat, dia bersama keluargnya mahu menjenguk ahli keluarga mereka itu. Walau bagaimanapun, Mira bertolak bersama rakan-rakannya kerana dia masih berada di UiTM Puncak Alam dan baru habis peperiksaan akhir semester.
“Wow…cantik doh kampung kau ni, Mira. Tengok, banyak giler orang jual buah-buahan”. Kata Nazurah keriangan taktala melihat gerai-gerai buah penduduk tempatan itu dari dalam kereta. Mereka kemudiannya menyinggah satu gerai untuk membeli buah tangan untuk dibawa ke rumah nenek Mira. “Bang, mangga 2 kilo”. Ujar Mira kepada pemilik gerai itu, seorang lelaki yang sudah berumur. “Eh, Mira. Balik juga kau ya”. Kata pemilik gerai itu. Mira berasa hairan kerana dia tidak pernah mengenali lelaki itu selama dia pulang ke situ.

“Pakcik kenal saya ke?”. soal Mira. “Mana tak kenalnya. Kau kan cucu si Uda”. balas lelaki tua itu. Ya, nama panggilan nenek kepada Mira itu ialah Uda. Akan tetapi, dia hanyalah penduduk biasa sahaja di kampung itu. “Mungkin diaorang ni kawan kot”. Bisik hati Mira. Pada masa yang sama, Nazurah terlihat sekumpulan lelaki berpakaian jubah berwarna hitam berjalan, seraya memikul 3 beg plastik hitam yang besar. “hrmm..patut lah Mira suruh kita jaga attitude. Kampung kuat agama rupanya”. kata Azzam yang pada masa itu disebelah Nazurah.

Mereka kemudiannya menyambung perjalalanan semula ke rumah nenek Uda setelah selesai membeli buah tangan. Dalam perjalanan itu, mereka dapat menyaksikan keharmonian kampung itu, dengan penuh aktiviti masyarakat seperti gotong-royong, sukan bola, dan sebagainya. Mira hanya menatap pemandangan diluar sana dengan penuh perasaan. “awak? Kenapa diam jer?”. Soal Amirul melihat keadaan Mira yang menjadi senyap itu.
“Tak ada apa-apa lah awak. Cuma….saya teringat masa saya kecik dulu. Kalau saya pulang ke kampung, pasti saya dan kakak-kakak saya keluar kesini untuk bermain. Lepas tu, balik rumah terus kena marah dengan parents saya”. Balas Mira seraya tersenyum sedikit, mengimbau kembali kenangan masa kecilnya. Walau bagaimanapun, segalanya berubah sejak beberapa tahun yang lepas. “Sabar lah ya. I am pretty sure, semuanya akan berjalan dengan lancar”. kata Amirul. Mira mengangguk perlahan.

DAN PADA MASA YANG SAMA…….

…..
…..
… “Argh..”
“Argh…..ARGHHHHHHHH!!!!!!”.
Kedengaran suara seorang wanita dari dalam sebuah bilik. Di hadapan pintu bilik itu, terdapat 2 orang lelaki berjubah yang menjaga disitu. Dan didalam bilik itu pula terdapat 4 orang lelaki berjubah yang mengelilingi seorang wanita yang sedang menggeletar dengan kuat sekali. Wajahnya pucat keputihan, sementara bibirnya kebiruan. “LA ILLAH HA LILLAH!”. laung salah seorang daripada mereka kepada wanita itu. Mereka yang lain pula terus melaungkan azan. “KAU CUBA NAK HAPUSKAN AKU?! HAHAHAHAH KAUM ADAM BODOH! KAMI TIDAK AKAN HILANG, SELAGI WUJUDNYA KORANG SEMUA!!”.
Teriak wanita dengan suara garau. Tidak seperti wanita biasa punya suara.

Para lelaki disitu sudah kebasahan dengan peluh kerana cuba menahan wanita itu daripada melepaskan diri. Tenaganya bukan seperti wanita biasa. Pada masa itu, datang seorang lelaki dalam lingkungan 20-an, menghampiri wanita tersebut. “Ya, korang akan terus bertambah dan bertambah, sampailah kiamat nanti. Tetapi, selagi ada manusia yang beriman kepada Allah, selagi itulah kau takkan berjaya”. Ujar lelaki itu.
“KAU…..EHEHEHE..HAHAHAHAHA!!!!!IQRAM!! AKHIRNYA KAU TIBA JUGA! LELAKI YANG AKU TUNGGU UNTUK MENYESATKANNYA!”. Kata wanita itu kepada lelaki bernama Iqram itu. Iqram terus menatap wajah wanita itu, mengingatkan dia kepada kejadian yang berlaku kepadanya 5 tahun yang lalu.

Setelah menghembuskan nafasnya, Iqram terus bertanya “Azfar-Un…aku takkan lama disini. Aku cuma nak tanya…mana Umairah? Apa rancangan dia yang seterusnya?”. Wanita itu terus tersenyum sinis mendengar soalan itu.
“DIA SEDANG TUNGGU KAU, IQRAM. LELAKI YANG MAMPU BERKONGSI KEGELAPAN DENGANNYA. DAN DIA TAK PERLUKAN BANTUAN APA-APA. AKU DAH BEBASKAN DIA DARI TALI IKATAN MANUSIA! DIA KINI LEBIH DARI KORANG! LEBIH DARI AKU!”. Balas wanita itu. Iqram terus dan terus bertanya soalan yang sama kepada dia, namun wanita itu hanya menjawab dengan cara memutarbelitkan keadaan. Hilang sabar atas perkara itu, Iqram terus membaca ayat-ayat Kursi.

“ARGHHH!!!!!! SAKITLAH CELAKA!!”. Laung wanita itu. “Cepat beritahu aku! Dimana dia?! Apa yang dia nak buat dengan keluarga dia?!!”. Soal Iqram sekali lagi, namun dengan nada yang kasar. Rakan-rakannya cuba menenangkan Iqram, namun usaha mereka hanya sia-sia. Iqram semakin berapi dengan syaitan itu, syaitan yang telah merasuki wanita didepannya. “Sabar Iqram, Sabar! Ingat, benda ni hanya nak mengacau kau sahaja!”. Kata Ali, salah seorang dari mereka disitu.

Setelah beberapa ketika, Iqram akhirnya sedikit bertenang dengan mengucap. “Huh, Huh, Huh…. aku hampir dipergunakan oleh syaitan itu. Maaf ya”. Kata Iqram kepada mereka semua. Dia kemudiannya mengalihkan tumpuannya kepada wanita itu. “rasanya kita memang tidak akan dapat apa-apa dari benda ni. Korang semua, buat apa yang patut dibuat”. Ujar Iqram. Mereka bersedia untuk menghalau syaitan yang merasuki wanita malang itu. Walau bagaimanapun, sebelum Iqram beredar, wanita itu berkata “DIA AKAN MEMBINA SATU TEMPAT YANG BEBAS. UMAIRAH. AKU, SYAITAN PON TIDAK DAPAT MENGAGAK APA YANG DIA AKAN BUAT. BERDIRI DIA DI KAMPONG HALAMANNYA, PILIH….”.

Sebelum sempat wanita itu menghabiskan katanya, mereka semua membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan melaungkan azan, seterusnya membebaskan wanita itu dari rasukan syaitan. Iqram terdiam seketika. Memikirkan kata terakhir syaitan itu. Tidak lama kemudiannyan, barulah Iqram tersedar akan sesuatu. “kampong….jangan-jangan…dia..!”. Dia kemudiannya terus mendapatkan rakan-rakannya untuk membincangkan maklumat yang dia perolehi.

“Berkemungkinan besar, Umairah ada di kampung dia”. Ujar Iqram pendek. Ali terus bertanya “macam mana kau boleh tahu?”. “Syaitan itu kata, dia berada di kampongnya. Aku pasti. Sebab…dia nak aku berada di situ”. Balas Iqram dengan penuh keyakinan. “Tapi, kampung yang mana? Rumah keluarga dia ke? Atau rumah nenek dia?”. Soal pula salah seorang dari mereka, iaitu Fazle. Ali kemudiannya memberitahu Iqram bahawa ibubapa Umairah dilihat meninggalkan rumah untuk menuju ke Kampung Geriling, Perak.
“Jadi….macam tu rupanya”. Ujar Iqram pendek. Mereka kemudiannya bersiap sedia untuk menuju ke sana, dengan nasihat yang diberikan oleh Iqram “Ingat, berwaspada dengan mereka yang korang akan jumpa nanti. Sebab…ada Syaitan yang bertopengkan manusia disana”….

Sementara itu, Mira dan rakan-rakannya akhirnya tiba di rumah nenek Uda. Setibanya disana, Mira terlihat 2 orang tua keluar dari sebuah kereta, yang juga baru tiba disitu. “Itu mak ayah aku. Korang semua kena jaga sikit perangai. Mak ayah aku tu…” “Kolot pemikiran, bukan?”. Nazurah mencelah kata rakannya itu, membuatkan Mira sedikit tersentap dengan mencebikkan bibirnya. “Alah, merajuk pulak dia ni. Aku main-main jer la”. Ujar Nazurah sambil cuba memujuk Mira. Amirul kemudiannya meletakkan keretanya bersebelahan dengan kereta ibubapa kekasihnya itu.

“Mak! Ayah!”. Kata Mira seraya bersalaman dengan kedua ibubapanya itu, Puan Jamilah dan Encik Razali. “Mira!”. Ujar Jamilah kegembiraan. Namun tidak pula bagi encik Razali, yang memberi pandangan sinis terhadap anaknya itu. “sampai juga anak mak ni. Mira sihat tak ni?”. Soal Jamilah, tersenyum kepada Mira. “Mira okay jer. Mak dengan Ayah sihat?”. Jawab Mira, sambil memberi soalan yang sama kepada ibunya. “Mak sihat jer. Tengok, Ayah pun sihat juga”. Balas Jamilah. Mira kemudiannya menatap wajah ayahnya sambil tersenyum, namun tidak diendahkan oleh Razali.

“Urm…oh ya. Ini kawan-kawan Mira. Amirul, Azzam dan Nazurah”. Mira memperkenalkan rakan-rakannya kepada kedua ibubapanya untuk mengelakkan perasaan malunya setelah diendahkan oleh bapanya itu. Nazurah bersalaman dengan Jamilah, sementara Amirul dan Azzam mengucapkan salam. Setelah itu, Razali membawa beg-beg pakaian mereka kedalam rumah, diikuti oleh Mira dan lain-lain. “Assalamualaikum, Mak!”. Ucap Razali sebaik saja memasuki rumah ibunya itu. Kelihatannya seorang wanita yang sudah berusia sedang masak di dapur.

“Laa..Kau rupanya Razali”. Kata Uda sebaik saja menoleh untuk melihat gerangan empunya suara dari belakangnya. Razali terus mendapatkan ibunya itu dan bersalaman dengannya. Jamilah dam Mira juga menghampiri wanita itu untuk bersalaman dengannya. “Nek, apa khabar? Sihat ke ni?”. Soal Mira sebaik saja selesai bersalaman dengan neneknya. “Nenek sihat jer. Kau tu Mira. Makin cantik kau ni. Macam si Umairah tu”.
Balas Uda tersenyum. Walau bagaimanapun, mendengar nama Umairah itu, Razali sekeluarga terus bertukar riak wajah. “Urm…heheheh. Mana ada lah, Nek!”. Balas pula Mira seraya memaksa dirinya untuk tersenyum.

Tidak lama selepas itu, Uda menghidangkan air nescafe kepada para tetamunya di ruang tamu. Daripada pergerakannya, tiada tanda-tanda wanita yang sudah berumur itu sedang sakit. Itu membuatkan anak dan cucunya kehairanan. “Mak, katanya nenek sakit. Mira tengok nenek macam sihat walafiat jer”. Soal Mira dengan berbisik kepada ibunya. “itu lah yang mak hairan. Tak apalah, kita tanya dia dulu”. Balas Jamilah, juga dengan cara berbisik. Walau bagaimanapun, Uda sempat melihat anak-beranak yang sedang berbisik itu.

“Ish! Apa yang korang berdua bisikkan tu? Bergosip pasal nenek ke?”Soal Uda dengan nada gurauan. Sepertinya dia tidak kisah akan Jamilah dan Mira. “Tak ada apa lah, Mak. Cumanya….kitaorang kan datang ke sini sebab Mak mesej kami”. Kata Jamilah kepada ibu mentuanya itu. Uda terus kehairanan disitu. “aik? Bukan ke Mak mesej kami, yang Mak tak sihat. Itu lah sebab mengapa kami ke sini”. Kata pula Razali. Dia juga menunjukkan mesej yang dihantar oleh ibunya melalui applikasi Whatssap. Setelah itu, Uda terus tergelak sedikit, seperti dia menyedari sesuatu.

“Owh…itu…err…Mak..rindu korang semua. Selepas apa yang terjadi sebelum ini, dengan Umairah dan Amirah, Mak harap korang semua boleh berbaik sebelum apa-apa jadi dengan Mak”. Ujar Uda, wajahnya berubah sedikit sayu. Riak wajahnya seakan mengenangkan saat keluarga bahagia itu pulang kerumahnya. Penuh dengan kebahagian dan ketenangan. Namun, sekarang, apa yang tinggal hanyalah kesakitan dan penderitaan. “Err…Insyaallah Mak”. Balas Razali tersangkut. Sepertinya dia tidak ikhlas akan jawapannya itu.

Uda kemudiannya memalingkan wajahnya kearah Mira, cucu terakhirnya. Kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu, menyebabkan kematian kedua kakaknya. “Mira. Hanya kamu saja yang ada sekarang ni. Jangan hampakan Mak Ayah kamu. Nenek boleh lihat…bayangan Umairah dalam hati kamu. Seorang yang baik, taat dengan kedua ibubapanya. Cuma…kamu belum didedahkan lagi dengan cahaya. Bila itu terjadi, pasti…sepastinya kamu akan jadi macam Umairah”.
Kata Uda kepada Mira. Gadis itu terus terdiam disitu. Berasa aneh dengan kata-kata neneknya itu. “Dari tadi Nenek asyik sebut pasal Kak Umairah. Masa dia meninggal, tak ada pula dia sibuk sangat”. desus hatinya. Setelah itu, Uda menuju ke dapur semula untuk memasak. Sebelum meninggalkan mereka, Uda menatap wajah Mira sekali lagi, sebelum tersengih jahat; perbuatan yang terlihat oleh Mira…….

“…Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Nenek lah”. Kata Mira kepada Jamilah, yang ketika itu sedang berehat di luar rumah. Di sana terdapat tempat duduk dibawah pokok mangga yang agak redup, tempat yang selalu digunakan untuk bertenang dan menikmati alam semula jadi disitu. “Pelik? Apa yang Mira cakap kan ni?”. Soal pula Jamilah. “Alaa Mak ni. Mira tau, Mak pon ada rasa benda pelik dengan Nenek, kan? Hari tu, bukan main sakitnya. Sampaikan minta tolong jiran untuk dihantar ke klinik luar sebab kat sini tak cukup kelengkapan”.
“Tapi bila kita tengok dia, sihat walafiat pula”. Ujar Mira yang menerangkan isi hatinya sebaik saja melihat keadaan Uda sekarang ni. Mereka berdua kemudiannya melihat Razali yang sedang membantu ibunya membakar sampah sarap dan daun-daun kering yang layu.

Walau bagaimanapun, Uda seakan tidak memerlukan bantuan Razali, sebaliknya dia menyelesaikan tugas itu dengan kekuatan sendirinya. “tengok tu, Mak. Nenek siap boleh pikul sampah-sarap itu dengan sendiri. Sebelum ini, tak boleh pula”.
Mira cuba sekali lagi untuk menunjukkan ibunya bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tua itu. Walaupun begitu, Jamilah cuba menyangkal dakwaan Mira dengan berkata “Kau ni pun Mira. Alhamdulillah Nenek dah sihat. Tak ada lah nak risaukan kita lagi. Mira pun, boleh balik ke kolej esok, kalau tak ada apa-apa dengan Nenek”. Mira hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Setelah senyap seketika, Mira kembali bersuara “Mak….Ayah tu…bila lah Ayah nak bercakap dengan Mira? Mira tegur pon, dia buat tak layan”.

Jamilah terdiam seketika mendengar soalan anaknya itu. Dia cuba memikirkan ayat yang sesuai, agar tidak mengeruhkan lagi perikatan anak dan ayah. “Err….Ayahkan…..dia…cuma nak Mira berubah. Itu saja”. Balas Jamilah. Apa lagi, Mira terus tidak berpuas hati dengan kata ibunya. “Aik?! Apa yang Mira kena ubah? Mira tak buat lagi benda-benda pelik. Dengan Mak Ayah pun Mira masih bertoleransi”. Mira membalas dengan nada yang sedikit tinggi. Jamilah terus cuba menenangkan Mira.
“Ehhh…Dah la tu, Mira. Ayah tu cuma nak yang terbaik untuk kau jer. Dengan tak pakai hijab, pakaian nampak lurah badan. Rambut berwarna-warni. Apa tu? Mestilah Ayah tak suka”. nampaknya, pernyataan dari ibunya itu menambahkan lagi api kemarahan gadis muda itu. “Mak, kalau Mak nak tahu, orang pakai hijab, nampak baik, pakai labuh-labuh. Tak semestinya baik. Mira dah lihat banyak benda macam tu kat kolej. Lagi lah pasal Kak Amirah…..”.

Mira menghentikan kata-katanya disitu, hampir menyebut nama kakaknya yang sudah tiada itu. “Mira tak nak ungkit pasal benda ni, memandangkan orang tu dah meninggal dunia. Tapi, kalau Ayah dan Mak masih ingat yang Kak Amirah tu baik dan Kak Umairah tu jahat, Mak silap. Sebab ini lah Mira tak percayakan benda-benda mengenai naluri ibu bapa. Sebabnya, ibubapa meletakkan kepercayaan bodoh kepada anak-anak yang salah. Dan itu juga benda yang Mira selalu nampak di kolej”. Mira bercakap dengan panjang lebarnya, cuba meluahkan isi hatinya yang lama terpendam.

Kejadian 5 tahun yang lalu. Kejadian dimana kak angahnya, Umairah dan kak sulongnya, Amirah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Umairah juga merupakan banduan yang disabitkan kesalahan m******h ramai 6 tahun yang lalu. Sepatutnya Umairah dipindahkan kepenjara baru, namun kenderaannya mengalami kemalangan dan terbabas didalam hutan; dalam pencarian itu Umairah, Amirah dan Umairah ditemui m**i dengan kesan gigitan penuh dibadan. Mereka percaya bahawa mereka telah diserang oleh binatang buas…….

“…..Ishhh!!!Bosan lah aku!”. jerit Azzam dek kerana kebosanan yang melanda dirinya. Sudah lah bosan, malah panas pula rumah itu. “Wei, kau diam sikit boleh tak? Sini rumah orang lain kan? Hormat lah sikit”. tegur Amirul yang ketika itu sedang berbaring diatas katil seraya bermain game di telefon pintarnya, sementara Nazurah baring di sebelah Azzam. “aku tahu la. Tapi, boring giler doh. Dah la panas bilik ni”. Azzam cuba menerangkan alasan mengapa dia berkelakuan sedemikian. Amirul hanya menggelengkan kepalanya saja. “lantak korang lah. Kalau Mira marah, aku tak nak masuk campur”.
Tambah Amirul lagi. Akur dengan arahan rakannya itu, Azzam dan Nazurah terus beredar dari bilik tersebut untuk mencari tempat dimana mereka boleh berasmara. Sememangnya mereka berdua tiada langsung sifat malunya. Ketika mereka hendak menuju ke luar, kedengarannya satu bunyi “BAM!!!” dari sebuah bilik. “Ku semangat…terkejut I tau!”.ujar Nazurah seraya menguruh dadanya akibat terkejut. Begitu juga dengan Azzam. “AZZ….KURILLAH…..AZ..FAAN….LAH.”
“AZFFAR”. Kedengaran pula suara sesesorang seperti sedang berzikir didalam bilik itu. Walau bagaimanapun, Azzam pasti itu bukannya bacaan dalam Islam, walaupun dia sendiri tidak pernah solat.

“Korang buat apa kat sini?”. Tiba-tiba sahaja Uda muncul di belakang mereka berdua, menyebabkan mereka terkejut lagi. Kelihatan Uda membuat riak wajah kemarahan kepada mereka berdua. “kitaorang..err .. nak pergi tandas kejap”. Balas Azzam yang masih lagi terketar. Uda kemudiannya menunjukkan arah tandas rumahnya. Apa lagi, Azzam dan Nazurah terus beredar dari situ. Uda pula terus melihat mereka dengan pandangan yang kasar….

Pada malamnya, Maghrib sudah berlalu, dan Isyak pula bakal menjelang, namun Razali dan isterinya masih duduk seraya berborak bersama Uda. Mira kehairanan kerana mereka bertiga tidak pernah meninggalkan solat. Keluaga warak lah katakan. “Er…korang semua..tak nak solat ke? Selalunya Mak dengan Ayah bising kat Mira kalau tak Solat”. Soal Mira secara sinis. Razali tidak mengambil kisah akan kata-kata anak perempuannya itu. Walau bagaimanapun, Mira perasan bahawa Jamilah dan Razali seperti pening-pening saja.
“Ye la bang. Macam mana kita terlupa pula? Jom la bang. Kita solat”. Jamilah mengajak suaminya itu. Kelihatannya Uda terus menjadi diam. Pandangannya tajam tepat kearah Mira. Akibat tidak sedap hati, Mira terus beredar dari situ juga.

Pada masa yang sama, Nazurah dan Azzam keluar menuju ke belakang rumah Uda, dengan tujuan untuk melampias nafsu sekarah mereka. Tidak dapat dibendung lagi. “Tak apa ke malam-malam macam ni?”. Soal Nazurah terhadap kekasihnya itu. Namun dengan nafsu yang sudah menguasai Azzam, dia tidak kisah lagi dengan keadaan diluar sana.
“ERR….MMM…ARGHH”. Kedengaran satu suara aneh di belukar berhampiran dengan mereka berdua, menyebabkan mereka menghentikan niat jahat mereka. “Ishh..bunyi apa tu?”. Hairan Nazurah. Azzam cuba memeriksa apa yang mengganggu mereka. Dengan menggunakan batang penyapu yang ada disitu, Azzam menolak daun-daun ramput yang panjang berjelar untuk memeriksa situasi itu. “cepat lah keluar…apa-apa jer yang nak kacau kitaorang”. Azzam cuba mengumpan benda itu untuk memunculkan diri. Setelah beberapa ketika, Azzam terlihat 4 ekor monyet yang berdiri tegak, tepat kearah Azzam.

“Lah. Monyet jer”. Ujar Azzam. Monyet-monyet itu kemudiannya menerkam Azzam dan terus menyerangnya. “ARGHHH!!! Tolong!!”. Pinta Azzam. Monyet itu terus dan terus mencakar wajahnya. Ada juga yang menggigit jarinya sehingga putus! Nazurah yang terpaku melihat keadaan itu, baru sedar akan situasi kekasihnya. Dia kemudiannya berlari kedalam rumah Uda semula untuk mendapatkan bantuan. “Tolong!! Azzam, Dia!!”. Nazurah dihentikan oleh kemunculan Uda, yang tersenyum lebar. “Nek, Makcik, apa-apa jer! Tolong Azzam! Dia..”. belum sempat Nazurah berkata, Uda terus menyerang gadis itu dengan menggunakan pisau.
“T-Tolong!!!”. Jerit Nazurah. Uda sempat menikam Nazurah di kaki dan perutnya. Nasibnya sedikit baik kerana pisau itu agak kecil untuk memberi luka parah di perutnya. Mira, Amirul, Razali dan Jamilah akhirnya tiba disitu, menyaksikan seorang wanita tua, sudah berusia bertindak ganas terhadap Nazurah. “MAK!!!! apa yang Mak buat?!!”. Jerit Razali. Udah mengalihkan tumpuan kearah Razali dan melompat kearah anaknya. “ARGHHHHHH!!!!! SERTAI KAMI!! SERTAI NERAKA!!”. Jerit Uda yang seakan hilang akalnya. Amirul dan Mira terus menarik Uda dari Razali, menyelamatkan Razali dari serangan Uda.

“Ish!! apa hal kuat sangat orang tua ni?!”. Amirul berasan aneh ketika cuba menahan Uda dari membuat apa-apa. Baginya, kekuatan wanita tua itu seperti gorilla yang sedang mengamuk. Razali kemudiannya bangkit dan menahan Uda, sebelum mengarahkan Amirul memikul Uda kedalam biliknya dan mengunci Uda dari luar. “CELAKA!! LEPASKAN AKU!! AKU NAK B***H MANUSIA!!”. Jerit Uda dengan suara yang garau. Mia pula terus mendapatkan rakannya yang terbaring kesakitan. “Oh My God! Nazurah”. Mira mencapai kain untuk menahan d***h yang mengaliru keluar dari luka Nazurah. “M-Mira…Azzam…dia…luar..”.

Mendengar kata Nazurah, Mira terus menuju ke belakang dan melihat monyet-monyet mengheret tubuh Azzam yang tidak lagi bergerak kedalam hutan yang berada di belakang rumahnya. “Dah terlambat”. Bisik hatinya. Dia kemudiannya berpatah balik untuk memeriksa keadaan Nazurah. “Bang! Apa yang jadi dengan Mak?! Kenapa dia jadi macam tu?”. Soal Jamilah kepada Razali. Namun, seperti mereka yang lain, dia juga tidak punca disebalik kelakuan ganas ibunya itu. Sementara itu, Mira memeriksa telefonnya untuk menghubungi pihak berkuasa, namun telefonnya tiada isyarat. Begitu juga dengan telefon yang lain. Semuanya sama sahaja.
“semua telefon tak ada line! Apa yang patut kita buat sekarang?” soal Amirul yang masih lagi termengah selepas cuba menahan Uda tadi. “okay, kau dan Mira akan bawak kawan korang tu ke klinik. Dapatkan rawatan. Pakcik dan Makcik pula akan tengok-tengok kan Nenek. Dah! Pergi sekarang!”. Arah Razali kepada Mira dan kekasihnya itu.

Tanpa berlengah lagi, mereka berdua terus membawa Nazurah kedalam kereta dan bertolak ke pekan untuk mendapatkan rawatan. Sepanjang perjalanan mereka, Mira tidak melihat sesiapa pun diluar, namun dia ada terlihat asap yang berkepuk-kepuk, muncul didalam hutan. “Apa yang berlaku sebenarnya?”. detik hatinya.

“Vroommm!!!”.
Sebuah van putih melucur laju diatas jalan raya. Pemandunya, Ali fokus membawa kenderaan tersebut, sementara Iqram menyediakan air-air yang sudah dibacakan dengan surah Yasin dan ayat Al-Quran untuk menempuh ‘benda’ yang mungkin menghalang mereka nanti di Kampung Gerling. “Wei! Ada sekatan polis lah!”. ujar Ali seraya memperlahankan kenderaannya. Iqram melihat keluar, dan ya, ada 4 orang polis menunggu di jalan masuk kampung itu. Salah seorang dari polis itu mengarahkan Ali untuk meletakkan vannya dibahu jalan.

“Errr…Encik semua ni nak kemana?”. Soal salah seorang anggota polis itu. “K-Kami nak berjumpa dengan kawan kami. Ayahnya sakit”. balas Ali, cuba mengelat polis daripada tujuan sebenar mereka ke kampung itu. Walau bagaimanapun, Iqram dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan para anggota polis itu. Gerak-geri mereka seakan robot. Kedepan, kebelakang, ke kiri dan ke kanan. Wajah mereka juga agak tidak fokus. “Bismillah hirahmanirahim”. Ucap Iqram perlahan, seraya membaca satu doa. Dia kemudiannya mengelap matanya dengan air Yasin.

Setelah membuka matanya semula, alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah pihak berkuasa itu yang berulat dan bernanah! Bau busuk bangkai manusia juga mula menular pada hidung Iqram. Dia juga melihat rakan-rakan polis itu. Sama sahaja. “A-Ali…start enjin….sekarang”. arah Iqram, perlahan. Melihat riak wajah rakannya itu, Ali seperti dapat mengagak apa yang berlaku sekarang. Dia terus menekan minyak van itu dengan sekuatanya, menyebabkan van itu terus menghanjak kedepan.
“VROOMM!!!!”. bising enjin kenderaan itu. Salah satu dari ‘polis’ itu sempat berpaut pada tingkat pintu Ali. “ARHHH!!!!! SINI KAU CELAKA!!!”. Jerit polis itu. Iqram mengambil sebotol air Yasin dan menyimbah wajah polis itu dengan air itu. “ARGHHHH!!!!!”. laung polis itu kesakitan, sebelum terjatuh ke jalan raya. Van yang dipandu oleh Ali itu kembali memecut diatas jalan raya. Pada masa yang sama, Mira dan Amirul tiba di pekan kampung itu dan berjaya menemui klinik yang masih lagi beroperasi.

Setelah turun dari kereta, Mira terus mendapatkan jururawat dan doktor untuk merawat Nazurah, sementara Amirul memapah Nazurah ke dalam klinik. “Sini! Bawa dia ke bilik rawatan kecemasan!”. arah doktor lelaki itu. Pembantunya terus mebawa Nazurah kedalam bilik itu. Mira ingin mengikut bersama, namun dia dihalang oleh pembantu doktor. “Maaf. Cik tak boleh masuk. Cik boleh tunggu di luar”. Arahnya. Mahu tidak mahu, Mira duduk bersama Amirul. Setelah beberapa kemudian tanpa bersuara, Amirul memulakan perbualannya dengan berkata “Sayang, apa yang berlaku? Kenapa nenek awak jadi macam tu? Dan apa yang menyerang Azzam”.
Mira hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Kepalanya kini kusut, rumit dengan keadaan sekarang ini. “Saya tak pernah tengok nenek saya macam itu. I mean, dengan niat bunuhnya itu, dengan kekuatannya itu…its very inhuman”. ujar Mira.

Keadaan menjadi sunyi semula. Sementara itu, Nazurah yang baru mendapat kesedarannya semula, melihat doktor dan pembantu doktor mengelilingi dia. “Doc, dia dah sedar”. kata pembantu doktor itu. Doktor kemudiannya menuju ke satu almari dan cuba mencapai sesuatu.
“Dia nak ambil ubat bius kot….atau ubat yang boleh menghilangkan rasa sakit aku ni”. bisik hatinya. Walau bagaimanapun, sangkaannya meleset apabila benda yang doktor bawa itu adalah mesin pemotong tulang! “ZRRMMMM!”. mesin itu dihidupkan. “T-Tak…apa yang…doktor nak buat ni…?” soal Nazurah yang mula ketakutan. Dia cuba melarikan diri, namun dengan kecederaannya, amat mustahil baginya. “Jangan risau, cik adik. Sakit ini…AKAN HILANG BILA KAU SERTAI KAMI!!!”. jerit doktor itu. Dia bermuntahkan d***h pada wajah Nazurah, sebelum mula mengerat tangan gadis itu. “Arghhh!!”. jerit gadis itu kesakitan.

“N-Nazurah?”. Hairan Mira taktala mendengar jeritan rakannya itu. “Dia sakit kot sebab doktor nak rawat luka dia”. Amirul membuat spekulasinya, namun bagi Mira, jeritan itu merupakan jeritan meminta tolong. “Nazurah! Doktor! Bukak pintu ni!”. pinta Mira menyedari pintu itu dikunci. Tidak lama selepas itu, suara Nazurah tidak lagi kelihatan, dan terdapat d***h mengalir keluar dari celah bawah pintu bilik itu. “S-Sayang! Sayang!”. Mira memangggil Amirul dengan ketakutan. Apabila tiba disitu, Amirul juga melihat d***h itu.
“Shit!”. kata Amirul pendek. Dia juga cuba membuka pintu itu, namun tiada hasilnya. Dan disebabkan itu, Amirul mengambil langkah drastik dengan melalui pintu bilik receptionist. “Apa yang…!”. lidah Amirul terus terkelu, melihat tubuh Nazurah yang sudah dikerat-k***t itu. “Arghhhh!! Nazurah!!”. jerit pula Mira selepas tiba disitu.

Melihat kehadiran 2 orang muda itu, doktor dan pembantunya mula mengejar mereka. Amirul pula bertindak bijak dengan menutup pintu, sebelum mengambil sebuah almari dan meletakkannya dipintu itu, menghalang doktor dan pembantunya keluar dari situ.
“Jom, Mira!”. ujar Amirul sambil menarik Mira yang masih cuba mendapatkan rakannya itu. Namun segalanya sudah terlambat. Nazurah sudah tiada. Setelah itu, Mira dan Amirul keluar dari klinik itu dan cuba menuju ke kereta, namun mereka terhenti setelah melihat berpuluh-puluh penduduk kampung itu datang kearah mereka. “ARR ZILLAH AR ZAH! AZ-FAR UN!!”. laung mereka semua serentak, berulang-ulang kali, diikuti dengan bunyi siren yang begitu kuat.
“WAHAI UMAT KU SEKALIAN! SUDAH TIBANYA PENYELAMAT KAMU TIBA! CAHAYA YANG LAHIR DARI KEGELAPAN! DAN KEGELAPAN YANG LAHIR DARI CAHAYA! WANITA ITU ADALAH KELAHIRAN SEMULA TUHAN KAMU SEMUA! AZ FAR-UN! BAWANYA, BAWANYA DAN BERSAMA KITA MEMBUANG NERAKA DAN MENCIPTA SYURGA KITA SENDIRI!!!!”.
“Kita dah sampai!”. kata Ali kepada Iqram sebaik saja mereka tiba di pekan Gerling. Setelah itu, Iqram melihat diluar dan melihat seluruh pekan itu bermandikan dengan d***h, bangkai manusia dan haiwan bergelimpangan. Melihat wajah Iqram yang terpaku itu, Ali terus bertanya “Wei! Iqram! Apa yang kau nampak?! aku tau dengan mata biasa aku ni tak boleh nampak benda yang ‘terselindung’. tapi mata kau boleh nampak benda-benda tu”. namun hanya satu saja jawapan yang keluar dari mulut Iqram yang semakin berketaran itu……
“Kita dah terlambat”……..

Bersambung di bahagian seterusnya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ZUL HAFIQ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 3.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.