SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III PART 2

SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III PART 2

Melihat penduduk kampung yang mula mengelilingi mereka, Amirul dan Mira terus menuju ke kenderaan mereka. Apa yang terjadi pada 2 orang rakan mereka tadi, tidak mahu mengenai mereka pula. “Cepat! Start kereta!”. Arah Mira kepada Amirul. Kekasihnya yang sedang ketakutan itu pula tergesa-gesar mencari kunci dalam beg kecilnya. Biasanya sudah ketakutan, mindanya pun sudah terkaku. “Kejap lah!”. Balas Amirul. Pada ketika dia sudah mahu menghidupkan enjin keretanya, penduduk kampung itu sudah mengepung keretanya.

“SERTAILAH NERAKA! SERTAILAH NERAKA!! SERTAILAH NERAKA!!!!”. Laung mereka semua dengan suara yang tidak normal. Mereka juga menggegarkan kereta itu untuk menakutkan Mira dan Amirul. “Argh!!!”. Jerit Mira ketakutan. “Prrang!!!”. Tingkat pintu kereta belah Mira dipecahkan. Gadis itu kemudiannya ditarik keluar melalui tingkap yang dipecahkan itu. “T-Tolong!! Amirul!!”. Mira meminta dari Amirul. Walau bagaimanapun, Amirul juga mengalami nasib yang sama.

“Arghhh!!! lepaskan kami!!”. Laung Amirul seraya cuba melepaskan diri dari mereka, namun kekuatan mereka seperti bukan manusia biasa. Malahan ada dikalangan mereka yang sudah berumur, namun dapat menahan Amirul daripada cuba mendapatkan Mira semula. “Tolong!! Apa yang korang nak dari aku?!!”. Jerit Mira. Namun apa yang terlihat dimata Mira adalah wajah-wajah manusia yang begitu mengerikan, mata kemerahan d***h, mulut yang dipenuhi nanah dan daging berdarah. “SERTAILAH KAMI!! BEBASKAN DIRI KAMU!!!”. Laung mereka semua, sebelum terlihat sebuah van putih menghampiri mereka.

“Sertai ini, Syaitan celaka!”. Ujar Iqram yang turun dari van itu, seraya mengacukan senapang patah kearah mereka. “BAM!! BAM!! BAM!!”. Beberapa das tembakan dilepaskan, tepat kearah penduduk kampung itu. Keadaan menjadi semakin huru-hara dan siren sekali lagi berbunyi. Siren yang seperti memberi isyarat kepada penduduk kampung yang lain. Mira dan Amirul yang masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku, terlihat Ali yang memanggil mereka untuk masuk kedalam van mereka. “Cepat!!”. Arah Ali. Tiada pilihan lain lagi, mereka terpaksa mengabaikan kereta mereka dan menuju kearah van putih itu.

“Iqram!! Cepat!”. Arah pula Ali kepada Iqram. Selesai dengan tugasnya, Iqram masuk kedalam kenderaan itu, sebelum Ali membawa mereka beredar dari situ….
Van yang dipandu oleh Ali itu masih meluncur diatas jalan raya. Mira, Amirul, dan Iqram masih cuba mencari nafas, masih lagi termengah-mengah. Mira dan Amirul terutamanya, masih lagi tidak dapat memahami tentang apa yang berlaku. Nazurah dan Azzam sudah m**i, nenek Uda menjadi ganas seperti penduduk kampung Geriling yang lain. Tubuh mereka masih lagi terketar. “N-Nazurah…”. air mata mula membasahi pipi putih Mira. Setelah itu, Iqram yang sudah mendapatkan kekuatannya semula, terus memeriksa tubuh Amirul dengan ganas.

“Eh-EH!! apa yang kau buat?”. Soal Amirul melihat tindakan Iqram. Namun Iqram tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya dia mengarahkan Mira untuk menunjukkan anggota badannya seperti tangan, kaki dan lehernya. “Bagus. Tak ada kesan gigitan”. Ujar Iqram perlahan selepas Mira menuruti perintahnya. Mira yang dapat merasakan bahawa Iqram mengetahui sesuatu yang berlaku, terus bertanya “Hei! Siapa korang ni, huh?! Apa yang berlaku?!”. Walau bagaimanapun, Iqram hanya mendiamkan diri sahaja seraya melihat persekitaran diluar tingkap.

Setelah beberapa ketika, Iqram akhirnya bersuara dengan bertanya kepada Mira. “Kau. Kau ni Mira kan? Adik kepada Umairah kan?”. Mira agak terkejut dengan pertanyaan lelaki tersebut. “Y-Ya. Kejap, macam mana kau boleh kenal Kak Umairah?”. Soal pula Mira. “Boleh dikatakan…kitaorang ni kawan”. Balas Iqram. Sepertinya dia tidak mahu menceritakan hal sebenarnya kepada Mira. Mereka kemudiannya melalui satu jalan yang terlalu gelap, hanya ditemani lampu kenderaan mereka sahaja.
“Iqram! Jalan ni memang gelap ke, atau kau boleh nampak ‘benda’ yang lain?”. Ali bertanya kepada Iqram. Risau juga dia, jika mereka semakin masuk ke alam lain. Hanya mata Iqram yang sudah terbuka hijabnya sahaja mampu melihat benda ghaib. “Tak. Memang jalan ni gelap”. balas Iqram pendek. Walaupun begitu, dia terus peka melihat diluar sana, takut akan ancaman yang boleh melanda mereka bila-bila masa. Pada masa yang sama, van tersebut tiba-tiba saja m**i di atas jalan raya itu. “Wei! Apa yang berlaku ni?”. Soal Amirul kepada Ali.

“Mana aku nak tahu?! Van ni m**i dengan sendirinya!”. Jawab Ali yang mula cuak dengan situasi sekarang. Mereka semua mula melihat diluar tingkap. Hanya kegelapan saja yang menemani mereka sekarang ini. “Iqram, kau ada nampak apa-apa tak?”. Soal Ali kepada Iqram lagi. Rakannya itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. “BAM!!!”. seorang lelaki menghentak cermin van secara mengejut dengan kuat sekali. Nasib mereka baik kerana cermin tersebut masih belum pecah lagi. “ARGHHHH!!!!”. Laung lelaki itu. Mira dan Amirul terus mengenali suara tersebut.

“I-Itu Azzam!!”. ujar Amirul dengan terketar. Manakan tidak, rakan mereka yang dipercayai m**i, telah muncul semula! Azzam sekali lagi cuba memecahkan cermin van itu. Masih belum pecah, namun Iqram percaya bahawa cermin itu pasti akan pecah dengan satu kali lagi hayunan. “Startkan enjin semula!”. arah Iqram. Ali cuba sedaya upaya untuk menghidupkan semula kenderaan itu. Tiada pilihan lain lagi, Iqram cuba menghalang Azzam dengan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Walau bagaimanapun….
“Nanti….ayat apa yang aku kena baca?”. detik hatinya. Ayat yang dia cuba bacakan itu, hilang dari memorinya. Hatinya mula panik. “T-Tak mungkin aku boleh lupa! Apa yang berlaku ni?!”. ujar Iqram ketakutan. Pada masa yang sama, Azzam menghayunkan lagi besi ditangannya kearah cermin van itu, dan ketika itu juga Ali berjaya menghidupkan semula enjin van itu. “VRROOMM!!”. ali terus menekan pedal dengan sekuat hatinya. Van itu terus meninggalkan Azzam di belakang. “Hahahha!! selamat tinggal..!!”. jerit Ali, yang tidak menyedari munculnya sebuah lori kecil di kirinya.
“BAMM!!”.

Lori itu menghentam van yang dipandu oleh Ali dengan kuat sekali, menyebabkan van itu hilang kawalan dan tergolek beberapa kali, sebelum termasuk kedalam ladang getah berhampiran. “Arghh…”. rintih Amirul kesakitan. Dia melihat Mira yang sudah pengsan, terbaring di sisinya. “Mira..Mira! Bangun!”. panggil Amirul kepada kekasihnya itu. Iqram pula mengambil senapangnya bersama beberapa botol air bacaan Yassin. Dia pertama keluar dari van itu. “ARGHHH!!!!”. Laung Azzam yang berlari kearahnya. Tiada pilihan lain lagi, Iqram menembak kepala lelaki itu.

Iqram kemudiannya membantu Amirul dan Mira untuk keluar dari kenderaan itu. Sehingga tiba giliran Ali, Ali menyedari bahawa kakinya tersangkut pada besi badan van. Besi itu menembusi betisnya. Darahnya banyak mengalir keluar. “Pergi saja! Aku tersangkut disini!”. Arah Ali kepada rakannya itu. “K-Kau gila ke?! sini! Capai tangan aku! Aku akan bantu kau!”. ujar Iqram yang tidak mahu meninggalkan Ali. Dia tidak mahu lagi orang-orang disekelilingnya m**i, seperti kejadian yang berlaku 5 tahun yang lalu. Namun begitu, Ali tetap berkeras dengan pendiriannya. “Bro! Jom lah!”. panggil Amirul yang mahu beredar dari situ bersama Mira. Mahu tidak mahu, Iqram terpaksa meninggalkan rakannya itu. Sebelum beredar, Ali sempat berpesan kepada Iqram.
“Selamatkan Umairah”.
Iqram mengangguk tanda faham.

Beberapa orang penduduk kampung itu tiba disitu dan mula mengejar mereka. Iqram, Mira dan Amirul terus berlari kedalam ladang getah itu. Beberapa ketika kemudiannya, mereka semua berhenti seketika untuk mengambil nafas. “Huh, Huh…aku rasa kita dah selamat, buat masa sekarang”. ujar Amirul yang masih lagi keletihan. Iqram menghulur lampu suluhnya dan tidak kelihatan lagi penduduk kampung tadi. “Memang dah selamat. Tapi kita kat mana sekarang ni? Dan parents saya..macam mana dengan mereka?!”.
Soal Mira yang mula kerisauan akan ibubapanya. Fikirannya mula berfungsi semula setelah apa yang berlaku kepada mereka dan fikirannya terdetik akan keselamatan Razali dan Jamilah. “Jangan risau..kita akan dapatkan mereka. Selepas itu, korang semua terus keluar dari sini”. Kata Iqram. Dia kemudiannya meletakkan lampunya untuk mengisi peluru senapangnya. Apabila dia mengambil lampunya semula, muncul beratus ekor monyet dihadapan mereka!

“Fuck!”. jerit Amirul. Dia dan Mira terus bergerak kebelakang Iqram, dek kerana hanya dia saja yang mempunyai senjata. Namun Iqram tahu, pelurunya tidak cukup untuk kesemua haiwan itu. Dia juga cuba mengingati ayat-ayat Al-Quran yang dia sudah khatamkan. Walau bagaimanapun, seperti ada sesuatu yang menghalang memorinya dari mengingati ayat suci itu. Haiwan-haiwan itu pula mula mengepung mereka bertiga. “Sesiapa ada idea untuk selamat?”. Soal Amirul. Sedang mereka buntu akan situasi tersebut, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang kemudiannya melontar sebotor motar kearah haiwan itu.

Api mula membakar kawasan itu. Dalam kekalutan itu, lelaki itu berjaya membawa mereka bertiga dari situ. “Ikut aku!”. arah lelaki itu. Dia kemudiannya membawa mereka ke sebuah pondok terbiar, tempat dimana lelaki itu bersembunyi dari penduduk kampung itu. “Arghh..!”. Amirul kesakitan sebaik saja melabuhkan punggungnya kepenatan. Kesakitannya yang disebabkan kemalangan sebentar tadi, baru muncul semula. “Nah, basuh luka kau dengan air ini. Nanti melarat sakitnya”. ujar lelaki itu. Amirul mematuhi arahannya dan terus mencapai botol air itu.

Iqram pula memerhatikan situasi diluar sana, dan selepas pasti akan keselamatan mereka, barulah dia duduk bersebelahan dengan Mira. “Kau okay ke?”. Soal Iqram kepada Mira. “Saya okay jer. Cuma..saya sampai sekarang tak faham dengan keadaan sekarang ini”. Balas Mira pula. Iqram kemudiannya mengalihkan tumpuannya kearah lelaki yang baru menyelematkannya. Dari pandangan matanya, Iqram tahu yang lelaki itu ialah manusia biasa. “Oi. Apa nama kau?”. Soal Iqram kepada lelaki itu. Lelaki itu terdiam seketika, sebelum berkata “Entah lah…aku sendiri tak pasti. Tapi korang boleh panggil aku Bob”.

Iqram terus kehairanan mendengan jawapan lelaki yang dipanggil Bob itu. “Tak Pasti? Kau nak cakap yang kau tak ingat siapa diri kau?”. Soal Iqram lagi. Bob mengangguk perlahan. “Sejak ‘perempuan’ itu datang ke kampung ni…semuanya jadi kucar-kacir. Kami semua seperti hilang arah. Hilang identiti kami. Malah, ayah saya..seorang ustaz disini pon jadi macam tu”. Bob mula menceritakan sedikit kisahnya kepada mereka bertiga. Mira terutamanya, ingin mengetahui apa yang berlaku kepada kampungnya, serta keadaan neneknya.

“apa maksud awak? Dan..siapa perempuan itu?”. Soal Mira pula. Bob menatap wajah Mira sebentar, sebelum menyambung semula ceritanya. “Perempuan itu mengatakan bahawa dirinya sebagai Tuhan. Pada mulanya kami tidak mempercayai perkara itu. Pada kami, ianya karut. Hinggalah pada suatu hari…kami lupa apa agama kami. Bukan Melayu sahaja, malah Cina dan India juga begitu. Perempuan itu kemudiannya menunjukkan kuasanya dengan membangkitkan semula ahli keluarga kami yang sudah m**i. Haiwan-haiwan disini juga mula dekat dengan perempuan itu. Sebab itu….”

“Korang percaya yang dia itu adalah Tuhan?”. Iqram memotong kata-kata Bob. Semuanya mula masuk akal bagi Mira dan Iqram. Bagi Mira, dia sudah sedikit faham kenapa ibubapanya seakan lupa untuk solat sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Sementara Iqram pula, dia memahami kenapa dia mula lupa bacaan Al-Quran yang dia sudah khatam beberapa kali. Akan tetapi, bagaimana perkara itu boleh berlaku?
“Y-Ya…kami mula menyembah perempuan itu. Tapi…caranya mula menjadi ekstrem. Dia mula meminta korban dari kami yang masih hidup, katanya dia perlu lakukan perkara itu untuk ‘mengecas’ kuasanya dan dia boleh menghidupkan semula mereka bila-bila masa sahaja. Dari kanak-kanak, bayi, sehinggalah orang tua. Sejak itu, aku mula ragu-ragu dengan dia. Aku cuba siasat perempuan itu, namun penduduk kampung, termasuklah ayah aku cuba b***h aku. Mereka seolah sudah hilang kewarasan. Tak ada pilihan lain, aku bersembunyi didalam hutan ini”.

Air mata mula membasahi wajah Bob. Sepertinya dia kesal dengan tindakannya. Iqram menepuk bahu Bob, cuba menenangkan Bob. “P-Perempuan itu juga..mendakwa yang dia ialah cucu kepada Uda. Wajah dia….lebih kurang dengan kau!”. ujar Bob lagi, seraya menunding jari kearah Mira. Dia terus terkejut dengan perkara itu. “Apa?! adakah kau bercakap mengenai….” “ Umairah”. Mira menatap wajah Iqram, mendengar dia menyebut nama kakaknya yang dia sangka sudah m**i.

“K-Kau gila ke? Kakak aku dah m**i!”. ujar Mira yang tidak mempercayai apa yang dia dengari itu. “itu yang kitaorang semua sangka. Dia dan aku…pernah terlibat dalam situasi ini. 5 tahun yang lalu”. Balas Iqram. Mira semakin terkejut. 6 tahun yang lalu, kejadian dimana Umairah disabitkan kesalahan m******h rakan-rakannya. Itu yang dia diberitahu oleh ahli keluarganya. “6 tahun yang lalu..? adakah kau bercakap pasal kes pembunuhan beramai-ramai itu?”. Soal Mira. Iqram mengangguk.

“Ya. 6 tahun yang lalu..aku pun ada disana juga. Tapi, bukan kami yang lakukan. Benda yang korang nampak malam tadi. Benda itu yang lakukan. Syaitan yang kami panggil sebagai Azfar-Un. Syaitan itu akan merasuk manusia, menjadikan mereka kanibal. Kalau mereka masih hidup, Syaitan itu akan merosakkan tubuh mereka sampai mereka m**i. Aku tak tahu kenapa, tapi Azfa-Un merasuk manusia melalui kecederaan, gigitan. Aku dan Umairah terselamat daripada insiden 6 tahun yang lepas, tapi…entah macam mana Umairah sekali lagi terlibat dengan Syaitan itu. Dan akhirnya…Umairah memilih kegelapan..dia pilih Azfar-Un”.

“Aku tahu dia masih hidup. Sebab dia ada hantar mesej kepada aku. Dia nak aku sertai dia. Dia percaya yang dunia ni terlalu korup dan dia ingin mengubahnya. Semua orang akan gembira. Tiada lagi orang yang jatuh, dan tiada lagi orang yang kekal diatas. Aku tak tahu apa yang Syaitan itu telah lakukan kepada Umairah. Tapi dia dapat gunakan kuasa Azfar-Un tanpa bertukar menjadi gila. At least for now. Sebab itu aku datang ke sini. Aku nak selamatkan dia dari kegelapan. Tapi..dia dah kuasai kampung ini. Mungkin lama kelamaan seluruh negara ini pula”.

Akhinya Iqram menceritakan kisah sebenarnya. Kisah tentang apa yang berlaku kepadanya, dan juga Umairah. Mira terus terdiam pula. Terlalu banyak perkara yang berlaku, menyebabkan otaknya lambat memproses semua maklumat yang dia perolehi. “Habis tu…sebentar..nenek aku ada hantar mesej kepada kami, katanya dia sakit. Bila kami sampai ke sini, dia sihat pula”. ujar Mira. “yang itu…berkemungkinan Umairah gunakan nenek kau untuk umpan korang kesini. Ahli keluarganya. Tapi aku tak rasa yang dia nak korang sertai ajaran sesatnya”.

Balas Iqram lagi. Apabila Mira bertanya mengapa, Iqram menjawab “Sebabnya. Dia masih marah tentang kakak sulong korang. Kau mesti tahu sebabnya kan?”. mendengar kata-kata Iqram itu, Mira terpaku seketika. Dia terus boleh mengagak apa yang cuba disampaikan oleh Iqram. “Kau tahu?”. Tanya Mira. “Ya. Aku tahu. Umairah cuba melindungi kakak sulong korang yang kantoi bermaksiat, dengan mengaku bahawa dia yang lakukan. Bila aku dengar mayat kakak korang ditemui dalam kejadian banduan melarikan diri itu, aku dapat rasakan yang Umairah mesti mengamuk dan Azfar-Un merasuk hatinya, dan Umairah…b***h kakak korang”.

Balas Iqram panjang. Angin mula bertiup perlahan diluar pondok itu. “Tak mungkin…aku tak percaya…Kak Umairah yang lakukan semua itu! Dia ialah orang yang paling baik yang aku tahu! Malah, aku tak percaya yang dia masih hidup! Korang semua gila!”. Jeritnya kemarahan. Manakan tidak, Umairah, gadis yang tidak pernah meninggalkan solat, tidak pernah cuba membuat jahat, melakukan semua perkara yang diceritakan kepadanya. “Arhgh! Aku tak kisah lah semua ni. Yang pentingnya kita kena keluar dari sini! Mira, kita kena dapatkan parent awak. Mereka masih ada kereta kan?”.

Tiba-tiba saja Amirul menjerit. Mungkin kerana tertekan tentang apa yang berlaku. Dia iaitu orang luar dan tiada kena mengena dengan semua itu, berkemungkinan akan m**i dibaham oleh penduduk kampung itu. Sudah pasti dia takut akan semua itu. “Betul tu. Aku tak expect korang untuk percaya cerita aku seratus peratus. Tapi nyawa korang masih dalam bahaya”. Ujar Iqram. Dia kemudiannya meminta Bob untuk membawa mereka ke rumah Uda semula. Namun, Bob terus ketakutan mendengar permintaan itu.
“Korang gila ke? Aku tak nak keluar ke pekan semula! Mereka akan b***h aku!”. Bob cuba mengelak daripada menolong mereka, namun setelah didesak oleh Iqram, akhirnya Bob menyerah. “Okay. Okay!! tapi, aku cuma bawa korang ke pekan saja. Lepas itu, korang pandai-pandailah!”. Ujar Bob. Setelah itu, mereka mengambil barangan mereka dan terus bertolak ke rumah Uda semula.
………
Kedengaran bunyi guruh kuat dilangit sana, menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi. Dan itu akan memberi masalah kepada Iqram dan lain-lain, kerana pandangan mereka akan menjadi lebih terhad, ditambah lagi sudah larut malam. “Disini”. Arah Bob kepada mereka semua. Ketika itu, mereka masih lagi didalam ladang getah itu. Sebagai penduduk kampung itu, Bob sudah arif dengan jalan-jalan tersembunyi yang menghubung seluruh kawasan kampung.

“W-Wei…nama kau Iqram kan? Kenapa aku macam pernah dengar nama kau ya?”. Soal Mira kepada Iqram, memecah kesunyian malam itu. “Mestilah kau pernah dengar. Nama aku dengan Umairah kan terkenal 6 tahun yang lalu. ‘pasangan muda yang m******h rakan-rakan mereka’. Headline seluruh berita di Malaysia hahaha”. Balas Iqram bersahaja. Entah mengapa dia agak selesa bergurau sebegitu dengan wania yang baru dia jumpa. Mungkin kerana Mira memiliki wajah yang agak serupa dengan Umairah.
“Oh. Patut lah kan. Tapi..aku terfikir tentang apa yang kau ceritakan kepada kami sebentar tadi. Ya, aku masih tak percaya semua cerita tu. Tapi jauh dalam hati aku…aku terasa sedikit lega yang Kak Umairah tak bersalah dalam kes itu”. Ujar Mira lagi sambil tesenyum manis.

“Kak Umairah antara orang yang paling baik, paling manis yang aku tahu. Aku tahu, mustahil dia boleh lakukan semua tu”. Iqram mengangguk perlahan mendengar kata gadis itu. Sebenarnya, itu lah yang Iqram harapkan. Berharap bahawa bukan Umairah yang m******h kakak sulongnya, bukan Umairah yang mengawal seluruh penduduk kampung itu. Berharap yang Syaitan Azfar-Un itu yang melakukan semua itu.

Sementara itu, Amirul melihat mereka berdua dibelakang, berbual mesra. Hatinya sedikit panas melihat mereka itu. Perasaan yang dipanggil cemburu sedikit menguasai hatinya. “Mira! Sini kejap!”. Panggil Amirul kepada kekasihnya itu. “Kenapa awak?”. Hairannya. “Wow..bukan main mesra awak dengan lelaki tu. Tadi awak marah dia kan cakap bukan-bukan pasal kakak awak”. Soal Amirul lagi. Mira kemudiannya menerangkan apa yang dia bualkan bersama Iqram tadi, namun Amirul tidak mempercayai gadis itu. “Entah lah. Saya tahu yang saya tak dapat jaga awak tadi. so..lepas kita keluar dari sini.. saya nak..kahwin dengan awak”.

Mira terus terdiam mendengar pengakuan Amirul. Tiba-tiba saja ayat itu keluar dari mulutnya. “Awak gila ke apa? Tiba-tiba jer. Dah la, saya malas nak fikir tentang itu sekarang. Yang pentingnya saya, awak, parent saya keluar dari sini. Dan kalau boleh pulihkan keadaan di kampung ini”. Balas Mira tersenyum, memikirkan bahawa kekasihnya itu seperti bergurau untuk meredakan ketakutannya. Tidak lama selepas itu, mereka akhirnya tiba di jalan yang menghubung terus ke rumah Uda.
“Lepas ni korang jalan terus jer”. Bob memberi arahan terakhirnya. Mereka mengangguk tanda faham. Bob kemudiannya terus beredar dari situ, mungkin cuba juga untuk melarikan diri dari kampung itu…

“Mak! Ayah!”. Panggil Mira. Razali dan Jamilah menjenguk keluar dan melihat Mira, Amirul dan seorang lelaki yang mereka tidak kenali, dalam kecederaan yang tidak serius. “Ya Al..errr…Mira! Apa yang jadi dengan kamu ni?!”. Soal Jamilah kerisauan. Dia juga cuba mengucap, namun memorinya juga terkesan seperti mereka yang lain. “Mak, Ayah! Kita kena keluar dari sini! Semua orang kat kampung ni dah gila! Diaorang b***h Nazurah!”. ujar Mira. Jamilah dan Razali terus kehairanan disitu.

“Apa yang kau merepek ni Mira? Huh?”. tanya Razali. Apabila Mira menerangkan bahawa penduduk kampung itu berkelakukan seperti Nek Uda, Razali terus saja melenting. “Kurang ajar kau Mira! Ada ke kau kata nenek kau tu gila? Dia tu sakit jer!”. razali cuba mempertahankan ibunya itu. Pada ketika itu, Iqram tampil ke hadapan Razali dan Jamilah. “Mana dia sekarang ni?”. Soal Iqram kepada mereka berdua, membuatkan mereka terpinga-pinga. “Aku..macam kenal kau ni. Kau ni siapa?”. Soal Razali.
“Saya Iqram. Kawan kepada Umairah. Dan juga…orang yang pernah dituduh bersama-sama dengan anak kamu tu”. Iqram memberitahu identitinya kepada kedua orang tua itu. Jamilah dan Razali terus terkejut. “Kalau kamu berdua nak tahu, ini lah yang terjadi kepada kami 6 tahun yang lepas. Apa yang anak kamu cerita kan tu memang betul. Dan sekarang, benda itu terjadi lagi dan ianya merangkumi seluruh kampung ini”. tambah Iqram lagi. “Bam!!!”. kedengaran bunyi yang kuat, datang dari bilik yang Uda dikurung.
“Bunyi apa tu?”. Soal Amirul. Dia mula ketakutan, sementara Razali dan Iqram terus menuju ke bilik itu.

Apabila mereka membuka pintu itu, Nek Uda sudah tiada didalam bilik itu. Apa yang ada hanya bumbung yang sudah dipecahkan oleh sesuatu yang kuat. “K-Kau kata…benda yang terjadi 6 tahun yang lepas tu…terjadi disini kan? Maksudnya…penduduk kampung sini sudah dirasuk oleh benda tu ke?”. Soal Razali. Iqram mengangguk tanda ya. Ketika itu juga seluruh kampung itu mengalami putus bekalan elektrik. Rumah Uda juga terkesan.
“apa yang berlaku ni?! Mira! Sayang!”. Panggil Razali seraya menghidupkan lampu yang ada di telefon pintarnya. Begitu gelap sekali keadaan sekarang ini. “Ayah, apa yang berlaku ni?”. soal Mira sebaik saja melihat wajah ayahnya setelah menghidupkan lampu suloh di telefonnya. Pada masa itu, kedengaran sesuatu bergerak diats bumbung rumah itu. “Wowowohhh…apa benda tu?!”. Amirul benar ketakutan ketika itu.

“HEHEHEHEH…HHAHAHAHA!!”. Uda mengilai kuat. Namun begitu, mereka tidak dapat mengesan dimana kedudukan wanita tua itu, menambah lagi keresahan mereka. “Hati-hati!”. Kata Iqram. Beberapa ketika kemudian, bunyi dentuman itu berhenti. “….mana dia?”. Soal Jamilah. Tanpa dia sedari, uda merangkak laju dibelakang dia. “ARGHH!!!!”. jerit Uda. Dia terus mengigit kaki Jamilah. D***h terus mengalir keluar dengan laju. “Arghh..Mak!!”. jerit Jamilah. Iqram dan Razali cuba membantu, namun mereka terdengar seseorang masuk kerumah dari belakang.

“SERTAI NERAKA!!!”. jerit 2 orang kampung yang memecah masuk kedalam rumah itu. Iqram dan Razali terpaksa bertahan daripada serangan mereka, dan Razali tidak sedar bahawa kunci keretanya sudah terjatuh keatas lantai. “Amirul, tolong!!”. arah Iqram. Melihat Mira yang cuba menolong ibunya, Jamilah yang sedang diratah oleh Uda, dan Iqram serta Razali yang diserang oleh penduduk kampung itu membuatkan Amirul hilang pemikirannya. Hatinya sudah dikuasai ketakutan akan benda yan berlaku didepan matanya.

Dia kemudiannya mengambil kunci yang dijatuhkan oleh Razali tadi dan terus melarikan diri dengan kereta milik Razali itu. “Amirul!!!”. Laung Mira kesedihan. Manakan tidak, lelaki yang sudah dia cintai selama 3 tahun itu, melarikan diri dari dia. Iqram yang melihat situasi yang sudah tidak dikawal itu terus mengarahkan mereka untuk melarikan diri dari situ. “Tapi! Mak saya!!”. Mira tidak mahu meninggalkan ibunya itu. Ya, Jamilah bersana Razali memang terlihat memilih anak yang mereka sayangi seperti kakak sulongnya, Amirah. Tidak sepertinya yang suka memberontak. Namun, Jamilah masih ibunya, wanita yang telah melahirkannya.

“Tak ada pilihan lain lagi! Jom!”. Arah Iqram lagi. Razali juga sudah mengalirkan air matanya. “J-Jom Mira!!”. Arah Razali seraya menarik tangan anaknya. Iqram juga terpaksa keluar dari situ. Dari belakang mereka, terdapat berpuluh-puluh penduduk kampung mengejar mereka! “AZFAR-UN! AZFAR-UN!!”. Laung mereka serentak sambil berlari kearah mereka. Dek kerana naluri ‘survive’mula kuasai mereka, mereka terus melarikan diri dengan secepat mungkin, walaupun dengan kecederaan mereka. Tiba di satu selekoh, Iqram terlihat parit dengan air yang agak dalam. Dari situ, Iqram mendapat idea untuk bersembunyi didalam parit itu.

“Splash!!”. Mereka terjun kedalam parit tersebut, dan penduduk kampung yang mengejar mereka itu terus melintasi parit itu. Beberapa ketika kemudiannya, merasakan bahawa situasi sudah menjadi sedikit tenang, Iqram, Mira dan Razali keluar dari air parit itu. Bau yang busuk tidak mereka peduli. Yang ada mereka fikirkan adalah perkara yang berlaku kepada mereka sekarang ini. “Mak…”. Mira mengenangkan nasib ibunya tadi. Setelah itu, hatinya menjadi panas dan terus menyerang Razali dengan menamparnya.

“Ayah ni memang tak guna! Sanggup ayah tinggalkan Mak kat sana! Ayah memang celaka!!”. tengking Mira sekuatnya. Iqram cuba menenangkan gadis itu kerana takut lokasi mereka akan terdedah nanti. “A-Ayah…tak tahu kenapa Ayah lakukan itu. Ayah…takut…Ayah pun tak tahu nak buat apa tadi!”. Razali terdiam selepas menyatakan perkara itu. Iqram memahami apa yang mereka rasai sekarang ini. Ketakutan, kekusutan, ketakutan yang menguasai hati mereka. Tambahan lagi dengan memori mereka yang semakin hilang, semakin lama mereka tinggal di kampung itu.

“Dah la tu.. kita memang tak boleh buat apa-apa. Sebaik saja mereka yang dirasuk itu menggigit korang, hanya m**i saja yang boleh dilakukan. Aku dan Umairah…itu yang kitaorang alami 6 tahun yang lalu. Sekarang Pakcik dan kau dah faham kan? Apa yang Umairah dan saya rasai. Kalau kita hubungi pihak bekuasa sekalipun, mereka tidak akan percaya apa yang kita terangkan nanti”. Ujar Iqram. Razali terus menyesal akan tindakannya yang tidak mempercayai anak gadisnya itu, Umairah.
“Kalau Pakcik tahu…Umairah…maafkan Ayah..Jamilah…maafkan saya..”. Rintih Razali perlahan. Iqram kemudiannya bangkit dan melihat keadaan sekeliling. “Rasanya keadaan dah selamat. Mari kita ke pekan semula dan keluar dari kampung ini”. Arah Iqram. Razali memupuk semula semangatnya dan memegang lembut tangan anaknya Mira. “Mari kita pergi”. Katanya. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Mira melihat ayahnya bercakap lembut dengannya. “O-Okay..”. Balas Mira. Mereka bertiga kemudiannya terus bergerak ke destinasi.

Pada masa yang sama…
Amirul memandu kereta yang dia curi itu dengan laju sekali. Matanya fokus melihat diluar. “Aku kena keluar dari sini! Aku mesti!”. katanya seorang diri. Tiba di satu selekoh, Amirul terkejut melihat beberapa orang berdiri di tengah jalan raya, menyebabkan dia menghentikan kereta yang dipandunya dengan mengejut. “Wei!! ketepi lah! Atau aku langgar korang nanti!”. jerit Amirul kepada mereka yang memakai jubah hitam itu. Namun mereka tidak berganjak dari posisi itu. “Arghh! Celaka lah korang!”. Amirul yang hilang sabar itu terus menekan pedal minyak dan terus menuju laju kearah mereka itu.

Walau bagaimanapun, dengan mengejutkan Amirul, salah seorang daripada mereka yang memegang tongkat panjang berjaya menahan kereta itu daripada melanggar mereka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. “AR ANNA SUHAJA..ARN!”. orang itu membaca satu doa dengan lantang, sebelum menolak kereta itu kearah sebatang pokok. “BAM!!”. kuat sekali dentuman kereta itu. Akibatnya, kepala Amirul terhentak pada stereng dan d***h mula mengalir keluar dari kepalanya.

“Arghhh….”. rintihnya kesakitan. Mereka yang berjubah itu datang menghampiri Amirul, mengepungnya dari melarikan diri. Amirul kemudiannya ditarik keluar dari kerusinya dan dicampak kejalan raya. “Adakah ini….bakal adik ipar aku…? Sangat menyedihkan…HAHAHAHA!”. ujar orang bertongkat itu. Amirul menatap wajahnya sebelum kehilangan kesedarannya. Wajah orang itu, wajah yang pernah Mira tunjukkan kepadanya sebelum ini. Salah seorang daripada ahli keluarga Mira. Kakaknya yang dituduh pelbagai tomahan.
“…U..Umai..rah…?”.

Kata Amirul sebelum pengsan. Ya, orang yang berdiri dihadapannya itu, adalah orang yang bertanggungjawab diatas malapetaka yang berlaku di kampung itu, Umairah! Gadis itu melihat Amirul dengan penuh kejijikan. “Adikku Mira…kau telah memilih lelaki yang salah…sampai hati dia tinggalkan kau masa dalam kesusahan…manusia..tidak akan pernah berubah.”. ujar Umairah perlahan. Pembantunya diarahkan untuk membawa Amirul ke satu lokasi, sementara Umairah ingin mencari Iqram, Mira dan Razali sendiri.
“aku dah mengawal seluruh kampung ini, Iqram. Sekarang ini…masa untuk melaksanakan rancangan terbesar aku pula. Sikit saja lagi..aku akan cipta utopia untuk kita berdua Iqram!”…

Bersambung ke bahagian seterusnya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zul Hafiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.