Syaitan bertopengkan Manusia III Part 3

“.….aku tak percaya yang aku patah balik untuk diaorang!”.
Ngomel Bob seorang diri selepas dia buat keputusan untuk berpatah balik untuk mereka yang dia tinggalkan tadi. Entah mengapa hatinya terasa tidak tenang. Walaupun mereka baru saja berjumpa, ada sesuatu didalam hatinya yang mengatakan bahawa dia perlu berpatah balik. Setibanya berhampiran dengan rumah Uda, Bob melihat beberapa penduduk kampung menyembelih mayat Jamilah yang baru dikokak oleh mak mentuanya sendiri, Uda. Kakinya dikerat, kepalanya d*******l sehingga lubang yang ada disitu dipenuhi d***h wanita malang itu.

Setelah beberapa ketika, penduduk kampung itu beredar dari situ, dan Bob menggunakan kesempatan itu untuk memasuki rumah Uda. Dengan perlahan dia melangkah masuk, risau akan bahaya yang bakal menimpa bila-bila masa. “I-Iqram..? Mira?”. panggil Bob perlahan. “Krakkk!”. satu pintu terbuka dengan tiba-tiba. Pintu bilik yang Uda menjaganya dan bilik yang Azzam ada mendengar bunyi yang pelik, pintu itu terbuka. “Apa ni..?”. Hairan Bob. Perasaan ingin tahunya mengusai fikirannya, walaupun hatinya berdebar dek kerana pintu itu terbuka dengan sendirinya.

Didalam bilik itu, terdapat beberapa tengkorak monyet, lilin yang masih berapi, serta beberapa kain kuning. Bob sangat tahu akan benda yang dia lihat itu. Benda yang diguna pakai oleh penduduk kampung itu untuk ‘bersembahyang’ kepada Tuhan baru mereka. “…apa yang aku dah buat sebelum ini? Siapa Tuhan aku sebenarnya?”. Bisik hatinya. Dia kemudiannya ternampak sebuah buku album berhampiran situ. Entah mengapa tergerak hatinya untuk memeriksa kandungan buku itu. Dan apabila Bob melihat gambar-gambar didalamnya, Bob terus terkejut. “Ini….!!!”.

Pada masa yang sama, Iqram, Mira dan Razali tiba di pekan kampung itu. Dan benda yang berlaku di depan mata mereka sekarang, sangat mengerikan untuk mereka saksikan; haiwan peliharaan seperti anjing dan b**i dirata hidup-hidup, ada perniaga yang menjual d***h sebagai minuman, dan ada manusia yang dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampung itu sendiri! Iqram dan Razali terdengar rintihan seorang gadis yang menangis akibat dirogol oleh ayahnya sendiri bersebelahan dengan bangunan yang mereka sembunyi sekarang ini.

“Apa yang terjadi ni..? dulu kampung ini…tak macam ni”. ujar Razali perlahan. Manakan tidak, anak jati kampung itu melihat kemusnahan adab dan perikemanusiaan penduduk kampung itu. Sukar baginya untuk menerima semua itu. Ketika itu, mereka terlihat beberapa orang muda mengheret seorang wanita bersama anak perempuannya yang masih kecil lagi. “T-Tolong!! Lepaskan kami!!!”. pinta wanita itu, namun tidak dihiraukan mereka. Iqram cuba panas hati disitu, lantas terus bangun dan cuba membantu wanita malang itu, namun dihalang oleh Razali. “Kau gila ke?! nanti dioarang tahu lokasi kita! Perempuan itu dah tak ada harapan lagi!”. ujarnya.

Iqram terus terdiam. Ya, dia tahu yang dia tidak akan ada peluang untuk melawan mereka yang begitu ramai sekali. Namun trauma yang membelenggu dirinya sejak 6 tahun yang lalu kini berlaku lagi. Dan seperti 6 tahun yang lalu, Iqram masih lemah untuk menghentikan semua itu. Pada masa yang sama, wanita malang itu bersama anaknya dipaksa duduk diatas jalan raya, sambil dikelilingi manusia-manusia durjana. Pandangan mereka terhadap wanita itu seakan wanita itu sangat menjijikkan. “Atikah bini Amri.! dan juga anak kau, Zulaikha binti Shah Akmal! Kau telah terbukti yang kau tidak beriman dan sujud kepada Azfar-Un! Tuhan sekalian alam!”.
Ujar seorang lelaki memakai jubah yang menutupi wajahnya. Tangannya sudah memegang sebilah parang panjang, yang mana d***h masih lagi mengalir. “T-Tak!! Takkan!! walaupun aku tak ingat lagi siapa Tuhan aku yang sebenar, aku yakin, Tuhan yang korang sembah itu bukannya Tuhan! Itu seorang penipu! “. balas wanita bernama Atikah itu. Walaupun tangannya menggigil ketat, namun wanita itu masih berani menegakkan kebenaran. “kau buta ke, Atikah? Azfar-Un dah buktikan kekuasaannya dengan menghidupkan semula orang yang telah m**i! Itu pun tak cukup lagi ke?”. Soal lelaki itu lagi.

Ketika itu, mereka semua melaungkan nama Syaitan itu dengan penuh bangga. Sehinggalah seorang wanita tiba disitu, mereka semua terus senyap. Wanita berpakaian jubah hitam dan menuju kearah Atikah dan anaknya. Apabila wanita itu membuka penutup kepalanya, Iqram, Mira dan Razali terus terpaku. Mata mereka terus tidak berkedip, terdiam seperti patung. Kerana wanita itu adalah Umairah! Dia tersenyum sinis melihat wajah Atikah yang semakin ketakutan. “U..Umairah…? Dia…masih hidup?!”. Soal Razali terketar. Mira pula terfikir akan apa yang Iqram sampaikan kepadanya sebelum ini. “…jadi memang betul yang Kak Umairah masih hidup!”.
Ujarnya perlahan.

Iqram melihat wajah terkejut 2 orang beranak itu. “Kan aku dah cakap. Dia masih hidup lagi. Dan dialah Tuhan yang mereka sembah sekarang ni!”. Kata Iqram. Mereka kemudiannya melihat semula Umairah dan Atikah, dimana ketika itu Umairah menghampiri Atikah. Melihat wanita itu ketakutan, Umairah terus berkata sinis “Aik? Kenapa takut? Bukan ke kau kata yang aku ni penipu. Tuhan palsu? Jadi kenapa kau takut kepada aku?”. atikah terus memeluk erat anaknya. “J-Jangan…apa-apa kan anak aku….kau buat jer lah apa yang kau nak buat kat aku. Tapi jangan cedera dia…”. ujar Atikah. Dia tahu akan kekuatan sebenar Umairah. Dalam hidupnya, tidak pernah lagi dia menyaksikan perkara seperti itu.
“Ehehe…Hahahahahah!!!! lihat lah kamu semua! Baru aku tunjukkan wajah aku, dia sudah ketakutan macam ni!. tak apa…sebagai balasan yang kau masih takut kepada aku, aku bagi kau hukuman yang ringan”. kata Umairah. Atikah menggelengkan kepalanya, tangannya semakin erat memeluk anaknya. Umairah mengusap wajah Atikah perlahan. “jangan risau….kau takkan dapat lihat macam mana aku b***h anak kau!”. Umairah terus menekan kedua mata Atikah dengan kuatnya! “ARGHHH!!!!!!!!!”. jerit Atikah kesakitan. Pandangannya terus menjadi gelap, d***h mengalir keluar dari matanya.

“Zulaikha! Anak aku! Mana anak aku?!!”. jerit Atikah lagi. Pada masa itu Umairah merampas Zulaikha dari pegangan Atikah dan menghumban kanak-kanak malang itu keatas jalan raya. Akibat dari serangan itu, Zulaikha menangis kesakitan. “Anak aku!!”. Atikah cuba mendapatkan anaknya, namun dihalang oleh penduduk kampung itu. Walaupun dia sudah buta sekarang, dia dapat merasakan kesakitan anaknya yang dibaling seperti sampah tadi. “parang”. Pinta Umairah kepada pengikutnya. Setelah mendapatkan senjata itu, Umairah terus mengerat tangan, selepas itu kaki dan kemudiannya menoreh tubuh Zulaikha!

Mereka yang melihat perkara itu, tidak pernah menyangka yang Umairah tergamak melakukan perkara kejam seperti itu. Kanak-kanak malang itu pada mulanya menangis, namun tangisannya semakin senyap akibat kehilangan d***h yang banyak. Umairah kemudiannya menatap wajah Zulaikha sekali lagi sambil tersenyum. “baru lah cantik..Hahahaha!”. gelaknya. Dia mengangkat kakinya keatas, tepat kearah wajah Zulaikha. Iqram tidak dapat menahan dirinya lagi. Hatinya begitu panas sekali. Amarahnya melihat kanak-kanak dibuat sebegitu rupa.

Dan akhirnya, Umairah menamat nyawa Zulaikha dengan memijak kepala kanak-kanak itu sehingga pecah berderai!
“heheheh…hahahahahahah!!!!!! senangnya aku pecahkan kepala budak ni! Mesti kepala dia kosong macam mak dia!!!”. ujar Umairah. Nada dan gaya percakapan wanita itu, sudah jelas tiada lagi sifat kemanusiaan didalam hatinya. Kehilangan sabar diatas perbuatan wanita itu, Iqram akhirnya memunculkan dirinya, berdepan dengan Umairah, wanita yang dia cuba selamatkan. “UMAIRAH!!!!!!”. jerit Iqram dengan marah dan lantang. Tangannya menggigil kemarahan, bukan sebab takut. Mereka semua, termasuklah Umairah melihat lelaki dibelakang mereka itu. Umairah lihat raut wajah Iqram, wajah yang begitu bengis sekali. “Iqram…..akhirnya…kita bertemu juga! Sejak bila ya…oh ya…sejak 5 tahun yang lalu!”.

Kata Umairah. Senyumannya lebar melihat lelaki yang dia cintai itu. Semua usahanya selama 5 tahun ini, adalah untuk Iqram dan dirinya. Bebas daripada dunia yang dia anggap sebagai kotor dan korup. “Aku…sampai sekarang….masih berharap yang kau tak lakukan semua ini. Umairah yang aku kenal…” “Dah lama m**i!”. Umairah mencelah kata-kata Iqram. “Cuba kau fikir balik, Iqram. Bukan ke tuhan akan menghukum umatnya yang melanggar perintahnya? Jadi apa salahnya aku buat semua ini? Mereka sembah aku! Aku adalah Tuhan mereka!”. Tambah Umairah lagi dengan bongkaknya. Mira dan Razali yang masih lagi bersembunyi tidak percaya akan apa yang mereka dengari itu.
Iqram pula melihat keadaan Atikah dibelakang Umairah, masih ditahan oleh pengikut ajaran sesat Umairah. “Baik kau lepaskan dia, Umairah. Ini bukannya kau! Aku tahu..kau..marah dengan keluarga kau. Kau marah yang mereka tak pernah sayangkan kau! Tapi, kau takkan buat semua ini! Ataupun…Azfar-Un, Syaitan celaka tu yang hasut kau, atau merasuk kau untuk buat semua ini!”. Ujar Iqram.

Walaupun dia mengetahui bahawa Umairah telah banyak melakukan kekejaman, namun jauh didalam hatinya, dia masih mahu percaya yang Umairah tidak bersalah dan masih boleh diselamatkan.
Mendengar kata lelaki itu, Umairah tergelak sedikit, diikuti dengan gelak mengilainya yang kuat sekali. “HAHAHAHAHAHHA….HAHAHAHAH!!!! Oh Iqram…cintaku…kau betul-betul ingat yang semua ni adalah kerja Azfar-Un? Semua yang aku buat ni..adalah datang dengan kehendak aku sendiri! Aku sendiri telah mengawal Azfar-Un! Dia telah berada dibawah tapak kaki Aku! Tiada sesiapa lagi yang mengawal aku! Aku telah bebas! Seperti mana keadaan penduduk kampung ini yang telah aku bebaskan dari agama palsu! Dan selepas ini, aku akan bebaskan kau pula! Selepas itu..kau dan aku..akan memerintah seluruh umat manusia..sebagai raja dan ratu!”.

Setelah berkata itu, Umairah berpusing kebelakang dan terus m******r leher Atikah. Darahnya terus terpancut kearah Umairah. Iqram sekali lagi terpaku melihat perbuatan wanita itu. Umairah meminum d***h yang masih lagi keluar dari leher Atikah, dan menelannya dengan penuh kenikmatan. “Lihat? Aku yang buat, bukan atas arahan Syaitan itu”. ujar Umairah seraya tersengih. Hilang sabar dengan keadaan itu, Iqram terus menyerang Umairah, namun Umairah berjaya menghentikan Iqram dengan hanya menghalakan tangannya kearah dada lelaki itu.
“Argh! Urghh!!”. Iqram merintih kesakitan. Entah bagaimana wanita itu melakukan perkara seperti itu. Umairah kemudiannya menghentakkan tongkat panjangnya sebanyak 3 kali, dan dia membaca 1 jampi. “WAHAI PARA TENTERA SYAITANKU, BERIKAN AKU KUASA, BERIKAN AKU KEKUATAN, UNTUK AKU MEMBUKA HATI MANUSIA INI!” Iqram mula mengalami sakit yang amat sangat pada dadanya, dan dia dapat merasakan ada sesuatu yang cuba memasuki tubuhnya. Sesuatu yang sangat panas sekali. “ARGHHH!!! apa yang kau…cuba buat?!!”. jerit Iqram. Dia cuba melarikan diri, namun tubuhnya seakan dikunci. Dia kemudiannya terlihat parang yang digunakan oleh Umairah tadi diatas jalan raya.

“Ya..YA!!! buka hati kau, Iqram!! tunjukkan kegelapan kau! Biarkan Kegelapan kuasai hati kau!”. Teriak Umairah. Tanpa dia sedari, Iqram berjaya mencapai parang itu, dan dia terus menetak leher Umairah. “ArGH!!”. jerit Umairah. Iqram tersungkur kebawah selepas Umairah melepaskan pegangannya itu. Apabila dia melihat keadaan wanita itu, alangkah terkejutnya dia bila melihat luka itu telah sembuh sepenuhnya. “Kau tak boleh b***h tuhan, Iqram! Selagi kau manusia!”. kata Umairah kemarahan. Tiada pilihan lain lagi, Iqram terus melarikan diri dari situ, memasuki sebuah bangunan.
“Tangkap dia!”. Arah Umairah kepada pengikutnya. Apa lagi, mereka semua terus mengejar Iqram, meninggalkan kawasan itu kosong sepenuhnya. “Mereka dah tak ada! Mari pergi!”. Arah Razali kepada anaknya, cuba mengambil peluang dengan situasi itu untuk melarikan diri. “Tapi, Iqram..”. “Biarkan jerlah! Lagipun dia takkan selamat dalam keadaan itu!”. Razali memaksa Mira yang tidak mahu meninggalkan Iqram. Razali kemudiannya menarik tangan Mira, dan mereka terus beredar dar situ. Sementara itu, Iqram yang melarikan diri sebentar tadi, menutup pintu bangunan itu bagi menghalang pengikut ajaran sesat itu.

“Dum!”. jantungnya tiba-tiba sakit lagi, berdegup kuat kencang. “ARGHH!! apa yang dia nak buat kat aku?!”. Bisik hatinya. Dia terlihat tangannya menjadi pucat, urat-uratnya tegang. Pada masa itu juga, Iqram termuntahkan d***h. “Apa…ini?”. Iqram kemudiannya teringat jampi yang dibaca oleh Umairah tadi, serta semua perkara yang dia katakan kepada Iqram. “J-Jangan cakap…yang dia cuba…ubah aku macam dia!”. Ujar Iqram, menyedari perkara buruk yang dia selalu cuba hindari. Kini, Azfar-Un cuba untuk merasuki tubuhnya! Cuba menukarkan minda dan tubuhnya seperti Syaitan! “Tak..Tak!! okay, aku kena baca doa yang ustaz ajar! Doa Qunut! Doa….tak…memori aku…aku dah…lupa..siapa tuhan aku”.

Iqram akhirnya buntu. Seakan burung yang terperangkap didalam sangkar, Iqram tiada jalan keluar lagi. Sudahlah dia kehilangan memori, dirinya perlahan bakal ditawan oleh Syaitan pula. Pintu bangunan itu pula tidak mampu menahan asakan pengikut ajaran tersebut, menyebabkan pintu itu hampir terbuka. Tiada pilihan lain lagi, Iqram dalam keadaan lemah, terus berlari ketingkat seterusnya. “Hah…Hah…Urghh..Tolong..Wahai Tuhan..ku…selamatkan lah..aku..”. Iqram berdoa sambil berlari. Ketika dia tiba disatu kawasan, dia tiba-tiba diterkam oleh seorang lelaki. Lelaki yang telah menangkap Atikah dan anaknya sebelum ini.
“KAU..KAU!!!! KAU TELAH DIPILIH OLEH TUHAN UNTUK MEMERINTAH UMAT MANUSIA BERSAMANYA, TAPI KAU CUBA TOLAK TAWARAN ITU?! TAK BOLEH DIMAAFKAN!!”. jerit lelaki tua itu. Dia mengeluar sebilah pisau dan terus memotong 2 jari kanan Iqram! “ARGHHH!!!!”. jerit Iqram kesakitan. Lelaki itu cuba menikam mata Iqram, namun kali ini Iqram berjaya mengelak serangan itu dengan menahan pisau itu dengan tangan kirinya. Pada masa yang sama, tubuhnya menjadi semakin panas dan lemah. Fikirannya mula dikuasai Syaitan yang cuba merasuknya.
“B***H DIA..PANCUNG KEPALANYA..”

…..

Muncul satu suara halus yang Iqram dengari. Dia kemudiannya menendang lelaki tua itu sehingga terpelanting ke dinding bilik itu. Iqram sedikit terkejut dengan kekuatannya sekarang ini. “LIHAT LAH! KEKUATAN KAU! KAU BOLEH DAPAT KEKUATAN ITU DENGAN SERTAI TUHAN KAMI! MALAH, LEBIH BANYAK BENDA YANG KAU BOLEH DAPAT! KAU AKAN HIDUP KEKAL ABADI, KAU BOLEH JADI APA SAJA YANG KAU NAKKAN!”. Kata lelaki tua itu lagi, tanpa mempedulikan kesakitan akibat ditendang oleh Iqram tadi. Iqram sekali lagi mengalami sakit kepala, matanya bertukar menjadi hitam dan kulitnya bertukar menjadi pucat. Sama seperti keadaan Umairah.
“T-Takkan…Takkan!!! aku takkan menjadi sesat lagi! Agama aku adalah agama yang benar! Agama aku adalah..adalah…Celaka..sampai nama agama aku sendiri pun aku dah lupa!”. iqram berusaha untuk mengawal dirinya, cuba mengingat dirinya bahawa sentiasa beriman kepada agamanya. Namun situasinya menjadi semakin sukar kerana memorinya yang kian pudar. Berang kerana Iqram masih menolak untuk menyertai ajaran tersebut, lelaki tua itu menghayunkan semula pisau kearah Iqram saraya berteriak “MATILAH KAU!!”.
….….
Keadaan menjadi senyap semula. Iqram terkaku, lelaki tua itu pun sama. D***h mengalir keluar dari perut. Tetapi bukan d***h Iqram, sebaliknya d***h lelaki tua itu, akibat ditikam oleh Bob, yang muncul secara tiba-tiba. Apabila Bob melihat wajah lelaki tua itu, Bob sendiri terkejut. “A-Abah…”. katanya perlahan. Rupa-rupanya lelaki itu ialah ayah kepada Bob! Imam kampung itu, yang pernah dinyatakan oleh Bob kepada Iqram sebelum ini. “H-Hanif…kau…celaka…”. kata Lelaki tua itu, sebelum rebah diatas lantai. Bob, atau nama sebenarnya Hanif terkaku disitu. Manakan tidak, dia telah m******h ayahnya sendir, dengan kedua tangannya sendiri.
Iqram yang dapat sedikit kekuatan, terus menghampiri Hanif, cuba menenangkan dia. “B-Bob..tak..Hanif…kau tak ada pilihan lain..ayah kau..memang tak dapat diselamatkan”. ujar Iqram. Walau bagaimanpun, Hanif terus terkaku sahaja. “A-Apa..yang aku..dah lakukan…? Aku…ARGHHH!!!!!”. laung Hanif. Dia kemudiannya terus menumbuk Iqram dengan kuatnya. “Semua ni salah kau! Kau tipu aku!!”. jerit Hanif. Penyataan Hanif itu membuatkan Iqram terpinga-pinga. Apa yang dimaksudkan dengan Hanif itu?

Sementara itu, Razali dan Mira hampir tiba ke jalan keluar, jalan yang akan membawa mereka keluar dari kampung celaka itu. “Cepat Mira! Sikit jer lagi!”. Kata Razali kepada anaknya itu, melihat Mira yang semakin perlahan. Manakan tidak, satu malam itu mereka telah dikejar, diserang oleh penduduk kampung yang gila dan fanatik. Ditambah lagi dengan kecederaan yang dialami. “Kejap lah Ayah…Mira dah penat ni”. kata Mira kepenatan. Setelah memeriksa keadaan Mira, Razali menoleh kedepan, dan melihat berpuluh-puluh ekor haiwan mengepung mereka.

“Ayah! Apa kita nak buat ni?”. Mira mula ketakutan, ditambah pula dengan ketiadaan Iqram yang beberapa kali menyelamatkannya malam ini. “kejap..ayah tengah fikir idea ni!”. balas Razali. Dia terlihat sebatang kayu yang agak besar berhampiran dengannya. Apa lagi, Razali terus mencapai kayu itu dan menghalakan kearah sekumpulan haiwan itu. “pergi!! pergi dari sini!!”. Teriak Razali kepada haiwan itu, cuba menakutkan mereka dengan kayu. Namun haiwan-haiwan itu tidak berganjak langsung. Lampu jalan yang agak terang disitu, membolehkan Razali dan Mira melihat wajah mereka yang penuh dengan d***h segar.
“mereka takkan dengar cakap kau. Sebab mereka hanya mendengar kata tuhan kami”.
Muncul satu suara dibelakang Mira, sebelum kepala Mira diketuk dengan kuat. Akibat daripada serangan itu, Mira tersungkur keatas jalan. Razali cuba membantu anaknya, namun dia juga diserang diserang oleh benda yang menyerang Mira. “Stay still”. kata orang itu sambil menghentak kepala Razali dengan sebatang kayu. Razali terus pengsan. Mira sempat menatap wajah orang itu sebelum hilang kesedarannya.

Pada masa yang sama, Hanif menunjukkan buku album yang dia temui dirumah Uda kepada Iqram.
“Ini apa huh?!! aku nampak lelaki tu dalam hutan sebelum ini. Lelaki tu yang pandu van kau, kan?! habis tu…kenapa…lelaki tu ada bersama dengan wanita yang anggap dirinya sebagai Tuhan!?”. Jerit Hanif. Iqram menatap buku itu, jantungnya bagaikan terhenti seketika. Melihat Ali ada bersama-sama dengan Umairah dalam salah satu gambar didalam album itu. “Ini….mustahil….Ali..”. Iqram tidak percaya dengan apa yang dia lihat itu. Didalam gambar tersebut, adanya Umairah, Ali, Uda dan pengikut Umairah, beberapa hari selepas Umairah tiba dikampung itu.
“Ali…”.
Ujar Mira.

Beberapa ketika selepas itu, Mira terus pengsan. Ali menatap wajah gadis itu sambil tersengih. “Ahh…klasik. Muka cantik, tapi bodoh”. kata Ali sakarstik. Dia kemudiannya mengheret kedua anak beranak itu, membawa mereka kembali ke pekan kampung itu. Semua penduduk kampung yang ada disitu, daripada cuba menyerang Iqram, terus beredar mengikut Ali dari belakang. “AZFAR LA ILLAH, SYUKRON AZFAR-UN!”. mereka semua berkata bersama-sama.

Sementara itu, Iqram masih melihat gambar tersebut. Ali, lelaki yang dia kenali selama 3 tahun itu, rupanya pengikut ajaran sesat Umairah!
“Sumpah, Hanif. Aku tak tahu pasal ni! Aku memang dah lama kenal dia. Tapi aku…tak tahu”. iqram cuba menerangkan perkara sebenar kepada Hanif, kerana dia tahu yan Hanif pasti fikir yang Iqram bekerjasama dengan Umairah kerana Ali, rakannya merupakan pengikut Umairah. Namun begitu, Hanif masih tidak yakin dengan kata-kata lelaki itu. “K-Kau diam! Aku taknak dengar apa-apa dari kau! Dah la..disebabkan betina sundal tu..aku…b***h ayah aku..Abah..”. Hanif sekali lagi teringat perbuatannya. Dia kemudiannya mengambil pisau milik ayahnya.
“Maafkan Hanif, Abah”.
Ujarnya pendek, sebelum dia m******r lehernya sendiri! Mungkin kerana dia tidak sanggup hidup dengan memori terakhirnya bersama ayah kandungnya, iaitu m******h ayahnya dengan tangannya sendiri. D***h Hanif terpecik kewajah Iqram, yang melihat lelaki muda itu tersungkur bersebelahan dengan mayat ayahnya. Terlalu banyak perkara yang dia telah saksinya malam ini. Semuanya diluar jangkaan manusia normal. Manusia berbunuhan antara satu sama lain. Iqram melihat mayat Hanif dan ayahnya beberapa minit. Mindanya telah menjadi kosong. Memori hilang.
“EHEHEHE…AHAHAHAH!!”
Iqram tergelak sendiri. Tergelak seorang diri. Otaknya tidak mampu lagi memproses apa-apa. Pandangannya mula menjadi kabur. Kesakitan yang dialaminya kini kembali. Beberapa ketika kemudiannya, Iqram hilang kesedaran dan terbaring didalam bilik itu….
……
……
…..
…..”Urghh..”.
Rintih Mira. Dia baru saja terbangun, dan dia mendapati dirinya kini berada didalam sebuah bilik usang, dengan tangan dan kakinya dirantai. Dia juga ternampak ayahnya yang berada di bilik berhadapan dengan biliknya. “Ayah! Ayah!”. panggil Mira. “Mira! Urghh…kita kat mana ni?”. Soal Razali yang baru mendapat kesedarannya. Kepalanya masih pening lagi. “Mira tak tahu. Mira pun baru tersedar ni” balas Mira. Mereka terdengar seseorang menghampiri mereka, dan orang itu ialah Ali. “Kau….Ali..kenapa..?”. Soal Mira selepas melihat wajah Ali. Hatinya sedikit panas setelah dikhianat oleh Ali, walaupun dia baru saja mengenali lelaki itu.

“Huh? Apa maksud kau? Kenapa aku tangkap kau? Dengan bapak kau yang pentingkan diri tu? Aku dari dulu memang orang kanan kepada Umairah. Cumanya…Iqram. Dia memang seorang yang bodoh. Umairah telah pilih dia sebagai ‘raja’nya. Tapi dia pergi menolak tawaran itu. Kau tau tak berapa ramai pengikut dia cuba dapatkan kuasa seperti dia?”. ujar Ali, menerangkan identiti sebenarnya. Ya, dia merupakan pengikut pertama Umairah sejak wanita itu menubuhkan ajaran sesatnya. Ketika itu, Ali seorang pengemis. Tiada sesiapa yang membantunya. Tiada sesiapa yang menjaganya. Sehinggalah Umairah menemuinya dan memberikan dia sedikit kekuatan seperti dirinya. Sejak itu, Ali menjadi pengikut setia Umairah.

Ali kemudiannya mengalihkan tumpuannya kearah Razali yang masih lagi sedikit kesakitan. “Dan kau, orang tua celaka…anak kau cuba meminta bantuan dari kau. Aku tahu segalanya. Anak sulong kau yang sebenarnya melakukan perkara maksiat, tapi Umairah korbankan dirinya untuk membantu kakak sulongnya itu. Sebab dia tahu yang kau sangat menaruh harapan kepada anak sulong kau. Umairah tidak mahukan apa-apa balasan. Dia cuma mahukan mak bapaknya bantu dia. Berikan dia kekuatan. Tapi apa yang kau lakukan? Kau abaikan dia. Sama juga insiden 6 tahun yang lepas. Pembunuhan beramai-ramai di Surah Al-Harun. Bukan dia yang lakukan. Tapi kau tak percayakan kata-kata dia. Kau abaikan dia didalam penjara sana. Now…you reap what you sow!”.
Ali menerangkan perkara sebenarnya kepada Razali.

Kebenaran tentang Umairah dan anak sulongnya, Amira. “Tak…tak mungkin..! anak sulong aku, Amira tak bersalah! Aku sendiri nampak Umairah dalam bilik itu bersama lelaki bukan mahram!”. Razali masih tidak mahu percaya apa yang disampaikan oleh Ali. Apabila dia melihat wajah Mira, Mira mengangguk perlahan, seperti memberi isyarat yang apa Ali katakan itu adalah benar. “Sudahlah Ali! Ayah aku seorang yang ego! Sombong! Hanya dia saja seoarang yang betul”. muncul satu suara yang semakin dekat dengan mereka. Orang itu ialah Umairah.
“betul tak, Ayah..?”. Soal Umairah tersenyum. Razali dan Mira terdiam disitu. Melihat reaksi mereka berdua yang kaku, Umairah terus tergelak. “hahahahahahah!!!! cuba lihat wajah korang berdua. Macam orang tak betul!”. ujarnya, sebelum kembali berkata “apapun…ahh..rindu betul aku dengan korang berdua ni. Adik bongsu aku, Mira yang degil dan suka melawan. Ayah aku, Razali yang keras kepala dan ego. Kalau korang nak tahu, korang berdua ni sama jer” . ujar Umairah lagi. Tumpuannya kemudiannya beralih kepada Mira.

“Kakak….jadi betul lah yang kakak punca semua ni terjadi. Kakak tubuhkan ajaran sesat dan kuasai kampung ini. Then what? Kakak nak balas dendam kat kitaorang?”. Soal Mira dengan nada yang agak kasar. Umairah menghampiri adiknya itu dan berkata “Adik…..itu semua adalah sifat manusia. Aku..dah lebih dari itu! Aku takkan ada sifat manusia lagi. Sebab..lepas ini….aku akan menjadi syaitan sebenar!”. Mira dan Razali agak aneh dengan pernyataan beliau. “Syaitan..? kau gila ke?! seperti mana manusia takkan jadi Tuhan, kita juga takkan jadi Syaitan! Kita adalah manusia!”. Ujar Razali.
Berang akan diherdik sebegitu, Umairah menggunakan kuasanya untuk mengangkat Razali ke udara, sehingga dia menyentuh ruang atas bilik itu, dan kemudiannya menghempaskan Razali kelantai semula dengan kuat. “ARGHH!!”. Razali kesakitan. “HEI ORANG TUA!! AKU TAK MINTAK PON PENDAPAT KAU!! KAU DENGAN PENDAPAT KAU TU BOLEH PERGI JAHANAM!!”. Teriak Umairah, dengan suaranya berubah 100 peratus menjadi garau. Beberapa ketika kemudian, Umairah kembali bertenang. “Maaf, dah terbiasa”. katanya sambil tersenyum malu pula. Seakannya dia seperti cuba mengejek ayah kandungnya itu.

“sebenarnya, boleh saja. Lagipun kita manusia banyak melakukan perkara durjana di muka bumi ni. Perang, khianat, seks bebas, hubungan sesama jantina, anak kecil d*****h. Kalau itu bukannya perbuatan Syaitan, jadi ia apa?”. Umairah memberi penjelasannya, sebelum kembali berkata “Malam ini, aku akan buat upacara korban yang akan mengubah aku menjadi Syaitan sebenar, yang boleh menghasut manusia kelembah kebinasaan. Tapi aku perlu buat sesuatu, iaitu korban orang yang aku sayangi. Tapi aku tak boleh b***h Iqram. Iqram akan menjadi raja aku. Jadi, siapa lagi yang aku sayangkan?”. Mira sekali lagi terpaku.

Kini segala persoalan yang bermain dimindanya terjawab. Mengapa Uda memanggil dia sekeluarga pulang ke kampung. Mengapa Umairah menyatakan bahawa dia masih lagi sayangkan keluarganya. Rupanya dia ingin korbankan keluarganya! “Macam yang korang tahu, Syaitan memainkan peranan dalam sejarah manusia, dari zaman Adam lagi. Kuasanya dalam menghasut manusia melakukan perkara jahil amatlah kuat. Jadi dengan menjadi Syaitan sebenar, aku akan kawal dunia ini, tiada lagi peperangan, tiada lagi ancaman. Semua manusia akan dengar cakap aku”.
Tambah Umairah lagi. Ali menepuk tangannya, bangga akan Tuhannya itu. Apabila Mira bertanya mengapa mereka boleh hilang memori sementara, Umairah menerangkan “Oh…senang jer. Aku cuma gunakan sihir yang mampu mengeluarkan isi hati gelap seseorang, dan menutup segala fikiran positif dalam kepala otak korang.

Contohnya…”. pada masa yang sama, seorang lagi lelaki tiba disitu, lelaki yang Mira cukup kenali. “A-Amirul…”. katanya melihat Amirul tiba, dengan keadaannya kusut masai, mulut berlumuran dengan d***h, serta riak wajah yang kosong. “Amirul, ya kekasih kau kan? Dia sayangkan kau. Tapi dalam hatinya, dia seorang penakut. Dengan sihir aku ni, sifat penakutnya menguasai diri dia, dan dia akan tinggalkan kau untuk selamatkan dirinya”.
“tentang korang yang tidak ingat lagi siapa tuhan korang….ini kerana korang tidak pernah yakin dengan Tuhan! Jauh didalam hati korang, termasuklah orang yang kuat solat, pasti akan ada perasaan itu. Sihir aku menguatkan perasaan itu, menyebabkan korang terus lupa dengan agama korang. Hahahahahah!!!”. ini perkara kedua yang Mira akhirnya fahami.

Mengapa ayah dan ibunya lupa untuk solat, mengapa Iqram lupa doa dan ayat Al-Quran yang dia sudah pelajari. “K-Kakak….jangan buat semua ni! Kakak masih lagi boleh berubah!”. mira masih cuba memujuk Kakaknya itu. Ya, dirinya sendiri jahil. Namun dia tidak mahu kakak kesayangannya itu menjadi gila. Sepanjang hidupnya, hanya Umairah saja yang Mira sayang dan hormati. Kerana dia seorang yang jujur dan baik. Namun sekarang…sepertinya wanita didepannya itu Syaitan yang bertopengkan manusia!.
“Berubah…kau kata? Aku adalah aku! Apa yang berubah pasal aku, adalah aku mempunyai kuasa luar biasa, dan kuasa itu boleh bertambah sekiranya aku berubah menjadi Syaitan, tidak, Iblis yang sebenar! Lepas ni…tiada sesiapa yang boleh halang aku! Dan aku, bersama Iqram akan menjadi raja dan ratu untuk manusia…AHAHAHAHAH!!!!!”. umairah menamatkan penjelasannya. Kini tiada apa yang boleh mengubah minda wanita itu lagi.

“Argh….celaka kau…Umairah..”. ujar Razali lagi. Umairah kemudiannya membuka pintu bilik itu sambil membawa Amirul bersamanya. “kau tahu…sebenarnya…aku tak pernah sayangkan kau. Jadi kau boleh m**i kat sini…eheheh”. ujarnya. Sebaik saja itu, Amirul menjerit seperti orang yang dirasuk dan terus menerkam Razali. Dengan rakusnya dia meratah lelaki malang itu. “Ahhh…ayah dan bakal menantu…selamat bergembira..HAHAHAHAHAH!!!!”. Umairah begitu gembira sekali melihat ayahnya dimakan oleh lelaki itu. Hanya dalam beberapa minit, Razali sudah terdiam dan m**i disitu.
Mira pula terus menitis air matanya. Fikirannya bercelaru begitu dasyat. Manakan tidak, kedua ibubapanya sudah tiada, kakak kesayangannya menjadi gila dan dirinya sendiri bakal dijadika korban dalam upacara syirik. “Jumpa selepas ini…adik”. Kata Umairah lagi seraya meletupkan kepala Amirul sebaik saja dia selesai menjamah Razali dengan kuasanya. Mira hanya mampu termenung, menunggu nasibnya yang bakal tiba tidak lama lagi….

Bersambung di bahagian terakhir…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

zul hafiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 3.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.