#SyedAS Guard Shift Malam

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Selamat bersua kembali di gelanggang penceritaan kisah seram. Semoga anda semua dalam keberkatan dan kerahmatan ALLAH SWT. Maaflah kerana lama tidak post cerita, sebabnya agak sibuk dengan urusan perniagaan, masalah kesihatan dan kerja yang mendatangkan rezeki oleh tuan empunya alam ini.

Kali ini, saya ingin berkongsi satu kisah ringkas yang baru terjadi pada malam last berpuasa 2019. Ketika itu saya ambil part time ganti guard bercuti raya di salah sebuah sekolah di Puncak Alam, Selangor. Begini kisahnya…

Ada 4 orang guard yg bertugas namun ada dr mereka bercuti dan sy kena ambil double shift selang setiap 1 hari. Hari pertama saya dan Jamil bertugas selama 24 jam. Kira malam raya kami berdua kena bertugas ganti cuti raya bagi yg dah berkeluarga.

Malam pertama saya bertanya kepada Jamil, kita x ronda ke waktu malam? Jamil jawab, xpayah sebab sekolah sini lain macam sikit bila malam. Kita duduk je dalam post diam-diam. Tiba-tiba Jamil dapat panggilan telefon emergency dari isterinya minta untuk balik bawa anaknya ke klinik kerana demam panas. Jadi saya ditinggalkan sebentar untuk Jamil uruskan anaknya ke klinik.

Semasa tengah duduk seorang diri, saya pun ikut “humming” sebuah lagu yang dipasang di telefon. Sedang asyik layan lagu, kedengaran suara lain sedang ikut saya “humming”… 2 kali perasan tapi masih bersangka baik. Kali ke 3 kedengaran makin kuat, angin sejuk mula terasa di tengkuk. Tanpa sedar, bulu terus meremang. Saya keluar post dan tinjau keadaan sekeliling, namun tiada kelibat apa2 makhluk yg kelihatan tapi suara masih kedengaran dengan jelas.

Saya mula membaca ayat-ayat pendinding diri dan mengatur nafas serta gerakan. Bunyi tapak kaki kedengaran dan dihujung mata ternampak susuk kelibat makhluk sedang menelilingi post kawalan. Beberapa susuk mula kelihatan walaupun samar-samar. Mereka seakan menari dengan gerakan yg lemah lembut tapi alunan muzik yang beralunan memberikan rasa yang menyeramkan.

Bau harum yang menusuk ke hidung memenuhi ruang dalam post kawalan. Pekat likat melekat tersemat bau itu sehingga hari ni masih teringat. Saya pun fokus pada bacaan dan gerakan dalam hendak menghadapi gangguan yg sedang berlaku ni. Alunan muzik dan gaya gerkan makhluk ni semakin rancak. Saya rasa agak lama betul Jamil keluar pergi klinik. Kaki saya mula kebas dan badan menggigil kesejukan walau dahi sedang berpeluh dengan banyak.

Sedang saya duduk, tiba di telinga saya dibisikkan sesuatu oleh makhluk berkenaan. “Kau ingat kau kuat sangat ke?”, itulah yg sampai ke hari ini saya masih teringat. Saya tersentak dengar bisikan itu, lantas d***h saya membuak buak dengan easa amarah yg sangat terhadap makhluk berkenaan. Saya tepuk lantai di sertai laungan ALLAHUAKBAR. Saya menjerit kepada makhluk berkenaan”Jangan ingat aku takut, aku bermohon perlindungan dengan ALLAH SWT, keranaNya dengan kuasaNya” kalau kau berani, ayuh kita tempur….

Suasana terdiam sebentar selepas saya menjerit begitu. Bau wangi tadi masih ada lagi dna kali ni bau kapur barus mula menusuk ke hidung. Alunan muzik dan kelibat tidak lagi kelihatan dan kedengaran. Saya masih teruskan bacaan meminta perlindungan ALLAH SWT. Tiba2 ada suara mengekek ketawa yg sangat kuat di telinga kiri saya. Ketawa itu beransur hilang dan diakhir suara ada amaran keras”AWAS” dan saya balas dengan jawapan”BOLEH BELAH KAU”.

Setelah keadaan reda, saya berehat dudik tersandar di dinding. Penat dan mengah terasa mcm berlari berkilo. Jamil pun balik dan sy lihat jam menunjukkan pkul 2 pagi sudah. Lama juga gangguan itu berlaku tanpa sedar berejam. Jamil tanya saya kenapa dan saya eritakan apa berlaku. Di pesannya pada saya itu adalah salam perkenalan dr makhlok yg mendiami kawasan sekolah. Pesannya juga jangan ronda malam2 seorang diri dan cakap besar.

Saya hanya diam saja sebab tiada makhluk yang berkuasa selain-NYA dan tanpa izin-NYA.

Wassalamualaikum wbt

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

13 thoughts on “#SyedAS Guard Shift Malam”

  1. kuat BERHALUSINASI lah kamu ni…Kurangkan menonton drama @ filem seram..apa2pun trima kasih sudi berkongsi cerita dan teruskan usaha berkarya..
    Wallahualam

    Reply
  2. Aku suka cerita pengalaman pak gard. Macam2 mistik luar dek akal . Sbb aku pnh teman kawan kerja guard. Seram..
    Sama mcm dlm cerita ni.. Ada satu skolah tu malam xleh ronda. Kena duk dlm post guard. Ada satu pakcik kwn kitaorg ni keje guard shift malam hospital pantai specialist (cawangan mana xleh gitaula). Dia kata hari2 org dagu pjg smpai perut ada kat basement. Pkl 1-2 pagi mesti muncul..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.