Tangga dewan IKM JASIN

Assalamualaikum wbt, semoga TEAM FS dan pembaca sekalian dalam rahmat dan perlindungan ALLAH SWT. Semoga kita semua dapat menikmati dan amalan diterima dalam bulan RAMADHAN kali ini.

Kisah yang saya ingin bawa sebagai buah tangan kali ini berlaku di ikm jasin melaka sekitar tahun 2003. Masa ni saya masih menuntut disana sebagai student DTMA batch 2003-2006.

Asrama ni biasalah penuh dengan cerita angker yang di perturunkan dari senior2 kepada junior dan freshie. Ikm Jasin juga tak ketinggalan dengan pelbagai kisah yang popular seperti Kolam Sarimah, Padang, jalan sawit tangga dewan, jalan belakang bengkel, mahkamah tengah dan port pengakap.

Begini kisahnya tentang tangga ke dewan yang saya alami. Petang itu kami berempat di datangi seorang budak sijil namanya Farid budak pilah dari blok depan. Sibuk bercerita pasal kawasan kawasan yang seram dalam IKMJ. Farid cakap dia ada benda nak tunjuk pada kami berempat tapi kena buat tengah malam.

Jadi kami semua setuju nak ikut Farid malam tu sebab kami cas2 hero dan berani. Tepat pukul 11.30 malam kami berkumpul di mahkamah tengah sambil tu bawa surya sekotak sebagai bekalan.

Kami bergerak dari mahkamah tengah pukul 12 dan ikut jalan belakang bengkel.
Lampu tak semua ada sepanjang jalan ke tangga dewan. Gelap dan samar-samar cahaya menemani kami malam tu. Farid sambil jalan mulutnya kumat-kamit ntah apa yang dibacanya.

Dalam kesunyian malam itu, kami pun sampai ke tangga dewan. Betul-betul di tengah tangga antara bengkel MaraPet dan dewan ada satu pokok besar. Kami duduk di bawah pokok dalam bulatan. Pokok tu besar dan rendang, malam tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan tak sejuk sangat.

Kami pun duduk bawah pokok, Farid keluarkan sebatang lilin dan sehelai duit lama. Duit tu adalah duit zaman jepun daun pisang. Farid cakap dia nak tunjukkan upacara “duit terbang”. Antara syarat2 semasa upacara ni, sesiapa pun tidak boleh mengeluarkan bunyi dan perkataan walaupun ternampak kelibat sekalipun.

Kami berempat setuju dengan syarat yang diberikan Farid. Bila duduk di bawah pokok yang besar 2 3 pemeluk ni, memang kuat rasa seramnya. Kami dah mula rasa kurang senang dan peluh2 bila Farid nyalakan lilin.

Duit lama tu diletakkan atas tangan salah seorang dari kami. Farid pun mulakan upacara dengan menujukkan jari telunjuknya pada duit berkenaan sambil buat bunyi “toot toot” dari mulutnya sendiri. Diberitahu bahawa kali ke 7 duit itu di tunjuk, maka duit itu akan terbang atau terapung dengan sendiri.

Cukup kali ke7 duit itu ditunjuk, tiba-tiba duit itu terapung sendiri dari tangan kawan saya. Serentak kami semua dengan si Farid terpelanting seperti ditolak kebelakang oleh sesuatu tenaga yang kami tak nampak kelibat langsung.

Kami semua diam dan masing-masing melihat sesama sendiri. Farid beri isyarat suruh senyap dan jangan bersuara atau bergerak. Perlahan2 Farid merangkak ke arah batang pokok besar dan lihat ke atas pokok…

Dengan pantas Farid jerit LARI WOI!! kami pun tersentak dan terkejut. Masing-masing rembat je selipar dan lari berkaki ayam sebab lepas Farid jerit ada hilaian ketawa yang nyaring dr atas pokok. Kami lari lintang pukang dan kerana saya paling gemok jadi memang kena tinggal jauh la. Saya pun lari sorang-sorang tanpa pandang belakang. Kami semua berlari balik asrama ikut jalan belakang bengkel.

Walau gelap tapi itu jalan paling pendek, yang lain semua dah jauh ke depan tnggal saya sorang lari sambil dibelakang bunyi hilai ketawa benda tu. Masa tengah lari pula saya perasan ade bunyi tapak kaki yang seakan mengejar , bila toleh nampak ada susuk berbulu tebal berlari terbalik kaki pada siling dan kepala dilantai.

Dengan kudrat yang ada, saya jerit dan terus berlari, terasa jauh gila nak sampai asrama. Dalam hati bila la nak sampai kat kedai Pak wan nasi lemak belakang bengkel TKAJB. Kat situ terang sikit sebab ada lampu dipasang.

Bunyi ketawa semakin kuat dan dekat didengari, saya da cuak dan takut. Akhirnya sayaa nampak da nk dekat kedai Pak Wan. Rasa lega mula terasa sebab nampak kawasan terang. Akhirnya saya sampai dan berhenti kejap ambil nafas. Maklum dah lari terkincit dari dewan tadi.

Tengah2 saya bersandar pada dinding kesai, tiba-tiba dengan suara Pak Wan ” tak nak bungkus nasi ke?” Saya pandang belakang rupanya makhluk tadi tu dalam kedai tengah tersengih dari celah-celah tingkap. Apa lagi langkah seribu balik sapai ke asrama yang da tak jauh..

Saya lari sampai ke mahkamah tengah tercungap2 dan nampak Farid dan yang lain tengah terbaring kepenatan sebab berlari. Saya maki semua sebab tinggalkan saya sorang-sorang.

Farid pun cakaplah yang diaorang nampak saya dah lari laju ke depan dulu. Mereka cuba kejar tapiΒ  tak dapat. Bila dah sampai mahkamah tengah, mereka cari saya tak jumpa. Mereka ingat saya dah naik ke dorm dulu. Saya cakap la padahal saya paling belakang siap kena kejar dan nampak diaorang yang lari laju dlu.

Kami semua berpakat tak nak buat lagi kerja tu. Farid cakap masa dia tengah tunjuk-tunjuk pada duit. Dia da perasan ada katak saiz besar orang sedang tengok kami dari bumbung bengkel MaraPet, tapi dia diamkan sebab ikut syarat duit terbang. Bila Farid tengok atas pokok dan jerit lari sebab dia nampak katak besar tu tengah bergantung pada dahan sambil tunjukkan gigi yang tajam dan lidah panjang.

Malam tu menjadi kenangan yang tak boleh dilupai oleh kami berlima.

Semoga kisah ini menjadi tauladan dan sempadan buat semua.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan dan semoga amalaN kita diterima ALLAH SWT…. Aminn…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

4 thoughts on “Tangga dewan IKM JASIN”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.