Tasik Pendang

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shahsa. Sebelum ini aku pernah menceritakan pengalaman aku dalam kisah bertajuk “Jelmaan Melati “yang masih menjadi topik perbualan aku ketika lepak minum kopi bersama-sama rakan aku dikala habis topik perbincangan lain. Sebenarnya kisah ni banyak sekali dah duk cerita tapi besala orang kita memang suka “throwback” dan aku pun lama dah tak kena mengusik takat-takat dah berkahwin ni sebab jarang buat aktiviti lewat malam dan harap-harap berkekalan la. Dalam sejarah hidup aku banyak kali sebenarnya aku kena usik dengan makhluk-makhluk yang tidak boleh bawak bincang ni. Kali ini aku akan menceritakan kisah pengalaman aku pergi memancing di Tasik Pendang.

Aku ni secara realitinya tak la minat sangat dengan memancing ni asalnya, tapi besala pengaruh rakan sebaya dengan sekali bisikan ja aku terpengaruh. Sebelum ni aku hanya dengar pengalaman kawan aku pergi memancing di Tasik Pendang. Depa habaq kata ikan besar-besar menangkap dalam ayaq. Aku campur-campur la lorat utara dan bahasa baku. Bahasa jiwa bangsa…hehehe. Kawan-kawan aku yang pernah p Tasik Pendang depa ada bagitau kawasan tu memang menarik dijadikan “port” untuk memancing. Sebab kalau waktu malam ikan rancak.

Ada seorang kawan aku ni siap bagi metafora bunyi kocakkan ayaq masa ikan menangkap tu macam lempar kerusi atau meja dalam tasik. Aku yang dengar cerita dia ni pun rasa macam …ok…. Nak komen pun taktau sebab aku tak pernah kelih orang lambung meja masuk dalam tasik. Tapi kalau benar meja jatuh dalam tasik dalam ketinggian tertentu memang berkocak kuat ayaq dia. Ok habis cerita kesan meja dan air. Sebelum tu aku perkenalkan kawan aku yang suka bagi hiperbola nama dia AD. Nama pendek dah la, sebab bila kisah ni bermula aku rasa macam nak maki pun ada mamat ni jadi tak perlu letak nama betul kot dia baca sat lagi marah aku pulak ungkit kisah lama…hahaha

AD ni dia pernah p Tasik Pendang ni sebelum ni dengan kawan-kawan aku yang lain dan memang depa kena usik juga. Tapi oleh kerana mengikut nafsu serakah mengail ikan yang tak pernah puas dia ajak aku dengan kawan aku seorang ni yang akan aku namakan dia sebagai AL untuk “join” dia.
Hari yang dinanti sudah tiba. Persiapan untuk “trip” 1 hari 1 malam dilakukan dengan tahap “last minute” paling teruk. Perancangan asal nak bawak khemah bagai. Dahla aku sukarela nak sediakan khemah. Nasib masih ada khemah makcik aku duk tersimpan elok dalam jelapang padi tok aku.

Jadi pagi tu beberapa jam sebelum bertolak dari rumah aku ke Tasik Pendang aku terpaksa basuh khemah tu. Sebab khemah tu dah dihiasi dengan noda-noda taik ayam. Untuk nak pastikan AD dan AL tak tahu sejarah khemah tu sebelum depa guna aku perlu bertindak pantas dan cergas memastikan khemah itu siap dan bersih. Hampeh kantoi juga awal pagi tu depa mai nak tengok khemah. Terpaksa aku berkerjasama secara memaksa depa basuh khemah dengan aku. Selepas khemah tu siap dibasuh peralatan lain pun dah tersedia cuma tinggal masa untuk bertolak ja. Jadi macam biasa pakat-pakat balik rumah dulu sebab kami plan nak memancing dan buat BBQ sama. Ingat lekeh sangat ka…hahaha

Masa berputar cukup pantas lepas waktu zohor baru bertolak. Besala janji tidak pernah dimungkiri tetapi selalu dilangkaui. AL mai ambil aku dan AD. Waktu ni AL ja ada kereta. Jadi aku dengan Ad perlu menggunakan kesempatan ini. Perjalanan kami bermula dengan indah. Sehingga tiba dipintu sempadan Kedah-Perlis baru teringat lupa nak ajak seorang lagi kawan aku ni. Terus kami saling berbincang. Ini kelebihan budak lelaki mudah buat keputusan tanpa memerlukan sebarang pertengkaran. Keputusan dah dibuat dengan meneruskan perjalanan sambil menelefon kawan kami tu dan memaklumkan kami dah sampai sempadan Kedah-Perlis. Kebetulan kawan aku tu masih duk kerja jadi dia terpaksa kansel. Aku pun katala “Apa boleh buat MT oiii bukan rezeki”.

Perjalanan kami menggunakan laluan jalan utama Alor Setar – Kangar. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Perlis dari Alor Setar mesti pernah ikut jalan ni. Baru sampai suku perjalanan tiba-tiba aku terpandang motorsikal depan kereta kami tiba-tiba sahaja “Wekang”. Mulanya aku ingatkan mat rempit mana tapi pelik la kalau beraksi secara solo macam mat rempit tak berwawasan pulak. Terus motorsikal tu tumbang lepas “Wekang”. Si AL ni meneruskan sahaja pemanduan dia ketika melintas motorsikal tu kesian pulak aku tengok dua orang mamat tu duk tahan sakit sebab jatuh moto.

Aku minta si AL berhentikan kereta. Aku turun dan menuju kepada dua orang mamat tu. Depa bagitau moto depa tiba-tiba brek depan lekat. Aku senyum ja sebab tengok salah seorang dari mamat tu tolak moto dia ketepi. Ok ja aku tengok. Sorang dari budak tu pun luka sikit ja. Tapi mintak tolong kami bawak dia ke klinik. Aku pun entah awat rasa baik hati sangat pun tolong la. Dahla bawak p klinik pastu mengada pulak budak tu. Mintak suruh hantar p hospital dengan alasan takut doktor jahit luka dia.

Kami sebenarnya malas nak layan tapi sebab kesian tolong juga. Dia mintak bawak ke Hospital Kangar. Kami tak mau sebab nak kena patah balik jadi kami bawak dia ke Hospital Alor Setar dan suruh kawan dia yang seorang lagi tu yang tak cedera p amik budak tu kat sana. Dalam kereta kawan aku si AD siap sembang rancak dan sempat bertukar BBM Pin bagai dengan budak aku manakala aku dengan si AL dah naik geram sebab plan nak ke Tasik Pendang jadi kurang lancar.

Sampai ja ke hospital Alor Setar kami tinggalkan budak tu. Masa tu hari dah lewat petang. Sebenarnya bahan-bahan untuk BBQ tak beli lagi yang bawak set pemanggang BBQ ja. Besala budak laki semua amik mudah tapi bukan semua la yer.Kami meneruskan perjalanan ikut lebuhraya Plus. Tiba di Alor Setar Selatan terpaksa keluar untuk singgah Tesco dekat kawasan Stargate untuk beli makanan dan bahan-bahan BBQ. Dipendekkan cerita lepas Maghrib baru kami meneruskan perjalanan ke Tasik Pendang.

Kami tiba dikawasan Tasik tu lepas waktu Isyak. Besala kawan aku si AL ni bukan jenis bawak kereta laju. Aku duk naik moto dengan dia dulu pun paling laju 40-60kmj ja. Jarang sangat-sangat dia bawak laju. Kawasan “port” memancing kami tu betul-betul belakang resort Tasik Pendang tu. Alhamdulillah keliling tasik tu penuh dengan lampu jalan. Tasik tu luas jugak la. Bentuk macam lombong pun ada. Kereta yang dipandu si AL ni kena masuk melalui mini tar yang ada menghubungkan kawasan belakang tasik tu.

Kami mengambil tempat dikawasan bersebelahan dengan tasik tu ada rimbunan pokok-pokok. Bukan apa mudah nak cari kayu untuk buat unggun api masa memancing nanti. Dikawasan tu memang sunyi. Kadangkala ada la sebiji dua kereta dan motorsikal lalu melintasi kami. BBQ pun dah siap dan sambil menjamah makanan kami memulakan aktiviti memancing. Memang benar seperti si AD bagitau bila aku dengar dan tengok sendiri ditengah kawasan tasik tu sesekali bila ikan menangkap bunyi seakan sesuatu benda yang besar jatuh kedalam air. Semangat memancing kami semakin berkobar-kobar dan terbayang jika hasil tangkapan malam ini bersaiz “King” belak.

Masa kian berlalu jam dah melepasi angka 12 malam. Seekor ikan pun tak dapat lagi. Dalam keadaan membangau tu aku pun berkatalah pada AD yang kawasan ni memang sunyi betul waktu malam. Yang AD pun cakap dengan suara kuat “Ala ni kira ok la, dulu aku mai lagi mencabar. Lampu jalan pun takdak lagi, bagi aku keadaan ini biasa-biasa ja lagi”. Aku cuma terdiam memandang AL yang masih gigih berusaha makan juadah BBQ kami tu. Ish tak reti kenyang sungguh AL ni. Aku tak pasti jam pukul berapa, aku bergerak masuk kedalam khemah yang dah siap dipasang sambil melayan perasaan. AD dan AL masih berada dikawasan luar menunggu dengan penuh harapan palsu.

Dari dalam khemah aku dengar mereka berbual rancak sambil sesekali ketawa. Tiba satu masa suasan jadi sunyi. Aku tak dengar langsung suara AD dan AL. Aku terus keluar dari khemah. Risau jugak la kot depa ni tinggal aku sorang-sorang. Aku memandang AL dan AD muka mereka serius ja. Aku pun “check” keadaan joran aku kot-kot umpan dah habis. Masa tu mata AL hanya memandang aku tapi tiada suara yang keluar. Aku pun buat la lawak sikit tapi depa dua ni diamkan diri ja.

Aku terus tegur awat hampa dua ni diam ja, marah kat aku ka. Terus AL mendekati aku lalu berbisik “Hang dengar tak ada bunyi batu. Ada orang duk baling batu kat kita”. Aku cuba fokus sekejap. Ya!! Memang aku pun dengar. Aku tnya balik mungkin ada budak-budak nakal kawasan ni cuba nak usik kita kot. Terus AD menghampiri aku dia bagitau batu tu mai dari tengah tasik. Aku mula rasa lain macam. Aku cuba fokus sekali lagi. Memang betul dari tengah tasik. Batu-batu kecil tu datang dari tengah tasik. Sapa yang nak baling dari tengah tasik. Takkan ikan kot. Keadaan yang begitu sunyi seakan ada yang sedang memerhati kami.

Aku terus membuat keputusan ajak AD dan AL cabut dari kawasan tu. Tapi AD berdegil sebab dia risaukan joran dia yang berada jauh sedikit dari joran kami. Bila aku suruh p amik joran dia takut pulak dia nak p amik. Aku dengan AL lagila takut sebenarnya dah la kawasan tu takdak rumah orang pun. Masa ni aku dengan AL rasa nak tinggal ja si AD tu sebab risaukan joran dia dari keselamatan diri tapi terpaksala sebab kami tak mahu apa-apa terjadi pada si AD tu. Aku pun mintak AD dan AL duduk dekat-dekat jangan berada jauh. Balingan batu tu semakin kerap. Aku memutuskan kami naik ke kawasan atas sedikit tempat kami “parking” kereta tepi mini tar bawah lampu jalan.

Disaat kami berada ditepi mini tar tu kelihatan sebuah kereta menuju kearah kami. Bila semakin dekat tiba-tiba kereta tu “High Beam” kami beberapa kali sebelum memecut laju melintasi kami. Ketika itu fikiran kami semua jadi buntu. Beberapa ketika kami kembali ke “port” memancing kami. Jarak cuma 10 meter sahaja. Disaat itu tiba-tiba datang angin yang kuat. Aku, AD dan AL berdiri dalam keadaan bertentangan saling memandang wajah masing-masing sambil membaca Ayatul Qursi. Disaat angin yang kuat tu tiba-tiba lampu jalan dikawasan kami sahaja terpadam. Allah!! Itu sahaja yang mampu kami ucapkan. Kami hanya mampu memandang kebawah. Memang bulu roma aku naik tahap tertinggi dah ni.

Kami meneruskan bacaan ayat-ayat suci demi menghindarkan diri dari gangguan yang lebih buruk. Dalam beberapa ketika lampu jalan tu kembali menyala dan keadaan angin yang kuat tu reda. Aku terus bertegas untuk cabut dari kawasan memancing ni. Aku dengan AL dah sebulat suara. Cuma si AD yang masih berdegil sebab risaukan joran dia. Masa tu AL terus cakap “Kalau hang nak tunggu sini, tunggu sorang-sorang”. AD yang masih berdegil tu pun tegas degan keputusannya tak mahu cabut kerana risau orang datang curi joran dia. Aku dengan AL terpaksa mengalah mengenangkan AD ni kawan kami juga walau dalam hati rasa macam nak humban ja dia kedalam tasik tu.

Tiba-tiba sahaja seluruh kawasan sekitar tasik tersebut lampu terpadam dan angin yang kuat tu datang kembali. Masa ni aku memang rasa tindakan bodoh sebab masih berada dikawasan tu. Nak tak nak terpaksa bertahan dengan tindakan bodoh tu. Cuba bayangkan angin yang kuat tiba-tiba datang dengan semua lampu sekitar tasik tu terpadam. Kawasan tu pulak takdak orang. Kami hanya mampu bergerak perlahan-lahan kearah kereta yang jarak dalam 10 meter kemudian memandang kebawah ja. Takut kalau mata meliar nanti nampak sesuatu yang tak sepatutnya. Hati dan perasaan ini memang terseksa sungguh masa tu. Entah berapa lama kami bertahan tiba-tiba semua lampu kembali menyala. Tak lama kemudian kedengaran azan subuh. Kali ini aku terus bergegas mengemas semua barang-barang termasuk AD dan AL. Keberanian datang lepas dengar azan subuh. Semua barang disimpan dalam kereta dengan kelam kabut.

Beberapa benda tak penting kami tinggal dulu kerana “plan” bila cerah baru nak datang ambil balik. AL terus memecut kereta bagi dia dah laju tetapi bagi kami agak perlahan tapi okla sebab melalui mini tar nanti masuk tasik lagi panjang cerita. Didalam kereta aku dengan AD tiba-tiba ada bau seperti asap. Nak kata bau kemenyan pun tak pasti. Aku takut benda menumpang kereta kami. AD terus menyuruh AL memecut lebih laju agar cepat sampai ke jalan besar. Alhamdulillah selepas beberapa ketika kami berjaya sampai ke jalan besar terus menuju ke stesen petronas yang ada berdekatan tu.

Hati aku masa tiba stesen minyak tu rasa lapang sangat. Kami terus menunaikan solat subuh disurau yang ada. Selasai semua perkara. Kau mintak si AL membuka bonet kereta sebab nak tengok barang apa masih tertinggal. Bila bonet kereta dibuka…Nah!!! Pemanggang BBQ siap bara api duk ada dalam bonet kereta. Patutla ada bau asap dalam kereta masa tengah kami cabut keluar dari kawasan tu. Takut punya pasal semua angkut sekali bara api nasib tak terbakar kereta.

Dipendekkan cerita selapas hari semakin cerah dan kami pun selesai sarapan pagi terus kami kembali kekawasan memancing tu. Serius memang pelik. Rupa-rupanya belakang kami ada kedai makan siap meja dengan kerusi bawah pokok-pokok padahal masa kami tiba takdak kedai pun dan aku dengan AD sndiri masuk kawasan tu untuk kutip kayu-kayu kering memang tak nampak langsung meja kerusi serta kedai tu sendiri. Kami hanya saling memandang sesama sendiri. Apa-apa pun kami dah terselamat dan keputusan dibuat kami sambung memancing sehingga jam 11 pagi sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah dapat la sekor dua ikan saiz biasa-biasa ja. Yang menjadi persoalan kami sekarang ialah kenapa kereta tu “ High Beam “ kami berkali-kali dan memecut laju bila dekat dengan kami serta misteri kedai makan yang hanya berada belakang kami beberapa meter sahaja tapi kami sendiri tak perasan kewujudan dia pada malam tu. Bab kena usik tu serius sampai sekarang tak tahu apa benda yang mengusik sebab Allah SWT lindung pandangan kami dan pengalaman ini segar dalam kotak ingatan aku seperti baru semalam terjadi walaupun hampir beberapa tahun berlalu. Kami sendiri tak sangka boleh bertahan sampai ke azan subuh.

Minta maaf jika cerita kali ini kurang menyeramkan bagi pembaca FS.

Nad

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

5 thoughts on “Tasik Pendang”

  1. Bosannya cerita ni. Harap admin siarkan cerita yang betul2 seram. Tahap seram cerita ni bagi saya 1/10. Sorry penulis. Cerita anda memang sangat kurangggggg menyeramkan. Cuba lagi

    Reply
  2. ini siaran percuma dan tak lalui tapisan yang berat untuk pemilihan cerita..kalau nak betul2 seram beli lah buku..lagi pun bleh support penulis2 yang lahir dari page ni…
    menangkap betoi la dia ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.