Teh atau Kopi?

Assalamualaikum rakyat, maaf lah aku tak sambung menulis tentang Stranger Things tu. Sebab aku rasa koyak dengan komen-komen korang.Huhuhu je aku baca.Jadi pertama sekali, aku mohon maaf kalau aku tersilap kata ke macam mana.Takde niat pun.Dan yang aku tunjuk statistic percentage orang yang nengok series tu, memang betul pun, mungkin kat tempat aku. Biasalah, orang pinggir bandar. Ada sampai yang tak tahu pun Netflix tu apa (kebanyakan orang yang aku kenal). Aku minta maaf dari sudut hati, okay? Nak tegur aku tu tegur la elok-elok. Dua hari aku terkesan dengan komen-komen kat sini, atau aku yang cepat sensitive ke, aku minta maaf sangat-sangat.

Tik… Tik…

Aku pandang salur keluar air aircond kat dinding sebelah aku dalam office ni, tak pernah-pernah menitik tiba-tiba nak menitik pulak hari ni. Dah 2 hari aku masuk kerja tapi takde kerja.Masuk kerja sharp pukul 8.00, sharp pukul 4.30 balik. Toilet dan pantry aku dah sental walaupun setiap minggu akan ada cleaner yang datang. Aku kerja office kecik je, officemate pun sorang.Bukak website fiksyen shasha, baca balik komen posting aku dua minggu lepas, terasa lagi dengan setiap komen.Kenapa aku terlalu sensitif, mungkin sebab emosi aku tak stabil. Aku rasa nak minta maaf dengan semua orang yang komen tu.

Ding, Ding.

Whatsapp masuk daripada Danny, boyfriend non-Muslim aku dimana kami baru menjalinkan hubungan geli-geli hampir tujuh bulan. Danny ajak aku pergi hiking gunung hujung minggu ni. Dia akan bawa Simon dan Naufal lalu dia meminta aku mengajak beberapa orang yang lain. Lepas buat keputusan yang pasti, Danny akan tunggu di kaki gunung bersama Simon dan Naufal (rumah diorang ambil masa 1 jam nak sampai gunung) manakala aku akan bergerak dari rumah aku bersama Isma dan Yin. Dua orang je lah mak nenek yang aku bawa sebab yang lain dah pergi merantau menjumlahkan kami semua seramai 6 orang.

Tiba hari yang dijanjikan… sebelum pukul 7 pagi kami dah tiba, dalam masa 20 minit je aku dah sampai di kaki gunung.Kan aku dah cakap, rumah aku di pinggir bandar.Bayar parking RM2, dapat lah park kereta kat tempat elok sikit. Masa ni dah boleh nampak 4-5 biji kereta dah ada di situ. Mungkin ada yang sudah mendaki, dapat dilihat ada 1 group baru nak start mendaki. Kami daki bukan sebab nak nengok sunrise ke apa, tapi sebab nak hilang stress kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu, kadang-kadang waktu weekend pun kena kacau. Saje nak gerakkan badan, asik otak je yang bergerak.Jejaka 3 orang tu tak muncul-muncul lagi.Hampeh, kata nak tunggu sebelum subuh kat sini. Bila aku call, semua tak angkat. Whatsapp pun double tick je tak tukar jadi biru.Matahari dah naik, jam dah pukul 7.57… baru muncul sambil tersengih-sengih.Mak nenek betul kalahkan perempuan.Bekalan pertama iaitu seturperware besar sandwich telur aku buat malam tadi dibuka dulu sebab masing-masing kebulur, dah biasa sarapan pagi.Lagi dua bekalan ada dengan Isma dan Yin.

“Sorry girls, semua orang tak sedar tadi. Naufal pun sempat gajah je”, ayat pertama Danny cakap kat aku lepas nampak kitorang dah mengepak-ngepak kepanasan.

“Gajah?”, aku tanya pelik.

“Dia sembahyang gajah je tadi.”

“Ohh…” lepastu terhambur ketawa aku dengan Isma.Yin takde, dia pergi main celup-celup tangan kat anak sungai belakang batu kitorang duduk.Merah muka Naufal tahan malu, kantoi subuh gajah.

Gunung yang kami akan naik berketinggian lebih kurang 670 meter dari aras laut dan mengambil masa 3 jam atau lebih untuk sampai ke puncak. Ada dua trek yang boleh dialui, trek hutan dan jalan yang sudah di tar. Mudah bukan?Jalan dah tar pun mau mengah jugak bila dah sampai separuh. Tapi hari tu kami pilih trek hutan. Hari tu hari Sabtu, sebab boleh berehat hari Ahad.Dah penat, biar penat terus. Orang dah mula ramai lagi-lagi hujung minggu macam ni. Dah macam kat Broga pun ada jugak. Banyak group dah start naik. Renjer ada jaga kat bawah, tu pun seketul je aku nampak, lagi beberapa ketul entah kemana.Lepas maklumkan dan tinggalkan maklumat, kami berkumpul semula berenam.

Tiba-tiba aku rasa backpack aku kena tarik. Nasib baik tak bersilat sebab terkejut. Danny tarik botol air aku kat kiri kanan poket beg lepastu menyengih dengan alasan kesian kat aku nanti berat padahal aku tak bawak banyak barang pun kat beg tu, jadi dia letak kat backpack dia pulak. Buat depan orang lain pulak tu, buat malu je. Kalau dah dia ambik air aku, ni confirm dia tak bawak air dia. Boleh bawak gaduh je ni nanti. Selesai memanaskan badan, semua pun dah ready, kami berdiri dalam bulatan untuk dengar sedikit penerangan daripada Simon. Sambil tu mata aku pandang keliling, akan ada 5 group naik termasuk group kami. Mereka pun sedang bersiap siaga seperti kami, satu group sudah memulakan langkah. Pusingan kepala aku terhenti apabila Naufal menyebut, “Al-Fatihah..” untuk memulakan bacaan doa agar dipermudahkan urusan. Kami datang untuk mengeratkan ukhuwah, menikmati keindahan Pencipta dan menggerakkan anugerah tubuh yang diberiNya. Danny dengan Simon cuma tunduk semasa bacaan doa. Selesai mengaminkan, kami mula berjalan menuju ke trek.

“Nat?” aku dengar ada suara perempuan panggil aku.

“Ehh, Aunty Lynn. Sorang je ke?” kepala aku dah terjengah-jengah kat belakang janda berhias ni cari mana la tahu dia datang dengan siapa-siapa aku kenal.

“Aunty sorang je. Macam ni lah Aunty setiap minggu… kalau ada kawan, bawak kawan. Kalau takde, Aunty join je group-group ni. Hikers ni selalunya peramah. Nanti Aunty tumpang diorang turun dengan naik. Kat sinilah Aunty dapat kenal ramai orang. Ada jugak customer kafe yang Aunty ajak kadang-kadang.”

Panjang lebar janda ni terangkan. Aku nengok dia atas bawah. Muka bersih suci walaupun tak pakai make up, insecure betul aku rasa. Badan dia memang body goal setiap wanita.Kalau pandang orang tak nampak muka, mesti ingat anak dara.Patutlah lawa, aktif bergerak rupanya. Dia ni dulu jiran lama aku, selang 3 rumah lepastu dia pindah ke kawasan elit jauh sikit dari rumah aku. Dia bukak kafe ala-ala Starbucks gitu kat kawasan elit tu. Umur dah pertengahan 40-an, baru nikah sehari tapi suami meninggal sebab kemalangan masa nak pergi bersanding.Sampai sekarang menjanda, bukak kafe dari pagi sampai malam.Hidangan dia yang buat orang gila adalah pie daging dengan cendawan.Fuhh… kalau dapat, memang asyik mengigau je nak lagi.Aku lah salah satu yang dia dapat pancing. Tiap minggu aku bagi dia duit semata-mata nak makan pie dia. Sedap lain macam.

“Aunty nak join kami ke? Kami berenam ni. Jomlah sekali.”Tanya aku lepas aku dapat agak dia datang sorang. Tapi kena reject, andaian aku salah.

“Takpe, Nat. Aunty datang dengan group sana. Group anak saudara Aunty, dia datang dengan kawan-kawan dia. Aunty nampak Nat tadi, tu yang Aunty tegur.” Sambil dia tunjuk kat group sebelah lepastu senyum.Cair aku nengok dia senyum. Lawa sangat, confused jap aku ni ada perasaan kat perempuan ke. Hmm..tadi dia kata datang sorang.

Lepas Aunty Lynn minta diri, aku pun join diorang berlima balik. Group Aunty Lynn jalan dulu disusuli group aku, dan lagi 2 group kat belakang.Semua cuma beza lebih kurang 15-20 meter je.Simon ketuai kami, disusuli kami 3 anak gadis lalu Danny dengan Naufal kat belakang. Kami mula naik pun dah dekat 8.30 pagi, matahari dah nak tinggi jadi kami mengagak kami akan sampai puncak pukul 12, sebelum zohor turun separuh sampai air terjun untuk solat, makan dan mandi-manda sebentar, dan perjalanan turun gunung akan diteruskan selepas asar. Itulah perancangan kami.

Selepas 20 minit, Group Aunty Lynn kemain laju mengakibatkan kami yang hanya setahun sekali mendaki ni jauh kebelakang. Ni pun hidung dengan telinga macam dah berasap-asap kepenatan.Lebih hebat, 2 group yang dibelakang kami pun dah tak kelihatan. Kemungkinan diorang ada yang berhenti atau melalui trek lagi satu.

“Berenti jap korang, berenti jap. Tekak aku macam nak terbakar ni.” Simon terus bersandar termengah-mengah di sebatang pokok tanpa mendengar persetujuan kami.Pancit la tu padahal baru jalan rata, belum betul-betul mendaki.Sebab tu aku cakap, aktiviti fizikal kami kurang. Tapi tak boleh laa nak tipu, kami yang lain pun macam dah bocor kelenjar peluh basah lencun nafas macam keratapi wap zaman British dulu.

Kami sambung balik perjalanan menuju ke puncak gunung melepasi checkpoint pertama.Ramai manusia yang tersadai namun kami teruskan sebab kami dah tersadai awal tadi.Dalam 30 minit perjalanan, Simon bagi arahan untuk berhenti dalam masa 5 minit lagi. Dari jauh kelihatan sesorang sedang membongkok-bongkok di sebelah pokok yang akan kami lalui.

“Aunty Lynn?” sapa aku, lepas aku dapat agak siapa gerangannya dan kelihatannya dia keseorangan sedangkan tadi groupnya ada 8 orang.

“Aunty tunggu Nat. Aunty tak boleh keep up dengan diorang, laju sangat! Aunty dah tua, kena slow and steady.”, terus dia bagi jawapan walaupun aku cuma seru nama dia je lepastu dia senyum, aduhh… tangkap leleh. Muka dah barai pun lawa lagi, kitorang yang lain semua ntah muka rupa manusia ke tak. Kalau ada jembalang kat situ pun tak jadi kacau agaknya sebab nengok kitorang ni sama taraf. Mata dia pandang semua orang dalam group aku, lalu aku perkenalkan setiap seorang dari mereka. Alang-alang dah berhenti ni, kami berehat sebentar kat sini. Masa ni lah baru aku sedar air yang aku bawak dua botol tadi, tinggal sebotol. Danny dah habiskan sebotol.Tak guna.

“Korang nak tahu tak, Aunty dah naik Gunung XX ni boleh katakan setiap minggu. Paling tidak pun sebulan sekali.Stamina nak kena jaga kalau tak nanti buat kerja sikit dah penat.Korang ni semua budak-budak lagi, kerja tu kerja jugak, fizikal jangan lupa jaga.”Bebel Aunty Lynn.

“Ni ke salah satu sebab Aunty jadi awet muda?” Simon tanya

“Yelah, sesekali kena hadap dengan nature ni. Segarkan balik segala toksik yang kita dah masukkan dalam badan kita. Keluarkan peluh-peluh ni. Baru seimbang.Jangan samakan zaman kita dengan orang dulu-dulu.Dulu teknologi tak berkembang lagi, sebab tu diorang lebih kepada nature.Cuba nengok orang dulu-dulu, kan sihat.”

“Muka Aunty bersih sangat, berseri. Ada rahsia lagi? Hehehe..” Naufal pulak menanya, mamat ni memang kalahkan perempuan sikit. Dia punya skincare, masyaAllah… sekali travel, satu luggage dia bawak.

“Aunty tak lebihkan mekap sebab Tuhan dah bagi kat kita apa yang layak kita dapat. Kita hanya tinggal jaga dan hargai pemberian yang Tuhan bagi. Aunty ambil skincare yang based on natural product kat drugstore. Aunty selalu amalkan mandi sebelum subuh masa air sejuk macam ais. Masa tu mandi paling bagus.Lagi satu contoh orang dulu-dulu, mana ada water heater ni semua, diorang semua mandi awal nak pergi cari rezeki untuk segarkan badan.”

Sesi Q&A diteruskan sambil meneruskan langkah. Kagum jugak la aku dengan janda ni, setia dengan arwah suami dia. Tiba-tiba…

“Nat!Anak-anak!”Aunty Lynn mengakibatkan kepala kami semua berpusing memandang ke muka dia, dia senyum.

“Ni trek biasa semua orang lalu, Aunty bawak lalu trek lagi satu nak? Kalau lalu trek lagi satu, korang boleh nengok air terjun sebab kita akan lalu hampir dengan lereng bukit, lepastu boleh nampak ada tapak kem, naik sikit terus sampai puncak.” Aunty Lynn menghamburkan ideanya.Kami berfikir-fikir sejenak, aku nengok jam di pergelangan tangan dan mula mengira. Kalau kami teruskan perjalanan, kami akan sampai ke puncak dalam 1 jam lagi.

“Sama je jaraknya, cuma trek ni jarang orang lalu sebab dia dah masuk ke kawasan perkhemahan sebelah sana.” Aunty Lynn menyambung lalu menerima anggukan dari kami semua.

“Awak! Awak semua! Tunggu sekejap!” panggilan dari salah seorang ahli group yang berada di belakang kami masa awal masuk trek tadi menghentikan langkah kami.

“Ye?”Yin menjawab.

“Awak semua nak lalu kem ke?” tanya minah tu lagi. Lawa pulak minah ni bila tenung lama-lama.

“Aah, kami nak lalu sebelah sini.”

“Kami nak join sekali boleh? Saya pernah lalu sekali dulu tapi sekarang dah tak ingat belah mana nak start belok.” Tambah minah tu dengan muka innocent.

“Boleh… jom lah sekali. Ni Aunty Lynn, dia yang akan guide kita nanti.”

Daripada 7 orang berkembang lagi jadi 14 orang. Sambil berbual, dapat lah tahu diorang tu dari negeri sebelah, saje nak try naik gunung ni sebab ni antara gunung yang senang nak naik. Semua tu dah berkerjaya macam kami jugak, lepas tension hujung minggu.

Bunyi air mengalir jelas kedengaran. “Haa sampai sini saya dah ingat, lepas ni kita akan nampak kem, jalan lagi sikit dah sampai puncak” minah tadi dari group sebelah punya lah excited tiba-tiba. Makin lama, makin jelas air terjun yang tak berapa nak tinggi tapi pemandangan dia sangat cantik.Hijau-hijau gelap yang menyegarkan dan di tempat kami berpijak semasa sampai di air terjun tu sudah separuh di ketinggian air terjun.Kalau nak mandi, kena turun sikit ikut batu-batu berlumut.Aku tarik nafas dalam-dalam, dapat bau air. Bau sesuatu yang segar. Ala… bau air kena rumput, macam tu lah bau dia. Boleh jadi port kami jugak nanti bila turun, air terjun yang kat bawah mesti ramai orang.

Lepas terima ucapan terima kasih dari group minah tadi sebab dia nak stay air terjun tu dulu, kami bertujuh teruskan perjalanan dengan perut yang sedikit beralas. Aunty Lynn bawak pie dia. Cuma Danny dengan Naufal je tak makan sebab perut dah kembung dengan air. Aku, Isma, Yin dan Simon (first time rasa pie daging Aunty Lynn) makan sampai jilat-jilat jari. Masing-masing sampai berpakat esok nak pergi kafe janda tu sebab nak beli pie lagi. Makan benda yang orang pelawa ni segan sikit nak jadi gelojoh.

Kawasan rata yang telah dipacak beberapa khemah kelihatan.Memang tempat strategik nak buat perkhemahan, air terjun dekat, puncak pun dekat.Tapi khemah tu semua kosong, mungkin mereka keluar menjalankan aktiviti.Lepas tapak kem, tinggal puncak yang perlu dituju.Dah 20 minit tinggalkan tapak kem, makin lama makin berat mata aku.Ngantuk macam kelopak mata kena tarik ke bawah.Kepala pun makin berat, rasa macam nak tumbang.Tiba-tiba Yin pegang tangan aku, “Weh, kenapa aku rasa berpinar-pinar.Macam berpusing-pusing. Mabuk ketum ke aku ni?”

“Kau pening ke? Aku pun tapi aku tak pening… Kepala aku cuma berat.”Aku cakap.

“Ye lah, dia tak pening.Macam ada sesuatu yang buat otak aku tak normal.” Sambung Yin

“Ke kita ada lalu mana-mana pokok tadi yang boleh buat manusia mabuk?” aku tanya lagi.

“Kau ingat kita kat Amazon ke nak jumpa benda pelik-pelik?”

Dari jauh aku nampak Danny, Naufal dengan Aunty Lynn yang lead kat depan. Simon kat belakang diorang tapi macam pelik je mamat ni. Mabuk ketum jugak ke?

“Weh Nat, Isma mana?” Yin panggil aku.

Aku pandang keliling, Isma tak ada padahal tadi dia kat sebelah aku tapi aku tak sedar yang dia dah hilang. Aku panggil yang lain, “Guys…”, semua nengok aku dengan Yin. “Isma tak ada.”Pendek aku sambung sebab aku dah tak larat. Aku pelik dengan badan aku, kenapa jadi macam ni. Semua berkumpul balik lalu patah balik guna laluan yang kitorang dah lalu tadi sambil jerit-jerit panggil nama Isma. Bukan setakat Isma, unggas-unggas hutan pun senyap. Minah ni kalau ye pun nak membuang, bagi tahu la.

“Guys, stop. Nengok atas” Danny suruh kami berhenti.

Ye, tuan-tuan dan puan-puan… Isma sudah ada dalam sebuah perangkap berjaring dengan tidak menyedarkan diri tergantung tinggi antara dua pokok lagi beberapa minit nak sampai tempat kem.Masa aku pandang atas, berbalam-balam kepala aku.

“Yin, Nat… kalian okay ke tak?” Aku dapat dengar suara Aunty Lynn tanya kat aku, tapi aku dah tak mampu nak bukak mulut. Aku nampak Danny cuba panjat salah satu pokok, Naufal keluarkan telefon, mungkin untuk minta bantuan. Gelap.

“ktakk! Grrrrr”

Bunyi sesuatu yang ringan kena kat kasut aku bercampur dengan bunyi rantai besi.Aku buka mata, beratnya kepala tak boleh nak cakap macam mana.

“ktakk! Grrrrr” lagi sekali benda melayang kat kasut aku lepastu jatuh depan aku. Tulang ayam?Aku angkat kepala dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dan aku sedar tangan aku kedua-dua sudah digari mendepa dengan rantai besi di kiri dan kanan berkedudukan lagi tinggi dari kepala aku.Aku sedang duduk di lantai dimana badan aku tersandar ke dinding dan kaki aku melunjur juga digari dengan rantai besi yang lebih panjang pada kedua-dua kaki. Aku pandang sebelah kiri, Yin berada dalam keadaan yang sama seperti aku cuma dia tak sedarkan diri. Sebelah kanan aku pulak dinding.

“Nat!” ada suara berbisik panggil aku, Simon. Dia juga berkeadaan yang sama macam aku dan Yin cuma kami bertentangan. Rupanya dia yang menendang-nendang serpihan tulang tadi kat aku.Bunyi rantai besi berlaga dengan simen bila aku menggerakkan kaki aku.Aku nampak sebuah katil bujang. Aku yakin tu Isma kat atas, dia pun sama digari tulang empat keratnya itu di setiap penjuru katil tak sedarkan diri.

“Simon, apa dah jadi?”

“I tak tahu.Tadi lepas you pengsan, Aunty Lynn yang tenangkan you.Lepastu Yin pulak pengsan dekat sebelah you.Semua orang kelam kabut, dengan keadaan Isma lagi tergantung.I ingat I boleh bertahan, tapi I tumbang jugak.Sedar-sedar je I dah kat sini dengan korang semua.”

Lama aku terfikir… “Simon… tadi Danny, Naufal dengan Aunty Lynn tak makan kan pie tu?” aku memang ada trust issue dengan sesiapa pun walaupun aku dah lama kenal kemungkinan sebab curiosity aku tinggi.

“Tak kan lah you boleh fikir sampai macam tu, you sendiri cakap Aunty Lynn baik. Dah lama family you kenal dia.I yang baru kenal dia pun boleh rasa dia baik.Kalau betul dia jahat, mesti dari dulu you pergi kafe dia, you dah kena.”

Betul jugak mamat ni cakap. Aku cuba pusingkan balik kotak-kotak memori yang ada dalam kepala aku untuk ingat balik tempat-tempat yang kami dah lalu. Tiba-tiba Simon bersuara.

“Mungkin ada yang sabotaj kita. You perasan tak, yang kena ni semua kat belakang. Kan Danny, Naufal and Aunty Lynn kat depan. Mungkin ada orang jahat ke yang bagi kita hidu sesuatu masa kita lalu certain area?” pun ada betulnya, takkan sekali empat orang pengsan. Aku perhatikan sekeliling bilik yang sederhana besar macam bilik tidur. Aku nampak longgokan backpack kami di sebelah katil Isma. Baiknya penculik ni, tak ambil beg. Banyak pinggan-pinggan stainless steel yang kotor bersepah di lantai dengan tulang kecil-kecil. Aku assumed tulang tu macam tulang ayam.Kepala otak aku teringat group minah negeri sebelah yang kami tinggalkan di air terjun, merekakah?

“kriukkkkk” bunyi pintu keselamatan besi bersekutriti tinggi berkarat macam kat bank pulak aku rasa. Muncul seorang lelaki yang aku boleh agak berumur 20-an bawak 5 kotak pizza Dominos saiz besar dengan 3 botol air mineral besar dalam plastik. Bau dia sedap weh… Mamat ni berpakaian kemas dah macam penyambut tetamu kat depan pintu lobi hotel tu.

“auuuekk!” Laa..bisu rupanya, dia panggil aku dengan Simon sambil tunjukkan isyarat suap tangan kat mulut. Di bukak gari tangan kami semua termasuk Yin dengan Isma yang belum sedar tapi tak bukak kaki pun. Terjelopok tangan Yin jatuh. Aku nengok jam kat tangan, dah pukul 2.18. Ingatkan kuat sangat ubat tidur ni. Tiga jam je boleh buat orang pengsan. Mamat tu keluar, boleh dengar bunyi lock pintu besi diputar-putar kat luar bilik.Simon berdiri, dia tarik tali lampu mentol lagi satu kat tengah bilik, hmm… malap. Orang malam pertama pun takde selera dengan lampu macam ni.

Aku bukak semua beg. Takde apa benda pun yang kami bawak, baju persalinan, bekal, torchlight, purse/wallet, lighter, hand sanitizer. Aku jumpa hammock, tali dengan pisau kat beg Simon, ni mesti berangan nak pasang hammock bila kat air terjun. Aku raba-raba kocek seluar, phone aku takde sama dengan Simon bila aku cakap kat dia. Yin dengan Isma pun aku raba tak ada. Aku cek balik semua beg dengan teliti satu-satu, lalu aku sedar kunci kereta aku tak ada. Semua aku keluarkan bongkar, tak ada. Okay takpe, tenang… benda kalau menggelabah ni tak boleh bawak ke mana. Kaya jugak penculik ni bagi makan pizza. Aku nengok Simon dah ngap dulu, aku pun join dia makan sampai habis sekotak.

“You rasa kan, apa yang diorang nak dari kita? Kita bukan kaya pun, kurap je ada.Kalau nak jual kat Siam pun tak laku.” Simon tiba-tiba tanya aku.

“Entah lah.Nak jual organ pun tak guna, semua dah penuh lemak.Agak-agak apa jadi dengan Danny, Naufal and Aunty Lynn?” sambil tu, aku bangun lepastu renjis-renjiskan air kat muka Yin dan Isma. Nampak lena pulak diorang tidur macam kat rumah dan aku berjaya menyedarkan diorang.

“Kita kat mana ni?” Soalan pertama Isma, mungkin sebab dia confused kot tadi kat hutan lepastu tiba-tiba kat atas katil. Yin bingung-bingung nengok kitorang.

“Unknown location.Kita dah kena culik tapi Danny, Naufal dan Aunty Lynn tak dapat dipastikan dimana dan bagaimana.”Kata Simon lalu menghulurkan kotak pizza kepada Isma dan Yin.

“You boleh makan dengan keadaan kita macam ni?! You tak takut kena b***h ke?!”Isma marah Simon. Aku dah agak dah minah nimesti menggelabah.

“Kau boleh relax tak? Sekarang ni kita belum lunch, masing-masing tadi tak ada tenaga. Makan ni, minum. Relax dan tenangkan diri, baru kita fikir macam mana. Kita ni semua kalau lapar, jadi tak normal.” Aku cakap kat minah dua orang tu. Aku perhati kawasan sekitar aku, kotor Nauzubillah.Macam mana nak solat?Takpelah, darurat.Dalam 30 minit, kami dah selesai solat di tempat masing-masing, makan dan minum.Simon je lah tak sembahyang sebab dia atheis. Aku guna seluar spare aku untuk kebas-kebas area kotor, terpelanting tulang-tulang kecik. Guna tudung dengan baju buat alas sejadah, kiblat pun aku tak tahu arah mana dan membuat aku berharap semoga Allah memberi ihsan kepada insan yang hina macam kami ni. Aku tahu kotor, tapi cuba selagi mampu. Whuduk guna air mineral, ambil yang wajib sahaja itu pun sekali basuhan.Isma je lah buat aku gelak sebab kedudukan kaki dia kena gari mengangkang kat atas katil.

“kriukkkkk” pintu ditolak dari luar. Kali ni mamat tadi bawak sedulang makanan besar nasi beriani. Reti pulak hidang berdulang macam ni macam makan kat masjid. Dia pandang semua orang lepastu buat isyarat makan. Aku nengok jam pukul 3.30, maksudnya lebih kurang sejam dia masuk bawak makanan. Kita nengok lagi sejam dia bawak apa pulak atau dia dah tak datang lagi tapi kali ni nasi beriani tak buat aku bernafsu sebab dah kenyang makan pizza.

Lepas dia keluar, aku perhatikan lagi sekali bilik ni. Lantai confirm kotor, aku pandang atas… ada cctv yg ada kepala dia boleh gerak-gerak tu kat bucu dinding tapi macam tak berfungsi je sebab tak ada lampu menyala kat kepala kamera tu. Ada airway kecik sebesar lengan dewasa kat sekeliling bilik ni. Di sebelah Simon ada lagi sepasang gari tangan tergantung dan sepasang gari kaki berselerak kat lantai. Gari-gari kaki kat dinding ni panjang, jadi kau boleh berjalan. Aku ambil torchlight dan pisau, panggil Simon suruh cangkung kat bawah cctv tu. Aku pijak bahu dia untuk putuskan wayar cctv tu, mana lah tahu tiba-tiba berfungsi ke. Simon pun keluarkan lagi satu torchlight lalu kami suluh ke sekeliling bilik mencari ada laluan rahsia tapi hampa. Perancangan lain perlu dicipta.

“Kriukkkk” mamat tadi masuk lagi bawak sedulang nasi ayam tepat pukul 4.30 membuktikan kiraan aku tak salah.Alamak… favourite aku.Disebabkan dia bisu, dia tunjuk isyarat suruh makan.Disebabkan dia bisu tu jugak la memudahkan urusan kami, lepas je dia letak dulang tu atas katil Isma, Yin terus rangkul leher dia guna rantai besi kaki dia sendiri. Yin cekik kuat-kuat sampai tak cukup nafas member tu. Dengan sekali hayun, Yin rentap bersilang kuat-kuat rantai tu tapi gagal sebab mamat tu siku perut Yin menyebabkan genggaman rantai besi terlepas.

“Clickkk!” Entah bila mamat ni capai pistol kat pinggang lalu dia halakan kat Yin. Kenapa lah aku tak perasan dia ada pistol dari tadi.Lepastu dia acukan kat kitorang satu per satu sambil mengundur menghala ke pintu. Yin nampak mamat ni pijak rantai besi kaki Yin, terus Yin rentap menyebabkan mamat ni jatuh terlentang dan pistol dia terlepas. Aku terus pergi kat dia dan pijak-pijak dia punya kemaluan sekuat hati sebab tu salah satu kelemahan lelaki, biar dia susah nak berdiri balik dan jalan. Lantak pi dia, bagi tak membiak terus pun bagus. Yin tutup pintu bilik balik tapi sekadar rapatkan je dan Simon meraba-raba mencari kunci kat mamat ni sementara dia tengah layan sakit.

“Tak jumpa!Mana kau sorok haa, asshole!”Simon menjerit kelam kabut.

“Kocek baju!You cek kocek-kocek kat baju dia! Yang belah dalam sekali.”Isma menjerit dengan nada perlahan bimbang dengan kekecohan yang berlaku boleh menarik minat yang berada di luar.Tu jelah yang dia boleh tolong sebab kaki dia terikat dengan bucu-bucu katil.Sementara itu, Yin mengambil gari kaki yang terbiar lagi satu dan dicekakkan ke kedua-dua kaki mamat tadi.

Bunyi gugusan kunci berlaga antara satu sama lain melegakan semua orang. Kami dah bebas dari gari dan kuncikan mamat tadi tu macam mana keadaan kami awal-awal kami sedar. Biar dia pulak rasa apa yang kami rasa, tangan dia dan kaki dia dah dipastikan di lock. Aku koyakkan kotak pizza lepastu gulung sebesar penumbuk, aku masukkan dalam mulut mamat tadi.

“auuek! Aauuuek! Auuekkk! Aaaa….” Settled sorang.Berbekalkan ilmu entah apa-apa yang aku selalu nengok dalam movie yang entah apa-apa juga, aku ambil jarak lebih kurang sekaki lepastu aku tendang kemaluan dia lagi dua kali.Puas hati aku. Yin, Isma dan Simon dah ready pakai beg masing-masing tapi ada lagi satu benda yang tak boleh tinggal. Bekal kosong dalam beg aku tadi aku sumbat dengan ayam bakar set nasi ayam yang dibawa masuk tadi. Nampak mengiurkan sebab ada kicap lagi.

“Haiyoooo ini perempuan, you sempat lagi nak capai ayam tu! Nanti I report dengan Danny.” bebel mamat yang entah bangsa apa sebab banyak sangat dia kacuk buat aku cuma tayang gigi. Simon selitkan pistol mamat tadi yang telah dimatikan picunya ke pinggang lalu mengeluarkan pisau bersiaga untuk lead kami. Isma bukak pintu perlahan-lahan untuk mengelakkan besi berkarat tu bunyi lalu memberi laluan kepada Simon untuk menghulurkan kepalanya keluar bilik. Clear!

Di luar bilik, keadaan gelap dan hanya disimbahi cahaya dari obor yang dinyalakan di dinding. Pintu sekuriti telah kami seal dnegan memusingkan tombolnya beberapa kali.Style yang dilihat menunjukkan kami berada dalam bangunan klasik inggeris anggaran dibina tahun 1800-1940an. Dinding hanya berbatu-batu kukuh macam istana dalam Merlin.Isma ambil obor yang ada untuk membantu kami berjalan.Rupanya bilik kami terkurung tadi adalah yang paling hujung.Selepas melepasi sebuah pintu kayu, ada sebuah tangga kayu yang cantik binaanya menghala ke lagi satu pintu disebelah atas menyebabkan kami beranggapan itu adalah pintu keluar.

“Simon…” aku panggil dia.

“You nak apa?”

“Masuk bilik tu, I nak nengok ada apa.” Aku halakan kat pintu kayu depan aku.

“You suruh I ke? You nak masuk, you masuk la… I nak keluar”

“Alaa you ni, I follow dari belakang je jadi back up.”

“Haaa lepastu kalau apa-apa jadi I lah yang kena dulu? Haiyaa perempuan ni… tunggu nanti bila jumpa Danny, I nak report dengan dia puas-puas” bebel dia buat aku tunjuk gigi lagi.

Pintu kayu tersebut hanya diselak menggunakan selak kayu, dengan penuh romantik Simon menolak pintu tersebut.Terang benderang, bersih dan berpendingin hawa.Terpampang di sebelah kanan dua pasang baju makmal putih tergantung kemas dan dua pasang apron kulit berwarna putih disebelahnya. Aku lihat ada susunan kabinet laci lima tingkat disebelahnya berlabel ‘Glove, Goggle, Plastic/Plastic Apron, Mask, dan Shoes’ yang tersusun dengan sangat kemas. Simon mengambil goggle dan mask lalu dia hulur kat aku sepasang lalu kami memakainya. Aku bukak laci ‘Shoes’ dan menjumpai beberapa pasang kasut getah berwarna hitam dan penyarung kasut bergetah lalu kami menambah aksesori dengan memakai sarung kasut tersebut di kaki.Kami tinggalkan Yin dan Isma di luar pintu untuk mengawal situasi.

Aku dengan Simon melangkah berhati-hati lagi ke dalam sehingga kami melalui tirai-tirai getah yang tebal dan lutsinar.“Plappp! Plaapp! Plap!” dia berbunyi lalu kami sampai di tempat yang dilengkapi dengan tiga buah peti sejuk beku berwarna putih dan sebuah peti sejuk lutsinar yang yang dimuatkan dengan botol-botol kecil berlabel serta concentrationnya. Antara nama label yang aku perasan ialah Sodium Chloride, Alcohol danInsulin.‘Insulin?’Tiga laci kecil tertera perkataan ‘Syringe, Needle dan Gauze’ terletak di atas meja sebelah peti sejuk.Ada sekotak ‘Icing Salt’ di bawah container berlabel ‘Dry Ice’.Simon bukak salah satu peti sejuk beku dan kami dipaparkan dengan kotak-kotak polestrin pelbagai saiz.Salah satu kotak besar dibuka menunjukkan ada daging yang belum d******g sudah membeku manakala lagi satu kotak besar mengandungi daging tetapi telah d******g dadu.Aku dan Simon berpandangan kerana belum dapat menangkap dimana sebenarnya kami berada dan modus operandi yang sepatutnya berlaku jika kami membiarkan diri kami dikurung lagi.

Sebuah lagi peti sejuk beku kami kuaklalu dihidangi wap sejuk yang berlumba-lumba keluar.Salah satu kotak polistrin dibuka menyentakkan aku hingga hampir terjatuh tapi Simon cepat-cepat sambar tangan aku.Kami dihidangkan dengan sekepala lelaki mungkin dewasa yang sudah bersih tiada d***h sudah membeku.Cepat-cepat kotak dan peti sejuk ditutup dan kami berpandangan, mungkin kali ini jawapan untuk persoalan yang berlegar-legar di kepala.Langkah perlu dipercepatkan kerana kami risau dengan keadaan Yin dan Isma menjadikan kami tidak membuka peti sejuk beku yang ketiga.

Sekali lagi tirai getah kami lalu menghasilkan bunyi yang sama membawa kami ke sebuah ruang seperti operation theatre lengkap dengan alatan pembedahan tersusun rapi di atas sebuah troli. Terlekat beberapa bilah pisau pelbagai saiz termasuk pisau pemotong daging di para bermagnet yang tergantung di dinding.Meja stainless steel yang besar bersaiz sebuah katil bujang macam tempat mandi mayat dilengkapi dengan salur getah menuju ke lubang pembuangan air/cecair di penjuru lantai bilik dihujungnya terletak di tengah-tengah bilik di bawah lampu bulat dan besar.Terdapat sinki juga stainless steel serta papan pemotong yang tersangkut di atas sinki. Di sebelah sinki, terdapat sebuah mesin pemotong daging berbilah tajam yang aku selalu nampak di pasar untuk mengerat ayam.Aku tarik tangan Simon untuk keluar segera kerana kami seakan sudah mampu membaca apa yang berlaku.

Kami membuka semua aksesori tadi dan masukkan kedalam beg apabila sudah keluar dari makmal tersebut untuk menghapuskan bukti bahawa kami pernah menjejaki makmal itu. Yin dan Isma masih berkawal di pintu lalu merungut kerana kami mengambil masa yang lama menyebabkan mereka kepanasan.Sekali lagi Simon mengetuai kami menaiki tangga, pintu yang kelihatan hanya bertutup tidak berkunci menjejakkan kami ke sebuah bilik kosong tanpa sebarang perabot.Yang ada hanyalah sebuah lagi pintu bertentangan dengan pintu yang baru kami keluar.

Kali ini Isma menawarkan diri untuk berada di hadapan dengan meminta pisau yang dipegang Simon. Pintu dibuka dengan penuh cermat dan tidak semena-mena kami dipaparkan dengan pandangan sebuah dapur style barat moden yang sangat cantik dan kemas. Kaunter di tengah dihiasi dengan bungaan mawar segar di dalam sebuah pasu. Yin menapak ke peti sejuk yang dihiasi magnet berbentuk frame gambar tersusun rapi, “Nat..” dia panggil aku.

“Aunty Lynn?”, itu je yang keluar dari mulut aku selepas melihat susunan empat frame tersebut. Gambar seorang kanak-kanak perempuan, gambar seorang remaja perempuan iras muka Aunty Lynn, gambar seorang wanita yang aku agak Aunty Lynn masa muda bersama seorang lelaki dan akhir sekali gambar Aunty Lynn memegang bunga mawar merah bersama senyuman dia yang cantik tu. Kami berpandangan sesama sendiri dan masih tidak percaya ini semua adalah perbuatan dia.

“Kau bukan kata rumah dia di Ellite Town ke?” tanya Isma.

“Yelah rumah dia kat situ. Dah beberapa aku pernah masuk rumah dia yang kat sana sejak dia pindah tapi aku yakin sekarang kita bukan kat rumah dia sebab dapur rumah dia lain.” Aku jawab.

Simon yang berdiri di tingkap dapur dari tadi menarik perhatian kami juga menggerakkan kami ke tingkap.Ada laman belakang yang luas tersidai kain seperti cadar/langsir di ampaian yang banyak dan dibelakangnya adalah hutan. Kami berjalan lagi ke pelusuk rumah yang lain untuk mencari pintu keluar. Susunan perabot bercampur moden dan klasik memenuhi ruang rumah. Tangga yang menuju ke tingkat atas berada di tengah-tengah rumah menghadap pintu utama seperti tangga hotel yang setiap pemegang sisinya adalah kayu yang diukir dengan sangat teliti.Akhirnya kami keluar melalui pintu utama yang tidak dikunci selepas kesemua empat sliding door yang berada di sisi rumah telah dikunci dan tidak boleh dibuka.Apabila tiba diluar rumah, barulah kami sedar bahawa kami sedang berpijak di laman sebuah banglo batu lama inggeris berwarna putih.Rumah ini dikelilingi dengan hutan sepenuhnya di luar tembok pemisah.

Kami melompat tembok kerana pagar bermangga dengan mangga besar.Jalan menuju ke pagar banglo itu tidak berturap namun hanya terlihat laluan kenderaan yang jauh kerana rumput yang m**i di situ.Kami bercadang untuk mengikuti laluan kenderaan itu dengan berjalan di sepanjang pinggir hutan agar keberadaan kami tersorok.Baru sahaja beberapa langkah kami ambil bercampur dengan bunyi unggas yang bingit tanpa henti, sebuah Range Rover Coupe berwarna putih berhenti betul-betul di hadapan kami mengakibatkan kami terus berlari ke dalam hutan.Aku tersilap langkah bila bahu aku terlanggar sebatang pokok di situ lalu terjatuh dan aku merasakan badan aku direntap dengan kuat dari belakang, ‘Aunty Lynn?’ detik hati aku bila aku memalingkan kepala. Mereka bertiga cuba berpatah balik untuk melawan janda berhias ni tapi Aunty Lynn lagi pantas dengan mengacukan pistol ke kepala aku.

Simon mengeluarkan pistol lantas dihalakan ke Aunty Lynn menyebabkan aku lagi takut dengan keadaan itu berbanding Aunty Lynn yang sedang buat perkara yang sama terhadap aku. Mamat ni mana reti guna pistol… nanti kejap lagi dia tersalah sasar, aku jugak yang kena aduhai. Datang satu idea dalam kepala aku lalu aku menendang-nendang kaki aku ke udara untuk menarik perhatian Simon yang tumpuannya asyik ke Aunty Lynn. Aku mengerdipkan mata menggunakan morse code membentuk perkataan ‘R.U.N.H.E.L.P’ kerana itu je yang paling ringkas dan Simon membalas dengan anggukan kecil namun mereka bertiga masih belum berganjak.

“Kamu semua nak lari ke mana? Hutan ni tebal tak sama macam yang korang masuk tadi. Baik korang menyerah kalau tak Aunty tembak Nat kat sini.” Janda berhias tiba-tiba bersuara namun langsung tak mendapat maklumbalas daripada kami berempat, takkan lah dia nampak aku bagi code tadi kat Simon sedangkan dia kat belakang aku?

Kelihatan Yin sedang mencari sesuatu di lantai hutan namun hanya ranting kayu yang dia jumpa.Tangan kanan aku menggenggam lengan Aunty Lynn apabila dia menolak kepala aku dengan pistol menyebabkan aku terpaling ke kiri. Main kepala pulak janda ni… Dengan sekali tolakan tangan aku mengalihkan pistol Aunty Lynn diarahkannya ke kepala aku, serentak itu juga aku menyiku perut dia guna tangan kiri. Serta merta aku terlepas dari Aunty Lynn dan mengorak langkah berlari bersama masuk ke dalam hutan.

“Daaaaashm!” terdengar das tembakan dilepaskan Simon kebelakang untuk menewaskan Aunty Lynn menyebabkan hutan itu Bergama seketika.

“Shit! Arghhh!” dari berlari, aku terus terjelopok jatuh sebab bahu aku yang kena tembak. Aku dah agak dah mesti mamat nimesti salah sasar punya, pegang pistol pun tak pernah. Kalau ye pun nak tembak, tunggu la aku lepas dulu dari dia. Sakit pedih campur terkejut dia tak boleh nak cakap sebab rasa terlalu perit.Simon berpatah balik dan menarik aku untuk berlari bersama.Yin dan Isma menghentikan langkah seketika di hadapan.

“Haiyoooo… I’m sorry! I’m sorry! Kenapa you lalu di laluan peluru tu! I nak tembak that bitch! Bangun, bangun jom I bawa you! Habislah I kena marah dengan Danny nanti.”Bebel Simon tapi aku tak membalas sebab tahan sakit.

Seriously, aku yang salah sebab lalu kat laluan peluru?Dia masih salahkan aku sedangkan dia yang salah sebab dia tak reti guna pistol?Bebel aku dalam hati. Nanti je lah aku bebel kat dia sebab aku tengah tahan sakit.

“Daaaashm!” langkah kami terhenti lagi bila pergelangan kaki aku kena tembak dengan Aunty Lynn menyebabkan aku terjatuh.Aunty Lynn berlari semakin dekat dengan keberadaan kami.

“Go!” kata aku seraya melepaskan tangan Simon dan menyuruhnya untuk menyelamatkan diri serta mencari bantuan. Simon meninggalkan aku yang masih terduduk dengan pandangan yang berbelah bahagi.‘Takpe bro, insyaAllah Allah sentiasa ada dengan aku.’Aku kata dalam hati sambil membalas pandangan Simon.Mereka bertiga sudah tidak kelihatan.Aunty Lynn sampai kat aku dengan senyuman dan pistol di tangan kanannya.Sakit aku bertambah dari bahu bercampur kaki.Aunty Lynn memaut lengan aku dan membawa aku menuju ke kereta.

Masuk ke dalam rumah, aku didudukkan di sebuah kerusi malas yang sangat empuk ciptaanya.Beg aku diletakkan ke tepi. Kaki aku dinaikkan ke sebuah bangku kusyen kecil dengan lemah lembut oleh Aunty Lynn. Dia menghilang untuk seketika dan datang semula dengan First Aid Kit serta semangkuk air suam siap dengan pakai mask dan glove.

“Daging segar ni kena jaga elok-elok kalau tak nanti dia jadi tak sedap.Kalau macam ni luka Nat, lambat sikit lah nak tunggu baik.”Aunty Lynn bersuara tiba-tiba disertakan dengan senyuman.Tadi boleh la aku nak kagum dengan senyuman dia tapi sekarang menyampah pulak aku sebab dia psiko, kejap jahat kejap baik.

“Nak tunggu baik buat apa?” aku tanya.

Dia menjawab dengan senyuman.“Klangg!” bunyi butir peluru yang dikeluarkan dari kaki aku diletakkan di dalam mangkuk steel.Dia membersihkan luka dan membalutnya dengan kemas, macam tu jugak la dia buat di kesan luka tembakan kat bahu aku. Aku nengok jam menunjukkan 5.45 petang. Hmm..belum solat asar. Baik tadi aku jamak masa solat zohor sebab aku pernah dengar di sebuah ceramah, keadaan darurat membolehkan kita untuk menghimpunkan solat.

“Kau letak apa dalam pie tadi?” aku tanya.

“Ubat tidur je Nat. Tapi tak kuat. Hehehe”

Terus ingatan aku kembali ke Danny dan Naufal.

“Mana Danny dengan Naufal?” soalan aku kali ini juga dibalas dengan senyuman menyebabkan aku tidak senang duduk.Selamatkah mereka? Atau mereka telah ditangkap tapi dikurung di tempat lain? Atau nasib mereka seperti kepala yang aku jumpa dalam freezer tadi? Atau sebenarnya mereka bersubahat antara satu sama lain. Mengikut perancangan, Danny yang ajak aku pergi hiking lepastu tiba-tiba jumpa Aunty Lynn. Lepastu dengan suka hatinya ikut janda ni guna laluan lain, lepastu diorang tak makan pie yang kami berempat makan tadi. Gulp… Sampai hati pakwe sendiri buat aku macam ni. Tiba-tiba aku beremosi kerana terlalu banyak persoalan dan andaian melompat-lompat dalam kepala aku.

“Jom ikut Aunty.” Dia ajak aku.

“Nak pergi mana?Aku cuma nak balik je.”

“Nengok Aunty buat pie. Lepas ni kita boleh makan sama-sama”

“Tak nak.Nak balik.”

Tanpa menjawab, dia rangkul pinggang aku untuk tolong aku berdiri dan memapah aku.Hmm… wanginya dia walaupun dah berlari dalam hutan tadi. Kami masuk ke sebuah bilik bersebelahan dengan dapur yang mengandungi sebuah oven batu yang besar dibina menggunakan batu bata, dua buah oven gas, microwave oven, sebuah dapur gas, sebuah sinki, peti sejuk, deretan pisau terlekat di para bermagnet,dan kuali-kuali besar dilingkupkan di sebuah rak. Semuanya stainless steel, kayanya.Terdapat meja di tengah, dan di bawahnya ada kotak-kotak container lutsinar yang berlabel ‘Tepung Gandum, Tepung Jagung’ dan macam-macam lagi.

Aku didudukkan di sebuah kerusi di penjuru bilik lalu diikat tangan aku kebelakang menyebabkan aku mengaduh kesakitan kerana otot bahu aku digerakkan.Kaki aku juga diikat di bahagian lutut dan pergelangan kaki bersama kedua-dua kaki kerusi yang ada.

“Sudinnnn!”Aunty Lynn menjerit ke luar bilik. Klasiknya nama.

“Nat tunggu sini, Aunty nak cari Sudin sekejap. Mana dia pergi ni.”

“Siapa Sudin?” aku tanya.

“Anak Aunty yang bagi Nat makan tadi.”

Anak?

“Dia dah m**i kena kurung.”Ringkas aku berkata lantas Aunty Lynn keluar bilik dan mengunci aku dari luar.Pisau yang terlekat di para seberang bilik menarik perhatian aku.Tapi aku tak boleh nak bergerak kerana kaki dan bahu aku sakit. Perlahan-lahan aku aku cuba berdiri dengan kerusi yang terlekat kat badan aku menyebabkan aku membongkok tiga, buat aku rasa macam kura-kura bawak cengkerang.

“Aww!”Kaki aku terasa sakit yang amat sangat lalu aku terduduk balik kerana tali yang berada di pergelangan kaki menegang dan menekan di bahagian luka. Aku cuba lagi beberapa kali namun aku hanya berjaya mengeluarkan air mata kesakitan. Mungkin luka tembakan ni dalam menyebabkan aku merasai sakit yang tak pernah aku alami. Macam ni rupanya sakit kena tembak. Macam mana orang-orang yang selalu main tembak-tembak keluar kat tv tu? Tak sakit ke?

Pintu dikuak dari luar, Aunty Lynn masuk bersama Sudin yang kami kurung tadi. Sudin namanya… Sudin pandang aku atas bawah dan menjeling sambil tangannya membawa dua kotak polistrin yang aku sudah dapat agak benda apa dalam kotak tu. “Awwuukkk!”Dia kerutkan kening dia lepastu ketawa tak ada bunyi kat aku. Aunty Lynn menghidupkan arang sehingga jadi bara di oven batu.

“Sudah lah tu… jom kita buat makanan.”Aunty Lynn memanggil Sudin sambil memakai apron diikuti dengan Sudin.

Daging berpotongan dadu dari kotak polistrin dikeluarkan dan difrostkan menggunakan microwave. Selama aku hidup dan aku makan pie dia setiap minggu ni dia guna daging ni ke? Aku makan manusia ke? Kenapa tak ada orang sedar yang selama ni daging dia lain dari yang lain? Kenapa aku makan daging manusia?

“Tu daging apa?” aku tanya.

“Inilah daging yang Nat suka makan tu. Daging orang. Hehehe… Tapi Nat jangan risau sebab Aunty cuma memilih daging yang berkualiti tinggi iaitu dari orang Islam dan vegetarian. Aunty tak ambil orang yang makan khinzir dan minum arak, nanti jadi d***h daging dah jadi tak berkat hidup.” Panjang dia terangkan sambil tangan dia menguli tepung. Reti pulak dia cakap berkat tak berkat ni semua, memainkan agama. Sudin dedang memasak inti pie di dalam kuali. Sedap aromanya tapi aku geli buat selera aku m**i.

“Dah berapa lama buat kerja ni?” aku tanya lagi.

“Sejak Aunty pindah dari kawasan rumah kita dulu. Aunty rasa bosan dan Sudin pun taka da kerja asyik terperap kat sini. Aunty buat lah kerja dengan dia.”

“Sudin ni siapa?”Pertanyaan aku kepada Aunty Lynn memalingkan kepala Sudin ke arah aku dan dia senyum. Eiiii geli!

“Sudin ni anak Aunty.” Ringkas dia jawab.

“Kau kan janda berhias.”

“Nat belum lahir masa tu… Aunty cakap dengan semua orang nak pergi kursus memasak 6 bulan dan balik dari kursus tu baru langsungkan perkahwinan. Aunty keluar rumah masa dah mengandung 4 bulan. Anak jantan yang Aunty nak kahwin tu la tapi dia tak nak bertanggungjawab.Dia lari dan tinggalkan Aunty. Hahahaha tapi dia silap, Aunty ugut nak b***h mak bapak dia, baru dia ajak Aunty kahwin. Aunty duduk kat sini dan lahirkan Sudin kat sini. Ini rumah peninggalan atok Aunty sebelum dia balik England dulu. Dia datang sini zaman penjajah dan ramai pembesar British buat banglo-banglo macam ni dalam hutan termasuk lah atok Aunty.”Patutlah lawa, kacuk omputih rupanya.

“Habistu kau yang b***h laki kau?”

“Aah. Hihihi.Macam mana Nat dapat tahu? Aunty upah treler untuk langgar kereta dia dan target langgar kat bahagian dia duduk. Jadi ahli keluarga dia yang lain selamat dan tak ada lah nampak sangat motif pembunuhan. Ni kali pertama Aunty bagi tahu kat orang tau. Beruntung Nat…”

Gila. Perempuan ni gila.
“Kenapa b***h dia, kan dia dah kahwin dengan kau.”

“Sebab dia tak nak anak ni. Dia cakap tu bukan anak dia. Mana boleh macam tu… Aunty tak pernah bagi tubuh Aunty dekat orang lain tapi dia tuduh Aunty curang sampai mengandung. Dia langsung tak nak nengok muka Sudin. Kesian anak Mama ni ye.” Sudin tersenyum. Erghghhh! Anak beranak sama perangai.

“Habistu kenapa buat pie guna daging orang?”

“Sebab kepuasan.Hihihi. Aunty suka bila orang ramai datang kedai Aunty dan bila orang tanya resepi, Aunty boleh tipu diorang. Bila diorang buat guna daging biasa lantas tak jadi la pie tu. Benda ni boleh jadi kedai Aunty lain dari yang lain tau.”

“Kau perempuan gila.”

“Memang Aunty gila. Aunty marah dengan Tuhan. Siapa suruh dia buat hidup Aunty susah!”

“Kenapa marah Tuhan pulak?Kau yang langgar garis panduan dia, berjimak sesuka hati lepastu nak cakap Tuhan tak sayang kau.Kau tu sayang Tuhan ke tak?”

Dia tak jawab aku tanya sebab tengah sibuk masukkan pie dalam oven. Ada idea datang dalam kepala.

“Aku lapar.”

“Pie baru belum masak lagi ni.” Kata Aunty Lynn.

“Tak nak. Aku nak ayam ada dalam beg aku.”

Aunty Lynn dan Sudin berpandangan dengar permintaan aku lalu Sudin diarahkan untuk membawa aku ke dapur dan hidangkan ayam yang aku nak sebab janda tu nak habiskan bakar pie.Ikatan kaki aku dilepaskan, fuhh lega sikit sebab dia ikat ketat.Bangun dari kerusi, dia ikat balik pergelangan tangan aku kebelakang.Sudin nak rangkul pinggang aku tapi aku tak bagi lalu aku berjalan terhincut-hincut.Apabila melintasi hallway, aku terpandang telefon bimbit aku, Yin, Isma dan Simon bersusun elok bersebelahan telefon klasik di meja telefon serta kunci kereta aku.Ya, kunci tu aku kenal sebab ada keychain butterfly biru. Sudin membawa aku ke dining room dan dia menghilang dan datang kembali dengan Tupperware ayam aku.

Dia mencucuk ketulan ayam menggunakan garfu lantas diajukan ke mulut aku.
“Tak nak. Nak makan guna tangan sendiri.” Dengan bodohnya dia menurut apa yang aku nak dan membuka ikatan aku dan membawa sebiji mangkuk berisi air untuk aku membasuh tangan. Bukan main protocol dia. Aku bangun dari kerusi masa dia letakkan magkuk kat atas meja dan mengucapkan terima kasih.Dengan baki tenaga yang ada, aku tendang kemaluan dia lagi sekali, dudukkan dia kat lantai dan aku ikat badan dia di kaki meja.Aku tumbuk muka dia yang entah dah berapa kali sampai tangan aku kebas dan d***h sudah keluar dari hidung Sudin.Bila nampak dia macam dah mamai tak ada daya, aku ambil napkin dan ikat untuk menutup mulut dia. Garfu tadi aku ambil jadikan senjata sentiasa dipegang di tangan.Tupperware tadi aku terpaksa tinggal sebab tak sempat aku nak ambil.

Aku pergi ambil telefon-telefon yang aku nampak tadi tapi bila aku angkat satu persatu, ringan. Ahh janda psiko ni bukak bateri pulak… kecuali phone aku sebab phone aku tak ada bateri. Aku masukkan semuanya dan kunci kereta ke dalam beg tapi phone aku masukkan dalam kocek dan perlu berjalan dengan cepat ke bilik buat pie tadi untuk mengunci janda berhias tu.

“Nat nak pergi mana tu…?” Aunty Lynn bertanya masa aku pusing belakang nak mengorak langkah.Aku tendang perut dia dan cuba aku berlari tapi dia sempat kaut kaki aku yang cedera dan dia tekat kuat-kuat tempat luka tu menyebabkan aku terjatuh jatuh terhentak kat bahu yang luka.

“Aaaaaaaaaaarrrggghhhh!Sakit laaa bodoh!” Dush! Aku tendang muka yang mendongak tengok aku sekuat hati guna kaki kiri yang sihat walafiat ni dengan keadaan kami yang terbaring di lantai. Kaki je sakit, mulut aku tak sakit.Garfu yang aku pegang dari tadi aku cucuk-cucuk kat tangan dia sebab dia tak nak lepaskan kaki aku tapi dia degil dan bertahan.Akhirnya dia melepaskan genggaman dan picitan ke atas luka aku selepas aku hentak garfu kat tangan dia sampai tercucuk ke isi lengan.

Sekali lagi air mata aku keluar tanpa dipinta kerana menahan sakit dan d***h sudah merembes-rembes keluar dari luka. Sambil sedang cuba untuk berlari dalam kesakitan, aku menelefon panggilan kecemasan menggunakan telefon aku sementara Aunty Lynn belum bangun dan kejar aku balik. Aku memberitahu bahawa aku diculik dan di tembak lalu sekarang aku sedang menyelamatkan diri.Aku sampai ke gate depan tapi terkunci memaksa aku untuk memanjat tembok. Keliling rumah terang benderang sebab diletak lampu di sepanjang tembok.

“Nat!Sayang!” aku dengar suara Danny di luar gate sebelum aku menuju ke tembok menyebabkan aku berhenti.Aku nampak Danny dan Simon yang sedang memegang kayu dari celah gate.

“Sayang you okay tak?” terus Danny tanya aku mungkin sebab dia nampak mata aku baru lepas nangis dan tudung aku ada kesan d***h yang banyak.

“Dia tak okay.Kan tadi aku dah cakap dia kena tembak dua kali.You tunggu situ, I panjat tembok bawak you keluar.”Simon yang menjawab pertanyaan Danny. Tak boleh nak tipu bahawa tembok yang aku nak panjat menjadi kesukaran bagi aku dengan keadaan macam ni.

“Baam!” pintu utama banglo mewah itu dihempas dari dalam menampakkan Aunty Lynn memgang lenganya dan Sudin yang sedang menuju ke arah kami.Ada masa lagi sebelum dia sampai tembok dari pintu, nasib baik laman rumah ni luas. Aku memijak bahu Simon dan duduk dia atas tembok.Aku terjun bila janda psiko tu lepaskan tembakan beberapa kali. Ah sudah, Simon belum panjat. Bila aku terjun ke bawah, Simon pun terjun sekali. Pantas mamat ni buat kerja.

“You boleh lari tak?” tanyaSimon panik dan mengambil bag aku untuk digalasnya di bahagian hadapan. Dia mengeluarkan pistol tadi untuk bersiap sedia dengan serangan dua beranak itu.Jangan dia tembak aku lagi sekali sudahlah.

“Tak boleh.Kaki I sakit sangat!”

“You naik belakang I, cepat!Dia dah dekat tu!”Danny mengarahkan aku untuk piggyback dia.

Berdas-das tembakan dilepaskan oleh janda puaka mendahulukan Danny untuk mengorak langkah.Simon berada di belakang juga berbalas tembakan.Kami terdengar pintu gate besi yang berat dibuka semasa sudah masuk ke dalam hutan yang gelap. Aku hidupkan torchlight lampu flash kamera menghala ke hadapan. Aku perhatikan line data internet ialah E dan jam nak jejak pukul 9 malam, belum cuba belum tahu. Aku bukak group family aku dan menghantar voice text ‘SOS! SOS!’.Sharing live location menjadi pilihan apabila membuka option sharing location.Semua ini aku lakukan dengan keadaan bergegar macam ribut kat belakang badan Danny dengan tangan aku yang menyilang di lehernya untuk menstabilkan kedudukan.Location sukar ditrack oleh satelit kerana line data yang slow.

“Kita kat mana?” aku tanya.

“No time to explain!” jawab Simon bercampur nafas turun naik.Danny juga termengah-mengah mungkin sebab kerana terpaksa berlari dengan membawa aku sebagai beban. Balik rumah kena start diet sikit.

Bermacam soalan menderu dalam kepala aku, mana Naufal?Mana Isma dan Yin?Macam mana Simon boleh jumpa Danny?Kita kat hutan mana sebenarnya?Boleh selamatkah kami kali ini?Dari keadaan hutan yang kelihatan menunjukkan hutan ini lebih tebal dan seperti tidak pernah dijejaki manusia berbanding dengan hutan gunung yang kami lalui tadi.

Simon mengarahkan aku untuk menutup torchlight dan berhenti berlari kerana melihat Danny yang kelelahan.Kami mengambil tempat di dalam ruang kecil antara sebatang balak enam peluk manusia dan tanah yang kami pijak. Kedengaran desir-desir daun dipijak oleh Aunty Lynn dan Sudin di belakang kami.

“Auukkee! Aaueekk! Aeuk!” ntah apa benda isyarat Sudin dah macam bunyi anjing bagi kat Aunty Lynn lalu kami dapat melihat mereka berdua berpecah, seorang ke arah kini dan seorang ke kanan. Kami menutup mulut dan hidup masing-masing menggunakan tangan untuk mengelakkan nafas didengari apabila dapat melihat dua pasang kaki itu dihadapan kami.Setelah dipastikan bunyi derapan kaki di lantai hutan menghilang, Simon dan Danny pantas menukar tugasan mempiggyback aku. Beg juga berganti kepada Danny.

“Mana pistol tadi?” Danny tanya kat Simon.

“Aku dah buang.Peluru dah habis”.

“Okay takpe. Jom gerak.”

“You bukan ada pisau ke tadi?” aku tanya Simon.

“Hilang lepas I terjatuh kat lereng bukit.Dah, dah.Mari lari.”

Disepanjang perjalanan kami yang kali ini sedikit relax kerana tidak lagi berlari, berbelas-belas panggilan telefon dari ahli keluarga aku yang aku biarkan terlepas menyala di screen kerana aku sedang mengelakkan untuk membuat bising dan akhirnya aku memberi text ‘SOS, call the police!’

Langkah kami akhirnya terhenti selepas satu jam di sebatang sungai dan kami dapat dengar bunyi terjunan air tidak jauh dari situ. Mungkin sungai ni dari air terjun tersebut. Hanya pantulan cahaya bulan melimpahi permukaan air.

“Naaaattt! Naaaaaattt! Nat kat mana?” ahh sudah bunyi suara janda puaka tu ada kat belakang kami.

“Kita lari ikut arah sungai, kat hujung mesti jumpa penempatan.”Simon berikan cadangan.

“Tak sempat.Kita masuk sungai, dongakkan kepala sehingga hidung je berada di permukaan air.Kita menyorok dalam air, takpe hidung kita kecik dia susah nak trace lagipun ada cahaya memantul ni kat sungai.”Aku jawab.

“Nat… Aunty nak rasa daging Nat dari dulu… Mana Nat ni…!” suara dia makin dekat.

Perlahan-lahan kami menapak ke dalam sungai supaya air tidak bunyi berkocak yang berkedalaman separas dada dan kami mengambil tempat di tengah sungai.Sakit pedih luka aku kena air bukan kepalang sehingga aku menggenggam tangan mereka berdua dengan kuat menahan sakit.Kami berpegang tangan bertiga dan membentuk bulatan di tengah sungai dan mempasakkan kaki ke batu-batu di dalam air, merendahkan sedikit tubuh dan perlahan-lahan menenggelamkan kepala lalu mendongakkannya.

Semasa berada dalam air, baru aku teringat sesuatu… handphone diorang ada dalam beg aku yang dibawa Danny. Jahanam semua phone tu nanti termasuk remote sensor kereta aku tapi terselit rasa bersyukur sebab phone aku kalis air.Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih untuk aku pakai yang advance sikit.Ada jugak aku tersedut air masuk dalam lubang hidung hingga membuat aku hampir batuk namun aku bertahan.Aku nak balik nak jumpa mak bapak aku. Aku tak nak m**i tak berkubur masuk dalam perut-perut orang yang lepastu akan diflush dan dilepaskan ke loji kumbahan. Mereka berdua pun berkeadaan sama macam aku dimana air memasuki hidung. Air yang sangat sejuk menambah penderitaan kami.

Entah berapa lama kami berkeadaan seperti itu, Simon menarik tangan kami untuk naik ke permukaan dan kami terbatuk sikit dengan menahan suara supaya tak kuat.Mereka berdua dah tak ada.

“Empat minit. Huhh! That bitch is pissing me off!” Simon merengus.

“Macam mana kau tahu?” – Danny.

“Aku kira 240 saat. Gila la kita punya survival mission ni. Boleh buat buku” balas Simon.

Kami panjat ke tebing seberang sana yang lagi satu dan meneruskan perjalanan mengikut arah sungai. Dan serentak dengan itu, kami terdengar bunyi helikopter jauh diudara.Ya, misi menyelamat sedang dijalankan. Apabila Danny bercadang untuk menghidupkan api di tebing sungai untuk menarik perhatian team penyelamat, rancangan itu menunjuk ke jalan buntu apabila semua benda yang berada di dalam beg basah termasuklah lighter.

“Guna torchlight handphone you.”Danny bagi cadangan lagi.

“Tak boleh. Lampu ni tak akan nampak dari atas sana. Kecik sangat.”Simon balas.

Kami berfikir sejenak, lalu bersetuju untuk menelefon semula talian kecemasan tapi perbuatan kami terbantut apabila kami terdengar bunyi kipas helikopter yang semakin hampir dan lampu kerlipan itu menuju kearah kami.

“Live location! I send live location tadi!” Ucap aku hampir menjerit.

“Good job, my girl… That is why I love you” halah Danny ni… Depan Simon lah dia nak cakap macam ni.

Aku bukak lampu brightness screen kepada yang paling maximum dan melambai-lambai ke helikopter terbabit. Kami bertiga membongkok apabila helikopter mendekati dan mereka mencampakkan tali kepada kami.Dapat terlihat tulisan ‘POLIS’ yang besar di bawah tubuh heli terbabit walaupun keadaan samar-samar.Aku diarahkan untuk mendahului dikuti Danny dan Simon apabila aku sudah hampir dengan pintu helikopter, kami terdengar beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kami mengejutkan semua orang.Cepat-cepat aku melangkah dengan bahu dan kaki yang semakin perit sakitnya.Tembakannya semua terlepas dan kami berjaya naik ke dalam helikopter dibantu oleh seorang anggota polis dan bapak aku yang sedang memakai headphone beserta speaker.Jap, bapak aku?Di atas, aku dapat mendengar pilot dan co-pilot menghantar maklumat tentang keadaan kami dan kejadian tembak menembak tadi.

Aku terus peluk bapak aku dan menangis sambil mengadu kat dia sakit yang teramat sangat. Rupanya bapak aku buat permintaan untuk menyertai pihak polis untuk mencari kami dengan kebetulan aku masih sharing live location di group family dan aku terlihat phone bapak aku berada di phone holder di bahagian panel pilot. Kami dibalutkan dengan selimut setiap satu kerana masih lagi dalam keadaan basah.Bapak aku merawat semula luka di bahu dan kaki.

Kami diturunkan di sebuah padang bola kampung berhadapam dengan dewan serbaguna kampung berhampiran. Kelihatan dari atas cahaya melimpah dari kenderaan polis dan orang awam serta lampu dewan tersebut terang benderang dibantu dengan spotlight di padang berkenaan. Beberapa ambulans sudah bersedia dia lokasi. Aku di angkat menggunakan scretcher lalu ditransitkan ke katil ambulan. Kelihatan Isma, Yin dan Naufal juga sudah berada di situ. Danny dan Simon diperiksa oleh pembantu perubatan bertugas manakala aku dibawa segera ke hospital berdekatan. Orang ramai yang kebanyakannya penduduk kampung dan pihak media sudah mebanjiri kawasan dewan.

Berita tentang kami diculik tersebar luas dengan pantas. Aku tiba di hospital dan selepas menerima rawatan yang sepatutnya aku terima lebih awal, aku ditahan di wad atas saranan doktor supaya aku berehat. Tulang buku lali aku retak akibat tembakan daripada Aunty Lynn siang tadi. Perkarangan hospital penuh dengan pihak media ingin mendapatkan liputan namun telah dikawal oleh pihak polis yang hanya membenarkan ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja untuk masuk. Kakak aku menemani aku untuk mala mini dan menceritakan bahawa kelam kabutnya ahli keluarga aku bila mendapat mesej aku malam tadi.

Keesokan paginya, mereka berlima berkumpul untuk melawat aku bersama dua orang anggota polis untuk mendapatkan keterangan. Aunty Lynn dan Sudin masih dijejaki oleh pihak polis yang kini sudah melibatkan ajing pengesan. Mereka telah pergi ke rumah banglo Aunty Lynn namun kedua-dua puaka tersebut sudah melarikan diri. Apabila pihak polis sampai di rumah agam itu, keadaan terang benderang dan seperti berpenghuni namun kosong. Siasatan sedang dijalankan di rumah berkenaan yang mungkin akan menjawab persoalan kes-kes orang hilang sepanjang beberapa tahun ini.

Kumpulan mendaki bersama Aunty Lynn juga disiasat apabila tiada antara mereka mengaku tiada pertalian antara Aunty Lynn dimana Aunty Lynn yang meminta menyertai mereka semasa mereka baru sampai di kaki gunung. Selepas aku, Simon, dan Yin pengsan, Sudin keluar dari tempat persembunyian untuk menangkap Danny dan Naufal. Kami berempat ditinggalkan di sana sementara Aunty Lynn dan Sudin mengejar mereka berdua menyebabkan mereka berdua terpisah. Naufal berlari menuju ke puncak gunung untuk mendapatkan bantuan dimana disitulah dia bertemu dengan group yang mendaki dengan Aunty Lynn. Mereka bersama-sama Naufal dan beberapa group hikers lain turun berjemaah selepas Naufal menceritakan semuanya. Sampai di bawah, Naufal tidak dapat menghubungi sesiapa kerana bateri telefonnya habis. Sebaik sahaja report dibuat kepada ranjer, pihak polis sudah mula membuat operasi pencarian lebih kurang pukul 4 petang.

Manakala Danny yang dikejar Sudin mencari langkah untuk berlari ke hutan dan dapat melepaskan diri selepas bergelut beberapa kali dengan Sudin apabila dia bertembung dengan group hikers lain. Pergelutan yang berlaku menyebabkan handphonenya tercicir. Danny kemudian berpatah balik di tempat kami pengsan untuk mengekori kami namun segala tindakannya tidak berjalan lancar apabila Aunty Lynn dan Sudin menaikkan kami ke atas jeep lalu beredar. Danny cuba mengekori dan menjejaki kami walaupun dia tidak tahu dimana dia berada sehingga dia terdengar bunyi das tembakan dan mengikuti bunyi itu mnyebabkan dia bertenbung dengan Simon, Isma dan Yin.

Mereka berempat berpatah balik ke banglo lalu memberi arahan kepada Isma dan Yin untuk mengikut laluan kenderaan yang sedia ada manakala Simon dan Danny akan masuk untuk mencari aku. Selepas beberapa minit mereka terpisah dan ingin memanjat tembok rumah, mereka terlihat aku sedang berlari terhincut-hincut ke arah gate. Disitulah aku menemui mereka semula.

Rupa-rupanya, hutan dan rumah atok Aunty Lynn terletak di gunung yang sama kami daki cuma menghadap ke hutan belantara yang tebal di sebelah gunung yang satu lagi berbanding dengan laluan pendakian biasa yang menghala ke kampung sekitar.

Selepas dua hari misi memburu dua manusia puaka tu, anjing pengesan menjumpai mereka sedang menyembunyikan diri di sebuah bilik bawah tanah yang lengkap dengan infrastruktur tidak jauh dari banglo tersebut. Mereka berdua dikenan hukuman gantung sampai m**i kerana m******h dengan niat. Rumah Aunty Lynn disita, cafe Lynn ditutup serta merta dan para pekerja disoal siatat. Hasil mendapati para pekerja tidak pernah masak apa jua hidangan makanan di cafe tersebut kerana Aunty Lynn akan bawa yang freshly bake dari rumah ke cafe dan tiada antara mereka yang mengetahui hal sebenar tentang inti daging manusia itu.

Selepas dua bulan…

Aku singgah di sebuah cafe yang baru dibuka di sekitar kawasan perumahan baru di sini sebelum masuk ke office. Aromanya sungguh mengasyikkan apabila pintu ditolak untuk masuk. Aku perhatikan hidangan sampingan yang dijual. Ada scoon dan custard Danish mengiurkan aku. Disebelahnya ada sedulang pie daging.

“Ye Cik, selamat datang. Cik nak beli apa-apa hidangan?”

“Bagi saya dua biji pie daging, tolong panaskan dan hot milk tea.” Aku senyum kepada gadis tersebut.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

50 thoughts on “Teh atau Kopi?”

  1. Weh, mana kak yulie? aku baru start balik baca FS ni bulan ni sebab haritu phone aku rosak, tengok kat comment kak yulie dah takda. anyone know?

    Reply
  2. Lme dah akak xkomen dlm ni.btul..cerita makin sendu.fiksyen yg bjela2 panjang bkn pngalaman sbenar dr penulis2. Xd kpuasan dah. Sori.akak xminat fiksyen.thnks

    Reply
  3. Best.
    Teruskan menulis.

    Btw, jgn kisah sgt dgn komen komen negatif.

    Tulis kalau rasa nak tulis dan nak berkongsi cerita.

    At least cerita awak ni better dari novel novel cinta tk berasas yg makin berlambak di pasaran tu.

    Teruskan lagi…

    Reply
  4. Owh ya.
    Pasal Netflix tu, mungkin ramai yg tahu, n ramai yg tak tahu.

    Orang kampung macam saya ni, dah la rumah di kawasan terpencil, banyak sgt benda tk tahu.

    Tk salahkan kalau kami bertanya soalan soalan tk menguji minda mcm tu? 🙂

    Reply
  5. Acik dah hidup 40thn ni… tapi gagal hadam maksud hubungan geli geli tu.
    Nak buat cerita rekaan pn kena ambil kira pembaca. Bukan buat ikut syok sendiri. Nak buat kisah seram tapi lebih kepada nak show off hubungan geli geli..
    Aduhai…. cuba lagi nnt dik tp kurangkan bab intro geli gelian tu ye.

    Reply
  6. Lagi ok yg fiksyen dari cerita sebenar, sebab cerita sebenar selalunya lebih kurang je, hantu kat asrama, pasal kena sihir, kne kacau saka, rumah berhantu, hijab terbuka, kena kacau hantu dalam hutan. Balik² tu je pusing² cerita. Huhuhu.

    Reply
  7. Banyak nau negatipnye.. haihh dh namenya Fiksyen.. Best sgt story ni.. nak rate 20/10..

    Kome2 ni pun, penulis ni pn bukannya dibayo.. Agak2la nak negatif sgt..

    Patutnya bg komen membina, ni apekes pi tya cite writer lain kat komen?? senakla korg ni..

    Reply
  8. Eh korg ni.. dh nama pun FIKSYEN SHASHA.. xyah la nk komen negatif sgt.. klu x suka, sila ke muka surat sebelah ye… untung juga la ada yg nk buat cerita x berbayar.. sekurang² nya ada la juga bahan aku boleh baca.. apa ingat semua org ada pengalaman misteri yg boleh di share ke?? Haaaa.. susah² korg je la yg share pengalaman seram korg kt sini.. biar kami plk yg nilai…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.