” TEMAN MANDI “
Asalamualaikum semua, harini aku nak kongsikan cerita seram dan pelik pernah jadi dalam hidup aku. Sekitar tahun 2016, waktu tu aku masih seorang pelajar dan menuntut di sebuah institusi tempatan di Negeri Sembilan. Aku ditempatkan di dorm paling atas di hujung koridor kanan berdekatan dengan tangga. Aku berkongsi bilik tersebut dengan seorang senior yang seumur dengan aku. Semuanya nampak normal sehingga lah lepas habis aku susun barang barang aku dalam bilik aku pun decide untuk bersihkan diri sebelum turun untuk berjumpa dengan kawan2 aku yang lain waktu tu untuk makan petang.
Aku pun ambil tuala, baldi yang berisi alat2 mandian dan juga baju lalu menuju ke bilik air yang paling dekat dengan bilik aku. Boleh dikatakan hanya dalam 10 langkah sahaja dah sampai. Tapi perasaan pelik mula menyelebungi aku bila jejak sahaja kaki aku di muka pintu tandas tersebut aku dah mula rasa satu badan aku meremang. Tapi aku beranikan diri sebab masa dah makin suntuk disebabkan aku dah ambil masa yang lama tadi untuk kemaskan barang. Langkah kaki aku kuak, dan masuk sahaja ke tandas tu aku nampak ada 3 buah tandas yg lengkap dengan shower, berhadapannya pula ada sebuah para yang panjang untuk kegunaan membasuh baju. Tanpa lengah kan masa aku masuk ke tandas kedua atau yang paling tengah.
Tengah aku mandi, aku dengar derapan langkah “eeiikkk.. eikkk.. eikkk” bunyi yang datang dari selipar tandas kebiasaannya pelajar asrama gunakan. Dalam hati aku rasa lega sebab at least ada orang yang temankan mandi, hahaa. Tiba ” ktapp !” bunyi pintu tandas dikunci di sebelah bilik mandi aku. Tak lama lepas tu kedengaran bunyi shower. Hampir 15 minit dalam tandas aku bersiap dengan hanya memakai baju dan tuala aku pun keluar untuk bertegur sapa dengan orang yang mandi di sebelah tadi. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya bila aku keluar aku tengok dah takda orang dalam tandas tu. Aku dah mula pelik dan seram
sejuk. Aku cuba berfikir positif mungkin dia keluar lebih awal dari aku tadi, tapi aku masih tak sedap hati. Aku pun beranikan diri untuk cek bilik air di sebelah kiri dan kanan tandas aku mandi tadi, “ouhh shitt !” Satu carutan keluar dari mulut aku tanpa sengaja. KERING. Kering guys lantai tandas tu ! Yang basah cuma tandas tengah yang aku baru je gunakan tadi tu. Zupp terus meremang satu badan dan aku cepat2 ambil toiletries aku dan langkah keluar secepat yang mungkin. Rasa macam tak jejak tanah dah waktu tu. 10 langkah untuk ke bilik tu aku rasa macam tengah lari tapi tak sampai2 ke garisan penamat. Fuhhh, habistu… Yang masuk tadi tu siapa ??
Kejadian pelik ni tak berhenti sampai sini saja, malah berterusan sampai lah ke akhir semester. Aku selalu tertanya tanya kenapa setiap kali aku mandi, tak pernah aku jumpa orang lain selain ada satu kali tu aku nak mandi aku terserempak sorang perempuan ni tengah basuh baju dekat depan tandas tu. Aura yg aku rasa bila berdekatan dengan dia tu tak tahu nak habaq macam mana. Seram sejuk meremang remang je rasa. Tapi sebabkan aku ni peramah orangnya aku cuba untuk berbasa basi tanya siapa nama , kos apa , dduk bilik berapa.
Tapi sepanjang aku tanya soalan tu dia tak pernah jawab. Cuma pamerkan muka dingin dan tak pernah senyum. Jangankan orang lain, roomate aku sendiri pun tak pernah terserempak kalau dalam bilik air. Aku jadi musykil tapi aku diamkan sampai lah penghujung semester tu dah sampai cuti semester dan tibalah masa untuk balik ke rumah masing2. Aku beranikan diri tanya roomate aku,
Aku : Fin, Ida nak tanya lah selalu fin mandi dekat mana ? Sbb ida tak pernah nampak/terserempak walau sekalipun. Fin ni pun jawab yang dia selalu mandi tandas di hujung koridor belah kiri ni. Aku dah mula rasa pelik tapi masih tanya
Aku: “ouhh yeke knp tak mandi tandas yg kanan ni kan paling dekat dengan bilik kita? Bukak pintu je dah nampak, hahaa”.
Fin : ” tandas yang dekat bilik kita ni tak pernah orang koridor ni pergi lah ida. Sebab paip selalu tak function lepastu lighting tandas tu gelap walaupun siang buta. lagipun Fin pernah nak masuk tapi tak jadi sebab tiba2 meremang tak sedap hati, fin sanggup pegi yang jauh dr pegi yang dekat dengan bilik kita ni. Hishh ..” .
Aku dapat rasa yang muka aku terus pucat lesi dan tangan aku mula sejuk tanda aku ketakutan. Maknanya selama ni aku seorang saja yang pergi tandas tu for a whole 6 months ?! Patutlah tak pernah nampak muka2 budak koridor ni. And yeah muka budak perempuan creepy tu pun aku tak pernah jumpa even waktu perjumpaan ketua aras dengan budak2 dorm. Jadi siapa dia ??? Patutlah kerek semacam ,pucat semacam mukanya. Rupanya bukan *rang. 🥵🥶
Kisah ni walaupun dah 4 tahun berlalu tapi masih segar di ingatan aku. Sebab pengalaman paling menyeramkan dan pelik pernah terjadi sepanjang 24 tahun aku hidup. Persoalan yang seringkali aku tertanya tanya kenapa lantai mandi tak pernah basah walaupun aku tahu budak perempuan tu baru saja lepas mandi maklum lah aku ni mandi bak puteri bersiram. Selagi tak tercabut kulit tu aku sental selagi tu rasa tk bersih. Tu yang alih2 keluar dah hilang budak tu. Bila roomate aku tahu yang selama ni aku mandi dkt tandas dekat bilik kami tu dia pun ikut takut 😂, yang teman ni dah 6 bulan baru sedar pun tak tahu nak rasa apa gamaknyaa haihh…
Dan bila dia ajak aku pergi toilet yg belah kiri tu terus aku terkejut . Mana taknya berbeza 101% dri yang biasa aku masuk. Bersih terjaga mungkin sbb selalu digunakan. Dan siap ada pokok kecik lagi ditanam dalam pasu . Dan lighting on point sangat sis. Nak banding dengan tandas selalu aku pergi tu ya Allah dah macam masuk rumah hantu.. dengan gelapnya, dengan sepinya macam tak da orang guna kecuali aku. Hailaaa aku tak tahu lah nak kata berani atau bodoh aku ni 😂 . Anyway itu semua pengalaman pahit manis waktu belajar dlu . Konfem tak boleh lupa.
Dan untuk pengetahuan korang, selama 6 bulan menjadi penghuni sementara di dorm tersebut beberapa pengalaman seram bunyi tingkap diketuk pukul 3 pagi, “dihimpit” waktu tidur selepas asar dan macam-macam lagi aku alami disebabkan roomate sis dulu selalu fly bilik 😂 dan tinggallah sis ditemani oleh “makhluk-makhluk” yang nakal ini. Insya Allah if sis rajin, there will be next entry pasal ketukan tingkap pukul 4 pagi dan “orang” memberi salam. Till then, take care guys !..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Jika fiksyen cakap je fiksyen sb nti jenoh ko nak cari pembaca yg tentunya ko x kenal kat padang mahsyar nti dik.
Cerita xde brek
berani betul…nasib baik diax xtnjukkan muka hodoh dia, just muka creepy hahah
OMG sisturrrr!! You ni lone ranger ke atau memang seorang yang berani..hehe..btw, nice story..nanti share lagi okehh