Templer Park

Kisah benar ini terjadi pada aku dan kawan-kawan pada tahun 2003. Bulan berapa aku dah tak ingat. Masa tu aku dan kawan-kawan aku ni semua kaki camping. Aku (wan), Bear, Jem dan Yus, sebut sahaja pasal ‘camping’, mesti kami semua on!

Kisah ini bermula pada hari jumaat, sedang aku bekerja tiba-tiba dapat panggilan dari Bear , “Woi, balik kerja ni kita pergi camping, aku ambil kau dekat office’ katanya. Aku tanpa bantahan terus bersetuju tanpa bertanya tempat kami nak camping. Tepat jam 6.00 petang, mereka dah ada di bawah pejabat aku berdekatan dengan Mid Valley. Semua dah tak sabar nak pacak khemah.

“Ke mana kita? Tak balik rumah dulu? Aku nak tukar baju, tak kan nak pergi dengan baju kerja ni?” Tanyaku kepada mereka, dengan spontan Jem menjawap, “Tak payah, kita pergi dekat je, area Templer Park”. Dalam masa yang sama hatiku sedikit marah sebab nak kena redah kesesakan lalulintas, sudah pasti kami akan lewat sampai dah hari akan gelap.

Tepat jam 7.15 petang kami sampai di Templer Park. Sebelum masuk hati aku agak risau sebab hari dah gelap di tambah pula dengan hujan renyai. Aku cuba buat buat tak ada apa yang terjadi, padahal dalam hati ada rasa nak balik. Aku bertanya, “Tak nak tunggu lepas Maghrib baru masuk?”, aku tak pasti sama ada idea masuk lepas maghrib ni bernas atau tak, itu yg mampu aku terfikir masa tu. Dengan selamba Yus menjawap, “Lambat”.

Kisahnya bermula di sini, masa kami nak masuk ke tapak nak pacak khemah, aku berjalan di belakang sekali dan aku berselisih dengan seorang RELA atau Ranjer Hutan, macam-macam dia tanya, antara soalan yang aku ingat “Nak ke mana hujan-hujan ni?”, aku balas nak berkhemah semalaman. Dia anggukkan kepala dan pesan, jangan bising-bising. Macam pelik kenapa dia pesan jangan bising. Tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil, macam pelik juga siapa yang tau nama dan kenal aku kat situ. Rupa-rupanya kawan-kawan aku menjerit panggil sebab aku lambat. Buat suspen jer diorang ni.

Sampai di tapak yang kami nak pacakkan khemah, seperti yang aku jangka, kayu dan ranting untuk buat unggun api semua basah sebab hujan. Nak dijadikan cerita, lantern (Lampu utk camping) pun tertinggal. Yang ada cuma lampu suluh dan lilin jer. Dah siap pasang khemah, aku terus masak untuk makan malam. Kebetulan hujan pun dah berhenti.

Malam makin sejuk, kami sepakat nak duduk dalam khemah jer sambil baring dan berbual. Sebelum masuk khemah, kami pasang 4 batang lilin di setiap penjuru khemah. Lebih kurang 2-3 jam, satu lilin terpadam, kami undi siapa yang kena keluar untuk tukar lilin, nasib aku tak baik, aku kena keluar. Aku tengok lilin mmg dah pendek dan memang kena tukar. Masa aku mencangkung nak nyalakan lilin, aku ditolak dari belakang dan tersungkur ke depan. Hati aku panas ingatkan kawan-kawan aku yang tolak, bila toleh kebelakang, semua dalam khemah. Serta merta bau sangat busuk menerpa hidung.

Dari dalam khemah terdengar ada yg menjerit, “Siapa kentut ni, bau telur!”. Aku dah tau siapa yang cakap kalau bukan si Jem, memang dia jenis celupar dan tak makan saman. Cepat-cepat aku masuk dalam khemah, dan suruh jangan bising, balik-balik aku kena sound dengan Jem, “Ko ingat ni dalam library nak kena senyap?”. Semua gelakkan aku. Aku bgtau diorang yang aku kena tolak, baru semua senyap dari gelak. Bau busuk dari tadi tak hilang-hilang. Kami masing-masing duduk rapat-rapat sambil baca segala ayat Al_Quran yang kami hafal. Khemah untuk 4 orang dah boleh muat 8 orang, semua penakut rupanya.

Sekali lagi lilin di penjuru lain terpadam. Bukan kata undi, keluar berempat pun kami tak sanggup. Kami dalam khemah dah macam dalam masjid, ada yang berzikir, ada yang mengaji. Aku dari tadi tak berhenti baca ayat Qursi. Lebih kurang setengah jam, bau pun dah hilang, kami agak tenang. Bear ajak balik, semua setuju. Kami sepakat untuk tinggalkan khemah, esok baru datang semula untuk kemas. Masa kami sia-siap nak keluar khemah, tiba-tiba lilin yang terpadam kat luar menyala semula!

Masa tu muka aku kalau ditoreh, memang tak ada d***h yang keluar. Pucat lesi sambil menggigil. Sekali lagi khemah kami boleh muat untuk 8 orang. Bukan setakat dia main dengan lilin kami, tapi siap baling pasir ke arah khemah kami. Lama juga khemah kami dibaling pasir. Bila keadaan sedikit reda, kami sepakat untuk balik juga. Apa nak jadi, jadilah.

Kami berempat berpegangan tangan sambil berlari ke arah kereta mengikut jalan yg kami lalu masa mula-mula sampai tadi. Hampir 20 minit kami berlari tapi masih tak sampai di tempat parking kereta. Kami ambil keputusan untuk berehat seketika. Yus menjerit dengan tiba-tiba “Wey, tu bukan khemah kita ke? Kenapa kita masih kat sini?” Aku rasa seperti nak menangis bila melihat khemah tak sampai 10 meter dari kami. Kenapa aku masih di kawasan yang sama? Arghh….

Tak semena mena, Jem berbogel sambil laungkan azan. Dalam ketakutan aku nak tergelak pun ada. Ini mana petua dia pakai. Lepas 2-3 kali dia laungkan azan, Kami seakan akan nampak trek yang kami masuk tadi. Tanpa berfikir panjang, kami terus ikut trek dan Alhamdulillah kami sampai di kereta. Jam waktu tu hampir pukul 4 pagi. Kami terus balik ke Subang. Dalam perjalan pulang, aku membebel supaya kami tidak buat bising masa di templer park tadi, sebab pakcik Rela atau Ranjer yang berselisih dengan kami semasa mula-mula sampai dah pesan dengan aku. Jem dengan Yus bertanya serentak, “Pakcik mana?”

Wak Ang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

57 thoughts on “Templer Park”

  1. Nak gi mana2 pastikan bwk radio yg leh pasang bateri dan cucuk pendrive pasang rukyah sampai pagi..lagi satu elok la berzikir dan mengaji..waktu mlm dlm hutan rekreasi ni mcm2 ada…

    Reply
    • Zaman tu kalau x salah, still belum ada pendrive. Tapi mmg x terfikir nak bawak, maklumlah, remaja n fikir nak enjoy jer…

      Reply
  2. Kat templer park memang seram..ada ketika dulu aku gi camping pun kena gak tapi ngan renjer situ la. Pakcik yang tegur aku sembang baik layan sampai isyak tu ropenyer dah tak kejer situ hahaha…

    Reply
    • Saya ingat dia bogel sebab nak bagi benda yg kacau kami tu takut atau maluโ€ฆ Tgu pengalam next masa camping kat janda baik… tgh amik mood nak menaip

      Reply
    • Sampai skrg still misteri kenapa dia bogel. Dia pun xmo cerita mana dia dpt idea… Mana na pikir aurat dah time tue… hahaha

      Reply
  3. haishhh….kalau diri sendiri kene camtu xtaw laa boleh lari ke takk…nk kuar ke mana2 pun takut agaknya…mahu tido 8 orang satu khemah sampai pagi mungkin…hahhahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.