Tergerak hati ingin berkongsi kisah misteri selepas membaca kisah-kisah yang terdapat dalam FS ni. pertama sekali nama aku AG dan kisah yang bakal aku sampaikan mungkin tidak lah seram mana, panjang sedikit dan mungkin bosan. tapi ia nya cerita pengembaraan bermotor kelasik aku dan 10 orang lagi rakan aku yang thrill pada hujung tahun lepas.
Di pendekan cerita, jam sudah menunjukan pukul 3.30 petang. dan kami masih lagi tercari-cari bengkel kerana ada 2 biji motorsikal (moto Edi dan Boby) breakdown dan terpaksa ditinggalkan di Keningau.
Selesai menguruskan motor, kami pun meneruskan perjalanan. sebelum tu, arah tujuan kami ialah ke Tawau, melalui jalan kalabakan. Jam 5 petang lebih kurang kami bergerak keluar dari keningau dan singgah mengisi minyak di pit stop terakhir laa lebih kurang kalau dari Keningau, di sook.
Waktu itu pula hari sudah semakin gelap, selesai kami semua mengisi minyak motor masing-masing, sedia untuk bertolak, motor Zul pula rosak lampu. Mau tak mau kena usaha juga repair memandangkan hari sudah gelap, alhamdulillah lepas setengah jam lampu berjaya hidup semula.
Untuk makluman pembaca, ini adalah pengalaman pertama kami menggunakan jalan kalabakan menggunakan motorsikal, dengan jalan rosak, berlubang, gravel, berbatu besar-besar penumbuk, kiri kanan hutan tebal, tiada lampu jalan, tempat binatang liar melintas-lintas dan angker.
Fast foward, sebelum sampai di Maliau Basin pit stop (kedai makan kecil) jalan sudah mula putus-putus sedikit. kesemua kami berkedudukan berlapis-lapis, masing-masing tak mau di belakang sebab malam dia pekat. tengok belakang memang kicap.
Tak nampak apa-apa. sesekali tengok belakang memang rasa lain macam. dan bermula lah kisah thrill. Dona yang pada masa itu mungkin di tengah dan terpisah sedikit dengan rakan lain dalam 2-3 biji motor, tersuluh di sebelah kiri jalan, separuh kaki berlari masuk semak, kaki tu kaki manusia! tak pakai selipar pulak. husnuzon mungkin orang kampung. tapi fikir balik tengah hutan satu rumah apa pun kami tak nampak tepi-tepi.
Tak berakhir di situ, sampai kat pit stop maliau basin, tengah malam jam 12, mujur masih bukak lagi. pekena megi cup dan kopi O dulu. hujan renyai mula turun. brader kat kedai tu tanya kami semua nak pergi mana malam buta macam ni. Hairan, tak pernah lagi orang bawak motor kelasik lalu jalan ni tengah malam buta.
Kami bagitau lah tujuan ke tawau. sempat dia pesan hati-hati depan tu ada gajah. teruskan perjalanan lagi, tak lama lepas tu aku di terjah makhluk dengan mata bercahaya depan aku. masa tu aku jalan depan sekali, dah panik kejap apa pulak ni mata berkilau.
Rupanya anjing yang entah dari mana tiba-tiba ada kat depan aku. cuak juga kejap. lepas tu yess, memang ada kesan gajah lalu, hanya Eley sorang nampak ada dua ekor gajah dekat tepi jalan dan kami semua rugi tak nampak.
Masa tu dah hujan lebat, jalan mula bertanah kuning dan semakin teruk. sampai satu tahap kami semua langgar saja lubang yang ada dengan harapan cepat sampai destinasi. jam sudah menunjukan jam 3 pagi. berbaki lebih kurang 90km, selepas bulatan Kalabakan, kami terpisah ke 4 kumpulan, kumpulan depan Bibi, Kash, dan Edi, kumpulan kedua aku dan Eley kumpulan ketiga Zul, Dona, Abe dan Bob, dan yang last Boby dan Am.
Masa ni team depan dah tak hingat. tinggal aku dan Eley, stop tepi jalan tunggu punya tunggu geng lain tak sampai, dengan keaadan gelap berkicap sekeliling, hujan lagi aku dan Eley ambil keputusan pusing balik takut jadi apa-apa dengan mereka di belakang, hampir 15 minit jugak baru jumpa dorang.
Betul, rupanya Zul eksiden kat atas bukit. Tapi syukur tiada apa yang serius cuma moto sahaja mengalami kerosakan kecil. pada masa tu, Dona yang sudah menuruni bukit stop tepi jalan tengah bukit. niat nak berlari naik atas tolong Zul tapi terbantut sebab nampak kelibat putih samar-samar macam asap kat atas bukit pastu nak turun bukit, ada pulak kat bawah bukit. ah sudahh.
Ending nya Dona tunggu la tengah bukit tu dengan harapan kami yang di depan datang balik dan dorang yang di belakang cepat sampai. tak lama lepas tu aku dan Eley terserampak dengan Dona yang berenti tengah bukit tu. dia pun cerita lah yang Zul eksiden tadi, masa tu kami semua gather balik, ambil masa 10 minit jugak baru team belakang sekali jumpa kami. rupanya moto am habis minyak, tu yang lambat kat belakang.
Last nya kami cuma sampai setakat Petronas Felda Umas, dah jam 4 pagi rasanya masa tu. tu pun petronas tu tutup. so kami decide bermalam kat pondok tepi petronas tu. dah setel semua itu ini, semua dah tidur masa tu, tinggal Dona sorang belum lelap.
Lembaga yang Dona nampak tadi ada lagi! betul-betul tepi Am tidur di hujung corner pondok, dona apa lagi, ambil scarf tutup muka tidur paksa. cerita habis kat situ. Long story short, dah sampai destinasi dah selamat balik rumah masing-masing lepas pengembaraan. sesi melepak kedai Abe, buka balik cerita pengembaraan. Rupanya masa dorang am habis minyak kat belakang tu, dorang ada terserempak dangan rumah.
Dari cerita Am, rumah tu rumah kayu lama, terang benderang macam ada orang duduk, tapi sebuah tu saja dan kosong tiada kereta atau motor, atau orang! cuma sebuah rumah lama yang terang benderang. yang pelik nya tiada seorang pun kami yang di depan teringat atau perasan melintas depan rumah tu. masa tu jugak, dorang terserempak dengan perempuan naik motorsikal dari arah depan stop dekat dorg.
Bayangkan lah tengah pagi buta. spy spontan tegur konon nak tanya kot depan ada jual petrol ke kan, belum habis pertanyaan, perempuan tu cemas cakap βtiada-tiada! aku mau cepat ni!!β pastu pusing balik hilang dalam pekat kicap malam. lagi satu yanh pelik, kami semua yang di depan pun tak terserempak dengan perempuan tu.
So rumah tu entah rumah siapa, perempuan tu pun entah dari mana. pengalaman yang kami semua alami tu entah halusinasi kesan penat atau apa wallahualam, dunia ciptaan-Nya ni luas, kita semua berkongsi.
Dengar cerita jalan tu memang keras. jadi tak hairan lah bila orang label kami gila sebab lalu jalan tu tengah malam naik motorsikal haha. misteri tetap misteri apa yang jadi dengan dorang am. mujur dorang tak pergi rumah tu. manatau bunian. tak pasal-pasal kena sembunyi hehehh. terimas meluangkan masa membaca kisah aku dan rakan-rakan.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Klu naik motor mlm mlm dan ramai ramai, saya nasihatkan jgn berpecah. Lebih lebih lagi ditempat yg kita tak tahu hujung pangkal.
Gila x dibuat org…lain lah naik motor yg edisi terkini…ni naik motor zaman perang Jepun…mencari nahas lah..tp korang mmg kental…hantu setan pon takut
Seram / Tak (2 marks) = 1
Gaya bahasa (2 marks) = 2
Penyampaian (2 marks) = 2
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 1
Comment : Susunan ayat yg teratur, mudah difahami. Cuma cerita nya yg kurang jelas. Tk cerita kan secara terperinci wajah makhluk tu. Apa sebenar nya entiti itu. Btw nice π 7/10
Untuk makluman pembaca, ini adalah pengalaman pertama kami menggunakan jalan kalabakan menggunakan motorsikal, dengan jalan rosak, berlubang, gravel, berbatu besar-besar penumbuk, kiri kanan hutan tebal, tiada lampu jalan, tempat binatang liar melintas-lintas dan angker.
nak tambah satu lagi..kat jalan ni tak ada line handphone..kalau ada apa-apa hal memang meraung la engkau kat tengah jalan dah lah kereta yang lalu pun boleh dibilang jari…
Gila limpas jln kalabakan mlm2. Siang pun seram apa lg klu mlm
Mantap bosku. Motor aku ksr pun rosak jlan sana. Syukur ada lori PGA lalu offer naik. Maghrib bro naik lori. 4 lg motor jalan sendiri ke tawau. Accident lg ex5 sebuah terbang bro.
Alhamdhulillah dlu masa dengan tunang lalu jalan ni juga (jln belakang klu kami sebut) malam lepas isyak. Sepanjang jln menuju KK tak da apa2 gangguan. Jalan memang seram tp klu kita yakin dgn Allah sbg pelindung insyAllah xda apa2.. mungkn juga sebab sepanjang drive dari Tibow ke Keningau tu (sy ganti drive) tak henti2 mulut sy zikir Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin π π tunang plak tido d biar nya kita drive sorang2.. haha .tp dia mmg ada kena la masa dirve balik twu sorang2. Xsemena2 tayar pancit time tu dah malam, xda keta lalu.dgn xline.tawakal je dia ganti tayar sorang2. Dlm samar2 cahaya keta tu ada la dia nmpk seakan kelibat hitam lalu.. dlm 30mnit jg bru la ada lori lalu stop kejap tlong dia. Fuhh . Klu d beri pilihan lg lepasni takmau dah lalu jalan belakang klu malam