Terbukanya hijab

Assalamualaikum kepada admin terima kasih sekiranya menyiarkan kisah aku ni, dan kepada semua reader setia FS, terima kasih sudi membaca kisah aku ni. Sebelum ni aku hanyalah silent reader FS, tapi selama bertahun aku follow FS ni, baru tergerak hati nak bercerita di laman FS, kalau ikutkan aku tak rajin nak menulis ni, tapi sekadar perkongsian tentang pengalaman hidup ak sejak dari kecil. Mungkin tak seseram mana, tapi bagi aku yang mengalami sendiri, ada masa2 tu seram jugak boleh kencing berlari dibuatnya.

Ok sebelum aku bercerita tentang diri aku dan kisah yang aku alami, aku intro dulu, nama panggilan aku, aku singkatkan sebagai ‘ra’ sebab ni nama yang mak aku panggil dari kecil. Aku dilahirkan di kl,tapi aku membesar merata-rata tempat rentetan dari perceraian kedua ibu bapa aku, so macam bola la, kejap ikut mak, kejap ikut bapak, lepas mak aku dapat hak jagaan, bapak aku pulak bawak lari kitorang adik beradik nun jauh ke pedalaman perak, merata2 lah senang cerita. Kami 3 beradik semua perempuan.

Pengalaman misteri dalam hidup aku ni banyak, dan banyak kejadian yang berlaku antara aku dan adik perempuan aku. owh lupa, bukan adik tapi arwah adik..arwah adik aku ni dah lama meninggal sebab terlibat dengan kemalangan jalan raya waktu umur dia belum cecah 20 tahun. Aku namakan dia sebagai ‘adik’ sebab memang itu panggilan dia sebab dia anak bongsu dalam family kitorang kan masatu. Ni masa mak bapak aku belum kahwin lain la. Walaupun adik aku ni dah meninggal, tapi banyak kenangan antara aku dan arwah yang masih segar dalam ingatan aku.

Ni cerita awal permulaan hijab aku terbuka zaman aku kanak2 dulu. Ok back to the story, cerita yang aku nak ceritakan ni masih lagi di kl, belum lagi pindah randah masa ni. aku kurang pasti masa aku umur 5 ke 6 tahun, tak silap aku ..5 tahun la kot, bermula la episod misteri dalam hidup aku, belum part seram, cuma misteri la bagi aku. Masa ni aku tinggal dekat flat sri kota, rumah bandaraya yg 19 tingkat tu, eh 19 ke 17? ah lupa..kt cheras. Rumah aku ni tingkat 4 dan terletak paling hujung skali, sebelah pili bomba. Rumah dua bilik je. Masa kecik, aku tido dengan mak ayah lagi masatu, nak dijadikan cerita suatu malam tu, aku tidur sebelah arwah adik aku ni. Adik aku sebelah kiri aku, sebelah kanan aku ni bapak aku yang tengah berdengkur. Kakak aku pulak, tidur sebelah adik aku, dan sebelah kakak, mak aku, dia tidur hujung skali.

Waktu aku tengah tidur, terjaga pukul berapa ntah aku pun tak ingat, belum pandai tengok jam kot masatu, tapi yang jelas tengah malam la, mak ayah aku dah tidur siap berdengkur lagi,tiba2 tangan kiri aku terasa lenguh dan kebas sangat, dalam mamai2 tu, aku cuba untuk buka mata, waktu aku bukak mata, tepat aku tengah tengok lengan aku yang kebas2 tu aku nampak satu makhluk kecik, rupa paras dia sebijik la macam manusia, orang kenit, tapi halus dan kecik je orangnya, lelaki.. kurus, dan tinggi separas jari telunjuk orang dewasa, makhluk tu betul2 atas pelipat siku aku dan pakaian dia korang tau tak macam pakaian orang dulu2? ada tanjak kat kepala, siap bersampin bagai, rambut panjang paras bahu,lepastu yang buat aku terkesima, dia bawak haiwan peliharaan, berkedip2 mata aku, aku cuba nak pastikan apa binatang yang dia bawak? korang tau apa? anjing! ye,sah anjing! (ishh, macam parameswara dalam sejarah melaka kan? ni aku slalu flashback memory aku bila aku dah belajar sejarah sekolah rendah, mesti aku akan teringat peristiwa ni dan memang persis sangat gambaran tu) ah sambung balik..

Lepas aku amati..aku cuba untuk fokus lagi dengan pergerakan makhluk tu dan tiba2 dia mula berjalan.. waktu tu aku cuba untuk bersuara tapi mulut aku terkunci, badan aku tak boleh nak bergerak langsung! semua ibarat dikunci. Aku hanya mampu memerhati je,sambil dia pegang tali anjing peliharaan yang memang tersedia ikat kat leher anjing tu, anjing tu pun menurut je langkah tuan dia, tapi makhluk ni tak mengeluarkan bunyi langsung, dua2 diam hanya melontar pandangan sekilas dan terus berjalan, anehnya.. sampai kat bahu aku orang kenit ni hilang! takde angin takde ribut, tiba2 hilang macamtu je. Barulah tangan aku mampu bergerak macam biasa. Dan tiba2 adik aku bersuara..dia cakap “eh??” terus aku pandang adik aku, rupa2nya adik aku pun tak tido, dia pun terjaga sama macam aku. Aku tanya “kau nampak ke dik??ingatkan kau tido??” adik aku cakap, “nampak..dia jalan kat bahu kau lah..” aku pun jadi macam blur2 dan tak pasti apa sebenarnya yang aku tengah alami ni? dan kenapa adik aku pun nampak benda yang sama? tak lama tu, kitorang pun tertidur dalam kebingungan.

Besok tu, aku tanya balik adik aku, yelah, aku takut dia mamai ke mengigau, atau aku yang mengigau, tapi tak! memang dia cakap dia betul2 nampak dan ingat dengan jelas pasal orang kenit tu. Aku ceritakan kat mak aku, tapi mak aku pun macam blur jugak, mungkin mak aku fikir, imaginasi kanak2 je ke aku pun tak pasti, dan semenjak dari peristiwa tu lah mata aku ni dihadapkan dengan makhluk dan kelibat yang berbagai rupa, dalam masa yang sama, apa yang aku nampak, adik aku turut nampak.

Dan aku teringat dekat rumah tu jugak, aku selalu nampak kelibat2 makhluk yang berkeliaran dalam rumah , dalam bilik tidur dan waktu malam, hanya aku dan adik je yang nampak, ada yang kurus, ada gemok, yang ada kaki dan tiada kaki. Yang macam kepulan asap pun ada. Macam2 rupa diorang. Ada yang macam jin casper tu (kalau korang pernah tengok la cerita casper) ahh.. memang ada yang sebijik macamtu. Tapi masatu tak pulak rasa takut. Dan tahun demi tahun,perkara2 aneh terus menerus berlaku dalam hidup aku semenjak dari peristiwa tu,sampailah satu waktu..mak dengan ayah aku dah tak sehaluan dan selalu bertengkar dan berakhir dengan perceraian.

Dan tak lama lepastu, mak aku blah tinggal umah nenek aku dekat kampung yang aku namakan sebagai kampung P kat kl jugak,mak aku bawak kitorang adik beradik. Aku rasa yang duduk area kl mesti tau tempat ni. Tak payah la aku mention lorong berapa.Masa ni aku dah masuk darjah 3.Masa zaman ni , kebanyakan rumah semua setinggan lagi, so banyak rumah2 kampung ngan rumah papan lagi,dan masa ni kat kampung aku ni banyak orang2 kampung yang fanatik belajar ilmu mistik dan persilatan dan banyak jugak yang test2 ilmu dekat2 lorong aku ni.Dan yang jadi mangsa orang2 kampungla, termasuk aku.

Dekat kampung aku ni pun banyak misterinya walaupun kampung tengah bandar,cuma masatu belum betul2 bandar pun.Ha sambung balik cerita aku.. Suatu malam tu,ubat nyamuk dah habis kt rumah nenek, rumah nenek ni memang banyak gila nyamuk, lagi2 kalau tak pasang ubat nyamuk, memang habis d***h dikerjakan dek nyamuk. Dah malam2, tu jam jugakla mak aku nak suruh aku pegi beli ubat nyamuk, “ra, tolong beli ubat nyamuk, ubat nyamuk dh habis, beli fumakilla”ish..dalam otak aku, lorong kiri kanan dahla gelap masatu, takde lampu jalan. Sebabkan six sense ni la aku memang tak nak kluar malam, seboleh2 taknak dan mati2 aku cakap tak nak pergi ngan mak aku. Dahla bila cerita kat orang2 besar ni tak nak percaya, lepastu aku fikir, kot terserempak yang rupa seram, jenuh nak lari. orang kampung dahla kebanyakan tidur awal. Lepas isyak dah senyap sunyi.

Tapi tu lah.. mak aku terus memaksa, aku balas, “tak nak lah! ada hantu!!! takut!” Mak aku cakap mana ada hantu! Biasa aku dengar dah ayat tu, orang akan beranggapan yang aku mereka2 cerita sebab aku malas nak pergi kedai, walhal kalau waktu siang, aku lah paling rajin ke kedai kalau disuruh, tak suruh pun aku pergi jugak,sebab sambil belikan barang yang nenek atau mak aku pesan, aku boleh beli jajan!lagi2 kalau paksu aku suruh tolong belikan rokok dunhill 14 dia tuh, lagi aku rajin! sebab paksu aku kalau suruh beli rokok, confirm keep the change, dapat baki tu boleh beli jajan!Tapi kalau malam, biarpun jajan segala bagai, duit pun aku dah tak pandang dah.

Lagipun dah la masatu heboh kampung aku dengan cerita2 orang kampung pasal toyol! Ada dengar orang kampung yang nampak toyol, hal toyol curi duit orang kampung la, macam2.. tapi akhirnya.. pujuk punya pujuk, aku terpaksa akur walaupun aku memang dah tau kat luar memang dah ada yang sedia menunggu untuk santapan mata. Dan akhirnya aku mengalah dan ambik keputusan ajak adik aku, nak tak nak, adik aku wajib ikut walau macamana sekalipun, itu syarat yang boleh buat aku berani sikit pergi kedai.

Sebenarnya adik aku pun takut, sama je kitorang berdua,dah tau dah.Tapi takde pilihan,dia pun akur jugak. Aku tengok dia, dia tengok aku.. Masing2 muka kelat.Lepas sarung selipar masing2, kitorang pun jalan lah berpimpin tangan, pesan siap2, “kau kalau nampak,jangan lepas tangan,janji aa??!!” aku pun “ok janji!” (salam jari kelingking) kitorang pun mulakan perjalanan..selangkah demi selangkah.. dah dengar bunyi lolongan anjing,haish..menambah keseraman perjalanan yang baru je nak mula.

Baru je beberapa langkah menapak keluar dari rumah nenek nak menuju ke lorong, baru separuh jalan, ada pulak dua tiga ekor budak2 ketot dan bertanduk duk main2 nun kat hujung lorong, ada jugak yang duk tepi longkang, ya Allah..aku pun tak tau kali ni apa makhluk la kitorang jumpa, slalu takdela takut sangat! yang pastinya jantung dah mula berdegup kencang, mata makhluk2 tu merah menyala, badan gelap2!pendek2 semuanya, pendek la dari kitorang masatu. Aku tak pasti jembalang apa. Dalam hati aku cakap, “ni ke toyol? ni ke yang orang kampung duk heboh2?” Dalam masa yang sama kitorang cuba pura2 tak nampak makhluk tu, tapi semakin lama, semakin hampir makhluk tu dengan kitorang, dan masing2 pandang kitorang dengan pandangan yang tajam. Peluh dah merecik kat dahi masing2,makhluk ni pun satu degil!
makin dielak ,makin dia mendekat dan mengikut! dek hampir tersudut ke bahu jalan yang sebelahnya longkang, aku dengan adik takde pilihan lain, aku genggam tangan adik kuat2 , pusing je belakang, lintang pukang la kami berlari patah balik ke rumah nenek.\

Dalam berlari tu sempat aku toleh ke belakang, ternyata makhluk tu masih mengejar kami dua beradik sambil ketawa!”Anehnya jalan yang tadinya dekat,terasa jauh nak sampai. Kemuncaknya, bila dah tinggal beberapa langkah lagi nak sampai rumah nenek, aku lepaskan tangan adik,berlari aku panjat tangga masuk ke rumah tercungap2 dengan tak cukup nafas, berderau d***h aku belum hilang lagi. Basah baju dek peluh.Adik aku yang tertinggal kat belakang terpekik2 marahkan aku gara2 aku lepaskan tangan dia. Dalam pada adik aku membebel tu, mak aku yang dari dapur ,terus meluru ke ruang tamu, “dah kenapa ni?!! mana ubat nyamuk??” aku dengan nafas yang masih tercungap, cepat aku balas, “ada toyol ma!! ada toyol kat tengah jalan kejar kitorang!” adik aku mencelah “aah ma! betul! ada hantu kejar!” aku cerita kat mak aku rupa makhluk tu, tapi mak aku macam taknak percaya.mak aku pun cakap “mana ada hantu! habis ,tak beli ubat nyamuk? nenek dah bising dah tu!”

Memang mak aku mati2 nak jugak ubat nyamuk tu, fuhh.. memang susah nak terangkan bila orang tak percaya, ataupun aku fikir mak aku ni percaya tapi tetap jugak nak suruh, sebab sape lagi nak beli kalau bukan kami dua beradik je yang rajin ke kedai, kakak? mimpilah nak pergi! haishh..memang betul2 tak bagi pilihan, kau rasa? dahla mak aku masa umur aku baya2 ni memang garang, takut kena bantai pulak, mak aku tak habis2 membebel lagi pasal ubat nyamuk. Aku pandang adik, anak mata dia menggambarkan betapa tak sanggup lagi rasanya nak lalu kat lorong tu, tapi masing2 pun takut kena bantai dan letih kena bebel.Kali ni kitorang nekad nak lari laju2 sampai kedai! Beratnya rasa hati, rasa nak melalak time tu, tapi gagahkan jugak, lagi skali kami keluar, kali ni berlari pecut walaupun setan tu masih lagi menunggu kat situ, tapi waktu melepasi makhluk tu ,badan dia boleh tembus kot! aikk tembus?? ahh..aku dah tak peduli! aku tau nak cepat pegi, cepat balik, sampai kedai, beli ubat nyamuk, tarik nafas dalam2, lagi skali lalu kat kawasan tu aku redah dan lari selaju yang boleh dengan adik.

Ya memang diorang masih kat situ dan tengah ketawakan kami. Pedulilah! yang penting aku dah beli ubat nyamuk! kalau besok mak aku suruh pergi malam2 lagi, taubat aku taknak dah!! sesampai kami kat rumah dalam keadaan tercungap2. Dan selang beberapa hari selepas kejadian tu, berlegar dari mulut ke mulut orang kampung yang jiran sebelah rumah nenek aku membela, katanya dialah yang bela toyol, aku takut nak menuduh, tapi itu apa yang aku dengar lah. Dan aku masih lagi tak pasti, makhluk yang kami nampak tu toyol ataupun makhluk lain, wallahu’alam.

Sebenarnya banyak lagi kisah aku nak cerita, tapi dah panjang woi.. nanti2 lah aku sambung, penat menaip pun iya jugak. Banyak lagi pengalaman, ada banyak lagi part, pasal kesurupan tiap kali masuk waktu chinese hungry ghost. Ditindih makhluk berbagai rupa,penunggu gunung..ah banyak la. Next time ak story lagi. sekian kisah dari pengalaman aku, maaf kalau tak seram.Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.4]
MsOren

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.