Tergilakan Kawan Baik Aku

CINTA TERLARANG
Assalamualaikum semua n salam sejahtera buat pembaca fiksyen syasya. Sudah lama sangat tidak menulis cerita hantu.Kisah hantu kali ni , dari kisah aku dan kawan aku  Tapi Kisah kawan aku. Masa ni aku dan dia sedang study di matrikulasi. Ops, lupa perkenalkan nama.

Nama aku Syazt. Nama samaran. Hee. So jom start!
Aku mencium tangan mama dan ayah. Berat rasa hati nak berpisah dengan mereka. Demi pelajaran dan mengejar cita-cita ku sebagai sebagai seorang doktor. Aku mesti kuat

.
Mama “Kalau ada apa-apa call aje kami. Jangan pulak terlajak subuh dekat sini.”
Aku “Baik boss. Nanti angah telefon mama kalau free”
Kereta mereka semakin hilang dari pandangan aku. Lantas, aku mengatur langkahku ke bilik. Kena cepat ni. Asimilasi akan mula pukul 3.30 petang. Aku basahkan badan dan menunaikan solat zohor. Letihnya. Kena tabahkan hati.
Tiba-tiba kedengaran bunyi siren.TURUN! SEMUA TURUN SEKARANG!
Aku cepat-cepat menggalas beg aku lalu turun ke bawah.Aku berbaris di floor 1 punya barisan.Sedang aku leka mengelamun.Seorang perempuan menegurku.
“Siapa nama kau? Nama aku Wani” katanya
“Nama aku Syaz.Kau floor 1 jugak ker?”
“Yup.Aku bilik 4.”balasnya
“Dekat sangat bilik kaudengan aku.Bilik aku 6”aku tersengih.Alhamdulilah dah dapat kawan.Dari situlah bermulanya ikatan persahabatan kami. Jodoh kami kuat sehinggakan.Kami satu kelas dalam modul 1.
2 bulan pertama di matrik.Kami sering kehulu dan kehilir bersama-sama. Banyak yang kami belajar di matrik. Tetapi, lama kelamaan Wani semakin berubah.Dia suka menghilangkan diri bila aku ajak belajar. Dia mudah panas baran dan yang paling aku perasan. Dia semakin lalai untuk menghadirkan diri ke surau. Aku hanya berdiam diri. Mungkin dia stress ataupun mungkin dia ada masalah keluarga.
Suatu hari,sedang aku menyiapkan kerja di bilik. Wani menjengukku.Aku agak terkejut pada mulanya kerana sudah hampir 2 minggu kami menyepikan diri.
“Syaz,aku ada benda nak story dengan kau.Tapi aku malu” wani sudah mula menunjukkan muka tenuk dia pada aku. Geli pulak aku. Ahaks
“Kau nak story apa? Uish dah lama kita tak gosip ni” ujarkan sambil tergelak
“Kau perasan tak, kat dalam kuliah fizik kita. Ada sorang budak modul 2 ni. Dia asyik tenung aje aku.Mula-mula aku taknak perasan. Tapi kan, haritu aku dapat whatsapp daripada dia. Dia nak kenal aku”
Mata aku terkebil-kebil mendengar cerita Wani. Aduhai, kawan sudah bahagia. Aku bila lagi ni. Dah la aku ni single since born. Hihi.Patutlah,  sekarang Wani dah tak meluangkan masa dengan aku.Rupanya sudah ada teman tapi mesra.
“Lepastu wey? Ko balas apa?” tanyaku
“Aku cakapla,boleh kenal dengan aku.Lepastukan,dia ajak aku jogging esoknya tu.Mula-mula aku nampak dia kan.Dia macam tak handsome sangat.Tapi bila dah kenal dia.Aku rasa macam nak tatap aje muka dia tiap-tiap hari.Asyik rindu aje” tersipu-sipu Wani meluahkan perasaannya padaku.Sempat aku cubit lengannya.
“Gatal eh kau. Patutlah 2 minggu ni kau dah tak nak lepak dengan aku.Kecik hati aku.Bukan setakat hati jer usus, jantung,anak tekak semua merajuk dengan kau” aku buat muka acah-acah sedih
“Atototo,aku janji takkan lupakan kau”kami saling berpelukan.Tiba-tiba,lagu solo jennie berbunyi.Sape pulak telefon minah sorang ni. Aku nampak Wani tersenyum bila skrin telefonnya.
“Aku cau dulu beb, buah hati telefon pulak.Auch” aku menggeleng memandangnya. Sempat jugak aku pesan jangan lupa buat keje sekolah sebab Wani mula lalai buat homework. Asyik meniru aje. Risau pulak aku.
Keesokan paginya,aku dan Wani pergi ke dewan kuliah fizik bersama-sama. Kelas mula pukul 8.Tapi kami sudah terpacak di dewan kuliah pukul 7.Belum sempat aku nak cecah p******g di kerusi dewan kuliah. Perut aku mula sakit. Aduhai nak terberak la ni. Aku bagi tahu Wani yang aku nak pergi tandas. Pada mulanya, Wani nak teman aku. Tapi, aku menolak. Malu seh. Aku berlari ke arah tandas. Takut tak sempat wey!
Lepas hajat aku selesai. Aku pun buka pintu sebab nak keluar. Terkejut aku. Wani duduk di atas singki bilik air .Berderau d***h aku
“Wani…kau ok ker?” langkah aku atur kearahnya. Tangan aku tekap di dahinya. Sejuknya.Aku pegang tangan dia. Mak ai,sejuk gila. Demam ke budak ni?. Tapi Wani langsung tidak membalas. Dia terus masuk tandas kedua. Peliknya. Gaduh dengan boyfriend ker kak oi. Aku malas nak layan. Aku terus pergi masuk ke Dewan Kuliah. Alangkah terkejutnya aku. Aku nampak Wani sedang bercakap dengan seorang budak lelaki. Mustahil! Sumpah mustahil. Aku yang keluar dulu dari tandas tadi. Tangan aku mula menggigil. Tetapi otak aku suruh steady. Aku tarik nafas. Ya allah,lindungi hambamu ini.
“Siapa ni Wani?” tanyaku
“Ni la Boyfriend aku. Nama dia Syidi. Syidi ni saya punya kawan baik, nama dia Syaz” kami berdua berbalas senyuman. Mata helang aku dapat menangkap mereka berpegang tangan. Amboi, suka hati makbapak aje sentuh anak dara orang.
“Ingatkan tadi suami kau Wani .Yelah siap pegang tangan segala” terlerai terus tangan jemari mereka. Wani tersengih mendengar perlian aku. Aku gelak-gelak untuk tutup keadaan yang awkward disitu.
Tak focus aku belajar fizik. Dua ekor tu asyik-asyik gelak lepastu sembang kosong. Tapi aku diamkan aje. Dah besarkan, pandai-pandai fikir.

Sebelum keluar dari Dewan kuliah. Syidi memberikan aku. Talam keladi dua. Dia kata dia dah kenyang. Tepat pada masa betullah. Lagipun aku pon tengah lapar. Sementara tunggu madam afina masuk kelas. Aku menyuap talam keladi itu kedalam mulut.
“Wani, cakap tq tau dekat Syidi. Sedap wey” Wani tunjuk tumbs up kepadaku. Aku ingat jumpa Syidi sekali tu aje. Rupanya banyak kali jumpa dia. Makan tengahhari pon jumpa dia. Kelas kimia pon jumpa dia. Lonely aku sebab Wani asyik cakap dengan Syidi aje. Takpela, orang tengah bahagia. Kelas kimia tamat pada pukul 5.30. Aku, Wani dan Syidi keluar bersama-sama dari Kuliah. Tapi aku kebelakang cikit. Nak bagi diorang privacy. Aku perati Syidi dari belakang. Nampak macam baik tapi tak tahu kenapa aku ade bad feelings dengan dia. Aku perasan yang di kaki dia ade macam benang hitam terikat macam gelang kat kaki dia. Benang apa tu? Tertanya aku dalam hati.

Malam tu, aku tidur awal sebab homework cikit. Yihaa! Nikmat dunia betul dapat tidur awal tapi malangnya. Aku dapat mimpi buruk pasal Syidi. Dalam mimpi tu , aku nampak Wani kena ikat. Mulut dia kena jahit. Nampak macam dia tak terdaya tapi badan aku macan kena ikat. Tiba-tiba Syidi datang lempang aku. Aku cuba lawan tapi tak boleh. Aku macam orang bodoh. Lepastu aku nampak syidi sumbat mulut Wani dengan makanan yang ada ulat. Aku menangis dan menjerit tapi tak keluar suara. Tolonglah selamatkan aku. Aku tersedar dari tidur aku bila kakak roomate aku kejutkan aku. Dia kata aku meracau-racau macam orang histeria. Aku terus capai telefon aku. Aku terus telefon Wani.
“Hello Syaz…kenapa telefon.Aku baru nak tidur ni”lega hati aku bila dengar suara dia.Aku tengok jam pukul 1.30 pagi.
“Sory Wani.Tertekan.Bye” aku terus offkan line. Aku takut.Aku fobia dengan mimpi tadi. Aku terus ambil wuduk dan solat hajat. Aku pohon supaya allah lindungi aku. Seminggu aku jadi pendiam. Aku langsung tak cukup tidur. Malam-malam , aku diganggu dengan mimpi yang ngeri.

Kadangkala, aku seperti diperhatikan sehinggakan aku kadang-kadang sesak nafas ketika tidur. Sehinggakan rakan-rakan kelas tegur aku sebab dah tak ceria. Setiap kali aku jumpa Syidi pasti aku akan mengelak. Aku takut. Aku pon tak faham dengan perasaan aku. Perasaan takut dan gerun tu datang dengan sendirinya. Setiap petang, aku mesti akan jogging sebab aku nak lupakan apa yang aku lalui. Pasal syidi, pasal mimpi ngeri dan pasal kelibat Wani yang aku nampak dekat tandas.
Setelah penat berlari, aku berhenti berehat di meja tepi library. Aku meneguk air mineral yang aku bawa bersama. Tiba-tiba, bahuku dicuit seseorang. Kawan baik lelaki aku rupanya. Nama dia Dani.

“Buat apa sorang-sorang dekat sini?”dia ambil kerusi dan duduk di depan aku
“Tadi jogging. Rehat kejap dekat sini. Penat la” aku tersengih
“Syaz, balik tak minggu ni?” aik tiba-tiba tanya pulak dia ni.
“Tak balik kot. Sebab banyak assignment. Lagipun aku nak teman Wani” Dani Cuma mengangguk.
“Kenapa tanya?”
“Saja” aku gelak sambil ketuk kepala dia dengan botol air mineral aku. Kami berborak-borak kosong disitu buat seketika. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kami mula beredar ke asrama masing-masing. Alangkah malangnya aku, aku terserempak dengan Syidi dan Wani. Aku mengenepi kearah Dani.
“Amboi dating ker?” soal Wani
“Mana ada la, kiteorang borak aje tadi” balasku. Aku nampak Syidi tersenyum sinis padaku. Lalu mereka jalan dihadapan kami. Aku tarik baju Dani supaya biar mereka pergi dulu. Nasib baik Dani faham bahasa isyarat aku.
“Lelaki tu siapa wey?” tanya Dani
“Tu pakwe Wani” balasku
“U better avoid him” Dani cakap dengan nada perlahan.
“Haa? Apa kau cakap. Aku tak dapat tangkap?”
“Bye! Dah lewat ni. Nanti kalau aku rindu kau. Aku whatsapp kau” Dani berlalu masuk ke blok asrama dia. Blok aku pulak sebelah blok dia . Cuma yang memisahkan kami hanyalah blok pelajar. Aku terpinga-pinga. Kenapa dia cakap macam tu.
Ting! Bunyi notifikasi whatsapp daripada Dani.
Dani:
+Masuk blok kau sekarang. Jangan lupa balik minggu ni. Ingat! Balik jugak Wer
Syaz:
+Werkkk.

Minggu tu aku balik. Aku rasa tak sedap badan. Bahu aku dua -dua sakit. Badan aku pulak ada kesan lebam-lebam. Aku balik dengan Dani sebab Ayah aku kerja time tu. Ayah Dani dia baik. Dia bawak kami makan. Lagipun aku dan Dani 1 taman perumahan. Masa dalam kereta Ayah Dani banyak berborak dengan aku.
“Pakcik tengok Syaz ni macam tak sihat? Stress sangat belajar ke?” aku tergelak
“Mana ada la pakcik. Syaz ok jer. Cuma sejak akhir-akhir ni tak cukup tidur. Macam tidur-tidur ayam aje”
“Bahaya tu. Apa yang dimimpikan tu? Mimpi Dani masuk meminang ker?” aku dengar ayah Dani gelak kuat. Aduhai pakcik. Taknak aku kahwin dengan Dani. Geli lidah aku nak panggil dia abang. Dani geleng-geleng dengar ayah dia usik aku.
“Kalau Syaz cerita. Pakcik jangan gelak pulak. Syaz nak mintak pendapat pakcik sebab Pakcik kan belajat darul shifa. Syaz asyik mimpi ade sorang lelaki ni buat benda yang ngeri pada kawan Syaz, lepastukan pakcik Syaz asyik nampak benda bukan-bukan tapi Syaz cuba positif maybe itu halusinasi Syaz” aku mengeluh
“Macam mana kalau. Itu satu petunjuk dari Allah untuk Syaz.” Aku terkesima sekejap. Mungkin jugak.
“Kalau Syaz rasa tak sedap badan. Malam ni pakcik free. Ajak la mama dan ayah datang rumah pakcik dah lama tak berborak dengan mereka” aku mengangguk.

Aku memang pernah menelefon mama dan maklumkan tentang kejadian yang berlaku dekat aku. Sampai aje di rumah, Aku cerita dengan lebih details dekat mama. Aku tunjuk jugak kesan lebam-lebam di badan aku. Aku sudah tidak tahan. Aku takut dengan kejadian sebegini. Malam itu jugak aku pergi berubat dengan Ayah Dani.
Ayah Dani suruh aku duduk diatas kerusi. 4 air botol di letakkan diatas meja disebelah aku. Ayah Dani memegang kepala ku dengan tangannya yang berbalut sarung tangan. Mama dan ayah serta abang long aku pun ikut juga. Ayah dani membaca ayat-ayat suci alquran. Pintu rumah Dani terbuka luas. Dan ketika Ayah Dani membaca surah pendinding sku seperti nampak kelibat diluar pagar.

“Jangan takut ye Syaz, Dia takkan dapat masuk . Pejam mata kalau takut”  ujar ayah Dani. Aku pejam mata. Ye dahiku mula berpeluh-peluh. Tiba-tiba, dada ku terasa berat dan sukar bernafas.
“Pakcik,Syaz sesak nafas. Allahuakbar” nafasku tersekat-sekat. Dadaku berombak. Ya allah jangan tarik nyawa aku dulu. Banyak dosa aku ni. Mama cuba menggapai tangan aku. Pipi mama sudah basah dengan air mata. “Jangan pegang dia. Nnti kamu pulak yang kena. Syaz kena kuat semangat, Lawan balik dan selawat banyak-banyak. Ada orang dengki ni dengan Syaz” aku mula mengeluarkan air mata. Aku takut. Aku memang tak boleh bernafas langsung. Kesakitanku bersilih ganti. Kepala aku seakan dicucuk oleh paku. Aku menjerit kesakitan. Ayah Dani masih fokus membaca ayat suci alquran.

“Dani tolong ambik baldi dan terus bagi Syaz pegang” arah Ayah dani. Sesaat setelah Dani memberikan aku baldi. Ayah Dani menyuruh aku supaya bersama-samanya menyebut Allahuakbar. Pada saat itu, aku memuntahkan benda yang berbau busuk. Lantas, aku menangis sepuasnya. Aku takut. Aku terus peluk mama.

“Sebenarnya, Dani dah bagitahu pakcik yang dia ada nampak lembaga hitam dibelakang kamu masa kamu jogging. Lepas ni, Syaz kena berhati-hati dengan apa yang Syaz cakap dengan apa yang Syaz makan. Jangan makan sembarangan apa yang orang bagi. Cuba Syaz pandang diluar pagar tu. Syaz nampak siapa tu. Dia datang sebab tidak puas hati sebab Syaz sembuh. Jangan risau, Allah itu Maha berkuasa. Kuasa penyembuhan itu ditanganNYA. Lepas ni sentiasa selawat baca surah pendinding diri. Insyaallah Allah sentiasa melindungi hambanya” aku mengangguk tanda setuju. Ayah Dani memberikan air yang dibaca ayat suci alquran kepada ku. Aku kena mandi dengan 1 botol air tu dan selebihnya aku kena minum.
Malam tu, aku tak dapat tidur memikirkan muka Syidi semasa aku berubat tadi. Sanggup dia. Aku terfikir, mungkin Syidi buat cara kotor untuk dapatkan Wani sebab Wani pernah kata dia tak suka Syidi masa mula-mula. Aku harap Wani baik-baik sahaja di matrik. Aku tidur bertemankan abang along aku. Nasib baik abang long cuti sem.

Pada hari Ahad, aku pulang semula ke matrik. Mama orang yang paling risaukan aku. Yela anak bongsu. Aku positifkan mama yang aku kuat dengan ujian allah ini. Ye aku kena kuat. Malam tu, sedang aku baring-baring di katil aku. Wani menjengah bilik aku. Wani teresak-esak sambil dia duduk disebelah aku. Aku bingkas bangun dari pembaringan aku. Tanjat mak!
“Syaz, aku malu nak cerita. Tapi aku kena cerita dengan kau.” Aku menjenguk ke arah katil roomate aku. Kesemuanya keluar. Line clear! Aku pegang tangan Wani
“Kenapa ni, cerita la dengan aku. Kita kan Bff” ujarkan dengan nada lembut.
“Syidi…Syidi…Syidi dia tercium aku hari tu masa korang balik bermalam. Dia kata Takde siapa nampak. Dia ajak aku pergi blok budak PDT sebab takde orang. Lepas tu dia tarik aku kat dinding. Dan…dia cium aku. Aku nak tolak dia. Tapi aku kaku. Aku nak menjerit. Suara aku tak dengar. Nasib baik ada security guard datang round. Aku sempat lari masuk blok” Aku tergamam. Buntang aku memandang Wani. Ya allah, kawan aku. Nasib baik allah selamatkan dia. Kalau tidak pastinya permata dirinya hilang.
Aku peluk Wani. Aku gosok belakang dia
“Kalau aku cakap, kau jangan marah ok. Sebagai Bff kau, bagi aku Rasyid tu bukan seorang lelaki yang baik untuk kau. Seorang lelaki yang baik. Dia takkan sentuh kau selagi dia belum halal kau .Maksudnya, dia tak hormat kau sebagai seorang perempuan” ujar aku
“Syaz, ada lagi aku nak bagitahu kau. Sejak akhir-akhir ni aku makin culas solat. Aku pulak makin hari aku hilang focus belajar. Badan aku lebam-lebam. Kau tengok ni”  Wani tunjukkan tangannya dia dekat aku. Ye, lebam diasama macam aku.
“Kalau aku mintak kau jauhkan diri dari Syidi. Kau sanggup?” tanyaku
“Aku sanggup. Lagipun dah beberapa hari aku tak balas whatsapp dia dan jawab call dia. Aku benci dia”
“Sekarang ni, aku nak kau kembali balik dekat trek kau. Kitakan nak dapat 4 flat sama-sama. Let by gone be by gone. Aku sentiasa ada untuk kau” Aku peluk Wani. Ya allah kau lindungi bff aku ni.

Sejak dari hari itu, setiap kali kami pergi kemana-mana. Kami akan sentiasa lihat kiri dan kanan. Kami takut terserempak dengan Syidi. Dengar macam lawak tapi bila kami nampak dia dari jauh kami akan lari selaju yang boleh sebab nak elak dia. Bukan itu saja, Wani juga pulangkan segala hadiah yang Syidi bagi dekat dia. Berhantu katanya.
Dan pernah sekali itu,Syidi cuba serang aku. Dia kata aku penyebab hubungan Wani dan dia rosak. Nasib baik aku jogging dengan Dani kalau tidak m**i aku. Dan ketika itu, Wani pun ikut kami jogging. kami saling berpegang tangan.
“Wani please, i can explain to you baby” ujar Syidi. Nak termuntah hijau aku dengar.
“Bro jangan macam ni, ramai orang tengok ni” Dani tunjuk ke arah pemain ragby.
“Im talking to her! Bla la korang ni. Aku nak cakap dengan makwe aku. Faham tak!”
“Kita dah takda apa-apa la! We are over!” ujar Wani. Aku nampak Dani suruh aku dan Wani masuk blok asrama. Kami berdua lari sekuat hati. Ye takut melihat Syidi. Urat di tangannya timbul begitu juga dengan urat dilehernya. Semoga kau selamat Dani
Malam itu, aku menemani Wani tidur dibiliknya. Dia kata badan dia seram sejuk. Lagipun 3 roomate dia tidur bilik kawan. Aku pon temankan lah. Sempat jugak aku hantar whatsapp pada Dani.
Syaz:
+Kau ok ker?
Dani
-Aku ok aje. Dia bla lepas korang lari. Kau jaga diri. Aku tak da 24 hours untuk protect kau
Syaz:
+Ai ai chief. Bye! Tidur dulu pakcik
Dani:
-Sleeptight little princess.

Aku tutup fone aku. Demam agaknya pakcik ni. Aku lihat, Wani dah terlena. Aku tidur bawah. Dia tidur atas katil. Bertuah punya kawan baik. Taraguna. Letak jer kepala. Terus lena aku sehingga ke bulan.
Aku terjaga dari tidur lena aku kerana dengar bunyi dentuman kilat. Aku melihat susuk seorang lelaki sedang berdiri di pintu. Aku secara reflek kebelakang sambil tangan aku mengejut Wani. Wani turut terjaga kerana tangan aku cubit dia kuat-kuat
“Apa ni sakit la Syaz” rungut Wani.
“Tengok dekat pintu” aku dah naik di atas katil. Wani turut terkejut kerana Syidi berdiri tegak di pintu bilik. Aku dah siku-siku Wani. Plss wani acting sikit goda sikit dia untuk selamat dari sini.
“Ehh Awak, kenapa datang bilik saya ni” ada getaran pada suara Wani
“To see my angel” Syidi mara kearah kami dan menarik tangan Wani. Dalam diam aku mencapai fone aku. Aku telefon roomate aku sebab dia selalu tidur lambat. Aku suruh diapanggil fellow sebab fellow duduk dekat bawah jer.
“Syidi apa kata kita cakap dekat luar. Ni kan blok perempuan. Jelez tau saya bila ade perempuan tengok awak.”
“Taknak! Shidi nak kita selesaikan dalam ni jugak. I miss u” Syidi dah start cium-cium kekura tangan Wani. Dalam hati aku, tolong la cepat sikit fellow datang! Aku dah sumpah takut.
“Dahlah Syidi, kita dah takda apa-apa. Kita focus dulu study. Lepastu baru syidi bincang pasal kahwin” Wani pujuk elok-elok Syidi.
Ting!
Nisha roomate:
+Fellow is coming! Wait there!
“Kau whatsapp siapa haa betina?” Syidi teriak kearah aku
“Mana ada. Dah lah Syidi. Keluar lah. Kau tak rasa berdosa kah nampak aurat kiteorang”
“Ini yang kau nak kan. Aku nak bawak dia ni pergi syurga sekali” lantas sebilah p*sau dikeluarkan dari poketnya. Dan ketika itu, Wani menggigit tangan Syidi dan menendang alat kemaluannya. Kami berlari kearah keluar.
“HOI! Kau nak lari mana?” Syidi bangun dan mengejar kami. Tetapi Fellow kami berjaya tangkap dia. Kami menggigil. Ye takut kerana nyawa kami ketika itu dihujung tanduk.
Syidi dibawa ke balai polis. Kami ditenangkan oleh fellow. Ramai pelajar perempuan yang berkerumun kearah kami. Sibuk jer. Tengah gigil ni. Dani datang kepadaku. Dia terkejut mendengar kejadian yang menimpa kami. Aku dah tak mampu nak bercakap. Aku termenung kosong. Sehinggalah, sir adib merupakan pensyarah agama islam menawarkan kami air supaya untuk kembalikan semangat kami.

Hari berlalu tetapi memori hitam itu tidak padam dari kotak fikiran aku dan Wani. Syidi dibuang dari kolej. Aku dan Wani berjaya menamatkan pelajaran kami dan Ye aku dan Dani berpisah sebab dia dah masuk Um dalam bidang engineering dan aku berjaya melayakkan diri ke UPM dalam bidang perubatan. Alhamdulilah. Doakan agar aku berjaya. Luv uolss

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syazt

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

19 thoughts on “Tergilakan Kawan Baik Aku”

  1. Bajang nyer jantan…dok guna sihir semata2 nk puaskan nafsu ngan budak pompuan…perangai cam haram…naper x sumbat kan ke penjara…bior ada akal sikit…mak bapak htr belajar suruh belajar sunguh2…yg ko dok perosak anak dara org…ni mesti pengaruh video lucah…x puas dok main sabun…nk try real…kan mendapat kn buang kolej…padan muka

    Reply
  2. “sleep tight little princess”

    dulu ex boipren aku zaman cinta monyet selalu msg mcm ni woi. masa tu mmg rasa cair gila. tp bila baca kat sini and teringat balik psl tu sekarang masyaAllah geli gila. hahahah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.