TERKEDU.

ZAMAN sekolah menengah, aku masih lagi duduk menyewa di kampung mak. Bukan lagi di area Menglembu, Ipoh.

Zaman ini aku memang kena bangun seawal jam empat pagi untuk mandi sebabnya adik nombor dua aku pun nak bersekolah tapi berlainan bas sekolah. Bas sekolah aku datang selalunya sebelum subuh pun.

Nak dijadikan cerita, atau pun mungkin boleh dikatakan dah nasib. Aku terserempak dengan ‘sesuatu’ sewaktu membuka pintu dapur untuk ke bilik air. Bilik air rumah sewa di luar, maklumlah style rumah kampung.

Aku sebenarnya pada masa ini memang tak predik pun nak nampak akan benda ini. Jadi aku bukalah pintu seperti biasa jam empat pagi itu untuk mandi.

Terbuka saja pintu dapur, entah mengapa aku seolah-olah menjadi tergerak hati nak mendongak ke langit selalunya tidak pernah.

Di masa ini, kedinginan pun agak berlainan sedikit dari kebiasaannya. Dan saat yang sama, ada benda sedang laju melintas tepat-tepat di depan aku di kala aku mendongak itu.

Ia dari arah pokok hutan belakang rumah. Ia berwarna putih dan berkain. Aku agak kaku pada masa itu. Terdiam dari nak melangkah. Mak aku pula masa itu tengah sibuk sediakan bekal kami lagipun dia ingatkan aku dah masuk ke bilik air.

Agak lama juga aku tegak dekat depan pintu tu. Keluar pun tak, masuk ke dalam kembali pun tak. Ia tak lah menganggu aku sekadar melintas sewaktu aku terdongak tapi aku yang terkejut.

Sesuatu yang berkain seakan jubah atau kurung melintasi depan kau dan dalam keadaan berapungan. Mahu tak terkejut? Kain apa boleh terbang pukul empat pagi?

Aku teruskan juga keluar bila aku rasa suasana kembali macam asal dan tiada dengar sebarang bunyi.

Selepas mandi aku langsung diam. Sebenarnya mak perasan juga dengan tingkah semacam aku tu tapi mak tak bertanya. Aku pun nak cepat.

Seminggu selepas aku kebah dari demam barulah aku buka mulut. Itu pun pada mak saja tapi tak pada bapak. Dekat orang lain atau kawan sekolah pun tiada sebab aku pun tahu benda-benda macam ini orang banyak pertikaikan buat bergaduh je buat apa kan?

Baiklah aku story pada mak saja. Dia saja yang kenal anak sulung dan anak bongsunya macam mana. Bapa pun ada tikanya susah nak percaya walau dia pun dah terkena gangguan macam-macam huhuhu…

Aku bagitahu pada mak aku, minggu lepas pagi masa nak mandi tu aku ternampak ada benda putih seperti kain melintasi bumbung rumah depan aku.

Benda tu datangnya dari arah hutan belakang rumah. Mak aku terus cakap patutlah dia tak dengar bunyi curahan air agak lama. Aku pun mengangguk, aku cakap aku jadi kaku tiba-tiba.

Mak aku pun mengangguk. Dia berpesan pada aku, lainkali kalau terjadi semula macam itu cepat-cepat baca apa-apa ayat yang kau tahu. Paling baik Ayatul Qursi lah kan.

Mak aku pun berceritalah sedikit kisah kampung tu. Dari situlah aku tahu beberapa perkara. Boleh dikatakan beberapa buah rumah sewa yang kami tinggal tu pasti ada kisah creepy nya.

Termasuklah rumah sekarang aku duduk ni. Ni rumah beli. Walau ia kawasan taman tapi tetap ada kisahnya kerana tapak…

Adik bongsu aku pula ternampak sesuatu di kala satu senja. Pun masih di rumah sewa yang sama.

Entah mengapa, adik bongsu aku ni tergerak hati nak mengintai melalui celahan lubang papan selepas mak suruh tutup tingkap.

“Mak, cepat pula abah balik?” Dia tegur macam itu selepas mengintai. Mak dan aku saling berpandangan sebelum mak aku cakap, kamu ni kenapa mengintai keluar itu bukan abah lah.

Baru pucat muka adik aku tu. Kelam-kabut dia pergi dekat mak dan peluk. Dia waktu ini kecil lagi. Mak dan aku memang tahu waktu abah balik.

Tempat kerja dia kadang lambat balik.

Tu lah ceritanya. Aku sekadar berkongsi pada yang nak membaca. Percaya atau tak, terpulang pada budi bicara masing-masing.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

DHIA AMIRA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 2.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.