Tersalah lepas hajat

Hai semua, thank you admin sebab approvedkan cerita saya. Cerita ni berlaku beberapa bulan yang lepas, sewaktu kerajaan membenarkan kita semua untuk merentas negeri. Atas kesempatan itu juga, sepupu aku sempat melangsungkan perkahwinannya di sebuah negeri di pantai timur.

Kejadian seram ini berlaku sewaktu aku dan suami bersama dengan anak lelaki kami yang berusia 6 tahun dalam perjalanan ke negeri tersebut untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Perjalanan kami dari ibu kota bermula tepat jam 11.00malam. Kami terpaksa bergerak agak lewat kerana suamiku masih lagi bekerja pada hari tersebut. Long story short, selepas melepasi satu pekan kecil didalam perjalanan kami, suamiku menyuruh aku untuk waze station minyak terdekat kerana ingin membuang air kecil. Setelah aku memeriksa, station minyak terdekat berada lebih kurang 10km dari kami. Kami pun meneruskan perjalanan untuk ke station minyak tersebut. Apabila tiba di station minyak tersebut, suami aku keluar untuk ke tandas tetapi beberapa saat kemudian beliau kembali ke kereta dan menyatakan bahawa toilet itu berkunci.

Pada waktu itu juga, aku terlihat beberapa orang lelaki sedang membuang air kecil (berdasarkan lenggok badan. Berdiri membelakang kereta dan kedua2 tangan berada dibawah sedikit dari pinggang) berhampiran longkang besar di tepi station minyak itu. Aku menyatakan kepada suami ku, untuk kencing sahaja tepi longkang tu mcm orang lain. Tetapi beliau menolak. Walaupun pernah beberapa kali suami aku terpaksa membuang air di tepi jalan, tetapi beliau akan pastikan yang tiada orang disekeliling dan akan masuk ke dalam semak sedikit. Akan tetapi, keadaan pada waktu malam adalah sangat merbahaya untuk suamiku ke kawasan semak berhampiran. Jadi beliau memandu jauh sedikit daripada station minyak tersebut.

Setibanya disuatu kawasan yang agak sunyi, suamiku memberhentikan kereta untuk melepaskan hajat beliau. Sempat aku berpesan kepadanya jangan masuk dalam semak sangat kerana bahaya. Diatas factor itu, beliau melepaskan hajat beliau betul2 berhampiran kereta kami. Jelas kelihatan pancutan air yang agak lama. Setelah selesai, kami pun meneruskan perjalanan.

Beberapa minit kemudian, tiba-tiba engine kereta kami mengaum dengan kuat seolah-olah ada beban yg ditarik. Aku melihat suamiku dan beliau menyatakan supaya jangan bimbang. Dan menyuruhku membaca ayat kursi. Keadaan bertambah seram apabila kami seakan-akan berada dikawasan yang sama untuk beberapa ketika. Aku bertambah risau apabila anak kami yang tengah tidur tiba-tiba menangis dengan kuat. Aku cuba menenangkan anakku. Tiba-tiba suara anakku berubah menjadi garau. “Keluar dari kawasan aku” Itulah ayat keluar dari mulut anakku. Hati kecil ku bicara, nak keluar macam mana kalau kau permainkan kami dari tadi. Tetapi itu semua hanya bicara didalam hati.

Kemudian husbandku memberhentikan kereta ditepi jalan kerana bimbang akan sesuatu yang lebih teruk akan berlaku seperti kemalangan. Beliau memainkan bacaan ayat2 suci al-quran yang disambungkan kepada sistem audio kereta kami. Kami hanya berdiam untuk seketika. Sehinggalah kami melihat banyak cahaya2 lampu kembali menerangi jalanraya. Barulah kami perasan bahawa, semasa kejadian itu, tiada satu pun kenderaan lain yang kami selisih. Anak kami juga sudah berhenti menangis dan tidur kembali selepas apa yang terjadi. Kami pun meneruskan perjalanan kami dan selamat tiba didestinasi.

Sepulangnya kami ke ibu kota, baru lah suamiku membuka mulut mengenai kejadian malam itu. Katanya, kemungkinan disebabkan oleh tindakannya membuang air kecil ditepi jalan pada malam tersebut. Selepas kejadian itu, kami lebih berhati-hati terutama apabila, terpaksa melepas kan hajat kecil ditepi jalan (suami dan anakku, biasalah lelaki). Kalau dulu, selepas membuang hajat ditepi jalan, air kencing tersebut dibiarkan begitu sahaja, kini, akan dijirus dengan air. Kami sediakan air didalam kereta selepas kejadian malam itu dan, selagi boleh, hajat tidak akan dilepaskan dikawasan semula jadi, sebaliknya akan dilepaskan di dalam longkang, pagar dan sebagainya. Tp ini pun kalau betul-betul darurat dan tiada tandas.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua terutamanya lelaki agar lebih berhati-hati sewaktu melepaskan hajat secara terbuka.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Wan Hanna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

3 thoughts on “Tersalah lepas hajat”

  1. Aku pernah terpaksa lepas hajat besar di jalan Merapoh ke Lipis masa balik KL dari Kelantan. Masa tu belum ada hiway. Tetiba sakit perut sangat. Kawasan tu pulak hutan. Berak la dalam hutan belukar. Cari kawasan lereng/tebing sbb biar benda alah tu nnti dah tak nampak/bau. Niat aku jaga. Istinjak. Tak perasan, masa melepas tu wallet aku jatuh. Nasib baik sblum gerak dari situ ternampak wallet tu elok tersangkut di celah akar kayu, dan tak kena najis. Dan juga takde benda mistik jadi. Alhamdulillah. Semua rezeki Allah. Tak tahu la kalau sebenarnya wallet tu dah jatuh bawah lereng dan ada ‘makhluk’ tolong letak balik elok2. Rasa tak kot. Apapun ingat la jaga adab bila di ‘tempat orang’.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.