The Nun

Hai semua…nama aku Luqman Aqil. Maafkan aku kerana menggunakan perkataan “aku”. Kisah yang aku ingin kongsi ialah tentang “The Nun”. Peristiwa ini berlaku ketika aq tinggal ke Poland. Aku tinggal di Poland kerana family aku mengikuti ayah aku yang menyambungkan pelajaran peringkat phd di sana. Peristiwa ini berlaku semasa aku berumur 12 tahun iaitu kira2 6 tahun lalu. Semasa mula2 tiba di Poland, ayah aku sekeluarga menyewa apartmen 3 bilik yg terletak betul2 di pusat bandar iaitu Marsaw..tetapi disebabkn kawasan tersebut tidak sesuai buat kami sekeluarga disebabkn hal2 tertentu..kami berpindah di satu kejiranan yg terletak di pinggir Marsaw. Kawasan ini mempunyai beberapa keluarga Islam dan jarak masjid dari kejiranan kami hanya 15km. Terdapat juga gereja2 di kawasan kejiranan kami.Rumah di kawasan ini adalah rumah sebuah2 atau banglo tpi bknnya mewah….

Dipendekkn cerita, di hadapan rumah kami terdapat satu rumah yang aku suka lihat kerana rumahnya mempunyai laman yang kemas. Rumah itu milik aunty Annie. Dia seorang biarawati atau Nun di sebuah gereja di kawasan kejiranan kami. Dia hanya tinggal bersendirian kerana suaminya telah meninggal dan tidak mempunyai anak. Aku sekeluarga kesian dekat dia dan selalu menziarahi dia dan memberi makanan@minunan sebab maklumla orang tua kadang2 malas nk masak sebab sorang jer makan. Dia amat mesra dengan kami.

Pada suatu hari, kejiranan kami dikejutkan dengan kematian aunty Annie secara tragis. Dia dijumpai m*ti tergantung di menara lonceng gereja. Siasatan mendapati kem*tian mangsa tidak ada kena mengena dengan aktiviti jenayah kerana bukti mendapati bahawa dia bun*h diri. Kami sekeluarga berasa amat sedih walaupun berbeza bangsa dan agama, tetapi kami amat rapat dengan dia.

Sebulan kemudian, kami mendapat berita bahawa berlaku gangguan pada waktu malam di kawasan kejiranan kami. Ramai yg mengatakan bahawa terlihat susuk tubuh seorang “Nun”. Pada satu malam, selepas maghrib aku menonton tv dengan adik, kakak dan abang aku. Ayah aku belum balik masatu dan mak aku sedang masak dengan kaklong di dapur. Sedang kami syok tengok tv, aku mendengar ada satu suara yang halus jer. Suara tu datang dari luar. Aku amati suara tersebut dan aku dapat mendengar suara tersebut macam menyanyi. Aku ingatkan bahawa hanya aku yang mendengar..tetapi adik dan abang aku juga dengar. Kami bertiga intai dari tingkap dan apa yg mengejutkn kami ialah kami melihat susuk tubuh wanita yg memakai pakaian serba hitam.

Dari permehatian aku, pakaian tersebut seperti pakaian Nun. Kami bertiga terus berlari ke dapur untuk mendapatkan mak kami dan kaklong. Kami menceritakan apa yg kami dengar dan lihat kepada mak kami dan tiba2 rumah blackout. Kami semua terkejut dan mak menyalakan lilin dan menelefon ayah untuk segera pulang. Ketika kami berhimpit di dapur, kami mendengar suara yang garau tapi dalam bahasa poland (aku terjemahkan)”takut ke?”…hihihihihi….Mak membaca ayat suci Al-quran dan menyuruh supaya benda tersebut tidak mengganggu kami.

Tiba2 kami mendengar bunyi enjin kereta masuk ke garaj. Kami tahu itu ayah. Ayah masuk ke dalam rumah dan kami terus memeluk ayah. Ayah menceritakan bahawa seluruh kejiranan kami tiada elektrik. Setelah makan dinner diterangi cahaya lilin, ayah menyuruh kami tidur. Bilik parents aku terletak di bawah dan bilik kami 4 beradik berada di atas. Aku berkongsi bilik dengan abang aku dan adik bongsu aku berkongsi bilik dengan kakak aku. Bilik aku betul2 mengadap rumah aunty Annie. Rumah yg dahulunya indah kini kelihatan suram dan agak menyeramkn. Kami tidur dlm keadaan tiada elektrik dan tidak menjadi masalah kepada kami kerana keadaan di luar memang sejuk. Aku terjaga dari tidur dalam pukul 2@3 am (aku pun dh lupa). Aku mendengar bunyi cakaran pada tingkap dan bunyi anjing menyalak. Aku terus membungkus badan aku dengan selimut kerana terlalu takut. Abang aku di katil sebelah bukan main lena lagi.

Setelah 5 bulan berlalu, gangguan2 seperti itu sudah lali bagi aku sekeluarga dan penduduk kejiranan itu. Aku mendapat tahu bahawa kem*t*an aunty Annie berpunca daripada kerinduan kepada suaminya dan dia sudah tidak sanggup untuk meneruskan hidup…ok setakat itu sahaja cerita yang aku mahu kongsi..maaf kalau tidak seram dan berterabur kerana ini first time aku menaip cerita sebegini..mohon maaf if ada menyinggung mana2 pihak..sekian terima kasih.

luqmnaqil

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aqil

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4]

4 thoughts on “The Nun”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.