Tidur lambat Dan Berseorangan Ke Tandas

Waktu ini, aku masih belajar lagi di sebuah ipta. Biasalah pelajar pada minggu “study week” kami akan stay up untuk ulang kaji apa yang patut. Aku pula jenis yang tidur dulu kemudian barulah bangun untuk ulang kaji apa yang patut. Selalunya aku akan terjaga dalam jam 2.30 pagi atau 4.00 pagi.
Orang selalu cakap minggu “study week” ni benda tu akan selalu datang kacau sebab pelajar dalam keadaan stress atau tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, nak dijadikan cerita pada aku sendiri, malam tu aq bergayut telefon dengan member sekolah lama aku, tiba – tiba aku rasa nak pergi tandas.

Bilik aku katil double decker. Aku pula duduk tingkat atas. Bilik aku ni berada di tingkat tiga dan ada jarak 2 bilik untuk ke tandas. Jadi, memang dapat dengar dengan jelaslah bunyi pintu tandas terbuka kalau ada orang masuk. Aku pun tunggu je la dulu sampai aku dengar pintu tandas berbunyi. Waktu menunjukkan jam 3 pagi.

Selang beberapa minit aku dengar dari tempat tidur aku bunyi tapak kaki orang lalu dekat koridor bilik dan bunyi pintu tandas. Aku dengan confidentnya terus keluar pergi tandas. Tapi aku pelik sebab tiada sesiapa di laluan koridor.

Aku anggap mungkin dia masih di tandas. Aku pun terus pergi ke tandas. Sejuk sangat malam tu. Untuk masuk ke tandas aku perlu melalui 3 pintu. Satu pintu aku akan melalui ke tempat basuh baju dan shower, pintu ke 2 untuk masuk ke ruang tandas, dan pintu ke 3 barulah boleh buang hajat yang aku tahan tadi.
Haa., waktu aku nak masuk tandas tadi, aku dengar lagi sekali untuk elak aku dengar bunyi yang ngarut2 lah. Tapi, sewaktu aku nak buka pintu tandas selepas membuang hajat, tiba- tiba ada satu suara dari belakang sergah aku. Dapat bayangkan tak macam mana keadaan aku waktu itu? Berlari macam berjalan. Dahla depn pintu ada cermin singki. Memang mata pandang bawah jela lepas kena sergah tu. Ok, ini part paling menakutkan bila pintu2 yang aku cakap tadi untuk aku buka.
Dalam hati, aku doa janganlah dia muncul depan aku. Alhamdulillah, nasib baik dia tak muncul. Aku terus masuk bilik tidur dengan roomate aku yang katil bawah. Terkejut dia tengok aku dalam keadaan sejuk menggigil. Esok pagi baru aku menceritakan apa yang terjadi pada aku malam tadi pada roomate aku. Pengajarannya, bawaklah teman ke tandas

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 2]

11 thoughts on “Tidur lambat Dan Berseorangan Ke Tandas”

  1. Sama macam sy waktu duduk asrama kt ipt. Tgh mlm x berani nk keluar ke tandas n tunggu dengar org berjalan kt koridor nk ke tandas br keluar

    Reply
  2. Sama juga macam aq waktu dulu aq sekolah asrama. Waktu aq form 1 kerap-kerap jaga tengah malam nak pergi tandas. Nak kejut kawan sebelah dah tak sempat dah, kalau kejut pun mungkin hajat akan terlepas dekat situ juga. Nak tak nak kena pergi sorang diri. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. Namun aq rasa tak sedap hati time tu, rasa macam ada orang perhatikan aq. tapi aq buat tak tau je, senang cite.

    Reply
  3. Mmg lah nk pegi tandas kene berteman kan…tpi kalau ade kwn yg jenis hati batu xnk temankan atau jenis tido m**i ni terpaksa gak laaa kene pegi sorg2 kan…x ke naya tahan nk membuang smpai pagi…terkuncil kan parah pulak…hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.