Tinggal dengan Patung

Intro

Assalamualaikum warga FS. Aku Zaskia, aku bukanlah pembaca setia FS dan baru pertama kali menulis disini. Niat aku cuma nak kongsi kan kisah benar yang berlaku pada aku. Ini bukan cerita yang aku reka, kalau nanti cerita aku ada persamaan dgn karya orang lain, percayalah aku hanya kongsikan apa yang betul-betul terjadi pada aku.

Semestar 4 di IPT.

Aku belajar di sebuah IPT, tak perlu lah kot aku bagitahu dekat mana, aku setiap semester memang akan mohon bilik dalam kampus sebab aku tak ada kenderaan dan aku ada masalah kewangan untuk sewa rumah dekat luar.

Aku dapat bilik untuk 4 orang, macam bilik yang selalu aku dapat, besar, selesa. Bilik aku sebelum ni berada agak jauh dari bilik aku sekarang. Bilik aku dulu dikelilingi blok-blok bangunan asrama. Bilik sekarang betul-betul
hujung, dekat dengan hutan, kalau bukak tingkap memang nampak hutan je. Takpa lah dapat bilik free pon dah bersyukur.

Perkenalkan Roommate aku.

Syada,
Dia bukanlah watak penting dalam cerita aku, course dia pon aku tak perlu kot bagitahu. Syada ni nampak macam budak baik, sopan jee, bawah umur aku, baru semester 2.

Nana,
Tengok gaya pon tahu dia ni kaya, dia ni macam diva sikit, jenis cakap lepas tapi dia ni baik je sebenarnya. Budak course Fashion Design semestar 4.

Mira,
Kawan sekelas Nana, Fashion Design, tapi Mira ni memang aku suka, dia kelakar lepastu selalu blur. Memang menghiburkan.

Bermula al kisah.

Dari first day semua busy dengan hal masing-masing, tapi selalunya malam kami berempat akan makan sama-sama. Nana ada kereta jadi dia selalu ajak food hunting malam-malam.

Keadaan dekat bilik agak banyak barang, kotak-kotak, mesin jahit Nana dan Mira. Takpa aku faham course dorang macam mana.

Macam biasa aku pergi kelas, balik kelas terus baring atas katil kepenatan, alangkah terkejutnya aku bila aku perasan ada dia manusia tengah tenung aku. Aku lagi terkejut dari beruk masa tu. Aku rasa jantung dah gugur ke perut kot .

Lepas aku tengok betul-betul, itu bukan manusia, tapi ‘dummies’. Dua ketul dummies. Kalau ada yang tak tahu dummy tu apa, dummy tu patung macam mannequin tu orang buat display baju tu. Gerenti ni Nana dan Mira punya dummy. Dummies tu cuma ada badan, tangan, kepala dan muka..kaki takda.. Satu dummy tu botak, lagi satu dummy tu ade pakai wig.. Aku macam yakin dummy ada wig tu siapa punya.

Aku masih lagi terkejut, seram aku tengok ‘mereka’ berdiri situ. Aku lupa nak bagitahu, bilik aku atas sekali, hujung sekali. Jarang orang lalu lalang depan bilik aku, jarang sekali. Lagi satu, bilik tu memang tak dapat sangat cahaya matahari sebab ada pokok-pokok halang cahaya masuk ke bilik. Bilik tu memang redup dan sejuk, sangat sesuai untuk tidur kalau takda dua tu..tu haa yg tengah pandang aku tu.

Aziz dan Bella.

Cuba teka siapa Aziz dan Bella ni?
Hmm..

Nana: Yang cantik ni macam aku ni namanya Bella. Bella ni couple dengan dummy si Mira tu..apa nama dia weh?

Mira: Aziz. Tapi kan Zas, Bella tu yang terhegeh-hegeh nak dekat Aziz. Aziz sayang aku sebenarnya.

Aku (Zas) : what the fff..,…

Nana: Nanti kitorang dah busy dekat studio, Bella ngn Aziz boleh temankan kau ngn Syada. Eh Syada mana?

Mana Syada? Lepak dengan classmate kot. Dia jarang sangat ada dekat bilik sejak dua menjak ni. Takpa lah masing-masing busy dengan hal masing-masing.

3 hari kemudian.

Balik bilik tengahari. Nampak Syada tengah packing barang.

Aku: Syada nak pergi mana?

Syada: Syada nak quit la akak. Hampir settle dah tapi Syada dah boleh balik dah ni. Sorry Syada tak bagitahu akak awal-awal.

Terkejut jugak, sedih pon ada, hilang roommate sorang. Aku tolong dia bawak barang-barang ke bawah. Dia suruh kirim salam ke Nana dan Mira. Maaf tak dapat tunggu katanya.

Seminggu kemudian.

“Assalamulaikum” tok tok tok..pintu berbunyi ada yang bagi salam.

Semua jawab waalaikumsalam. Mira bukak pintu.

Mira: Ye cari siapa?

Auni : Saya Auni. Saya disuruh pindah ke bilik ni. Ke saya silap bilik?

Nana: Bilik ni memang ada budak baru keluar, memang bilik ni la kot. Katil kosong atas katil Nana ni.

Katil ada dua doubledecker. Aku dengan Nana dapat katil bawah. Mira dan Syada katil atas. Sekarang katil Syada dah bertukar milik jadi katil Auni.

Percaya atau tidak..tak sampai dua minggu Auni menetap bilik ni. Auni pon quit. Dia cakap dia tak boleh carry laa..stress, down semua ada.

Sejak tu katil tu tak berpenghuni.

Hmm
Seperti biasa hari berjalan. Dan macam biasa berjalan kaki..semester ini agak penat sikit sebab bilik dengan fakulti amatlah jauh.. 30 minit berjalan kaki. Itu pon aku dah jalan cukup laju. Classmate yang lain kebanyakannya duduk menyewa kat luar. Ada kenderaan sendiri tak pon naik bas.

Petang tu aku ikut classmate aku ke rumah dorang..buat group assignment. Mula-mula aku bercadang nak tidur je situ terus, tapi lepas je tengok keadaan rumah. Aku yakin aku nak balik lepas settle keje aku. Dorang berlapan orang kot. Perempuan. Tapi rumah macam…. Tapi tak salahkan dorang jugak, owner rumah ni pon ..tah laa malas nak carut. Rumah harga rm1000 api air dorang kena bayar sendiri. Rumah fully furnished laa konon..Dahla ada 5 kotak besar dekat ruang tamu. Dorang cakap owner tak kasi usik. Kalau korang tengok keadaan rumah ni pon. Korang tak rasa ni rumah.

Okay maghrib tu lepas solat lepas makan, dorang boleh pulak cerita hantu. Dorang cakap, malam-malam masa semua dekat bilik, nak tido la kan. Tv tu nyala sendiri, elok je dengar suara dalam tv tu..dorang jarang bukak tv tu sebab kalau bukak pon keluar semut-semut je. Adjust la macammana pon. Tapi malam-malam elok je tv tu..tah siapa bukak tah.

Aku memang taknak stay, dalam pukul 9 macamtu, aku suruh dorang hantar aku sebab takut tak lepas masuk dalam.

Aku pon melangkah naik ke aras tiga. Ada 4 tingkat la kira nya..Aras bawah, aras satu, aras dua, aras tiga.

Sampai bilik aku bukak lampu, aku nampak Auni tengah berbungkus dalam selimut dekat katil dia. Aku baring kepenatan. Hampir terlelap……kroih kroih kroih…….
Mata aku terus terbeliak………..AUNI KAN DAH QUIT!!!! Dupdapdup dapdupdap.. Aku dah ketakutan, aku taktaw nak lari keluar ke, nak selak selimut Auni ke, nak pura-pura tidur ke, nak makan chipsmore ke.

Aku capai phone terus whatsapp Nana dan Mira dalam keadaan menggigil dalam selimut.

“Ada orang atas katil Auni bebbb balik cepatt!!!”

Mira reply

“Oh tu Bella ngn Aziz laa, aku sengaja tinggalkan dekat atas tu biar dorang projek, aku siap selimutkan biar dorang tak segan kikiki.”

WHATT THEE FFFF !!!

Nana reply

“Kitorang tak balik malam ni.”

Tanpa aku sedar aku pon tertidur..

Aku terjatuh katil, sakit weh tapi masih mengantuk, aku bukak mata dalam keadaan mamai..nak bangunlaa konon. Jantung aku bagai nak direntap bila aku bukak mata je aku nampak Aziz dekat bawah katil Nana tengah tenung aku beb..bertentang mata. Ya Allah, terus aku bangun, aku nampak atas katil Mira macam ada orang, aku terus kejutkan “Mira bangun Mira”. Aku tarik selimut, rupa-rupanya Bella beb..

Habis tu siapa atas katil Auni..??!!

..

Aku capai phone, lintang pukang aku lari, aku bukan turun tangga dah masatu, aku terjun tangga namanyaa, selalu kita skip 2-3 anak tangga kan..kali ni aku skip 8 ..wacha wacha wacha wacha akhirnye sampai bawah. Tengok jam pukul 3:37 am..

Aku rasa ‘dia’ nak kejut aku pukul 3 a.m macam cerita hantu siam tu.. Tapi aku liat kot nak bangun tu dia terus tolak aku nak jatuh katil. Lepastu aku ni berat pulak, dia struggle nak tolak.. Tu yang drag sampai pukul 3 lebih tu.

Aku call Nana dan Mira bertalu-talu. Tak angkat. Aku pon pergi bilik classmate aku..aku segan nak kacau malam-malam..tapi dah terdesak..nasib dia terbangun dengar aku ketuk pintu bilik. Dia kasi aku tumpang.

Keesokan harinyaa..

Bersambung..

(Cerita hanya akan disambung jika ada permintaan dari readers..kang cerita takda sapa nak baca macammana)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zaskia

41 comments

  1. ni spesis mana nak kena request request?
    kalau nak berkarya bagi habis la.
    jenuh nak kena recall balik cerita kalau nak tunggu sambungan.
    bukan satu ni je cerita nak kena hadam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *