Tok Lanang

Assalamualaikum. Nama aku Syieda. Kisah yang aku pernah share sebelum ni :

  1. Selepas abah renovate rumah.
    2. โ€ŽBagan Lalang
    3. โ€ŽPocong di Machap
  2. โ€ŽUmi makcik aku

As promised, ni cerita yang arwah atok pernah ceritakan pada aku dan sepupu-sepupu aku.

Sedikit background pasal atok.

Atok lelaki, aku panggil atok.
Nenek, aku panggil tokmok.
Abah kepada atok, aku bahasakan moyang.
Emak kepada atok, aku bahasakan Tok Siti.

Atok anak tunggal. Atok dianggap anak yang kuat fizikal mental oleh ibu dan ayah dia. Sebab, 4 kandungan sebelum dan 4 kandungan selepas atok lahir, semua keguguran. Hanya atok yang survive.

Atok hidup di zaman penjajahan. Waktu Jepun tawan Tanah Melayu, atok pergi menuntut ilmu kebal. Waktu tu atok muda remaja. D***h muda, kata atok. Bila moyang tahu pasal ni, dia bagi atok telan sekepal nasi dan baca something (atok pun tak tahu apa yang dibaca), telan tanpa kunyah, dan ilmu tu hilang. Tapi kata atok, itu permulaan hijab atok terbuka.

Kisah 1.

Orang kampung kami waktu tu ramai yang membuat sawah dan bercucuk tanam.

Suatu hari, ada beberapa orang kampung nampak tokmok berjalan seorang diri di batas sawah waktu hampir senja. Mereka pelik sebab tokmok tak pernah keluar rumah tanpa atok. Bila mereka lalu depan rumah atok lak, mereka terkejut bila nampak tokmok tengah menyapu sampah.

Sepanjang tokmok hidup, tokmok diberitahu, dah 3 kali ada benda yang menyerupai tokmok. Tiada apa-apa yang atok lakukan sebab dia tak tahu nak buat apa.

Kisah 2.

Atok boleh mengubat orang. Suatu malam, penghulu kampung call rumah atok dan minta atok datang ubatkan isteri dia. Waktu tu aku sekolah rendah. Aku berkeras nak ikut atok ubatkan orang. Tokmok ikut sekali sebab kena jaga aku.

Bila sampai, rumah tok penghulu gelap. Daripada luar, dengar suara perempuan mengilai. Bila masuk, hanya 1 lampu je yang dibukak dan aku nampak tok penghulu tengah ‘memujuk’ wife dia. Keadaan wife dia? Rambut mengerbang macam hantu kak limah (aku tak bohong), mata merah, dan lidah dia! Lidah dia panjang sampai ke dada! Dia ketawa sambil jelir-jelirkan lidah.

Waktu tu aku tak takut tapi geli tengok lidah dia. Bila dah macam tu, atok suruh tokmok bawa aku masuk kereta. Aku tak puas hati sebab aku nak tengok macam mana atok ubatkan. Atok terus letak aku kat luar rumah dan kunci pintu daripada dalam.

Daripada dalam kereta (tokmok turunkan tingkap kereta), aku tak dengar apa-apa kecuali suara perempuan menjerit. Sekejap je. Lepas tu nampak atok keluar sambil salam dengan tok penghulu. Aku tanya atok itu ini tapi atok cuma jawab (aku tak ingat ayat asal tapi lebih kurang macam ni), “hidup ni jangan cakap besar. Kita rasa kita hebat tapi ada yang lagi hebat daripada kita”.

Kisah 3.

Waktu ni ada kenduri kesyukuran kat rumah maklong. Lepas kenduri, atok duduk kat beranda rumah maklong sambil perhatikan kami main basikal. Waktu tu dah nak pukul 11pm. Depan rumah maklong, ada pokok jambu dan ada buai pada pokok tu. Tengah-tengah main, tiba-tiba atok tengking kami suruh masuk rumah segera. Kelam kabut kami masuk sebab atok nye tahap garang, sekali dia cakap tapi ko tak dengar, dia datang terus libas bontot ko. Macam tu punya garang.

Bila dah masuk, atok terus kunci pintu dan baca ayat qursi kat pintu. Lepas tu atok panggil kami. Kata atok, ada pontianak tengah perhatikan kami main basikal. Dia duduk kat buai di pokok jambu. Tapi kami tak nampak apa-apa pun masa tu padahal kami main kat area situ.

Kisah 4.

Dulu atok rajin memburu dengan Moyang. Suatu hari, waktu atok muda lagi belum berkahwin, mereka jumpa anak harimau yang kaki dia terluka. Harimau ni cuma ada 3 kaki. Kaki 1 lagi cacat nampak macam kudung. Atok dan Moyang, bersihkan luka dan letak daun yang dah dilumatkan. Aku tak ingat nama daun. Dan lepas tu, mereka terus tinggalkan anak harimau tu . Sebab, selalunya kalau ada anak, mak/ayah harimau mesti ada berdekatan.

Selepas beberapa tahun (maybe puluh tahun sebab waktu ni, atok dah ada 3 orang anak), waktu tengah berkebun, atok nampak seekor harimau sama seperti anak harimau yang atok bantu dulu. Harimau tu cuma memerhati daripada jauh. Dan sejak tu, atok kerap nampak kelibat harimau di kebun dia. Dia tak mengacau. Sekadar datang dan memerhati.

Yang menghairankan, waktu aku dah berumur 10 tahun (aku estimate, lebih daripada 30 tahun daripada kemunculan harimau ni) tengah berehat dengan atok di depan rumah, tiba-tiba atok tanya, “kakak nak tengok tak harimau?”. Peluang! Lepas aku anggukkan kepala, atok tunjuk ke arah hutan.

Waktu tu aku tak nampak apa-apa. Atok suruh baca al-fatihah dan niat “Ya Allah, tunjukkan lah apa yang diselindungkan daripada penglihatan mataku”. Tak lama tu, aku nampak ada mata merah. Dan dia keluar perlahan-lahan daripada semak. Subhanallah, besar gila harimau tu. Rasanye lebih tinggi daripada aku yang umur 10 tahun. Tapi dah nampak tua sangat.

Kata atok, tu peneman atok masa berburu. Dia balas jasa atok dengan tolong jagakan kebun atok.

Nota : kalau korang pernah baca pasal harimau kaki 3 dalam cerita Tamar Jalis, macam tu la keadaan harimau atok ni.

Sekarang, aku dah tak pernah dengar pasal harimau ni lagi. Cuma dalam 6 7 tahun lepas, Uncle ada jumpa tapak kaki harimau kat kawasan semak yang aku nampak harimau tu. Tapi tak tahu la harimau yang sama atau tak.

Kisah 5.

Cerita yang ni sungguh aku tak boleh terima akal logik aku. Maafkan aku. Tapi aku share gak. Siapa ada info, mungkin boleh share.

Kisahnya, rumah abah aku sekarang adalah rumah warisan. Waktu atok kecil, ada seorang lelaki datang dan nak tumpang bermalam di rumah mereka. Moyang benarkan tetapi Moyang minta dia tidur di pangkin luar rumah. Tok Siti pelik tapi Moyang cakap, “tunggu tengah malam, kau kan faham kenapa”.

Malam tu, waktu tengah tidur, Tok Siti terdengar bunyi suara mendengus yang kuat kat belakang rumah. Pintu rumah dahulu, hanya dibuat daripada 2 keping kayu yang dirapatkan. Melalui pintu tu, Tok Siti boleh mengintai keadaan di luar. Bila mengintai, Tok Siti nampak lelaki tu sedang berubah menjadi harimau. ‘Dia’ hanya berpusing-pusing di depan pintu. Tok Siti takut, terus masuk bilik dan tidur.

Esoknya, bila bangun, lelaki tu dah tiada dan terdapat kesan tapak kaki harimau di belakang rumah.

Menurut Moyang, lelaki tu menuntut ilmu harimau. Wallahualam..

……..

Kisah atok sebenarnye ada banyak lagi tapi maaf aku tak dapat kongsikan semuanya atas sebab-sebab keagamaan. Aku dah rujuk pada abah aku dan abah nasihat untuk tidak dikongsikan. Till we meet again. Assalamualaikum.

Syieda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

24 thoughts on “Tok Lanang”

  1. Cerita awak lebih kurang cerita tamar jalis lah. Saya minat sangat! Sebab cerita datang dari pengalaman org2 tua. Mesti banyak lagi pengalaman menarik tapi sayang ayah awak tak benarkan.

    Anyway good story and goodluck ๐Ÿ‘๐Ÿป

    Reply
  2. pasal harimau tu menarik…dengar ceta orang dolu2 suh jaga kebun.arwah tokwan da kebun..ramai bercerita jumpa dengan harimau kat situ..tanya mak, mak kata yang nenek moyang dolu2…

    Reply
    • Menurut Atok, ada tanda pada orang tu yang Moyang detect dia ada mengamalkan ajaran silat harimau. Salah tindakan, orang tu boleh bertindak kasar seperti harimau. Untuk mengelak kejadian tak diingini, Moyang minta dia tidur di pangkin luar rumah je. Kenapa orang tu nak tumpang tidur, maaf saya tak tahu ๐Ÿ˜

      Reply
    • Yg ada rasanya sampai jilid 5 je…xtaulah kenapa publisher tak habiskan jilid2 lain.senang cari kat internet je.saya pun dah gabis download sampai jilid last ๐Ÿ˜Š

      Reply
  3. Sapa suka buku tamar jalis bleh cari dlm apps wattpad. Free..aku dah khatam jilid ke 9 …skang ni tengah layan tok awang ngah plak…

    Reply
  4. zaman dulu smpi skrg ada je lagi saka harimau tu.. atok aku sempat turunkan kat aku ayat usya awek je..yg lain2 x sempat pasal mak aku x bagi pas dia dgr atuk aku ckp nak bg tips2 kat aku..

    Reply
    • To be truth, atok ada macam nak share something pada saya. Tapi tiap kali dia nak cakap (cara dia pegang tangan, macam dia ada sesuatu nak beritahu), pasti ada je gangguan macam ibu panggil balik rumah laa, ada orang datang la. Sudahnye, lebih kurang 2 hari sebelum atok meninggal, atok bagi 2 biji kemenyan pada abg sepupu saya and minta diasapkan setiap malam jumaat. Tapi abg sepupu tak pernah buat pun.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.