Tonton Kisah Seram Waktu Hamil

First of all, thanks lot to admin for publishing this story. Tak seram mana pun cerita sy ni tapi ada pengajaran yang boleh di ambil iktibar dari cerita yang bakal sy sajikan.

“Tak elok tengok movie hantu tengah malam, lagi-lagi tengah sarat mengandung.”

Kisah ni berlaku masa sy tengah mengandungkan anak sulung. Memang tidak dapat d nafikan lagi, sy tersangatlah suka menonton cerita seram dan thriller dari zaman anak dara sehinggalah berkahwin.

Dah kahwin dan sarat mengandung ni, mula la Umie nasihatkan supaya berhenti menonton cerita-cerita seram. Tak elok untuk orang yang mengandung kata Umie.

Memandangkan sy memang dah sebati dengan cerita seram… alamatnya, memang tak boleh tidur la kalau tak menonton 1 atau 2 cd genre ni.

Dijadikan cerita, pada malam bulan mengambang penuh di dada langit yang tak berbintang seperti biasa sy menonton 1 cd yang baru je d beli.
Tajuk cd tu saya dah tak ingat sebab tak sempat pun nak habiskan malah tak sampai suku cerita pun saya tonton memandangkan keadaan malam tu lain macam je.

Manakan tidak, saya baru je tonton mukadimahnya dengan tak semena-mena bunyi anjing meratap hiba bersahut-sahutan dari luar rumah merentap semangat saya pergi. Saya kemudian berjalan kearah jendela dan menjenguk keluar namun hanya kelam malam yang kelihatan. Saya menutup cd yang tidak sempat di tonton lalu memutuskan untuk tidur sahaja.

Dalam tidur tu saya bermimpikan tentang adik yang telah mengarahkan saya untuk menutup pintu. Katanya tutup sebelum ‘dia’ masuk ke dalam. Namun belum sempat saya berbuat demikian, satu kelibat tangan bersayap hitam telah menahan pintu tu dan menerbos masuk ke dalam. Serentak dengan itu sy terus terjaga dari tidur. “Allahuakhbar” apa yg sy saksikan depan mata membuatkan badan sy kaku dan perut ikut mengeras.

D sudut atas rumah kelihatan cik ponti sedang melekat dengan tangan dan kaki terpacak kukuh d sudut dinding. Rambutnya yang panjang mengurai tu ajaibnya tidak menutup langsung mukanya. Kelihatan sepasang mata yang hitam keseluruhannya, sebiji macam mata orochimaru watak antagonis dalam manga naruto.

Hidung langsung tidak kelihatan manakala bibirnya yang sedang menguntum senyum, lebih tepat lagi sedang menyeringai telah menyerlahkan sepasang gigi taring yang cukup panjang. Saat itu hanya zikir yang mampu sy lafazkan, sehinggalah kalimah takbir terpacul keluar dari bibir sy berulang kali sambil mata terpejam rapat seolah-olah pasrah dengan apa yang bakal terjadi.

Sebaik sahaja sy membuka mata, kelibat cik ponti telah hilang dari pandangan, perut sy juga sudah tidak mengeras. Sy pasti cik ponti tu sudah berlalu pergi kerana bunyi ratapan anjing yang galak d luar bilik tadi kian menjauh seperti tengah mengejar ‘sesuatu’. Malam itu juga sy terus melakukan Solat-solat sunat dan nenyambung bacaan Al-Quran hingga subuh menjelma.

“Pesan Umie, masa mengandung ni sepatutnya ibu-ibu kena perbanyakkan membaca Quran & berzikir supaya baby dalam kandungan cerdas dari segi EQ dan IQnya. Ibu yang mengandung pun turut akan merasa tenang dan seterusnya dengan mengamalkan ayat-ayat tertentu juga akan memudahkan si ibu saat bersalin kelak.”

Maaflah andai cerita sy pd entry ni tidak berjaya meningkatkan tahap Adrenalin pembaca semua. Sampai ketemu lagi d ruangan FS.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Czar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Tonton Kisah Seram Waktu Hamil”

  1. sama je akk dik non..seram thriller suke beno & akk dlu masa pregant ank sulong suke beno dgn cite walking dead yg tekejut2 tu.. masa tgok seronok..siri ptama duk ulang smpai siri 6 tp masa nk tdo ha mula tebayang bukan2..
    moral of story akk,akk decided tgok cite cina tajuk lee wei young (x seram) masa prgnant ank no 2..smpai 3x repeat kaoo

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.