Toyol Kampung

Assalamualaikum semua..terima kasih FS kalau menyiarkan lagi cerita ke tiga ku pada kali ini..aku mahu berkongsi lagi pengalaman ku yang benar-benar terjadi kepada keluarga ku dan juga diri ku beberapa bulan lepas dan kejadian ini berlaku berulang kali.

Disember 2017
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 16 tahun pada tahun 2017 dan dia merupakan adik bongsu dalam adik beradikku. Pada satu hari dia menyatakan hasratnya untuk menjual ayam gunting di depan rumahku. Aku dan keluarga menyokong hasrat adikku kerana dia bukan seorang yang meminta-minta dari ibu bapa terutama bab wang ringgit.

Beberapa minggu hasil jualan nya agak lumayan dan aku sebagai kakak nya membantu dalam membuat akaun hasil jualan. Satu hari hasil jualan nya mendapat hasil paling banyak berbanding hari hari sebelum nya dan hari itu merupakan hari terakhir dia menjual untuk minggu itu.

Kisah nya bermula apabila minggu seterusnya bermula. Hari pertama hasil jualan untuk minggu itu merosot. Merosot dengan tiba-tiba. Biasa la dalam berniaga ada naik turun nya. Sehingga habis satu minggu jualan makin berkurang dan berkurang. Ditambah pula adik aku dan juga ‘business partner’ nya memberitahu dia sering mengantuk ketika berada di gerai jualan.

Masalah ini berlarutan sehingga hari berganti hari, migggu berganti minggu. Ditambah pula adik aku memberitahu duit jualan hilang. Kerap kali hilang. Pada awal nya aku hanya mendiamkan diri. Setelah beberapa kali satu hari aku membuat kiraan jual seperti biasa dan mengikut perkiraan ku duit jualan di tangan ku juga hilang. Benar kata adikku.

Hatiku berasa sudah tidak enak. Niat ku hanya mahu membantu adikku. Jualan merosot, duit jualan hilang. Doa aku panjat memohon petunjuk dari Sang Pencipta sebagai rujukan utama aku. Setelah aku scan kehilangan duit bukan kerja manusia! Dari petunjuk yang aku perolehi duit itu ditarik dari alam ghaib. Dan ternyata telahan ku benar apabila aku didatangi seekor makhluk kecil berwarna hijau. Dia berada di tingkap bilik ku dan seakan akan menari mahu mengajak ku bermain bersama nya. Dek telatahnya agak comel bagiku aku memarahi nya dan berkata bahawa aku tidak berminat mahu bermain bersama nya.

Benar makhluk itu datang membawa petunjuk. Setelah aku scan lagi, toyol itu belaan orang kampung di sekitar kampung ku.

Ah! Toyol kampung patut la duit merah sahaja dirembatnya. Itu fikirku.

Setelah aku memberitahu keluarga ku berkenaan toyol itu,ibu dan bapa aku menceritakan desas desus mengatakan benar orang kampung pernah bercakap mengenai pembela toyol itu. Jadi benar la petunjuk yang aku ketahui. Duit hasil jualan ayam gunting adikku dikebas makhluk kecil itu!

Kata orang kacang hijau mampu membuat toyol leka dan ralit bermain dengan kacang hijau sehingga dia lupa akan suruhan tuannya. Bapa aku mencuba cara itu..mahu melihat apakah cara itu berkesan.
Diletak kacang hijau berdekatan tempat aku menyimpan hasil jualan. Dengan rasa tidak sabar keesokan harinya duit jualan tidak hilang dan selepas itu duit jualan tidak lagi hilang kerana bapa aku sentiasa meletakkan kacang hijau berdekatan di mana duit selalu disimpan.

Namun gerai ayam gunting adikku tidak dapat jua bertahan lebih lama lagi dek hasil jualan yang semakin merosot dan ditambah pula ramai orang kampung berkata gerai adikku selalu tutup dan tiada orang sedangkan adikku membuka gerai nya setiap hari. Pada pandangan manusia biasa iyaa gerai adikku ditutup namun di mataku melihat ada penunggu di gerai itu menyebabkan adikku selalu mengantuk ketika berada di gerai seakan mahu tidur sepanjang hari. Disebabkan masalah yang berlaku gerai nya terpaksa ditutup sehingga sekarang.

Mei 2019
Petang itu adikku memberitahu bahawa duitnya hilang. Kali ini banyak sampai beratus.

‘Tak kan la kot’ hatiku berkata.

Tjdak mahu melatah, aku hanya mendiamkan diri. Selang beberapa hari selepas itu, lagi mengejutkan berita yang disampaikan kepadaku. Wang miliknya hilang lagi kali ini lebih banyak dari yang pertama.

Rasa tidak sedap hati mula menerjah hatiku. Aku mulai scan kejadian itu. Tanda-tanda muncul bukan kerja manusia. Selepas itu, bapa ku jua mengalami benda yang sama. Beratus hilang wang milik bapaku.Toyol dari tuan yang sama namun kali ini toyol nya sudah di upgrade. Sebab itu toyol belaan manusia itu mampu menarik wang lebih banyak. Toyol juga mempunyai kelas tertentu. Semakin mahal seekor toyol semakin banyak wang yang boleh diambil dan penjagaan toyol yang mahal juga bagaikan hotel 5 bintang.

Paling teruk wang bapaku yang disimpan di dalam alQuran juga turut dikebasnya. Kejadian ini terjadi beberapa kepada bapaku dan setiap kali terjadi wang beratus dikebas.

Kacang hijau juga dijadikan jalan penyelesaian. Toyol tidak lagi kembali sehingga bulan lepas. Pagi itu aku membuat kiraan simpanan tabung ku. Sebelum duit ku dimasukkan ke bank aku mahu mengira jumlah nya terlebih dahulu.
Hatiku berdebar-debar. Takut juga duit aku hilang dek makhluk itu.

Kiraan pertama duit ku masih tidak cukup. Inginkan kepastian lagi aku mengira lagi. Masih tidak cukup. Tabung pertama lesap RM490 tabung kedua lesap RM10. Pandai betul makhluk itu. Mahu diambil juga wang berwarna merah itu.

Setelah memberitahu ibuku, ibu ku pantas melihat wang yang disimpan oleh bapaku. Ternyata hilang jua. Juga beratus. Aku pernah berpesan kepada bapaku, jika boleh elakkan dari berjumpa atau bertemu dengan tuan toyol itu. Kata bapaku dia ada terserempak dengan tuan toyol beberapa hari sebelum duit itu hilang. Dan aku pula baru teringat aku ada melintasi rumah pembela dan ketika aku melalui rumah nya isteri pembela toyol itu juga berada di depan rumahnya. Jadi duit kami hangus hampir 1k dalam satu malam sahaja. Kata orang kampung patut la tuan toyol itu mampu membuat rumah besar sedangkan kerja tidak seberapa. Di penglihatanku pembela toyol itu agak menyeramkan rupa nya.

Sehingga sekarang kacang hijau masih berada di dalam rumahku. Aku harap pembela toyol itu sedar satu hari nanti dan menghentikan kerja nya dan berhenti menghantar toyol nya ke rumahku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Iz Izzah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

7 thoughts on “Toyol Kampung”

  1. Nape tak simpan kat bank je terus? Sebab dah banyak kali kena.
    Tak pernah lak dengar cerita duit bank toyol curi. Pelik tul, bank ni pakai pagar ke apa.

    Reply
  2. Semoga tuan makluk tu bertaubat dan hentikan aktiviti tu. Kita semua akan kembali kepada Allah, nak jawab esok pasti susah. Lagi2 kalau kita makan benda tak halal. Semoga adik sekeluarga banyak bersabar juga.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.