Tuan

Farhain mengah. Sudah empat orang dia tolong berubat. Syafi dan Ghazali cuma duduk tepi memerhati. Dek bosan kerana majoriti guru-guru dan pelajar berkumpul dekat dataran, jadi mereka minta izin Farahain untuk ikut sekali.
“Baiklah, lagi 10 minit cikgu lepaskan kamu semua,” ujar guru disiplin mencekak pinggang atas pentas. Bahuku dicuit dari belakang. Aku menoleh.
“Apa?” Pritya senyum-senyum.
“Jom lepak.”
Berkerut dahi aku. “Kau nak pergi mana? Sekarang tengah kes histeria kau ajak lepak. Gila ke?”
Pritya ketawa. Aku gelengkan kepala. Malas mahu layan. Bahu dicuit lagi.
“Apa lagi?”
“Aku tak pernah tengok orang Muslim kena rasuk.”
“Jadi?”
Tangan Pritya menepuk-nepuk belakangku. “Jom pergi surau. Aku nak tengok macam mana kau orang handle kerasukan.”

Pada mulanya aku tak layankan, Pritya sudah merengek berkali-kali sampaikan aku sendiri dah malas nak dengar.
“Fine. Jom.” Aku bangun diikuti Pritya yang sudah melompat kegembiraan. Aku dekatkan diri pada Puan Kamila – guru kelas kami, kemudian dekati Pritya semula.
“Kau cakap apa dekat cikgu?”
“Aku cakap kita nak ke tandas. Dah jom.” Aku dan Pritya dalam perjalanan ke surau. Ikutkan hati nak saja heret Pritya terus ke dataran dan duduk diam-diam. Aku mengeluh bila sudah sampai depan surau.
“Woi !” Ashraff dekati kami dengan kening terangkat sebelah. “Kau orang buat apa dekat sini?”
Pritya mencekak pinggang. “Apahal? Kita orang dah boleh datang sini ke?” Aku menepuk dahi manakala Ashraff menggeleng.
“Tak selamat sini. Pergi balik dataran. Nanti kau orang kena rasuk haa, menambahkan kerja Farahain je.”
Pritya mula bertekak dengan Ashraff. Ada satu ayat Ashraff yang hampir buat aku ketawa.
“Takkanlah Hindu tak ada buat exorcism?”
“Ada, tapi yang ni aku nak tengok. Lagipun mana ada hantu rasuk manusia agama lain kan?”
“Siapa kata?”

Suara teriak mematikan perbalahan mereka. Seorang pelajar perempuan meluru keluar dari pintu masuk surau. Farahain seraya keluar dari surau.
“Tangkap dia !” Pelajar yang lari tadi hayunkan tangan ke belakang, terpelanting badan Ashraff sehingga dia jatuh terduduk. Pritya tak tentu arah. Aku langsung tak berganjak. Mata aku dan mata pelajar perempuan itu bertembung. Tak sampai sesaat, dia sudah menerkam tubuhku. Ashraff kelam kabut bangun menarik pelajar sekali dibantu dengan Pritya. Farahain dan Syafi berdiri tegak. Mulut Farahain mula membacakan sesuatu. Dia menepuk bahu Ashraff.
“Kau dengan budak ni jaga belakang.” Ashraff balas dengan anggukan dan menyuruh Pritya berundur ke belakang.
“Tapi, Fiena ni…”
“Jangan risau. Aku cuma nak dia pegang je. Ni orang last histeria,” tenang Farahain membalas. Pritya serba salah, namun terpaksa akur dengan arahan Farahain.
Aku pula masih bergelut dengan pelajar yang menerkam tadi. Perlahan Farahain mendekati dan letakkan jari jemari di ubun-ubun kepala pelajar tersebut. Farahain membaca ayat suci Al- Quran manakala pelajar kerasukan itu membalas dengan bahasa asing. Aku kecut perut melihat wajah pelajar itu. Matanya putih tiada bola hitam, urat-urat tersembul keluar dan mulutnya ada d***h yang masih menitis keluar. Tiba-tiba dia kembangkan kedua pipi, seperti menahan muntah. Aku cuak, takut dia muntah depan muka memandangkan hanya beberapa inci saja. Farahain memangkat tangan dan tepuk belakang pelajar itu.

Nah!

Pelajar itu muntahkan segala-galanya tepat mengena mukaku. Bau hanyir d***h dan bendasing habis terkena baju sekolah dan lantai. Kemudian pelajar itu jatuh terlopok dalam lopak muntah sendiri.

Esoknya aku cuti demam panas. Pritya pula tak habis-habis tanya fasal keadaan aku.
“Aku demam panas sebab terkejut kan? Rilekslah.”
“Ah, still aku risaukan kaulah. Kalau aku, dah menjerit tau.” Aku ketawa dihujung talian. Coolfever yang melekat pada dahi ditarik dan buang dalam tong sampah. Dah tak sejuk, aku tak pakailah. Pritya masih lagi membebel macam makcik-makcik.
“Sara, kau nak tahu tak apa jadi lepas tu?”
Haah kan, aku langsung tak ingat apa jadi. Last pun aku lari masuk toilet lepas itu, BAM! Gelap gelita.
“Ceritalah.”
“Budak tu pengsan then ustaz baru sampai. Farahain masa tu dah lemah gila. Sampai Syafi terpaksa papah dia.”
“Ustaz tu cakap apa?”
“Mula-mula dia tengok budak-budak yang pengsan dalam surau dengan dekat luar. Dia kata budak-budak tu kena sampuk je.”
Berkerut dahi aku. “Sampuk? Aku ingat saka.”
“Kan? Farahain pun ingat macam tu. Then ustaz tu tanya, masa rawat takkan tak detect kan?”
“Kejap, jangan kata…”
“Hijab Farahain tak terbuka pun.” Hah, pulak dah. Biasanya orang pandai mengubat hijabnya terbuka. (Apa yang aku dengarlah.)

“Dah tu? Apa jadi?”
“Ustaz tu kata Farahain cuma halau and berkemungkinan dia datang balik.” Aku cuma iyakan. Agak lama aku berborak dengan Pritya fasal kejadian semalam.
“Kau sampai sekolah nanti, jangan pengsan pulak. Jenuh aku tarik kau keluar dari toilet hari tu.” Itulah kata-kata terakhir Pitya sebelum kami putuskan talian.

Pritya dah sedia maklum dekat aku yang setiap kelas, bilik dan kaki lima sekolah dah ditabur garam kasar dan lada hitam. Mereka kata jangan sapu, biarkan saja. Macam biasa aku dan Pritya dalam perjalanan masuk ke kelas. Pritya melangkah masuk dulu sebelum aku. Aku baru saja nak melangkah masuk…
“Aduh !”
Pritya dan classmate lain menoleh, hairan memandang aku.
“Kenapa?” tanya Pritya.
“Tadi kaki aku pijak benda panas.”
“Panas?” Rata-rata mereka tak lekang memandang aku. Aku cuba melangkah masuk, still terasa pijak benda panas. Bahu aku ditepuk.
“Aik, Fiena. Tak nak masuk? Saya nak mula mengajar ni,” tegur Puan Julia, guru Pendidikan Seni. Aku perlahan mengangguk. Dengan segala kudrat, aku melangkah masuk. Dan, BAM !

Celik-celik saja, aku dah ada dekat surau. Untuk pertama kali badan aku rasa ringan. Perlahan aku bangun yang mendekati sekumpulan pelajar yang berkerumun.
“Fiena macam mana Ashraff?” bising Pritya luar surau. Ashraff tiada jawapan, dia cuma balas dengan senyum tawar.
Pritya cuba ceroboh masuk, namun masih dihalang Ashraff. Aku kaget. Pritya resah gelisah bising-bising dengan Ashraff. Mataku menoleh ke sekumpulan pelajar semula. Di balik celahan pelajar yang aku selinap tadi, aku terkejut.

Farahain berpeluh-peluh. Uniform sekolahnya sudah dibuka tinggallah T- Shirt hijau dan seluar sekolah. Pelajar perempuan menahan tangan dan kaki ‘aku’ yang terbaring, meracau mahu dilepaskan. Aku menapak ke belakang. ‘Aku’ yang terbaring, dengan mata hitam pekat dan mulut berbuih-buih seperti orang kena sawan. Pada mulanya aku tak perasan, 2-3 kali aku pandang, ada satu kelibat warna putih sudah ada dalam jasad.
“Kau keluar, dia tiada kaitan dengan keturunan kau,” tegas Farahain. ‘Aku’ ketawa. “Dia milikku. Dia pasti akan terima aku. Kau bukan sesiapa mahu halang aku !”
Aku ketap bibir. Aku meluru ke arah ‘aku’ yang meronta-ronta. Mata hitamnya tepat memandang aku dengan wajah yang tersenyum.
“Terima aku, dan aku akan bersama dengan kau. Lindungi kau.” Aku yakin rata-rata yang tengah mengubat aku pelik. Dengan siapa ‘aku’ ni bercakap.
Aku buntangkan mata. Dengan marahnya, aku membalas, “Badan aku hak aku.”
‘Aku’ ketawa terbahak-bahak. Merinding aku,tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku menoleh, Farahain terkumat-kamit membaca ayat Ruqyah dengan nafas naik turun. Entah kenapa aku berani, aku pegang kelibat puith yang ada dalam badan.

“Kau buat apa ni? Lepaskan aku !” ‘Aku’ menggelupur, pelajar perempuan yang pegang tadi semuanya ‘aku’ tepis. Aku tarik sepenuh tenaga. Tarik punya tarik, akhirnya kelibat tu berjaya keluar. Jasad aku yang mula longgai, pantas aku masuk. Aku buntangkan mata, bagaikan dapat udara semula. Perlahan aku imbangkan badan sebelum berdiri tegak di tengah surau. Wajah mereka pucat, terutamanya Farahain. Dua tiga kali juga aku kelipkan mata sebelum pandangan jadi jelas.
“Apa?” tanyaku. Berekrut dahi Farahain. Perlahan dia dekati aku.
“Siapa nama kau?”
Aku terkejut. Tangan kanan Farahain memegang sehelai kain. Mukanya masih lagi pucat. “Aku tanya semula, siapa nama kau?”
Aku perhati sekeliling. “Fiena Basyirah Binti Hazmin.”
“Nama mak kau?”
“Latifah Anom Binti Yahya.”
“Nama ayah kau?”
“Hazmin Bin Syafiuddin.”
Farahain tarik nafas lega. Tamatlah sesi merawat histeria. Rakan sekelasku datang mendekat.
“Kau pengsan depan kelas, kau tak ingat?’ tanya Wafa. Aku geleng.
“Kau pengsan lepas tu meracau. Kesian Pritya tadi, tak tentu arah,” sambung Faidah.

“Oh sorry sorry. Aku dah menyusahkan kau orang.” Aku sempat pandang Farahain yang sedang bercakap dengan Cikgu Latiff.Kemudian Cikgu Latiff dekati aku.
“Kamu nak balik tak Fiena? Kalau nak saya hantarkan dengan Cikgu Kamila.” Aku lama berfikir, kemudian menggeleng.
“Boleh saya duduk surau? Saya takut mak saya bising pula.” Cikgu Latiff mengangguk dan hanya benarkan Wafa dan Dina temani aku dalam surau. Kesian Pritya, dia tak dapat teman aku. Aku sempat panggil Farahain. Walaupun hijabnya tak terbuka, aku perlu dapatkan kepastian dari dia.
“Aku dirasuk?” Farahain mengangguk sambil mengelap peluh.
“Apa benda yang rasuk aku?”
“Ingat budak yang muntah dekat muka kau?” Aku angguk. Farahain betukan suara sebelum menyambung. “Benda tu nak kau. Dia kata first time nampak kau, dia ingat kau tuan dia.”
“Sebab tu dia rasuk budak berempat hari tu?”
“Nampaknya begitulah. Aku gerak dulu, jaga diri.” Farahain pun keluar dari surau. Dina dan Wafa dah seronok, tak perlu masuk kelas. Aku terus ke tempat ambil wudhuk, basuh muka dan tidur dekat dengan mereka berdua.

Hujung mata aku, aku nampak kelibat putih berdiri terpacak depan pintu masuk.

Tamat.

p/s: Taip dekat office. Jadi saya harap kalian suka dengan cerita pertama saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

fiena

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.