Tumpang

Assalamualaikum semua
Era covid19 dan pelbagai PKP dan segala P ni, aku turut terjejas. Terjejas dari segi mental dan ekonomi. Berniaga sudah tidak menguntungkan. Perniagaan kecilku dengan rakan terpaksa di tutup. Rugi memanjang. Menganggur 2 bulan, lepas tu permohonan untuk menjadi rider makanan di terima selepas sebulan menunggu.

Sangkakan ditolak. Maka bermulalah rutinku. Seharian sibuk menghantar pesanan dari kedai kepada pelanggan. Kadang habis awal, kadang sampai jam 8 malam. Mujurnya aku gunakan kereta sebagai medium penghantaran. Kalau hujan tidaklah ralat sangat. Malah semakin banyak tempahanku sebab rider bermotor akan rehat sementara tunggu hujan reda. Mereka tidak mahu ambil risiko, demam sebab kerja. Nanti di sangkakan positif covid19 pula bila ke hospital. Selama 2 bulan aku bekerja, semua normal saja. Kadang masuk ke kawasan yang aku sendiri baru tahu. Kadang kawasan yang sangka dalam ladang sawit tu tak ada rumah, sekali yang order makanan tu rumah banglo. Tersorok dari dunia luar.

Genap hari yang 2 bulan aku bekerja, sangkakan dah habis job. Aku bersedia untuk balik. Jam sudah menunjukkan jam 5.45 petang. Hari sdh hampir gelap. Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib. Lagi 300 meter sebelum sampai rumah, henponku berbunyi. Jeling. Aduh….ada order masuk. Admin call. Minta tolong ambil job last tu. Aku berhenti, Pusingkan kereta. Merungut juga dalam hati.

Habis ambil pesanan di restoran makanan segera, segera keluar. Dah tahu di mana lokasi dan alamat pelanggan. Pandu dalam keadaan yang mula gelap. Berhati-hati. Kereta banyak sebab masa orang balik kerja. Sebaik masuk ke simpang yang di tuju hati mula rasa berat. Tidak tahu kenapa. Selalu ok saja. Kali ni rasa lain macam. Ternampak sebelum selekoh papan tanda, kawasan kemalangan. Aku tahu memang ramai mangsa kemalangan di selekoh ini. Kebanyakannya meninggal. Tenangkan hati memandu. Radio terdengar suara azan. Kiri kanan gelap. Ladang sawit di kiri kanan. Jauh lagi keluhku dalam hati. Siku kananku topangkan di pintu kereta sebelah pemandu. Pandang kosong jalan raya di hadapan. Sepi. Pandang cermin pandang belakang. Tiada 1 pun kenderaan.

Perlahan masukkan gear 4….5….tengok meter tetap di 40….40???? Spontan tekan pedal minyak rata…tekan habis…tetap 40!!!! Tukar gear 4…3….2…masih sama. Enjin keretaku bagai meraung. Jantung mula degup laju. Pandang belakang. Masih gelap. Radio mula terdengar sayup sayup. Dahi mula berpeluh. Ah sudah!!! Masih ku usahakn tukar gear dari 1 hingga 5. Masih sama. Bagai kura-kura. Lega bila ternampak lampu di tepi jalan di hadapan. Perlahan aku berhenti ke bahu jalan tepat di bawah tiang lampu. Oh rupanya di luar pagar perumahan elit. Pelanggan yang tempah makanan tadi tinggal di kawasan perumahan ini. Aku keluar kereta. Belek setiap tayar. Tekan…semua tekanan angin ok. Garu kepala. Capai botol air. Sandar seketika pada kereta. Bulu temgkuk berdiri tiba-tiba.

Tenangkan hati. Perlahan aku bersuara.
” aku cari makan, aku tidak ganggu sesiapa. Kalau kamu mahu tumpang kalau boleh biarlah sampai sini saja. ” pandang sekitar. Selepas rasa seram hilang, masuk ke dalam kereta semula. Baca bismillah. Hidupkan kereta. Perlahan masukkan gear, jadi ok semula. Ringan. Alhamdulillah. Masuk ke dalam kawasan perumahan, serahkan order dan pandu keluar. Dalam hati masih ragu. Akan melalui selekoh tadi semula. Hmmmmmm….tiba-tiba ada 2 buah kereta di belakangku. Ah legaaaa… hehehe…semua lancar sampai balik rumah. Syukur. Tidak pernah pula rasa berat kereta seperti tadi. Rupanya ‘ kawan’ tu nak tumpang saja. Tak apalah asal jangan tumpang balik rumah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 32 Average: 4.6]
Fozan Hadi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.