Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca FS. Terima kasih FS jika cerita saya ni disiarkan.
“Assalamualaikum ibu,man baru nak bertolak balik kampung ni. Man baru habis kerja ni Man terus baliklah”. “Man, kamu betul ke nak balik sekarang, balik jela esok pagi Man. Lagipun sekarang dah pukul 8:30 malam Man. Bahaya, jalan kampung ni sunyi” nasihat ibu kepada ku.
“ehh takpe bu, Man memang tak sabar dah nak balik rindu sangat kat ibu” kata-kata ku itu akhirnya buat ibu membenarkan aku untuk pulang malam itu juga.
“Kamu bawa kereta tu hati-hati Man, dah malam ni, baca apa-apa yang patut.”
Kerja telah habis dan aku pun pergi ke kereta untuk bersedia pulang ke kampung. Beg baju untuk pulang ke kampung telah aku siapkan di dalam kereta. Aku tukar baju dalam kereta dan terus bertolak untuk pulang ke sebuah kampung di negeri selatan.
Aku terlebih excited untuk pulang setelah beberapa bulan tidak dapat pulang ke kampung kerana kerja. Selepas 1 jam perjalanan, aku keluar dari highway dan kena lalu laluan dalam senang cakap jalan lama lah untuk ke kampung. Lagi 30 KM untuk sampai ke lorong untuk masuk ke kampung aku. Laluan sangatlah sunyi sebab waktu tu jam menunjukkan pukul 12 malam.
Dari aku Nampak sebuah bus stop yang selalu aku nampak kalau lalu kat situ. Tapi harini bus stop tu nampak pelik. Ade satu tiang bus stop tu lagi tinggi dari bumbungnya. Yang lagi 3 tiang tu ok je. Aku punyalah fokus tengok nak tau kenapa nampak pelik. Dah dekat dengan bus stop bila tengok betul-betul berderau d***h aku, Aku nampak ade benda berbungkus kat atas bumbung tu.
Pocong rupanya. Dia berdiri tegak macam tiang bus stop tu. Terus peluh jantan aku keluar membasahi pipi. Goyang lutut aku nak tekan clutch nak tukar gear pun dah lemah dah. Aku pun baca semua surah yang terlintas di fikiran. Aku terlalu takut. Aku tengok side mirror still nampak pocong tu berdiri kat situ. Aku berdoa kat tuhan biarlah dia berdiri je kat situ tak ikut aku sepanjang jalan. Lepas beberapa minit berlalu, aku ingat benda dah settle. Tiba-tiba bau wangi sangat-sangat. Aku dah mula cuak. Bulu roma aku meremang teruk punya. Aku terus baca surah yang terlintas di fikiran lagi. Tunggang-langgang ayat kursi aku baca.
Aku rasa macam ade orang kat belakang ni, aku gagahkan diri juga untuk tengok cermin belakang nak intai kalau-kalau ade orang. “SUP” bak kata perempuan dalam iklan sensodyne tu. D***h aku terus naik ke kepala. Benda alah tadi ada kat belakang. Ya allah masa tu tuhan saja yang tau perasaan aku. Mencarut- carut dalam hati aku. Habis semua surah aku baca berterabur. Memang dah teruk sangat dah. Aku makin tekan minyak sebab terlalu takut.
Bila kereta aku makin laju, benda tu berdehem kat aku “hmm hmm” dengan suara garau. Aduhhh, Dia buat bunyi pulak. Mungkin sebab aku bawa laju. Aku pun perlahankan kenderaan aku. Mungkin nak tengok permandangan kot benda tu. Aku dah sumpah seranah dah. “Kau bila nak keluar, Ya Allah tolonglah keluar kacau orang lain sana aku takut @#$@%@%” bercakap aku dalam hati. Dalam 10 minit juga dia tumpang tengok permandangan. Lagi sekali aku bau wangi dan bila aku tengok belakang dia dah takde. Ya Allah leganya. Aku teruskan perjalanan aku dengan harapan dah takde benda kacau dah.
Sampailah tempatnya untuk aku masuk lorong untuk masuk ke kampung aku. Patutnya aku dah jumpa lorong tu, tapi aku tak jumpa lorong. Aku jalan then tengok macam dah terlepas aku pusing balik. Still tak jumpa. Hampir 15 minit aku cari lorong tu. Aku berhenti tepi cuba bertenang. Aku nak call mak aku tapi battery phone dah kong. Powerbank dalam beg kat bonet. Memang taklah aku nak keluar semata-mata nak amik powerbank tu.
Aku baca apa-apa patut. Aku teruskan perjalanan. Tak sampai 2 minit aku terus jumpa lorong tu. Padahal aku dah lalu banyak kali di laluan yang sama. Sampai je rumah aku bagi salam terus mak aku bukakan pintu. Ya Allah tuhan saja yang tahu perasaan leganya aku bila dah sampai dan dapat peluk mak aku. Aku tidak cerita hal ni kepada ibu dan ayah aku. Taknak mereka risau. Mungkin lepas ni fikir 2-3 kali jugalah nak balik malam.
Terima kasih kerana sudi membaca.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bagus dia bg peringatan jangan memandu laju waktu malam… Nasib dia x bg pesanan penaja ‘biar lambat asal selamat dik non’… mau pengsan terus kat situ…
hantu pun xsuka org bwa keta laju2. kau manusia suka hati ja bwa laju2 yg paling hanat msuk simpang xbagi ‘signal’
#cumel
kini,.. aku pn berfikir2 5,6kali kalau nak balik malam2 balik kampung menuju ke arah selatan. Kang tak pasal2 keluar pulak peluh perempuan melayu terakhir aku ni…
mujurlah selamat
aq paling xsuke bile x jumpe jln..padahal da lalu jalan yg sama
Mcm pernah ku lihat, tp di mana ya? Pelanduk dua serupa kot. Dik ko org jasin ke?
waaaa…yg bau wangi tu dah scary…baca dkt office tgk kiri kanan belakang atas…hahha
sebab tu aq balik kg sorg mesti psg lagu kuat2..
klu balik ber2 dgn ank, ajak dia baca surah kursi nthen zikir sama2…
Ish…. berani
Rindu dekat mak sangat sangat sampai sanggup balik jugak penat penat dahtu kena “mengorat” pulak. Dia tolong jaga keselamatan tu untuk awak. Anak lelaki yang selalu teringat dekat mak ni adalah anak yang baik. Nak buat jahat pun teringat mak . Bagus anak muda, bagus .
Aku rasa die bg signal berdehem tu x bg kau bawak laju sebab dia takut terlepas simpang yg die nak turun. Kang kalau terlepas kang, die nk kene lompat2, so dia rasa leceh. Sbb tu die bg warning kat kau. Aduhai.
cerita ni pn bdesup mcm pocong tu jgk..tgh feel pstu tbe2 dah smpai umah..hehe
pocong pn syg nyawa dia dik..tu xkasi bwk laju2..hihi