UFO Wujud ke? Pengalaman Saksi Melihat UFO di Tahun 1997

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman kisah benar aku melihat UFO dan Alien semasa berumur 11 tahun di mana berlaku pada tahun 1997. Alien dan UFO datang dekat kampung aku kot siapa tak teruja..hahaha. ( gelak jahat ).

Nama samaran aku Botak. Mak aku kalau nampak rambut aku panjang sikit kena pergi ke kedai gunting rambut sambil esscott aku tu..takut aku lariii.Gunting rambut gaya ala komando lah..asalkan fesyen rambut pendek dan smart di mata mak aku. Aku balik je rumah mesti menangis last budak-budak kampung mengejek panggil aku ” Kepala Botak..!!” .

Kawasan penempatan rumah setinggan yang aku diami ini berdekatan dengan Sungai Klang. Lokasi adalah rahsia..haha.sekarang tempat ini sudah menjadi kawasan flat dan Apartment.Ok lah aku mulai cerita dengan terlihat kapal UFO dahulu. Aku cerita seringkas yang boleh supaya korang tidak merasa bosan bila membaca.

UFO

Tengahari dalam pukul 1 cuaca agak panas membahang, aku ke kedai runcit yang berhadapan di depan rumah. Langkah aku terhenti bila dipanggil Abg Himas yang sedang duduk pada tin biskut kosong di dalam ruangan kedai. Abg Himas ni belia kampung umur pun dalam 20an.

Himas : “Weii! Botak..ko buat apa sekarang ni.??”

Aku : ” Takde buat apa..bosan. Mak aku kirim beli kelapa parut ni.” jawab aku ringkas.

Himas : “Bagus. teman aku lepak Botak. Adalah kawan nak berborak.” Abg Himas buka baju sambil mengibas-ngibas badan dia yang berpeluh.

Aku : ” Ok. Jap aku order kelapa dulu.”

Selang beberapa seketika tengah aku membelek nak pilih gula-gula dalam balang. Aku ditarik keluar kedai oleh Himas.

Himas : “Botakkk..ko nampak tak tu..?? Arah pokok tu. 3 objek bulat macam pinggan terapung dekat situ..”

Aku : ” Mana..!! Burung gagak tu ke? ” HAHAHA.

Himas : “Bukan.Tengoklah betul-betul dekat Atas pencawang Elektrik Tu. kan ada pokok dekat tengah tu je macam piring terbang berpusing-pusing tadi”. “Ko nampak tak?”.”Aku tunjuk je hilang..”. Reaksi Himas penuh serius tapi ketakutan.

Aku : Blurrr..( aku nampak tapi buat-buat blurr..sebab benda pelik dan misteri ). ” Nampak lahh tadi tu..” Ayat aku tak habis Kak Wati taukeh kedai datang ke arahku sambil serah bungkusan kelapa parut ditanganku.

Aku ringkaskan sedikit.Sebenarnya kalau lihat dari pandangan kedai runcit ini selang belakang rumah aku ada Pencawang Elektrik TNB yang color hitam tu dan belakang pencawang ada sebijik dua rumah setinggan lagi.Lepas tu bukit / tanah tinggi ditanam pokok dan ada rumah setinggan dibina sepanjang tepian sungai Klang.

Dan gelagat pelik Himas ni dari tadi aku sudah lama perhatikan dengan Kak Wati. Kejap berdiri..kejap duduk..pastu dia laungan “Allahuakbar..” banyak kali. Dia nampak pelik dan ketakutan. Aku tengok dia mundar-mandir dan pandang langit je.Pastu menggelabah memekik panggil nama aku dan cari aku merata-rata tempat tak jumpa dalam kedai runcit yang kecil sebab tempat aku berdiri tersorok di belakang tiang kedai berdekatan kak Wati yang tengah mesin kelapa parut.

Wati : ” Nampak apa Botak..?? Yang ko Himas..ko nampak hantu ke.? hihi. Aku dengan Botak dari tadi geli hati tengok ko harini..pastu cakap sorang-sorang.!!” gelak kak wati mengusik.

Aku : ” Oh.!! kak..sebenarnya saya tau Abg Himas terlihat apa..saya nampak ada 3 objek kecil macam piring kat tengah pokok..atas bukit tu..dan selepas kali kedua Abg Himas panggil..objek tu muncul tiba-tiba atas sekali tu dekat kabel paling tinggi Pencawang Elektrik TNB..Adalah besar macam pinggan..Ada 3 objek kedudukan segitiga disitu..selang beberapa saat pandangan tiba-tiba hilang bercahaya seperti flash.!! kan..kan..Hahaha.” Jawab aku jujur dan ketawa kecil.

Wati : ” Akak tak nampak pun.Betul ke Himas?”..” yang Botak cakap tu sama tak??” jelas Kak Wati minta kepastian.

Himas : ” Tak guna botakkk.!! Patut lah ko diam je aku cakap..terangkan banyak kali pun blurrr.!! Aku ingat aku sorang je lihat..takut lah aku kena sampuk hantu ke dari tadi aku panik. Ko buat main-main je.” Geram dan berangin je Abg Himas.

Aku : “Orang tua- tua cakap..kalau nampak benda-benda pelik jangan tegur..Aku tunggu Abg Himas tegur dulu..Nanti kalau benda pelik tu datang mengusik biar Abg Himas kena kacau dulu..HAHAHA.!” Gelak aku.

Wati : ” Ada orang main layang-layang kot..?? Atau kapal terbang lalu ke.?”

Himas : ” Aku dari tadi dekat sini pandang kat sana ( langit ). Mana ada orang main layang-layang tengah hari..tengok angin pon takde..kalau kapal terbang pun bergerak laju..yang ni dia terapung-apung di udara pastu berpusing-pusing laju macam gasing ada kuar cahaya. Rupa bentuk objek tu sama macam Movies kapal Alien..apa nama dia..!! Alamakk..aku da lupa pulakk..” Jelas Himas perasaan penuh bersemangat.

Wati : ” UnFliying Object ( UFO ). nama UFO…Ala yang korang suka main bakar-bakar kertas surat khabar tu..lipat empat pastu bakar empat penjuru..pastu kertas terebang sendiri naik ke atas..”

Himas : “Yelah.! betul tu.” Hari ini aku nampak UFO di depan mata seumur hidup aku dekat kampung kita ni. Aku nak tunggu lah kot-kot dia muncul lagi..aku jumpa aku nak terus rakam video..!!”. “Botak ko jangan pergi mana-mana.? temankan aku lagi.” pinta Himas sambil berlalu pergi mencari handphone miliknya.

Wati : ” nanti muncul UFO panggil aku Himas..!! aku pun nak tengok macam mana bentuk objek dia tu”. “Botak pegi balik cepat..!! ni hantar kelapa parut tu dulu..mak ko nak masak tu kang lama lak dia tunggu ko tak balik-balik rumah lagi..”

Aku : “Ok. Aku gerak dulu apa-apa roger.!!” pintaku.

Hari memasuki waktu petang.Seingat aku dalam pukul 4 petang aku kembali semula ke kedai runcit. Kelihatan Abg Himas masih setia menunggu dengan penuh harapan dan semangat yang membara melihat langit. Cuaca yang panas di langit kini kian mendung seakan mahu hujan renyai. Di Kedai runcit pun pelanggan datang membeli tidak ramai dan Kak Wati masih melayan Abg Jiran Sebelah rumah kedai runcit membeli barang, Abg Himas dan Aku antara manusia yang ku lihat di kawasan sini.

Baru aku menghampiri ke kedai runcit , Ayang jiran sebelah kiri di kedai runcit memanggil namaku. Biasalah penempatan setinggan kawasan bandar , rumah-rumah didirikan tersusun secara berdekatan dan hanya jarak selangkah sudah memasuki kawasan kejiranan yang lain.

Ayang : “Botakk..ko ada nampak adik aku tak?”

Aku : ” Takde kak..cuba tengok dekat kawasan surau. Biasa saya nampak diorang main kawasan situ.” Jelasku.

Ayang : ” Ok.” Ayang berlalu pergi dan jarak surau selangkah satu rumah je.

Aku : ” Abg Himas macam mana harini.. Ada perkembangan tak? ”

Himas : ” Ko baru sampai Botak.!! Penat aku tunggu sorang , sudah 3 jam lebih masa berlalu..bateri handphone pon nak kong ni..” Bicara Himas dengan perasaan sedikit hampa diwajahnya.

Wati : ” Sudah lah..! Himas.. Pergi balik mungkin esok muncul UFO tu..sekarang ni cuaca gelap mendung nak hujan ni..” celah kak Wati dari belakang kami.

” PRAAAANGG….!! ”

Bunyi kaca pecah berdetummm kuat tiba-tiba kedengaran sehingga membuat kami semua yang berada di sekitar kedai runcit terpaku dan cemas seketika. Abg Himas, aku dan dibantu Abg jiran berlari di tengah jalan mencari- cari arah disekeliling kawasan jalanan berdekatan kami tetapi hampa sunyi dan sepi sedia-kala.

Himas : ” Aku ingat bunyi itu ada berlaku kemalangan kereta bertembung dekat hujung jalan utama sana tapi tiada seorang pun lalu lalang atau kelihatan. ”

Abg Jiran : ” Aku pun baru check dalam rumah aku tadi. Takut-takut dimasuki pencuri ke.!! Gas meletup ke.!! Benda jatuh pun takde jugak aku jumpa..” terang abg jiran yang masih terpinga-pinga.

Wati : ” Bunyi seakan cermin kaca atau tingkap kaca dihentak padu hingga pecah kuat..Cubalah tengok cermin tingkap kaca kawasan rumah setinggan disini ada benda pecah tak.? ” Jelas Kak Wati kehairanan.

Aku : ” Ok.”

Aku mencari kawasan di sekeliling rumah jiran tetapi tiada apa yang jumpa dan benda pelik-pelik berlaku. Sekembali semula ke kedai runcit aku ternampak Ayang baru balik dari surau di hadapan rumahnya.

Aku : ” Kak.! Ada nampak tak..kereta berlanggar ke? arah jalan sana akak balik surau tadi”. ” Bunyi kuat pelik tadi..ada akak perasan tak?” Sambungku.

Ayang : ” Akak tak jumpa sape-sape pun kat sana? Akak keluar pun pasal terdengar bunyi tu lah…bunyi apa tu Botakk.!!!” Ayang yang dalam ketakutan.

Aku : “Entah lah kak.!! Masih mencari benda pelik tu..Nak kata bunyi guruh dan petir tak mungkin sebab cuaca panas mendung ni?” Hujahku yang tidak berapa pasti.

TIBA-TIBA cemas seketika.

Wati : “Ya Allahhh..!! Himass sini cepat.??? Nampak tak UFO tu.! Arah atas tu..?? ”

Himas : ” UFO tu.. jap saya rakam “. Abg Himas mengeluarkan handphone sambil merakam video kapal UFO.

Abg Jiran : ” Allahuakbar.. ”

Ayang : ” Botakk.. Apa benda tu?? “. Ayang menunjukkan tangannya ke arah langit.

Aku : “Kapal UFO muncul lagi..biar betul.??”

Dengan bersaksi kami berlima waktu tu aku dapat gambarkan sedikit berlaku kejadian pelik semasa dan selepas Kapal UFO tiba-tiba sahaja muncul. Aku ringkas cerita dia camni..ada satu kapal UFO berlenggar-lenggar paling atas Pencawang Elektrik TNB stage pertama berhampiran Insulator ( siap buka google cari maksud ). Insulator ni kalau korang search memang ada diperbuat daripada gentian kaca yang tebal-tebal.

Besar kapal UFO seperti penutup tudung saji , bayangkan UFO berpusing- laju macam gasing pastu mungkin kapal UFO tak nampak tiang Insulator , dia langgar slow-slow..

“PRAAANGG..”

Kaca pecah kedengaran dan UFO melantun sedikit ke belakang..Dia terbang kejap naik atas..kejap turun bawah dan tiba-tiba ada asap hitam keluar dari bahagian UFO dan selang beberapa saat ada cahaya flash color biru ( macam cerita Man In Black guna senjata nak flash ingatan orang ) pastu terus kapal UFO hilang.

“BERDETUUMMM..”

Letupan kedengaran dari pencawang elektrik dan Arus Voltan Tinggi terlihat naik kelangit setinggi 1 meter selepas itu api marak membakar kable-kable berhampiran.Pihak Bomba datang tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana api berada terlalu tinggi. Waktu tu bernasib baik hujan turun renyai dan memadam kebakaran sehingga pukul 7 malam. Pihak penyiasat TNB datang untuk mencari punca berlaku kebakaran dan menilai kerosakkan harta TNB.

Aku ingat lagi masa ni Penyiasat dan pihak engineer TNB datang berkampung malam tu jugak nak menilai bahagian kable-kable yang telah rosak.Diorang gelengdah semua kawasan sekeliling Menara Pencawang TNB..Diorang jumpa part-part kaca pecah dari Insulator untuk dijadikan bukti..Tapi bila ditanya apakah punca menyebabkan kerosakkan yang berlaku ?? Kesemua mereka menggelengkan kepala..

Salah seorang penyiasat bagitau ” Kos duit beratus-ratus ribu bos keluarkan beli alat ganti..abis ditanggung pihak TNB..bila nak tulis laporan punca kerosakan berlaku hanya disebabkan misteri Kapal UFO langgar Pencawang Elektrik..” memang geli hati sesiapa yang mendengarnya.

………………………………………………………………………………..

Bermulalah kejadian-kejadian pelik berlaku di kampungku. Rumahku berdekatan dengan tapak Menara Pencawang Elektrik memang tempat aku dan kawan-kawan bermain di kawasan itu.

Salah satu aku ingat lagi Abg-Abg Engineer TNB rasa diganggu kehadiran kapal UFO semasa melakukan repair kable-kable TNB. Kewujudan Kapal UFO sebesar pinggan mengeliling mereka semasa melakukan aksi pemanjatan di atas Pencawang Elektrik. Ramai antara mereka yang lihat kelibat kapal UFO pada waktu siang.

Kami bermain turut ternampak kelibat 2 atau 3 kapal UFO menghampiri atau berterbang di sekeliling kawasan Menara Pencawang.

Seminggu kemudian, aku ingat lagi detik ini, Hari pagi siang selepas hujan waktu pagi dalam pukul 11 pagi aku keseorangan di belakang rumah. Aku selangkah keluar pintu dapur dan bermain pasir yang putih cerah lalu menulis namaku.Tiba-tiba ada sesuatu bunyi balingan batu ke atas zink kedengaran kuat.Aku terkejut lalu bangun..

“Weii! Sapa tu..??” Kata kuat.

Sunyi dan sepi..arhh bunyi jauh! Aku hanya sedapkan hati terus lagi menulis..

“Ketaakkk.!!”

Bunyi semakin hampir..dihadapan aku ada bilik stor kecil dibina di luar kawasan rumahku. Sebelah stor ada hampaian baju dawai besi.Aku mengagak bunyi tu dibaling pada atap zink stor. Aku bangun aku mencari sekeliling tetapi tiada seorang pon berada di situ.Semasa aku melangkah beredar terasa ada kelibat muncul dari atas belakang stor sedang bergerak naik turun dan memerhati bila pandang dia hilang.

Rasa tak sedap hati kian memuncak waktu ni terfikir memang nak pecut lari tapi sebab ingin nak tahu apa benda tu aku pun buat-buat cool seperti tiada apa-apa berlaku.Aku cari batu adalah besar dalam segemgam tangan, dan aku cari dapat lah 4 bijik batu dalam tangan. Kalau ada benda berani muncul depan aku memang aku baling terus dengan batu ni sebagai langkah berjaga-jaga.

Lepas tu aku terdengar adaa suara dalam kepalaku bagitau nasihat macam ni..

” Hati-hati.. Jangan pergi sana…lari cepattt..!!”
Aku pon pelik sapa pulak bercakap di dalam kepalaku.

“TINGG..”

Bunyi datang dari tiang besi ampaian baju berhampiranku. Aku bingkas bangun selang beberapa langkah..

“Tak guna..Berani ko menganggu aku .!!” Tangan kanan ku angkat tinggi sedia untuk membaling ke arah objek yang muncul tiba-tiba di hadapanku.

“Zuuppp…!!! Zuuppp…!! Zuuppp..!!”

Objek sebuah kapal UFO muncul seperti saiz Tudung saji makanan kini berpusing-pusing laju dihadapanku sehingga terasa udara dan habuk berterbangan seperti anak puting beliung kecil berpusing mengeluarkan cahaya putih,merah dan biru macam siren kereta polis pusingannya.

Kapal UFO kejap muncul naik ke atas..kejap hilang dan muncul semula di bawah..terbang rendah paras kepalaku. Kali ini ia muncul stastik berpusing setempat seperti mengetahui aku berada disitu dan memerhatiku. Sekarang jarak aku dengan kapal UFO hanya 3 langkah kakiku.

Aku berniat ingin menekam Kapal UFO tetapi takut sebab ia berpusing sangat laju sehingga boleh putus tangan barangkali. Entah suara dari mana datang berbicara dikepalaku mengatakan bahawa..

“Jangan bergerak dan jangan baling batu..kalau boleh jangan buat reaksi yang mencurigakan..tuan hamba didalam bahaya, Benda itu boleh mendatangkan kecederaan serius atau tuan hamba boleh dibawa lari..” ujarnya.

Aku masih tidak mengerti ingatku kapal UFO ni alat remote control permainan budak-budak bayaku main seperti remote control kereta,kapal terbang, helicopter dan lain-lain so buat apa nak risaukan.

Dan tiba-tiba di dalam kepala otakku dihipotesis… kuarlah imej sains dan alat teknologi maju… aku dapat lihatlah ilmu yang masuk tentang pengetahuan kapal UFO dibina oleh Makhluk Asing yang paling maju bukan manusia yang bina.. Kapal UFO tu dilengkapi senjata laser..kalau dia tembak laser tu boleh tembusi badan. Time tu lah teringat balik “Ya Allah..aku nak baling batu tadi..Sebaik lah tak jadi balingg!!.” Terasa takut yang amat sangat seperti nyawa tiada di badan.

Lain-lain teknologi Kapal UFO ni boleh halimunan dari penglihatan korang… lagi dia boleh mengecil dan membesarkan objek. Boleh mencuri pemangsa / musuh dia..haha time ni pun sudah membuat aku takut.Batu di dalam tangan aku buang dekat bawah. Aku jadi kaku sampai badan tak bergerak boleh dengar dengupan jantung je.

Aku perhatikan Part-part kapal UFO bergerak seperti mekanikal jam yang sangat canggih dan tidak termampu dibayangi dek akal yang waras..terpegun aku. Ia ada 3 bahagian :

1) Bahagian atas macam gasing leper berpusing sangat laju..Aku rasa itu bahagian tenaga kuasa apungan, membuat tujahan ke atas dan bawah,kiri kanan dan melawan tarikan graviti.

2) Bahagian tengah macam tiang badan berpusing perlahan dan macam tak bergerak mungkin bagi aku ada space kecil tempat alien duduk pastu ada satu sudut cahaya biru terang jelas terpancar.

3) Bahagian bawah berpusing sederhana laju dari yang atas.Ada button bulat selang-seli cahaya keluar darinya warna putih dan merah.

“Ko nak apa…!! Jangan ganggu aku..!! Pergi ko dari siniii.!! “. Aku berteriak kuat.

Pergerakkan kapal UFO yang tadi statik kini mendekatiku perlahan. Aku bernasib baik kapal UFO yang berpusing laju tadi melanggar dawai besi penyidai baju yang melintang dihadapanya. Ampaian baju diluar rumah aku diikat guna 4 baris dawai besi yang color hijau tu. Perlanggaran no. 1 hingga 3 baris dawai besi sehingga terbelit melantun kapal UFO ke bawah ampaian hampir-hampir tersembam ke tanah. Pastu ia terbang stabil naik semula ke atas dan langgar dua hingga tiga kali ampaian lalu memaksa ia berundur kebelakang sebelum berpusing-pusing semula naik ke atas dan mengeluarkan cahaya flash color biru terus hilang tanpa dikesan.

Real Story

Oleh : BOTAK

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

BOTAK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 1.7]

51 thoughts on “UFO Wujud ke? Pengalaman Saksi Melihat UFO di Tahun 1997”

    • Nak ckp nampak ufo tu cm menarik jugak…tapi bila dia ckp nak rakam mcm dah tau tipu tapi aku bodoh pi baca hahahahahahahaa lawak dgn diri sendiri.

      Reply
  1. mcm tipu cite ko ni botak.tahun 97 handphone da ade camera?? lahanat botak.mabuk ketum tulis cite.admin pon mabuk ketum gi approved.

    Reply
  2. Ermmmm…nak tanya Abg Himas tu pakai handphone ape ye? Tahun 1997 x ramai yang mampu pakai handphone..nokia 3310 pon tahun 2000 baru keluar..

    Reply
  3. mula2 baca dengan semangat..tp bila smpai tang “Himas : ” Ko baru sampai Botak.!! Penat aku tunggu sorang , sudah 3 jam lebih masa berlalu..bateri handphone pon nak kong ni..” Bicara Himas dengan perasaan sedikit hampa diwajahnya.” aku rase fishy sesangat…1997 kot..nokia pun xkluar fon ade camera lg time ni..yg ada jenis gedabak punye siap ade briefcase tu..pastu nk rakam video..time ni camcorder yg jenis gedabak buh ats bahu tu ade la tp agak2 la rege die….penulis ni bior betui???

    Reply
  4. Tahun 1997.. handphone ada kamera. Wth sgt kau ni ye pun nk propa, otak tu kasi clear sikit. Lol. Please lah… Tahun 2006 pon aku igt handfon aku vga lg tau. Tahun 2000 handpone nokia 3310 baru nk femes. Dah lah, menyampah aku dgn kaki penipu ni. Ghhhhh marah ni

    Reply
  5. Kata citer real.. nyampah aku jalan citer gelak mcm ape lg…paling klakar citer tahun 1997…tpi fon dh blh rakam siap ade camera bhaiiii…ahhahhahhahaa…

    Reply
  6. Besaq tudung saji?pinggan?..drone military grade kot..tgh risik la tu..tak pun tgh buat bancian penduduk…hehe

    Reply
    • Biasanya ustaz yg tak mengkaji ja main hembus mcm tu..mesti dia byk tgk movie..ufo ni pesawat yg tak di kenali(berapa banyak dh kita dengar projek underground oleh negara2 kuasa besar berkenaan pesawat)..alien plak yg kita tau makluk hidup dari angkasa..terdapat micro organisma yg berasal dari angkasa pada komet2 yg termpas d bumi,malah angkasawan sendiri lepas mendarat di bumi di kuarantinkan..bimbang radiasi dan bektiria2 dari angkasa

      Reply
  7. Maaf.. aku ni kalau penulis dah memulakan atau menyatakan pengalaman ketika umur 10.9.11.12 tahun.. darjah 1 2 3 4 5 6 secara automatisnya aku aku skip ke cerita lain.. maaf yer..

    Reply
  8. Jalan cite besepah aku skip2 sampai nampak part handphone tu aku taw dah terus skip smpi komen. Jgn buang masa aku woi botak.

    Reply
  9. Aku bace komen pasal kamera tu geram gak…
    Citer apa ni? Mcm fantasy Dan bukan real..ending pun mcm.. Ermmm.. Merepek jer….

    Reply
  10. Yang buat spoil cerita ni bila dia mentioned hp berkamera..nasib baik takda mention teknologi 4g..tapi cerita agak menarik.

    Reply
  11. kau ingat reader sini lahir tahun 2000 ke kau nak citer handphone ada kamera tahun 1997? kebanyakkan sini lahir tahun 70 an atau awal 80 an.

    Reply
  12. nampak sangat yg tukang karut cerita ni budak wechat.
    tahun 1997 benih belum wujud lagi.
    tu yang tak tau sejarah henpon wujud tahun bila.

    Reply
  13. N’pon tu alien tu kasi siap ngn topup rm2… tp alien tu x benarkn botak tunjuk kt korg sume gambo selfie diorg slpas kmalangan ngn dawai sidai baju yg lebih kuat dr besi pinggan terbang mrka takut akan timbul fitnah yg alien tu ada affair ngn kak wati..ayang & juga saleha ( bini muda ketua kampung yg scene nye dlm cerita ini telah dpotong oleh lembaga penapis krn berpakaian mnjolok mata)

    -pun kisah benar sbab aku salah sorg abg engineer tnb yg botak citer kn td..pada hari kjadian aku berada dibali utk cuti berpoya poya..

    Reply
  14. syaitonirrojim betul sibotak ni… baru cukur kepala dah kuat menipu… lain kali cukur sekali dengan bulu jubur supaya kalau menipu tak kantoi…

    Reply
  15. Mula² baca mcm best.. Tpi bila rujuk balik thn 1997 mne ade phone canggih yg bole rakam,bole tngkap gmbr.. Hmm.. Zmn ni camera pun x maju lgi.. Tpi xpe.. Walaupun penipuan jln cerita die menarik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.