Ujian Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Aku pernah menulis di FS sebelum ini. Boleh checkout link dibawah.

Ban Berhantu

Birthday Puaka


* Maaf, siapa lagi nak up cerita sendiri kalau bukan penulis, ye dok? hehe..

Untuk kali ketiga menulis di FS ini, aku nak berkongsi cerita mengenai pengalaman aku sewaktu mengambil SPM. Musim peperiksaan, biasalah study ramai-ramai. Tapi kawan aku tak ramai, ada lah dalam 4 orang giteww. Rumah aku menjadi sasaran kerana moto rosak, jadi grounded mereput dirumah. Juga disebabkan aku antara budak pandai antara 4 orang pelajar sebuah sekolah premier di Malaysia. Hahaha pukul naik sikit, bukan selalu.

Waktu ni ayah aku baru keluar hospital. Last night dekat hospital tu dia terpaksa tinggal seorang. Aku demam, mak pulak sakit. Katil sebelah kata pak aku sedikit meracau. Badan lemah kot. Balik rumah dia kata okay dah. Aku pun cuba fokus nak study.

Biasalah lelaki, study last minit. Orang kata, study malam sebelum exam ni tak guna dah. Aku ni setengah jam nak exam pun sempat buat latihan lagi. Malam tu kami berempat study sejarah. Subjek wajib lulus. Study dekat luar rumah, ada sebuah pokok mempelam ditepi meja. Aku membelakangi pokok pelam.

Sesiapa yang pakai spek mungkin tahu lah. Spek kami dilengkapi side mirror. Bagi yang tak tahu, cuba pandang bahagian atas spek sebelah luar. Jangan pandang sebelah dalam, nanti mata juling. Kelebihan dia boleh tengok belakang tanpa toleh, kecelakaan dia kadang-kadang boleh ternampak benda-benda yang tak sepatutnya.

Tengah-tengah sedap menghafal sejarah penubuhan ASEAN, aku terpandang dekat ‘side mirror’ macam ada sesuatu dalam pokok pelam. Lebih kepada figura manusia. Tiba-tiba flashback hantu Birthday muncul dalam kepala. Hahaha celaka betul. Masa ni aku dah tak dak mood nak study. Aku perati semua kawan. Semua tengah khusyuk study. Aku kuis kawan aku bernama Jack. Dia toleh tengok aku. Tapi mata dia terarah ke belakang aku yakni pokok pelam. Lama juga dia dok ‘keraih’ dekat situ. Aku dengan perlahan tampar pipi dia. Berpeluh habis dia masa tu. Semua kawan aku perhati ja Jack ni. Risau juga. Lepastu semua memandang kearah pokok pelam. Aku pun turut menoleh.

Allah! Ada Cik Ponti tengah bertenggek membelakangi kami. Berderau d***h. Dia duduk senyap saja. Satu bunyi pun tak dak kecuali bunyi lagu Lonely Day oleh System of a Down. Aku bagi hint dekat kawan aku bertubuh gempal Wak supaya offkan lagu. Badan dah macam Wak Ketari. Serentak dengan lagu dimatikan, hidu kami pun dimatikan dengan tusukan bauan yang busuk. Tiba-tiba dia goyangkan pokok tu. Aduh! Aku tak cakap banyak, buku nota dicapai. Tertinggal yang ni tak study la aku malam ni. Aku bangun bersedia nak lari. Ponti tu berdehem. Test suara nak mengilai barangkali. Aku pun melangkah. Disusuli dengan Jack dan dua orang lagi kawan. Wak dah lama gerak. Penakut rupanya, celaka.

Masa start moto tu, kami mula dengar hilaian tawa. Aduhh, kawan aku naik dengan Wak dah lama gerak. Tinggal aku, Jack dan seorang lagi kawan bernama Donki. Gabungan gelaran Don mafia dan Zaki. Hahaha. Aku gerak dengan Jack. Saja tak mau masuk rumah. Gila benda tu dok depan rumah. Pi lepak kedai makan dulu. Masa tengah otw, aku rasa macam ada benda ikut. Dengar macam libasan kain. Aduhh! Aku suruh Jack full throttle. Sampai kedai makan, tokey kedai senyum saja. Dia pesan, jangan kalut relax ja. Tokey kedai ni juga merangkap ustaz. Bila dah cooldown kami pun gerak balik. Jam dah pukul 11. Alhamdulilah tiada gangguan selepas itu.

Tengah sedap tidur tu aku terkejut jaga. Dengar macam ada benda berdehem. Ada benda berbulu duduk bercangkung tepi pintu. Aku masa ni dikuasai nafsu amarah. Aku jerkah dengan benda tu.

‘Sial! Esok aku ada exam hang tau dak!’ Terus benda tu gelak. Lama-lama dia mengilai. Aku teringat cerita pakcik aku dulu. Dia punya geram dekat makhluk ni, dia tumbuk direct ke muka. Taktau betul ka dak, hahaha. Aku tenangkan diri baca ayat kursi dan Al-Fatihah. Masa tu memang aku frust gila. Dah la esok nak exam, tidur konfem tak cukup. Aku niat dalam hati, aku berdoa yang aku takmau benda ni kacau lagi. Aku letih. Bukak mata ja benda tu hilang. Tengok jam pukul 3 pagi. Aku terus keluar ambik wudhuk baca Yassin. Alang-alang dah jaga. Study sampai ke pagi. Syukur tiada gangguan dah sepanjang exam.

Pagi tu pak aku tanya semalam benda tu ada kacau dak. Aku senyum saja. Dia kata yang benda tu ikut dia dari hospital. Dia nak lawan badan dia lemah. Dia pesan yang benda tu memang suka duduk dekat pokok pelam. Lagi satu pokok pisang. Pagi tu jadi mata panda la, hahaha. Alhamdulilah result gempak jugak la, hahaha.

Sekian dari saya, Zom.

*For Admin Only*
Saya dah send dulu tak tahu sampai ke tidak. Tunggu email tak masuk. Jadi cuba nasib sekali lagi. Maaf ya admin.

Zom

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

6 thoughts on “Ujian Sebenar”

  1. Patot hang amik buku teks sejarah yg mcm x bape best tuh pastu hempok kepala mamat berbulu tu…
    Mesti die akan trauma dgn buku sejarah tu…
    Sbb akk pon fobia dgn buku teks sejarah+geografi…
    Hahahahha…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.