Birthday Puaka

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita ‘Ban Berhantu’ tempoh hari. Terima kasih juga kepada pembaca FS yang memberikan komen serta sambutan yang hangat. Maaflah kalau loghat utagha aku pekat sikit, akan cuba dikurangkan. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi translate certain words yang sukar difahami.

So, untuk kali ini, aku nak menceritakan kisah di malam hari lahir aku. Umur aku rasa tak perlu mention. Cukuplah hampa tau yang masa ni aku sudah boleh tengok filem-filem rated-R (tanpa rasa bersalah) hahaha. Tiap-tiap tahun sambut dekat KFC. Malam itu, dalam pukul 9 aku keluar dengan ayah. Dalam pukul 10 macam tu, sampailah dekat satu KFC dalam mall. Disebabkan dah lewat, ayah aku pun suruh bungkus ja.

Aku pun masuk dalam mall. Keadaan agak sunyi lah, kedai semua dah tutup. Ada la beberapa pak guard dan pengunjung yang berunsur pulang. Masa ni okay lagi, sampai KFC orang masih ramai. Sampai kena beratur. Lama jugalah nak sampai turn aku. Cashier cun mungkin rezeki birthday, nervous punya pasal aku tersasul cakap nak ayam ‘Ori’. Dia pun macam ‘hah!’ Berpeluh jangan cakap lah. Orang belakang ada lagi. 20 minit tunggu dan siap! (Runner pun cantik, heheh).

Masa nak otw ke kereta tu, macam biasa kepala aku tak boleh duduk diam. Aku tertoleh ke arah sebuah kereta Civic putih. Cantik, yang tak cantiknya aku tak tahulah owner tu ada pasang aksesori lebih ka apa, atas bumbung dia ada lembaga hitam tengah duduk bersila. Rambut panjang, muka dia aku tak nampak sebab kena tutup dengan rambut. Baru aku tersedar, kereta tu beberapa petak ja dari kereta ayah. Aku kena lalu Civic tu dulu. Aduhh, kena redah. Nak lari takut benda tu sedar (bodohnya aku masa ni). Aku pun jalan macam biasa. Masa aku berada betul-betul dibelakang Civic tu, aku dengar benda tu berdehem. Ah, sial! Langkah dipercepat.

Ayah agak terkejut tengok aku berpeluh sakan. Nafas kencang, macam baru lepas lari pecut. Tapi ayah aku diam saja, sepanjang perjalanan balik, kami berdua senyap. Hanya ditemani siaran radio IKIM FM. Mujur tiada apa-apa berlaku. Dalam pukul 11 malam tu, kami sampai. Mak sudah menyiapkan pinggan mangkuk. Aku ludah dulu sebelum masuk, takut dia ikut masuk bilik.

Masa tengah makan tu, aku terbau sesuatu yang busuk. Aku pandang mak, mak pandang ayah, ayah pandang aku. Cinta tiga segi, haha. Adik-adik tengah fokus makan. Bukan selalu dapat makan KFC. Selepas beberapa minit, bau tu hilang. Loya jugalah. Aku pun masuk bilik. Sambil baring-baring nak tidur, check FB dulu. Jilake 2-3 orang ja wish. Hahaha.

Tabiat aku sebelum tidur kena cas telefon. Plug ada ditepi pintu. Dah cas, aku pusing nak kembali ke katil. Bulu roma aku masa tu meremang sampai rasa nak tercabut ja bulu-bulu ni. Tengkuk terasa kebas. Degupan jantung laju lain macam. Lembaga hitam tadi tengah sedap landing atas katil aku. Aku nak bercakap tak boleh. Masa ni, hati aku tengah berzikir ‘Celaka, sial’. Lepas beberapa saat aku terasa betapa bodohnya aku. Bukannya benda tu nak hilang pun kalau maki dia. Aku mulanya nak baca ayat kursi. Tapi macam mana boleh lupa, aku takbir ja kuat-kuat dalam hati. Bila dah rasa boleh gerak sikit, aku terus lari keluar bilik. Benda tu masih ada.

Mak & ayah dok tengok TV lagi, adik-adik dah tidoq. Ayah tengok muka aku lain terus bangun. Dia suruh mak aku ambik ayaq segelas. Dia pun berjalan menuju bilik aku. Macam tau-tau saja. Aku pun cakaplah, jangan masuk (padahal nak sangat dia masuk). Dia senyum ja. Aku ikut belakang. Aku dengar dia mula menuturkan ayat kursi. Mak aku sampai, dia suruh aku berzikir dan ajak aku tengok tv. Biar ayah handle kata mak. Ayah aku ni dulu pernah sekolah pondok, dia juga pernah berguru silat. So, mungkin dia tahu sedikit sebanyak lah. Beberapa minit selepas tu, ayah kembali duduk depan tv. Aku tengok baju dia basah sikit. Peluh barangkali. Bilik clear kata dia. Aku masih ragu-ragu. Ah! Tidur luar la malam ni.

Selang beberapa hari, ayah bagitau aku yang benda tu ada tuannya. Owner Civic tu. Malam tu, saja dia nak kacau aku. Birthday prank katanya. Up-to-date juga pak aku ni. Nak sambut sekali kot. Mungkin dia tahu yang aku ni loner, hahahaha. A birthday to remember lah.

Sekian dari saya, Zom

Zom
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

18 thoughts on “Birthday Puaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.