#Ukhtin- Nenek

Qeena,esok kita melawat nenek nak?

Cadangan mama membuatkan aku tersentak.Tubuhku mula dibasahi peluh.Aku ingin menjawab pertanyaan mama.Namun,mulutku seolah-olah terkunci.

“Qeena?Kenapa ni?

Mama menyoalku lagi.Tetapi entah kenapa aku tidak mampu bercakap.Kakak yang dari tadi hanya memerhatikan gelagatku,terus bersuara.

Akak tahu,Qeena mesti sedih tentang kehilangan papa.Begitu jugak dengan akak dan mama.Tapi perkara tu dah 8 bulan yang lepas.Papa jugak masih belum dapat ditemui.Kita mulakan hidup baru ya?

Aku hanya sekadar mengangguk.Tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun.Mereka tidak tahu,punca sebenar papa hilang.Mereka juga tidak tahu di mana papa berada sekarang.

Tetapi aku tahu.Aku tidak mampu untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.Kerana aku tahu,mereka tidak akan mempercayai kata-kata daripada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sepertiku.

Bagaimana aku mahu memberitahu mereka..

 

4 APRIL 2017  

[ 10:45 P.M ]

“Yay!Dah sampai!”

Sorakku setelah sampai ke perkarangan rumah nenek.Nenek merupakan ibu sebelah papa.Atok pula telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.Mengikut kata nenek,Atok meninggal kerana menghidap serangan sakit jantung.

Rumah nenek besar dan mempunyai dua tingkat.Bukan rumah kayu tetapi batu.Halaman rumah nenek juga dipenuhi dengan pokok-pokok rambutan dan tanaman buah anggur.Cukup besar dan boleh memuatkan 5 buah kereta.

Rumah nenek juga terletak agak jauh dari rumah jiran-jiran yang lain.Pernah sekali aku tanya nenek soal hal itu,nenek hanya memberitahu aku bahawa dia suka akan suasana yang tenang dan damai.

“Qeena!Jangan termenung je situ.Tolong akak angkat beg ni”

Tanpa berlengah, aku terus menuju ke arah Kak Ira dan membantunya.Aku juga membantu mama dan papa mengangkat barang yang telah dibawa.Selepas itu,kami pun dipelawa masuk oleh nenek setelah bagasi-bagasi selesai diangkat.

“Lama nenek tak jumpa kamu semua.Dah besar dah Qeena ya?Ira pun dah dara..”

“Kalau makan pun sedap ni..,”sambung nenek.

Aku dan kak Ira tersentak setelah mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut nenek.Begitu juga dengan mama dan papa.Seperti tidak masuk akal.Nenek hanya berdiam dan tajam memandang aku dan Kak Ira..

Setahu aku,nenek seorang yang baik dan penyayang.Tetapi kadangkala kelakuannya ganjil bagiku.Pernah aku berbincang tentang nenek dengan kak Ira.Tetapi kak Ira tidak percaya dan hanya mengatakan aku berimaginasi sahaja.Kak Ira juga pernah kata yang nenek memang suka bergurau.Mungkin benar kata kak Ira.

“Kenapa kamu dua ni?nenek main-main jer pun tak boleh”

Kami semua menghelakan nafas lega setelah nenek berkata demikian.

“Bergurau tu berpada-padalah nek.Kecut perut Ira tau”

“Entah nenek ni! Qeena pun takut”

“hehehe.Maafkan nenek ye”

“Mak..mak..sudah-sudah lah tu sakat diorang.Lama tak jumpa,mak.Maaf mak sebab tak selalu balik.banyak kerja yang perlu diuruskan,”

Kata mama kepada nenek sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Haaa tau pun kau,Alia..ni datang ni kenapa?Macam mana budak-budak ni nak pergi sekolah nanti?Diorang ni nak pergi sekolah kang jauh pulak,”

“Diorang tak pergi sekolah.Diorang akan berpindah sekolah dekat luar negara lepas ni.Sebab tu Alia bawak diorang tinggal rumah mak buat sementara.Diorang pergi dua bulan nanti.”

“Ko ni tak bagitau awal-awal dah kenapa?”

“Sebab tulah kitorang bawak diorang tinggal kat rumah mak untuk sebulan ni.”

“Hmm yelah-yelah.Hahh kamu semua pergi lah naik atas tu, mandi-mandi dan siap untuk tidur.Dah lewat malam dah ni.Kang esok pagi liat nak bangun Subuh”

“Okay nek!Baiii”

Jawab aku dan kak Ira serentak.

Aku dan Kak Ira berkejar-kejaran naik ke atas manakala mama pula mengekori kami dari belakang.Papa? Aku perasan sesuatu yang aneh pada papa.Kerana papa banyak berdiam diri sejak dari tadi.

“Hah,Zamri!Ko nak pergi mana tu?”

“Ye mak?Oh,Zamri nak naik atas.”

“Nanti,kejap.Ikot mak.Mak nak cakap sesuatu dengan kamu.”

[ 11:48 P.M ]

“Mak!!”

Jeritan itu membuatkan aku tersentak.Aku melihat mama dan Kak Ira masih enak dibuai mimpi.Dalam keadaan mamai,aku keluar dari bilik dan menuju ke arah tangga untuk melihat apa yang telah berlaku.Belum sempat menuruni tangga,Sekali lagi aku terdengar suara itu.

“Beritahu Zamri,mak!Mana abah!”

“Apa yang ko merepek ni?Mak tak fahamlah”

“Zamri tahu mak yang sorokkan abah kan?”

“Ko jangan nak tuduh aku sembarangan,Zamri.Jangan buat mak marah”

“Ya Allah,mak!mak tu sakit..kenapa tak makan ubat.”

“Mak dah sihat lah.kau ni suka tuduh mak yang bukan-bukan..Abah ko tu dah lama meninggal”

“Mak,kalau betul mak tak sorokkan abah..Kenapa tak ada langsung mayat abah dalam kubur tu?!”

Nenek hanya terdiam.Suasan kembali sepi.Aku tidak begitu memahami akan apa yang telah berlaku.Aku dapat merasai yang nenek dan papa merahsiakan sesuatu.Di mana atok sebenarnya?

KCANNNNNG

 

“Alamak!” bisikku.

Aku terpecahkan pasu bunga milik nenek yang terletak di sebelah tangga tempat di mana aku berada.Peluh mula membasahi tubuhku.Aku tidak mampu bergerak.Apa yang perlu aku lakukan??

“Siapa sana tu haaa?”

Aku dengan pantasnya naik ke tingkat atas semula.Buat pertama kali jantungku berdegup dengan begitu laju.Aku masuk ke dalam bilik dan menyelubungi diriku di dalam selimut.Dalam hati,aku berharap agar nenek mahupun papa tidak naik ke atas.

Nasib tidak menyebelahi diriku,pintu bilik dikuak dengan perlahan.Aku dapat melihat sekujur tubuh seorang wanita melalui selimutku yang agak nipis.Tahulah aku bahawa itu nenek.

“Ya Allah..bantulah hambamu.Jangan biarkan hambamu tertangkap.Aku tahu mendengar perbualan orang dalam diam itu salah.Tetapi niatku hanyalah untuk mengetahui kebenaran.Bantulah hambamu,Ya Allah”

Seluruh badanku menggeletar apabila nenek menuju ke arahku. Dia berjalan dengan perlahan dan mula menghampiri diriku.

Selimutku diselak dengan perlahan..

Menampakkan wajahku yang pucat dek ketakutan..

Aku menutup mataku dengan rapat..

TIBA-TIBA..

 

 

 

-BERSAMBUNG-

Terima kasih kerana sudi membaca coretanku yang tidak seberapa ini.Terima kasih juga kepada admin FS kerana sudi memaparkan cerita ini di ruangan FS.Maaf,tak dapat sambung cerita sebab aku sebenarnya sibuk minggu ni.kalau ada masa,aku akan buat sambungan dia.

Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

111 thoughts on “#Ukhtin- Nenek”

  1. Sakit plak ati kiter.. Baik toksah tulis teruih.. wakakaka.. 😂😂Melawak ja naa.. jangan lupa sambung.. best ni., tapi sebab ada sambung2, bg 6/10 je😁

    Reply
  2. ni lagi sorang, kalau busy dari awal tak ya menulis please. cerita dah best, jalan penceritaan pun bagus. tapi, tolong jangan buat kami begging to you.

    Reply
  3. Erh mnyampah laa dgn cite pndek2 nih.. klau dh pjg brjela xpe laa jgk nk smbung2..ni xsempat nk hembus nafas..

    Kalau sibuk xyah tulis lg..tulis je full nnti bile ekau xsibuk..

    Reply
    • Maaf,acik.Tak ada niat nak buat acik marah.Saya terhantar cerita ni dekat FS.Cerita ni saya nak buat panjang sebenarnya.Tapi bila nak edit hari ni,dah takder dekat “dashboard”.Saya baru perasan.Maafkan saya.

      Reply
  4. aku pun sibuk..aku tulis..sambung.tulis sambung. dua minggu lamanya. dah siap baru post.
    So apa bezanya kesibukanmu denganku?huuhuu

    Reply
  5. tak yah acah bagus, tulis pendek pastu bersambung. Ko ni hidup sunyi ke sampai hadap pujian dan rayuan orang sangat.tak yah buat buat sibuk, kalo betul sibuk ko takkan ada masa nak naip pun…

    Reply
    • Salah.Kalau tak tau apa-apa,jangan buat andaian.Aku tak perlukan rayuan daripada pembaca.Aku menulis sebab aku minat.Lagi satu,hidup aku tak sunyi,aku ada Allah.
      Tapi,aku pun salah dalam hal ni.Maafkan aku.

      Reply
  6. Perangai pembaca FS ni kalo ko nak tahu, biarpun cerita tu bersambung, masih bole diterima, tapi biarlah ko stop pada part yg betul. Bukan tengah kusyuk baca tetiba jadi terbantut mcm ni. Ibarat ko stop part klimaks, memang hangin lerr…

    Reply
  7. Aku rasa macam tengok citer Indon plak. Nak lempang tiba-tiba sambung. Itu sebab aku menyampah tengok citer Indon. hahahaha. Biasanya dalam penulisan ada 2 perkara penting bagi pembaca macam aku. 1) Jalan cerita best 2) Cara penulis menyampaikan cerita. Kau ada no. 1 tapi aku harap kau perbaiki no 2. Mungkin kau ada sebab tersendiri seperti sibuk tapi kau boleh mengambil masa satu bulan mengarang di tempat lain kemudian baru paste. Memang ramai yang buat dalam siri tapi waktu sambungan ada tempatnya. Contohnya akan sambung – setelah kau balik semula ke bandar bersama mak ayah kau, ada lagi nenek kau dtg melawat pulak. Anyway aku harap kau belajar sesuatu di FS ni. Semoga maju jaya.

    Reply
  8. La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah………

    Apohal lak tergantung tetibe ni… Takkan ko xdraft dulu before post cerita?? Panjangkan sikit kalau perlu sambung pun.. Ni baru secoet dah post……. Betul2 menguji la ko ni.. :/ :/

    Reply
  9. cerita agk menarik…tpi kalau boleh crita tu jgn trlalu pendek lah….hrp dpt dipanjangkan lah crita ni nti yaa..apapun kipidap yo,,

    Reply
  10. Cite ko da best… misteri gitu…
    But next part ko panjangkan sikit…

    Tips dari Cerita NASA, bila da capai 15 pages kat word baru ko boleh hantar… Gudluck..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.