Ulek Mayang

Hai Assalammualaikum 🙂
nama aku sha (bukan nama sebenar ) aku berasal dari Terengganu umur aku 20an . Aku selalu baca kisah2 seram kat FS terdetik hati nak share pengalaman aku yg tak seberapa ni kekeke . sory la kalau korang tak berapa faham jalan cerita aku ni . aku bukan pandai sangat bab2 menulis ni.

Ok aku nak share pengalaman ‘ulek mayang ‘ baru2 ni masa awal bulan ramadhan (2019) . aku terjumpa satu pos pasal ‘ulek mayang’ yang buat persembahan kena rasuk tu . aku ada terbaca komen yang benda ni betul dan tak betul (walaupun aku sendiri berasal dari terengganu tapi aku taknak percaya sangat benda2 karut ni ) tengah2 syok baca komen tetiba rasa nak bukak youtube dengar lagu ‘ulek mayang’ (original version) tapi tak ada hampeh tul . sebab aku ada terbaca komen ada yang kata tak boleh dengar yang ori punya sebab macam menyeru (memuja) .

Aku pun apa lagi terus bukak kat google aku search ‘ulek mayang full lirik’ dah2 jumpa . lirik dia dari puteri satu sampai puteri tujuh (tuan puteri) ni yang bongsu . aku nyanyi lagu dia full lirik weh . aku tak tahu kenapa masa tu aku niat dalam hati nak sangat2 menda ni menjadi . sebab aku memang tak percaya . aku pun dah ingat semua lirik dia yang full tu, aku terus bukak youtube and dengar (sambil nyanyi) tiba2 macam dah ‘diulek’.

Aku pun terus bangun menari.  wehhh aku tak tahu kenapa masa tu aku sedar tak sedar je . Aku dah tak boleh kawal diri aku.  Aku menari depan cermin kat almari lagaknya seperti sorang puteri. (kalau korang nak tahu katil aku ni mengadap tingkap dan tepi katil aku ada almari ) Tetiba macam dah terpukau tapi aku masih sedar. aku menari sambil nyanyi. Mujurlah tetiba aku sedar.  “Ahh sudah. dah kenapa aku ni?” Bisik hatiku. Aku terus tutup lagu tu .

Malam tu aku dah tak boleh tidur kepala aku asyik terbayang2 menda tadi . dan lagu tu asyik bermain2 dalam kepala aku sampai tak boleh tidur.( dan lepas tu aku demam selama 4 hari)   Sejak kejadian itu, setiap malam aku rasa ada menda perhatikan aku dekat almari. Akhirnya aku tak tahan dan tanpa membuang masa, aku terus bagitahu ayah aku. Kalau korang nak tahu ayah aku ni pandai berubat . Dulu2 dia selalu ubatkan orang tapi sekarang dah tak sebab dah tua. Lepas bagitahu ayah, aku dah tak senang duduk , (sebabkan menda ni jugak aku demam dan berkurung dan suka duk dalam gelap)

Esoknya ayah bagitahu aku ada benda dalam bilik aku dekat almari . ayah dah halau . “Ni ayah buatkan air tawar untuk kau minum . nanti kau renjis2 sikit dekat bilik kau . baca2 la sikit mintak tolong dengan ‘Allah’ insyaallah tak ada apa2 .” kata ayah.

Seminggu selepas pada kejadian tu, lagu tu masih bermain2 lagi dalam kepala kadang2 kena jugak usik2 manja. (cakar dinding) Situai gini membuatkan jiwa aku sedikit gayah. hidup dalam keseraman dan ketakutan. Namun ayah aku tetap terus berusaha ikhtiarkan menghalau gangguan tersebut.

Minggu yang kedua dah tak ada apa2 . aku dah boleh tidur macam biasa . walaupun dalam hati masih ada rasa takut2 lagi.. Agaknya gangguan-gangguan tersebut berlaku kerana sifat ego saya yang seolah-olah mencabar keashian kisah “Ulik Mayang.”

Ok la setakat tu je cerita aku sory kalau tak seram dan menarik . ni kali pertama aku menulis aku bukan pandai sangat . ada lagi cerita seram . kalau korang nak aku akan share lagi . tapi aku harap lepasni aku pandai susun ayat cantik2.

terima kasih sudi baca kisah aku ni . 🙂

ira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.