Ulek Mayang

Biasanya di sekolah asrama mahupun di sekolah kebangsaan, perkara paling ekstrem dibuat oleh murid ialah, melakukan aktiviti secara berkumpulan bermain spirit of the coin.

Sebenarnya bermain spirit of the coin ini kadang-kadang menjadi; “Hantu memang datang!” tetapi biasanya, hantu sangat susah nak datang kerana murid yang melakukan aktiviti tersebut adalah murid yang beriman, hafal ayatul Kursi; “Kaw!”

Disebabkan bermain spirit of the coin tidak ada jampi khusus maka, sangat susahlah hantu nak datang, jampi khusus yang dimaksudkan, jampi paling ampuh pabila dibaca ketika bermain spirit of the coin, hantu pasti terpontang-panting datang bertandang.

Cuba perhatikan betul-betul, jampi/seruan memanggil hantu dalam permainan spirit of the coin oleh murid sekolah mesti dalam Bahasa Inggeris; “Tup tup tup hantu yang datang tu Pontianak!” mustahil kakak rambut menggerbang berbaju kelawar akan berbuih-buih mulutnya menjawab dalam Bahasa Inggeris kerana Pontianak tak berkahwin dengan Drakula.

Okay, selesai sudah mukadimah, sekarang ingin aku memperkenalkan nama empunya diri yang menulis cerpen ini; “Di asrama, nama manja yang member-member tepekkan kepada aku ialah Buyong.”

Di asrama, aku ada dua orang member kamceng (Poji dan Dafi) yang suka ajak hisap rokok di dalam tandas sekolah, sekurang-kurangnya dalam satu hari di waktu persekolahan, memang kita orang bertiga akan berhimpit-himpit masuk ke dalam tandas demi melempiaskan kesyahduan menghembus asap rokok di dalam tandas; “Perghhh! Asap yang keluar dari kubikel dah macam enjin diesel, berkepul-kepul!”

Semasa merokok di dalam tandas, kita orang bertiga hanya berbual berkenaan topik cendekiawan seperti subjek yang diajar oleh cikgu di dalam kelas; “Betul kē berbual macam tu?”

Jawapannya tentulah; “Ye!” kerana di dalam tandas lazimnya, aku akan mengeluarkan dari poket seluar keratan akhbar yang aku copet dari perpustakaan berkenaan cerpen terhebat ditulis oleh murid sekolah seperti tajuk; “Pecah gelas pecah kaca atau, Pen biru pen merah ataupun, Daun keladi terima kasih.”

Nak dijadikan cerita; “Okay, ini bukan dalam tandas!” pada satu malam di hari minggu, disebabkan aku ni suka sangat membaca surat khabar di perpustakaan, munculah diskusi di antara kita orang bertiga ketika duduk di bangku berdekatan dewan makan; “Diskusi yang dibualkan berkenaan perkara yang aku terbaca dalam majalah bersaiz A4 dilipat dua yakni Mastika. Entah dari mana boleh pulak ada Mastika kat perpustakaan?” bagaikan pungguk merindukan bulan, aku pun bacalah; “Betul kē peribahasa yang aku bubuh ni? Arghhh… hentam jerlah!”

Buyong : Fi! Ji! Nak tak malam ni kita cuba panggil hantu.

Terkebil-kebil mata Si Poji dan Si Dafi cuba memahami diskusi yang baru sahaja aku ucapkan.

Poji : Panggil hantu macam mana tu?

Dafi : A’ah! Panggil hantu macam mana tu? Yong!

Buyong : Panggil hantu guna duit syiling, spirit of the coin.

Bagaikan tali kuda kepang dilibas ke tanah; “Berdetas!” Si Poji dan Si Dafi terperanjat mendengar cadangan yang aku lontarkan, terus melompat dia orang berdua terpusing-pusing berlari-lari di hadapan aku.

Buyong : Woi-woi-woi! Apa hal korang berdua ni macam tersampuk isim?

Berhentilah dia orang berdua daripada terpusing-pusing sambil memerhatikan keadaan sekeliling dewan makan yang sunyi dan lengang.

Dafi : Yong! Kau tahu tak macam mana nak main spirit of the coin?

Terkebil-kebil mata aku hendak menjawab soalan Si Dafi.

Buyong : Aku tahu sikit-sikitlah, tapi kita cubalah.

Dafi : Tahu sikit-sikit macam mana? Yong!

Buyong : Hmmm… kita lukislah wafak spirit of the coin, lepas tu kita serulah.

Poji : Okay, wafak spirit of the coin tu takde masalah, tapi macam mana nak seru?

Dafi : Wakaf spirit of the coin! Wafak tu apa benda? Ji!

Poji : Yong! Kau tolong terangkan apa tu wafak spirit of the coin kat Dafi ni! Aku kalau kau suruh terangkan, takdenya aku nak terangkan, memang aku tepukkan ajer dahi Dafi ni, Windows 95 sangat!

Tersengih-sengih Si Dafi kerana tidak mengetahui wafak spirit of the coin. Disebabkan dia memang tidak tahu, aku pun menghuraikannya secara mudah.

Buyong : Wafak tu maksudnya huruf dan nombor ditulis kat kertas. Kalau kat internet, wafak spirit of the coin dipanggil character kat ouija board.

Dafi : Ooooo… character kat ouija board! Okay-okay aku faham, bezanya wafak kena tulis atas kertas, character kat ouija board kat papan, tapi huruf dan nombornya tetap sama, A sampai Z, 1 sampai 0.

Tersenyum Si Dafi setelah mengetahui wafak spirit of the coin sememangnya sama huruf dan nombornya seperti ouija board.

Poji : Yong! Sekarang masalahnya, macam mana nak seru?

Buyong : Kita serulah macam biasa, spirit-spirit of the coin, spirit-spirit of the coin, please come out and play with us.

Dengar sahaja jampi/seruan yang baru sahaja aku ucapkan, berdekah-dekah Si Poji ketawa. Aku dan Dafi berkerut kening memandang Si Poji berderai ketawa; “WarghhhahahaHAHAHAHAHA!”

Dafi : Kenapa kau ketawa? Ji!

Poji masih tidak berhenti berdekah-dekah ketawa; “WarghhhahahaHAHAHAHAHA!”

Disebabkan Si Poji tak berhenti dekah-dekah ketawa; “Berdepek!” telapak tangan aku menepuk dahinya, terus terdiam Si Poji dan masih tersengih-sengih sememeh.

Buyong : Kenapa kau ketawa? Hawau!

Poji : Aku ketawa kerana jampi seru hantu yang kau baca tu.

Buyong : Kenapa dengan jampi tu?

Poji : Jampi yang kau baca tu, jampi omputih, kita nak seru hantu di alam Melayu.

Terkebil-kebil mata aku dan mata Dafi memandang Si Poji tersengih-sengih.

Dafi : A’ah! Betul gak! Kalau kita seru hantu guna jampi omputih, yang datang pulak Hantu Jepun macam mana?

Tergolek Si Poji; “Berdebuk!” jatuh dari bangku kerana ketawa mendengar hujah Si Dafi dalam bentuk soalan; “WarghhhahahaHAHAHAHAHAHAHAHA!”

Bengang jer aku tengok Si Poji berguling-guling di atas simen seronok betul dia berdekah-dekah ketawa.

Buyong : Woi-woi-woi! Dahlah tu ketawa, kang aku pijak dahi kau kang.

Serta-merta Poji berhenti berguling, duduk bersila di atas simen dan, masih tersengih-sengih macam monyet.

Buyong : Okay, sekarang ni masalahnya jampi tu bahasa omputih, kita kena tukar jampi tu jadi Bahasa Melayu.

Dafi : Cantik! Kita tukar jampi tu jadi Bahasa Melayu.

Poji : Kalau kita tukar jampi tu jadi Bahasa Melayu, hantu tetap tak datang!

Buyong : Macam mana kau tahu hantu tak datang?

Poji : Jampi tu bukan jampi khusus.

Terkebil-kebil mata aku kerana aku faham “bukan jampi khusus” yang Poji maksudkan.

Buyong : Kalau macam tu, macam mana kita nak dapatkan jampi khusus?

Dafi hanya terkebil-kebil mendengar kerana dia ni memang terpinga-pinga sikit orangnya dalam bab mistik.

Poji : Macam mana nak dapatkan jampi khusus? Aku tak tahu! Tapi kita boleh cuba cara lain.

Buyong : Cara lain macam mana? Ji!

Dari duduk bersila di atas simen, Poji bangun berdiri seperti diresapi semangat berkobar-kobar, berkibar-kibar seperti Jalur Gemilang menderu-deru ditiup taufan.

Tup tup tup Poji lincah mengacungkan tinggi telapak tangan kanannya seperti Tengku Abdul Rahman melaungkan kalimah merdeka.

Poji : Ulek Mayang!

Terkebil-kebil mata aku dan mata Dafi melihat Si Poji melaungkan kalimah; “Ulek Mayang!”

Buyong : Ulek Mayang macam mana tu?

Dafi : A’ah! Ulek Mayang macam mana tu? Ji!

Poji melangkah kakinya tiga tapak mendekati aku dan Dafi yang duduk di bangku, Si Poji terus duduk bersila di atas simen di hadapan kita orang berdua.

Poji : Kita guna jampi Ulek Mayang, seru hantu.

Buyong : Kau hafal tak jampi Ulek Mayang?

Tersengih-sengih Si Poji mendengar soalan aku.

Poji : Aku tak hafal.

Dalam sekelip mata berdesup telapak tangan aku hinggap lagi di dahi Poji; “Berdepek!” tergolek Si Poji di atas simen, sebelum kudrat aku bertukar menjadi Badang lalu mencampak Si Poji hingga tersangkut di atas bumbung dewan makan, sekonyong-konyongnya Dafi meredakan keadaan dengan memberikan cadangannya.

Dafi : Yong! Aku ada walkman, CD lagu Ulek Mayang, aku ada!

Serius muka aku memandang air muka Si Dafi kerana musykil dia ada CD lagu Ulek Mayang; “Setahu aku kat sekolah, dia ni tak terlibat pun dalam aktiviti ko-kurikulum tarian kebudayaan.”

Melihat muka aku serius, membuntang mata Si Dafi cuba meyakinkan aku, sememangnya dia ada CD lagu Ulek Mayang.

Dafi : Betul Yong! Aku ada CD lagu Ulek Mayang.

Poji yang tergolek di atas simen cepat-cepat berdiri sambil tersenyum menyeringai.

Poji : Dah jangan leceh, jom kita lincah balik dorm, ambek lagu Ulek Mayang.

Buyong : Jom!

Dafi : Hooray!

Kita orang bertiga cepat-cepat berjalan meninggalkan bangku berdekatan dewan makan, terus lincah berjalan menuju ke dorm.

Sebelum sampai dorm, Poji memberikan cadangan, sebelum melakukan modus operandi menyeru hantu menggunakan lagu Ulek Mayang, wajiblah tukar atau salin pakaian berwarna hitam demi menjayakan objektif projek gila ini.

Sampai sahaja di dorm, suasananya sudah pun gelap kerana lampu dorm wajib dipadamkan kerana undang-undang mandatori di asrama, jam 10:15 minit malam, dorm wajib bergelap.

Selepas menyalin pakaian berwarna hitam, kita orang bertiga terus berjalan keluar menuju ke pintu dorm. Sampai sahaja di pintu dorm, kita orang bertiga terserempak dengan Si Derus yang terkebil-kebil baru sampai dari tandas.

Derus : Ha! Korang bertiga nak pergi mana ni?

Buyong : Nak pergi study group.

Derus : Study group pakai baju hitam!

Poji : Apasal? Tak boleh kē?

Derus : Bukan tak boleh, tapi aku tengok korang ni macam nak fly jer.

Dafi : Ishhh… stock rokok banyak lagi, nak fly buat apa?

Derus : Ye kē korang takde niat nak fly?

Buyong : Betul! Kita orang takde niat nak fly, kita orang memang nak study group kat bawah.

Derus : Baguslah kalau korang nak study group, tapi mana buku korang?

Poji : Oh! Buku kita orang ada kat bawah, kita orang naik ni, nak ambek rokok.

Derus : Hmmm… okaylah.

Berdesup kita orang bertiga turun melangkah tangga dengan air muka menyampah kerana Si Derus memang suka soal-menyoal macam inspektor polis, sedangkan pangkatnya hanya ketua dorm sahaja.

Sampai sahaja di bawah blok asrama, kita orang bertiga terus berjalan menuju ke kawasan sekolah.

Semasa kita orang berjalan menuju ke kawasan sekolah, tiba-tiba Si Dafi berhenti berjalan.

Dafi : Woi! Kita nak pergi kelas buat apa?

Poji : Nak seru hantu larr.

Dafi : Macam mana nak seru hantu?

Poji : Ishhh… dia ni, kau kan dah bawak walkman, dah bawak CD.

Dafi : Ye! Aku dah bawak walkman, tapi walkman ni hanya boleh dengar sorang saja, siapa yang nak dengar? Siapa yang nak nyanyi lagu Ulek Mayang?

Poji : Kaulah nyanyi lagu Ulek Mayang, kau kan tuan empunya walkman.

Dafi : Ishhh… tak naklah aku, kang aku kena sampuk kang, kau boleh kē halau hantu?

Kita orang bertiga dah terkebil-kebil memandang di antara satu sama lain kerana tidak menjangka masalah sebegini tiba-tiba timbul.

Buyong : Aku ada idea, jom!

Aku terus berjalan ke kiri menuju ke tangga yang akan bertemu ke laman bunga.

Poji : Yong! Kita nak pergi mana ni?

Dafi : A’ah! Kita nak pergi mana ni? Yong!

Buyong : Korang berdua jangan banyak soal, ikut jer.

Selepas melepasi laman bunga, kita orang bertiga berjalan lagi menuju ke pejabat guru. Sampai sahaja di tepi pejabat guru, aku menonong berjalan, Si Poji dan Si Dafi hanya mengekori aku dari kiri dan kanan bahu dalam keadaan rapat; “Perghhh… terasa macam Perdana Menteri ada bodyguard kat kiri kanan woi!”

Selepas melepasi pejabat guru, akan bertemu kawasan parkir, aku tetap berjalan dan diekori oleh mereka berdua, sampai sahaja di tengah-tengah kawasan parkir terlihatlah satu bangunan tersergam megah dalam suasana rembulan mengambang terang serta-merta aku berhenti melangkah.

Poji : Yong! Kenapa kita pergi kat parking ni? Yong!

Jiji : A’ah! Nak buat apa kat parking ni? Yong!

Aku tersenyum memandang muka mereka berdua sambil mengacungkan tangan kanan menujuk ke arah banguan tersergam megah di hadapan.

Buyong : Kita pergi bangunan tu! Dewan perhimpunan.

Poji : Yong! Apa pasal kau pilih dewan ni?

Buyong : Dewan ni larr boleh selesaikan masalah jampi di antara kita.

Dafi : Selesaikan masalah jampi macam mana tu? Yong!

Buyong : Kat dewan ni ada sistem audio.

Tersenyum menyeringai mereka berdua mendengar cadangan atau idea yang sememangnya bernas menyelesaikan masalah.

Dafi : A’ah larr! Dewan ni ada sistem audio.

Poji : Perghhh… cerdiknya kau ni Yong!

Melompat-lompat mereka berdua dah macam monyet kerana sistem audio di dewan perhimpunan sememangnya penyelesaian terbaik tanpa salah seorang daripada kita orang bertiga menyanyi lagu Ulek Mayang.

Kadang-kala mereka berdua ini over mengalahkan monyet hingga kegembiraan dua ekor monyet ini tiba-tiba menjadi bising macam tertelan sambal belacan; “Hurrah-hooray! Buyong memang pandai, Buyong memang cerdik! Horrayyyyyyyy!”

Buyong : Woi-woi-woi! Bising arr! Kang kantoi kang, tak jadi projek kita ni.

Mereka berdua terus senyap dengan muka tersengih-sengih sambil memerhatikan keadaan sekeliling di kawasan parkir.

Buyong : Okay, jom kita lincah masuk dewan!

Berdesup langkah kaki kita orang bertiga berjalan menuju ke dewan yang sunyi seperti sunyinya perpustakaan di siang hari.

Sampai sahaja di tepi dewan, tiada sebarang masalah hendak masuk ke dalam kerana awal-awal memang kita orang dah tahu, pintu bahagian kanan berhampiran pentas memang tidak berkunci.

Masuk sahaja ke dalam dewan, kita orang bertiga berhenti di depan pintu dan, sememangnya kita orang tahu di hadapan menghadap pintu yang baru sahaja kita orang melangkah masuk, ada tangga naik ke pentas dan, di bahagian kanan pentas di situlah terletaknya sistem audio.

Poji : Perghhh… gelaplah dewan ni.

Dafi : Kat mana arr suis lampu?

Poji : Hangguk kau nak bukak lampu, kantoilah nanti.

Dafi : Dah tu, takkan nak bergelap macam ni.

Disebabkan suasana dewan gelap-gelita, aku mengeluarkan lampu suluh bersaiz timun Jepun dari poket terus menyalakannya.

Poji : Ha! Ada pun lampu picit.

Dafi : Perghhh… kau ni Yong, macam pernah pecah rumah jer.

Buyong : Hangguk kau pecah rumah, command sense larr nak buat projek gila ni, ikutkan hati nak jer aku bawak jamung api.

Tersengih-sengih mereka berdua, mungkin membayangkan aku membawa jamung api macam Pendekar Mustar.

Kita orang bertiga sama-sama melangkah tangga naik ke pentas dan, terus melangkah ke arah kanan, terletaknya sistem audio.

Sampai sahaja di hadapan sistem audio, aku memang tak tahu sangat macam mana nak menyalakan sistem audio?

Poji : Yong! Kau tahu tak nak on sistem audio?

Buyong : Aku tak tahu.

Poji : Adoi! Macam mana ni Yong? Kau tak tahu!

Sedang aku dan Poji terkebil-kebil kerana tak tahu nak menyalakan sistem audio, sekonyong-konyongnya Dafi tertoṇggeṇg-toṇggeṇg mencabut dua-tiga input/output (I/O) soket, aku dan Poji hanya memerhatikan Si Dafi dah macam pakar arrangement studio.

Dafi : Wayar yang aku cabut tu, wayar microphone, kita tak perlukan microphone.

Gedebak-gedebuk Si Dafi tertoṇggeṇg-toṇggeṇg, tak sampai lima minit, sistem audio sudah menyala dan, walkman di atas meja juga menyala, tapi belum lagi mengeluarkan bunyi. Sedari tadi aku dan Poji hanya berdiri memerhatikan Dafi tertoṇggeṇg-toṇggeṇg, kini Dafi berdiri di sebelah aku sambil memeluk tubuhnya.

Buyong : Dah on kē? Fi!

Dafi : Dah!

Poji : Mana bunyinya?

Dafi : Tu! Walkman tu kena play.

Poji : Pergilah play.

Dafi : Ishhh… tak naklah aku play, aku takutlah.

Poji : Adoiii… kau ni, nak tekan play pun takut.

Poji terus meluru ingin menekan butang play pada walkman, belum sempat dia menekan butang play, tiba-tiba Dafi menjerkah.

Dafi : Ji! Ji! Kat sana tu volume speaker, kau kena pegang volume speaker tu, kot-kot terkuat, cepat-cepat slowkan.

Poji : Okay.

Selepas mendengar instruction dari Si Dafi, tangan kiri Poji memegang volume speaker, belum sempat jari telunjuk kanannya menekan butang play pada walkman, aku pula menjerkah.

Buyong : Ji! Ji! Nanti! Nanti! Jangan tekan!

Cepat-cepat Poji menoleh ke arah aku dengan keningnya berkerut, begitu juga Dafi, berkerut keningnya berdiri di sebelah aku.

Poji : Kenapa? Yong!

Buyong : Fi! Lagu Ulek Mayang kat walkman kau tu ada tak rangkap lagunya bunyi macam ni, nasi berwarna hamba sembahkan!?

Dafi : Ada!

Buyong : Ayat jampi yang sebenarnya pulut kuning hamba sembahkan. Okay, sekarang kita kena cari sesuatu untuk sembahkan.

Dafi : Malam-malam macam ni kat mana kita nak dapatkan pulut kuning? Yong!

Terkebil-kebil mata Si Dafi melihat aku sedang menggagau-gagau menalakan cahaya lampu suluh di sekeliling pentas.

Sedang aku menggagau-gagau mencari sesuatu untuk dipersembahkan, tup tup tup terdengar bunyi decitan cicak.

Buyong : Fi! Kau dengar tak?

Dafi : Dengar apa?

Buyong : Bunyi cicak!

Dafi : A’ah! Memang ada bunyi cicak, apa hal kau tanya macam tu?

Buyong : Ji! Kau jangan on dulu, aku nak tangkap cicak.

Terus meluru aku ke dinding dewan mencari cicak, Dafi juga mengekori aku yang sedang menggagau-gagau menyuluh dinding mencari cicak.

Dafi : Yong! Kau nak buat apa kat cicak tu?

Aku tidak menjawab soalan Si Dafi kerana dia ni memang terpinga-pinga sikit bab mistik, tapi bab alat elektronik memang tak boleh disangkal, dia sememangnya pakar dan cekap.

Mencari cicak di dewan memang tak susah pun, tala saja lampu suluh ke dinding, melacak-lacak cicak melekat elok di dinding.

Buyong : Fi! Kau tolong ambek botol air mineral kat sana tu!

Aku menyuluh botol air di atas meja yang rapat ke dinding di belakang pentas di bahagian kanan, terkedek-kedek Dafi berjalan menuju ke meja tanpa aku mengalihkan suluhan cahaya lampu.

Selepas Dafi mengambil satu botol air mineral di atas meja, dia cepat-cepat melangkah ingin memberikan botol air yang masih berisi separuh air mineral kepada aku.

Selepas Dafi menghulur dan aku mencapai botol air dari tangannya, tanpa berlengah terus aku menyuluh lampu suluh ke dinding dan, melempar botol air ke arah cicak.

Sekali sahaja lemparan botol air, seekor cicak jatuh ke lantai, cepat-cepat aku melompat dan memijak Si Cicak; “Penyek cicak tu kena pijak!”

Setelah bangkai cicak sebagai pengganti pulut kuning berada di tangan, aku terus membawanya dan Dafi mengekori aku hingga ke hujung pentas di tengah-tengah pentas; “Kalau tak faham ayat ni, letaklah kuih sempret bertindih di atas buku di bahagian tepi buku paling hujung.”

Selepas meletakkan bangkai cicak di hujung pentas, barulah Si Dafi tersengih-sengih faham, terjawablah soalannya; “Yong! Kau nak buat apa kat cicak tu?”

Seterusnya aku dan Dafi sama-sama berjalan ke arah Poji yang duduk mengaṅgkaṅg di kerusi sedari tadi menghadap sistem audio sambil menjadi penonton terkebil-kebil memerhatikan aku ditemani Si Dafi meletakkan bangkai cicak sebagai persembahan.

Buyong : Okay Ji! Dah boleh on!

Poji : Cantik!

Seperti tadi berdasarkan instruction Si Dafi, tangan kiri Si Poji memegang volume speaker manakala, jari telunjuk kanannya sudah bersedia nak menekan butang play pada walkman.

Poji : Okay ready gang! Aku nak tekan ni.

Buyong : Okay! Tekan jer.

Tekan sahaja butang play, terdengarlah bunyi hujan mencurah-curah dari speaker serta bunyi angin menderu-deru memenuhi ruang di sekeliling dewan. Ketika bunyi angin menderu-deru, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman loceng hingga aku dan Poji terperanjat beruk.

Buyong : Fi! Betul kē ni lagu Ulek Mayang?

Dafi : Betul! Ni memang lagu Ulek Mayang.

Aku diam dan fokus mendengar intro bunyi hujan mencurah, bunyi angin menderu, bunyi loceng berdentum.

Tup tup tup terdengar satu suara perempuan bergema dari speaker menyebut bait perkataan secara jelas jampi pemula Ulek Mayang; “Umbukkkkk…………”

Tersenyum dan ada sedikit rasa meremang aku mendengar bait perkataan jampi permula tersebut; “Memang sahih, lagu yang sedang diputarkan adalah lagu Ulek Mayang, tahniah Dafi! CD kat walkman kau memang tak tersilap, walaupun kau ni jenis terpinga-pinga sikit bab mistik.”

Bait lagu seterusnya bergemalah ayat jampi; “Mayang di umbukkkk……… umbuk dengan jala……… jemala……”

Poji yang duduk menghadap sistem audio, menguatkan lagi volume speaker. Selepas menguatkan volume speaker, dia bangun mendekati aku dan Dafi yang sedang diam berdiri mendengar rangkap mukadimah lagu Ulek Mayang; “Ulek……… mayang diulek…… ulek dengan Puteri…… nya dua…”

Poji : Yong! Suara pompuan ni macam aku kenal larr.

Buyoung : Aku pun sama, macam kenal jer suara pompuan ni.

Aku dan Poji memandang muka Si Dafi selepas menalakan cahaya lampu suluh ke mukanya yang tersengih-sengih.

Dafi : Woi! Janganlah tala lampu kat muka aku, silau doh mata aku.

Selepas terdengar bunyi dentuman loceng sebanyak dua kali, tup tup tup terdengar chorus Ulek Mayang disertai dengan gemaan irama rock; “Puteri Dua, berbaju serong…… Puteri Dua, bersanggul sendeng…… Puteri Dua, bersubang gading…… Puteri Dua, berselendang kuning…”

Poji : Yong! Aku kenal suara pompuan ni!

Buyong : Ni suara Ella kan! Ji!

Poji : A’ah! Memang suara Ella!

Tersengih-sengih Si Dafi melihat aku dan Poji kelihatan teruja kerana kerancakan lagu Ulek Mayang yang sedang bergema di dalam dewan sememangnya di luar jangkaan; “Sebelum lagu diputarkan, aku menjangkakan, lagu dalam walkman, lagu versi tradisional.”

Poji : Woi! Takkan kita nak tercongok berdiri jer, lagu rancak ni, jom kita meronggeng!

Mendengar cadangan Si Poji, terus kita orang bertiga terpontang-panting pergi ke tengah-tengah pentas, sebelum kita orang bertiga meronggeng, aku memutar kepala lampu suluh hingga cahayanya mencapah luas dan, menyelitkan lampu suluh di celah-celah pokok bunga palsu di hujung pentas hingga tertala capahan cahayanya ke arah kita orang bertiga.

Seterusnya kita orang bertiga sama-sama meronggeng mengikut gaya tersendiri ketika suara Ella rancak bergema menyanyi lagu Ulek Mayang, bermacam-macam gaya meronggeng ditarikan, Poji terkinja-kinja melompat, Dafi berlari-lari setempat, aku pula bergeliang-geliut macam daun pisang, Poji berselang-seli menghayun-hayun kedua-dua kakinya seperti meranduk semak, Dafi lincah mengacung-acung kedua-dua tangannya seperti menembak siling, aku pula melentikkan badan sambil menepuk-nepuk pụnggụng seperti menunggang kuda; “Senang cerita langsung takde ciri-ciri meronggeng, lebih kepada senaman aerobik ikut suka nenek kaw, pada malam itu.”

Sedang kita orang bertiga seronok meronggeng, lagu Ulek Mayang yang berputar sampailah ke irama perlahan menyanyikan rangkap; “Ku tahu……… asal usulmu……” tiba-tiba terdengar kuat pintu utama dewan yang tertutup rapat berdentam-dentum dihentak kuat daripada luar.

Kita orang bertiga terus cuak melihat ke arah pintu dihentak-hentak kuat; “Dum! Dum! Dum! Dum! Dum!”

Terkocoh-kocoh aku mencapai lampu suluh yang terselit di celah-celah pokok bunga dan, kita orang bertiga terpontang-panting pergi menyorok di bahagian kanan pentas dalam keadaan berdebar-debar mengintai ke arah pintu yang kuat dihentak-hentak dari luar; “Lampu suluh di tangan cepat-cepat aku padamkan.”

Walaupun sudah menyorok, lagu Ulek Mayang masih lagi berputar; ”Yang laut……… balik ke laut…… yang darat…… balik ke darat……”

Sampai sahaja di rangkap; “Nasi berwarna…… hamba…” berdebum pintu terbuka luas!

Membuntang mata kita orang bertiga melihat sesusuk tubuh makhluk besar gedabak berdiri tercegat di depan pintu.

Dalam keadaan berdebar-debar, kita orang bertiga melihat makhluk besar gedabak di pintu mulai melangkah ke dalam dewan, cepat-cepat aku menyuruh Dafi memadamkan lagu Ulek Mayang yang masih lagi berputar; “Pulih……… mayangku pulih……… pulih balik…… trub!”

Selepas Dafi memadamkan lagu Ulek Mayang dan mencabut wayar I/O yang bersambung di walkmannya, terus dimasukkan walkman ke dalam poket baju hoodednya. Tup tup tup terdengar suara makhluk besar gedabak di tengah-tengah dewan berteriak; “Korang jangan lari! Tempat ni dah dikepung!”

Cis! Kita orang menyangka makhluk yang berdiri di tengah-tengah dewan adalah utusan daripada Tujuh Puteri Samudera dari Terengganu, rupa-rupanya Wak Maon; “Pak Gad!”

Dalam nada suara perlahan, Dafi bertanya: “Yong, macam mana kita nak keluar ni?”

Buyong : Kita cabut selipar, lepas tu kita lari kat belakang pentas ni, kita pergi kat kiri sana.

Tanpa berlengah, terkocoh-kocoh kita orang bertiga lincah berlari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi di belakang pentas dan, timbul semula di bahagian kiri pentas mengintai Wak Maon.

Wak Maon : Aku tahu korang menyorok kat belakang pentas, jangan lari!

Kita orang melihat Wak Maon terkedek-kedek berjalan sambil menyalakan lampu suluhnya menghampiri ke tepi pentas, sampai saja di tepi pentas, dia mengaṅgkaṅg kakinya ingin naik ke pentas, walaupun dah cuba berkali-kali, dia tetap tersangkut tak dapat naik ke pentas.

Disebabkan gagal naik dari tepi pentas, Wak Maon berjalan ke bahagian tangga kanan, seterusnya dia melangkah naik tangga hingga badannya yang gedabak berdiri di atas pentas dan, terus menyuluh-nyuluh lampu suluhnya ke kiri dan kanan pentas mencari kita orang.

Walaupun sudah menyuluh lampunya ke kiri pentas, Wak Maon tidak dapat melihat kita orang yang menyorok di sebalik tirai bergulung seperti rokok daun.

Wak Maon berjalan ke bahagian kanan pentas sambil ligat menyuluh lampu di tangannya dan menjerkah: “Korang cepat serah diri sebelum aku tangkap korang!”

Memang taklah nak serah diri bodoh-bodoh macam tu saja; “Agi idup agi ngelaban!”

Nasib baik ada tirai, memang senang nak mengintai dalam masa sama senang menyorokkan muka; “Sebagai pemimpin, aku sorang saja yang boleh mengintai kedudukan Wak Maon, tak boleh berebut-rebut nak mengintai nanti pasal-pasal kantoi.”

Selepas melihat Wak Maon bersama lampu suluhnya berjalan ke bahagian kanan pentas di sebalik dinding, aku memberikan arahan kepada Dafi dan Poji.

Buyong : Okay, jom kita turun dari tangga kiri ni, cepat-cepat kita jalan macam itik, betul-betul rapat kat tepi pantas ni ke pintu kita masuk kat dewan ni.

Dafi : Okay.

Poji : Jom lincah.

Aku mulai turun dari pentas dan diekori oleh Si Dafi dan Si Poji di belakang, masing-masing memegang selipar di tangan dan, mulai berjalan macam itik di tepi pentas.

Sedang kita orang berjalan laju macam itik di tepi pentas, tup tup tup terlihat pancaran lampu suluh Wak Maon keluar dari pentas kiri dan menyuluh di tengah-tengah ruang perhimpunan; “Ishhh… cepat betul Wak Maon ni muncul!” kita orang bertiga serta-merta berhenti melangkah seperti itik kerana tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi.

Wak Maon : Korang ni mesti sembunyi kat tirai, keluar korang!

Terdengar bunyi penyangkut tirai berlaga-laga ketika Wak Maon menyelak-nyelak tirai di kiri pentas, terkocoh-kocoh kita orang bertiga sambung berjalan seperti itik.

Sedang Wak Maon berjalan laju sambil menyuluh lampu suluhnya ke arah tirai di kanan pentas, terdangar bunyi derapan-derapan kaki bergerak secara serentak disertai gemerencingan loceng kaki di tengah-tengah ruang dewan perhimpunan.

Wak Maon yang berada di tengah-tengah pentas ingin menuju ke tirai di kanan pentas terus berhenti dan menyuluh ke arah ruang perhimpunan; “Senyap bunyi gemerencingan loceng kaki!”

Selepas beberapa ketika menggagau-gagau ke kiri dan kanan cahaya lampu suluh di tangan Wak Maon mencari-cari dari mana datangnya bunyi loceng di tengah-tengah ruang perhimpuan yang tiba-tiba senyap tidak berbunyi!? Wak Maon berjalan menuju ke tirai di kanan pentas.

Kita orang bertiga sebentar tadi berhenti secara mengejut kerana terdengar bunyi loceng, sambung berjalan itik di tepi pentas, degupan jantung memang dah berdebar-debar, memang terasa seram tiba-tiba terdengar bunyi gemerencingan loceng kaki tanpa dapat melihat gerangan Si Pemakainya.

Terdengar bunyi penyangkut tirai berlaga-laga kerana Wak Maon menyelak-nyelak tirai mencari kita orang, ketika ini kita orang yang terpaksa menyamar menjadi itik, dah berada di hujung pentas, hanya beberapa langkah itik saja membolehkan kita orang keluar dari pintu kanan di dewan.

Tup tup tup menderu kuat hembusan angin dari pintu utama yang terkangkang luas disertai berseleraknya butiran-butiran pasir ke dalam dewan; “Kita orang yang berjalan itik tanpa memakai selipar memang dapat rasa butiran-butiran pasir tiba-tiba terhembus secara berselerak. Wak Maon di atas pentas hanya dapat rasa hembusan angin saja.”

Wak Maon menyuluh sebentar ke arah pintu utama kerana terasa hembusan angin dan, dialihkan suluhan cahaya lampu suluhnya dari pintu sedaya upaya mencari-cari kita orang di atas pentas.

Wak Maon : Woi! Korang menyorok kat stor belakang kē? Keluar woi!

Sebenarnya stor di belakang pentas memang terkunci, tadi masa kita orang menyorok di sebalik tirai terdengar bunyi pintu stor bertalu-talu ditolak-tolak oleh Wak Maon.

Aku cepat-cepat berjalan itik dan menolak pintu di kanan dewan, diekori oleh Dafi dan Poji dari belakang, keluar sahaja dari pintu seboleh-bolehnya kita orang memang tak mahu menghasilkan sebarang bunyi.

Selepas kita orang keluar dan Poji perlahan-lahan merapatkan pintu, terus kita orang terpontang-panting berlari laju-laju merentasi kawasan parkir menuju ke bangunan pejabat guru.

Sampai sahaja di tepi bangunan pejabat guru, kita orang terus campak selipar ke lantai dan menyarungkannya di telapak kaki, ketika menyarung selipar, tiba-tiba terdengar bunyi gemaan suara dari arah dewan, membuntang mata kita orang terdengar bunyi gemaan suara tersebut suara perempuan menyanyi secara beramai-ramai disertai bunyi gemerencingan loceng kaki mendendangkan lagu Ulek Mayang.

Tup tup tup terdengar satu jeritan kuat; “Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!” dari arah dewan dan jeritan itu bukanlah jeritan perempuan tetapi jeritan lelaki; “Sah! Jeritan tu sememangnya suara Wak Maon.”

Dafi : Yong! Wak Maon menjerit tu.

Buyong : Ji! Kita nak buat apa ni?

Poji : Kita buat bodoh jerlah.

Dafi : Gila kaw buat bodoh! Jomlah pergi tengok!

Poji : Ishhh… tak payahlah.

Dafi : Kalau Wak Maon betul-betul tersampuk macam mana?

Poji : Ishhh… Wak Maon tu ilmu batin dia kuat, tu jerit terperanjat jer tu, tak kena sempuk, Wak Maon pandai bersilat.

Dafi : Yong! Macam mana ni? Nak pergi tengok tak!

Buyong : Aku rasa…… kita hisap rokok dulu, kita relaks jap kat sini, kita tengok dari jauh.

Aku mengeluarkan kotak rokok Dunhill dari poket seluar, ambil sebatang rokok seterusnya, hulurkan kotak rokok kepada Dafi seterusnya, hulurkan kepada Poji seterusnya, aku menyimpan semula kotak rokok ke dalam poket seluar.

Selepas masing-masing menyalakan bara di hujung pundak rokok, kita orang duduk bersila di atas simen menghembus asap rokok sambil memerhatikan dewan dari jauh.

Walaupun kita orang tidak dapat melihat keanggunan perempuan yang menyanyi di dalam dewan sehingga Wak Maon sendiri terperanjat tetapi, dari gemersik nada suara mereka yang terdengar, kita orang yakin mesti gemaan suara-suara perempuan menyanyi secara serentak lagu Ulek Mayang tentu cantik dan mongel raut wajah mereka dan putih melepak tubuhnya.

Rasanya inilah detik yang sangat mengasyikkan, mendengar suara perempuan yang sangat merdu disertai bunyi gemerencingan loceng kaki dari arah dewan, mendayu-dayu suara mereka menyanyi lagu klasik Ulek Mayang.

Dafi : Yong! Masa kita berjalan itik, kau dengar tak bunyi loceng?

Buyong : Dengar beb!

Dafi : Ji! Kau dengar tak?

Poji : Aku pun dengar!

Dafi : Aku rasa tu tanda awal Puteri datang larr.

Buyong : Yes! Tu memang tanda awal, tapi kita tak nampak.

Aku tersengih-sengih kerana ritual memanggil Tujuh Puteri Samudera yang jauh dari Terengganu datang ke sekolah asrama di Johor, memang betul-betul menjadi; “Tanpa membayar sebarang upah ribuan ringgit Malaysia untuk persembahan, Tujuh Puteri tu sanggup datang. Hahahahaha!”

Dafi : Yong! Masa kita berjalan itik, kau rasa tak ada pasir tiba-tiba berterabur?

Buyong : Hehehe… rasa beb!

Dafi : Ji! Kau rasa tak?

Poji : Aku pun rasa!

Dafi : Aku rasa pasir tu pasir pantai larr.

Buyong : Yes! Pasir tu memang pasir pantai, halus sangat beb!

Dafi : Ishhh… dahsyatlah, Puteri tu datang bawak pasir. Kalau dia orang datang bawak ombak laut, mahu hanyut sekolah asrama ni.

Aku dan Poji menggelekek ketawa tengok muka Si Dafi terkebil-kebil memandang ke arah dewan; “Hahahahahahahahaha!!” hanya aku dan Poji saja yang ketawa, Si Dafi pula terkumat-kamit membaca surah Al-Ikhlas.

Bagus Si Dafi ni, tetap mengingati keagungan Tuhan Yang Maha Esa, walaupun sebentar tadi dia tidak melepaskan peluang terpontang-panting melakukan senaman aerobik di atas pentas.

Dafi : Yong! Selama ni aku dengar lagu Ulek Mayang kat walkman, takde pun perkara-perkara mistik berlaku.

Buyong : Fi! Ayat kau ni ayat pernyataan kē ayat soalan?

Dafi : Sekarang ni aku tengah pelik ni Yong, kadang-kadang waktu malam, masa aku berus baju sesorang, aku nyanyi lagu Ulek Mayang, takde pun perkara mistik berlaku.

Poji : Tak pernah pun aku dengar kau nyanyi lagu Ulek Mayang!

Buyong : A’ah! Aku pun tak pernah dengar kau nyanyi Ulek Mayang!

Dafi : Memanglah korang berdua tak pernah dengar, aku tak nak nyanyi depan korang, suara aku tak sedap, nanti korang ketawakan aku.

Tersengih-sengih aku dan Poji mendengar pengakuan jujur dari Si Dafi; “Suaranya tak gemersik bak buluh perindu.”

Dafi : Yong! Ji! Sekarang ni soalan aku siapa nak jawab?

Buyong : Larrr… kau tanya soalan kē?

Dafi : Ayat aku bunyinya memang ayat penyata, tapi boleh jadi soalan, siapa nak jawab soalan aku?

Poji : Yong! Kau tolong jawab Yong, aku rasa macam nak terbeṛạḳlah.

Buyong : Kau betul kē nak terbeṛạḳ?

Poji : Hehehe… takdelah, alasan aku jer, aku nak dengar jawapan kau Yong! Kau memang tahukan rahsia panggil Puteri tu.

Cis! Pandai pula Si Poji mengelak, sedangkan dia sendiri tahu dan boleh jawab soalan Si Dafi.

Dafi : Yong!

Buyong : Okay-okay! Aku jawab, tapi sebelum aku jawab, aku nak baca surah Al-Ikhlas.

Terkumat-kamit aku membaca surah Al-Ikhlas, begitu juga dengan Si Poji. Selesai saja membaca surah Al-Ikhlas, aku pun mula menjawab soalan Si Dafi.

Buyong : Fi! Kalau kau nak tahu, setiap ritual memanggil hantu, wajib melakukan persembahan.

Dafi : Persembahan menari-nari kē?

Buyong : Bukan!

Dafi : Abis tu persembahan apa? Yong!

Buyong : Persembahan memberikan ancak.

Dafi : Ancak!

Buyong : A’ah! Ancak.

Dafi : Ancak tu apa benda?

Buyong : Bangkai cicak yang aku letak kat atas pentas, itulah ancak!

Dafi : Ooooooooo…

Buyong : Tapi, ancak yang aku letak tu 100% tak memenuhi syarat seperti dalam lagu Ulek Mayang.

Dafi : Kalau tak memenuhi syarat, kenapa Puteri tu datang?

Buyong : Sebenarnya, aku hanya mencuba-cuba saja, 100% memang aku tak yakin Puteri tu datang, tapi tak sangka pulak Puteri tu datang.

Dafi : Perghhhhh… malam ni kita buat kerja gila woi!

Buyong : Memang kerja gila, tapi syaratnya 100% tak lengkap, Puteri tu akan datang dan pergi.

Dafi : Kalau Puteri tu tak mahu pergi macam mana?

Buyong : Kalau Puteri tu tak mahu pergi, memang menggelupur panaslah dia orang dengar azan kat surau.

Tersengih-sengih Si Dafi mendengar jawapan bernas daripada aku kerana penyelesian sentiasa ada pada kalimah teragung yang berkumandang.

Borak punya borak sambil duduk bersila di atas simen, kita orang memang tak sedar pun lagu Ulek Mayang dari dewan sudah pun senyap kembali sunyi dan sepi keadaan dewan.

Tanpa berlengah, kita orang pun bangun terus lincah angkat kaki berjalan menuju ke blok asrama.

Sampai sahaja di dorm, kita orang buat relaks-relaks ajer seperti baru balik dari study group. Belum sempat kita orang membaringkan badan di katil, tiba-tiba inspektor polis menerkam ke arah kita orang.

Derus : Woi! Korang ada dengar tak lagu Ulek Mayang?

Dafi : Ha! Lagu Ulek Mayang.

Derus : A’ah! Lagu Ulek Mayang.

Buyong : Tak dengar pun.

Derus : Ye kē korang tak dengar? Aku ada dengar tadi lagu Ulek Mayang, macam kat arah pejabat guru.

Poji : Hummm… khayalan kau jer kot, kau ada hisap benda yang bukan-bukan kē? Rus!

Derus : Ishhh… aku ni ketua dorm, takkanlah aku hisap benda yang bukan-bukan.

Buyong : Dah-dah-dah-dah! Kita orang mengantuk ni bersengkang mata study, kita orang nak tidur.

Menjeling mata Si Derus memandang kita orang melabuhkan pụnggụng di atas tilam kerana tak mahu melayan cerita mistiknya tiba-tiba terdengar lagu Ulek Mayang.

Malam itu kita orang tidur dalam keadaan tenang tanpa diganggu sebarang perkara mistik secara realiti mahupun di dalam mimpi.

Keesokkan paginya, jam 9:59 minit pagi, kecoh dan gempar seluruh asrama tersebar berita, Wak Maon pengsan di dalam dewan.

Setakat pengsan di dalam dewan ianya perkara normal, tetapi keadaan Wak Maon pengsan menimbulkan 1,001 persoalan, daripada 1,001 persoalan, hanya dua soalan saja yang menarik perhatian murid-murid asrama, menarik perhatian warden lelaki dan juga warden perempuan.

Soalan pertama; “Dari mana datangnya pasir laut berselerak di dalam dewan?”

Soalan kedua; “Kenapa ada bangkai cicak terjulur keluar di mulut Wak Maon?”

Okay, setakat ini sahaja cerpen mengisahkan lagu Ulek Mayang yang lebih menakjubkan kesannya daripada permainan spirit of the coin. Sesungguhnya cerpen ini selasai ditulis pada 21 March 2022, sebagai cubaan menulis kisah seram yang tidaklah menggerunkan ketika melihat harimau besar gedabak mengaum di dalam zoo.

Sebelum aku beransur pulang, meminta diri keluar daripada helaian cerpen ini, dalam keadaan tersenyum riang gembira, ingin aku menyatakan, cerpen ini tidak pernah tersembul keluar daripada sebarang blog, forum, laman web mahupun, sosial media di Facebook; “Sesungguhnya aku sentiasa aktif kat Facebook tetapi, tak pernah menulis secara panjang berjela-jela kisah makhluk tak berjinjang kat dalam FB.”

Akhir kata, kenanglah daku wahai anak dara, dalam mimpi tidur basahmu; “WarghhhahahahaHAHAHAHAHA!!”

Oh! Hampir terlupa; “Assalammualaikum!”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com.submit

Buyong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 89 Average: 2.7]

6 thoughts on “Ulek Mayang”

  1. Ermmm dik. Banyakkan lagi membaca bahan cerpen orang lain, praktis dan fahami fungsi setiap tanda baca. Kalau bicara dalam hati, sepatutnya letak tanda ‘___’. Kalau berbicara secara zahir guna tanda “___”. Overall cerita sgt keliru tapi cukup menghiburkan 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.