Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS. Jutaan terima kasih kepada pihak FS crew kerana telah publishkan cerita aku. Aku Diana. Ini cerita second aku. Cerita first aku ialah Usop. Terima kasih atas komen-komen positif. Untuk pengetahuan semua, semua nama dalam cerita ini bukanlah nama sebenar dengan tujuan untuk menutup aib.
Okey, cukuplah. Nanti cerita panjang2 tak habis pula. Nak dijadikan cerita, sekolah kami ada buat kem. Kem tu just untuk form 5. Jadi, aku, Qila, Mia, Aira dan Vee joint kem tu. Camp tu 2 hari 1 malam.
Camp tu diadakan di dewan. Waktu tidur, kami semua ditempatkan di kelas masing2. So bebas lah. Nak gi kelas sebelah ke apa ke. Aku, Qila, Mia, Aira Dan Vee terus je pergi ke kelas 5 Mars (kami kelas 5 Venus) untuk tidur bersama rakan rakan kami yang lain.
Qila hanya mengikut sahaja ke mana sahaja kami berempat pergi. Air mukanya kelihatan seperti pucat.
Seperti biasa, kem kem yang sebelumnya, pasti diadakan malam kebudayaan. Begitu juga kem kali ini. Kali ini, persembahan ulek mayang. Sebelum ni, persembahan ulek mayang tak dipersembahkan lagi. Out of suddenly, kem kali ni persembahan ulek mayang pulak. Tidak tahulah mengapa, Qila turut menjadi penari tetapi beliau tidak memberitahu kami berempat. Qila hanya menyuruh kami berempat duduk di kerusi hadapan sekali. Kami hanya menurut sahaja kehendak Qila.
10 minit kemudian, kerusi kerusi yang disusun sudah dipenuhi oleh students yang menjadi penonton. Beberapa minit kemudian, persembahan mula dipersembahkan. Waktu tu bulu roma aku memang meremang sangat.
“Puteri berselendang kuning…..” Penari yang sedang menyanyikan lagu itu tiba-tiba tersungkur rebah. Tidak sempat membuat apa-apa, penari itu kembali bangun kemudian, dia terus menyambung. Tetapi gayanya kali ini seperti betul betul dirasuk. Aku terus melihat Qila yang berada di atas pentas. Mukanya kelihatan seperti sedang memarahi seseorang.
10 saat kemudian, dewan menjadi blackout. Hujan yang renyai-renyai di luar semakin lebat. Penari yang menyanyi itu menjerit macam pakai mic. Padahal dah blackout. Kemudian, ustaz-ustaz dari belakang pentas terus pergi ke arah pentas dan tengok apa yang terjadi. Kami dan penonton2 yang lain diarahkan pergi ke surau supaya keadaan tidak bertambah teruk. Tapi, tanpa sempat kami pergi ke surau, salah seorang student (nama dia Ima) menjerit histeria.
“Arghh arghh!!” Kemudian, rakannya yang duduk di sebelah Ima tu pulak terkena histeria. Aku, Mia, Aira dan Vee memang tak tau nak buat apa dah.
“Di! Cuba kau tengok Qila. Dia macam marah kat someonelah. Meremang aku tengok lama lama,” ujar Vee. Aira mengangguk. Aku memerhatikan Qila. Lamalah jugak. Memang benar kata Vee. Dia jugak memaki dan melemparkan kata-kata kesat.
Aku waktu tu memang dah scare sangat. Kami berempat terus pergi ke surau. Mia pula sudah melaung laung kan nama Qila. Qila hanya memandang sekilas. Tangannya bergerak gerak seperti menghalau kami dengan isyarat pergi dahulu.
Kami pun apa lagi. Memang cabutlah lari macam tak cukup kaki. Langkah kami semakin laju menuju surau. Di situ, kami mendengar jeritan yang bersahut sahutan. Kami terus masuk dalam surau tu. Ustaz-ustaz berusaha nak pulihkan budak budak yang kena sampuk tu. Kami hanya duduk di satu sudut dan memegang Surah Yassin.
“Panggil budak budak menari kat dewan tu! Nanti kang lagi teruk!” ujar Ustazah Atiqah kepada kami memandangkan kami berempat sahaja yang elok dan tidak disampuk. Mia dan Aira menggeleng tak nak ikut. Aku dan Vee sahaja pergi ke dewan, memanggil Qila dan penari penari yang lain.
Kami berdua hanya kuatkan hati pergi ke dewan. Keadaan di dewan jugak semakin tenang. Penari penari yang lain hanya menangis ketakutan. Qila terus pergi ke arah aku dan Vee. Aku, Qila dan Vee terus menyuruh penari penari yang lain masuk ke surau.
Apabila keadaan semakin reda, kami dibenar pulang ke kelas masing-masing kecuali students yang kena sampuk. Jadi, kami berlima terus pergi ke 5 Mars untuk menyiapkan tempat tidur.
Setibanya kami di sana, Qila menceritakan segalanya. Rupanya, ‘someone’ yang dimarahi Qila ialah makhluk halus. Benda tu asyik gelak gelak apabila melihat persembahan kebudayaan itu.
Esok hari, kami semua dikumpulkan di dewan semula. Rupanya, ada sekumpulan students main spirit of the coin. Benda tu terlepas. Sebab tu jadi histeria berangkai.
Maaf sekiranya agak bosan dan kemungkinan korang dah lali dengan cerita2 macam ni. Tetapi, kisah ini yang berlaku pada aku. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Adik, lenkali jangan guna bahasa inggeris. Guna bahasa malaysia sepenuhnya, pasal grammar awak dalam penggunaan bahasa inggeris adalah salah dan sangat menjengkelkan.
100% agree
Ye weh. Serabut jugak la aku membacanya.
tapi mmg banyak kes saya dengar dan baca dari pengalaman orang2,tentang ulek mayang ni.macam sesuatu sangat dengan tarian ni.
aku bce smpi “Aku waktu tu memang dah scare sangat” pstu ilang selera. if u want to integrate an english word into a malay sentence, make sure it doesn’t change the meaning of what u try to convey
Nice one
100% agree
Memang bosan pun. Mendatar. Sekadar histeria sampuk2 ni dalam paper pun boleh baca. Cerita pun tak habis, marah orang halus, tapi tak habis.
This is true story. Tak paham aku dengan netizen skrg. Keje nak mengumpat aje. Aku mengaku tu salah aku. Btw kalau nak mengumpat boleh tak guna nama sebenar? Barulah aku tau spa yg mengumpat aku.
klu triggered xblh kne comment tulis dlm diary je, jgn gatal nk post2 bagai. org komen touching
klu triggered dgn comment tulis dlm diary sudaaaaaa
aku lg x paham kau tulis ape… merepek pek pek
bkn ke ulek mayang ni satu pemujaan? (orang katala) btw.. best citer awk. buatlah lgi cerita.
Thanks 💙
hmm lain kali gunalah perkataan macam ‘tiba-tiba’ atau ‘takut’. qila tu ada 6th sense ke apa?
baik suruh abis sekolah dulu. penulisan mcm budak umur 12 tahun
Dulu mase aku kecik ade group kakak kakak tengan praktis menari lagu ni dekat sebelah rumah aku. berhari hari gak dorang praktis menari tu. lepas tu ada satu hari aku dengar dorang macam bergaduh sesama sendiri. sampai salah sorang dari mereka kene rasuk, meracau menangis macam tu. tak lama lepas tu dorang ade buat persembahan dekat majlis hari keluarga kawasan perumahan aku tinggal tu. menarik weh tarian dan jalan cerita dia. Macam meremang gak la. sejak tu terus aku rasa lagu ni sesuatu. dah besar aku gugel la rupenye ni tarian pemujaan untuk merawat orang sakit. syirik weh. tapi kalau sekadar untuk menghibur tak salah aku rasa.
bukan “out of suddenly” adikkk. “all of a sudden” atau “suddenly” saja dah cukup.
Okay akak😊
jgn tegur, nnt triggered
Tegur cara baik digalakkan. Orang pun tak melenting. Ni main hembus je.
bosan siak
aku baca satu perenggan tu je lah terus hilang minat
padan pun orang comment macam ni
tulis syok sendiri. pekebende tak paham. puik