Usop

Assalamualaikum kepada FS reader. Thanks sangat kepada FS crew sebab sudi publish kan cerita aku. Nama aku Diana. Nama singkat aku, di. Sebelum ni aku silent reader. So suddenly nak share cerita ni. Untuk pengetahuan semua, nama di dalam cerita ini bukan nama sebenar dengan tujuan menutup aib.

Cerita ni sebenarnya 10 tahun yang lalu. Waktu raya puasa, raya ketiga tak silap aku, semua sanak saudara beraya ke rumah makngah. Makngah ni ada 5 orang anak. Yang paling rapat dengan aku ialah kak an Dan din. Aku juga rapat dengan man, iqa, Wani Dan kak ima.

Aku memang selalu menumpang di rumah makngah jika ibu aku pergi bekerja. Hampir setiap petang, ada seorang lelaki bernama Usop selali bertandang ke rumah makngah sebab nak minum air. Kadang2 aku terfikir, rumah dia takde air ke? Tetapi, makngah ku memberitahu, Usop seorang yang kurang siuman. Apabila kami (aku, kak an dan din) nampak kelibat usop datang, kami cepat2 masuk ke dalam rumah.

Berbalik kepada cerita asal. Kak An dan Din membawa aku, Man, Iqa, Wani dan kak ima ronda2 sekitar kampung. Rumah makngah aku ni rumah Jenis kampung. Semasa meronda ronda, kami terserempak dengan Usop. Namun, kak an dan din langsung tidak menyuruh kami supaya menjauhkan diri daripada Usop. Aku menegur usop.

“Assalamualaikum,” memang sikap peramah Sudah sebati dalam diri aku, aku akan menegur sesiapa sahaja. Usop hanya membalas dengan senyuman. Kak an dan din menjeling aneh kepada aku.

“Oi, Di! Hang teguq sapa?” Soal kak an.
“Usop la,” aku membalas sambil lewa. Din dan kak an mengerutkan dahi. Akhirnya, kami semua balik ke rumah makngah.

Kemudian, kak an dan din menceritakan semuanya tentang aku yang menegur usop kepada makngah. Makngah hanya mengucap.

“Di, hang nak tau dak, Usop tu dah dua minggu meninggai. Cuba hang cakap ngan makngah hang cakap dengan sapa?” Aku masa tu memang terkejut beruk dah. Siapa pula yang aku tegur tadi.

Sewaktu di beranda (di rumah makngah) selepas soal siasat, aku ternampak usop sedang tersenyum ke Arah Ku dengan senyuman yang paling ngeri. Mukanya hancur. Aku beristighfar dan terus aku masuk ke dalam rumah dan join aktiviti membawang.

Moral of the story, janganlah kita menegur sesuka hati. Maaf jika cerita ini tidak seseram mana. Tetapi bagi aku ianya memang seram. Dan sekali lagi, maaf jika terlalu short dan ada typo. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca cerita ini.

-DIANA-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Diana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

12 thoughts on “Usop”

  1. Tulisan ko ok dik, cuma kene review first before posting.
    yang endingtu, kene asingkan moral of the story dengan ‘maaf jika…’ ok..

    kipidap..

    Reply
  2. “kak an Dan din” hampir confused aku tgk ayat ni…berapa umor hang ni dik oii?
    pendek beno citernye tak sempat nak rasa apa2 dh habis haha..

    apa2 pun tq dan blh diperbaiki lagi

    Reply
    • 22 tahun. Keyboard ting tong sikit sebab tu jadi macam tu. Kalau saya pun tak nak typo gitu. Tapi nak buat macammana.. Dah jadi.. Takkan nak tulis semula dan hantar bagi kat admin. Semua orang tak perfect. Sekali lagi, I’m sorry.

      Reply
  3. Nama cerita macam gempak. Bila baca hambar. Kalau panjang lagi mesti best. Baru cerita nak klimax kau dah p****g hahaha. Apa doh…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.