Ustaz..Kita Berpisah Di Sini

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt pembaca fs..Terima kasih admin approved cerita aku yang lepas.

Cerita ini bukan rekaan. Aku cerita dari pengalaman aku sendiri, tanpa tokok tambah walau sikit pun. Maaf kalau baca nanti tak capai standard piawai keseraman yang korang nak..😅Tapi aku cerita ni benar- benar ikhlas dari hati.

Ini link yang lepas untuk korang yang belum tahu kesinambungan cerita aku sebelum ni.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid04hEhpLVGWKqUdpR9CeuZW9Lg7dUoPy2qd1sKJhQCeyD9snWsq2hXaj4M5eKqor4Kl&id=100044248098281&mibextid=Nif5oz

Kalini aku nak cerita apa terjadi dalam tempoh pertunangan dengan Ustaz Muhammad Iskandar Zulkarnain ni dan sepanjang jadi anak angkat kepada ayahanda Tengku.

Selepas rawatan tu aku ke tempat kerja macam biasa setiap hari. Aku mengajar macam biasa. Aku pakai pun biasa- biasa. Hanya bedak dan lipstik nipis.

Cuma kadang- kadang aku perasan ada masanya muka aku berseri-seri. Glowing pun ya juga.

Mengadap kelas yang padat dengan murid-murid, bergegas turun naik tangga bangunan dengan berpeluh- peluh memang bukan masanya nak bersolek cantik-cantik, topup bedak lipstik, pakai bulu mata palsu, belek muka depan cermin tiap setengah jam.

Tapi aku perasan orang tengok aku lain. Ada sorang kawan sekerja perempuan aku ni kalau terserempak pandang aku atas bawah. Macam aku ada buat salah.

Dia cantik. Baju berfesyen-fesyen walau dah anak 3. Pakai tumit tinggi. Sedangkan aku pakai kasut sports ja ke kelas, baju kurung. Senang nak melangkah. Status aku macamni nak jadi ayu, manja- manja aku elakkan. Aku betul- betul jaga diri aku dari jadi bahan fitnah.

Tapi macam dia ni, aku namakan Fatin nampak tak suka dan tak selesa dengan aku. Orang kata tak boleh ngam, macamtu la ..
Cara dia macam aku ni pesaing, ancaman kepada dia nak rampas takhta dia yang paling cantik kat sekolah tu.
Macamtula yang aku dapat simpulkan.

Aku tak suka vibes macamtu sebab aku baru bertukar ke sekolah ni. Tak nakla ada environment yang tak seronok…Sebab pengalaman kena sihir kawan-kawan di sekolah lama buat aku betul-betul trauma.(Ni nanti aku cerita lain kali kalau Allah izinkan..)

Tapi entah macam mana Allah bantu aku, dia dipindahkan tiba-tiba ke sekolah lain.. Semua kawan- kawan terkejut. Redha tak redha menangis-menangis dia kena pindah juga. Aku pun kesian tapi arahan atasan tak boleh tolak.

Jadi lepas dia berpindah aku baru rasa sedikit selesa. Tak lagi rasa diperhatikan. Aku mengajar macam biasa. Cuma kadang-kadang bila aku menuju ke kelas rasa diiring.

Kadang-kadang aku nampak 4 orang dayang istana berjalan di depan aku, belakang 2 atau 4 orang hulu balang mengikut, memegang tombak.. Seolah mengiring aku ke kelas, menjaga keselamatan.

Ustaz itu pun kadang- kadang ada juga meneman di sisi. Ada masanya dia tak kelihatan. Balik ke madrasah mengajar anak-anak tahfiznya..

Kami berkomunikasi cuma dari hati. Aku dan dia faham dunia kami berbeza. Hijab menghalang aku tembus pandang walaupun aku nampak dia sekilas.
Tapi jelas.
Tak mengapalah. Lepas juga rasa rindu.

Ayahanda pula beri aku sepersalinan pakaian istana.

Waktu tu aku lepas solat sunat dhuha. Lepas baca doa dan aminkan ayahanda datang. Nampak muda, berkumis, tinggi, berkulit cerah, elok rupa paras, juga memakai pakaian seperti sultan-sultan berwarna kuning kecemasan. Ayahanda juga Raja bunian di Kampung Sinaran Cahaya.

Ayahanda hadiahkan aku selendang putih krim ada batu- batu halus. Cantik. Berkilat- kilat batunya.

Aku disarungkan pakaian ala Puteri Perak. Tali pinggang dari batu permata yang aku tak tahu jenis apa tapi nampak mewah. Kebanyakannnya berwarna hijau. Selendang pemberian ayahanda dipakaikan dengan mahkota di kepala.

Aku dipakaikan juga rantai leher. Berkilau- kilau. Lengkap semua eksesori untuk seorang puteri. Aku nak tolak tapi hati terasa berat. Waktu dayang- dayang istana ayahanda sarungkan pakaian itu aku teruja sangat sebab ini pengalaman pertama.

Pakaian itu sebagai hadiah kata ayahanda. Walau orang biasa tak nampak, tapi aku nampak dan kadang- kadang terasa juga badan berat sebab pakaian tu.

Tunang aku waktu tu hanya memerhati tak kata apa. Kebanyakannnya dia cuma senyum. Manis macam selalu, menyejukkan hati.

Aku dapat lihat ayahanda ada 3 orang anak perempuan. Cantik- cantik semuanya. Tapi mereka jarang datang ke rumah kami di hadapan. Aku pun tak pernah berkomunikasi dengan ketiga-tiganya.

Hubungan ini berjalan baik sekitar 6 ke 7 bulan. Ustaz selalu nasihatkan aku jaga wuduk. Hati kena bersih. Maafkan semua orang. Zikir, selawat jadikan makanan. Macam- macam lagi dia ingatkan sampai aku kata kenapa aku tak jumpa manusia baik macam dia. Dia senyum, kata ada hikmahnya. Allah SWT lebih tahu.

Pelangi indah yang muncul tu sekejap sahaja rupanya… Hubungan ini akhirnya tak lama bila aku sendiri ambil keputusan untuk putuskan tunang. Ustaz sedih. Dia tak boleh terima dan taknak putus. Masa tu aku tanya kenapa tak cari calon dari kampung dia. Dia kata hati. Susah nak cari hati macam aku.

Aku pun tak faham maksud dia. Nak kata aku baik, Allah ja yang tutup aib aku ni. Dosa bertingkat- tingkat dulu. Tak tahu neraka mana aku kena campak nanti. Cuma aku ni lurus. Bendul pun ya juga. Aku rasa semua orang keliling aku tu baik. Itu ja la.

Ustaz berat hati. Masih tak boleh terima. Dia sedih aku lagi sedih sebenarnya. Tapi aku terpaksa. Demi nak jaga keselamatan keluarga aku. Tengah taip ni pun rasa sebak balik..

Waktu tu, aku ni hidung jenis sensitif. Apa-apa kelainan dalam rumah aku dapat rasa dulu atas Izin Allah. Dalam seminggu tu bilik abah aku bau bangkai. Puas cari tak jumpa waima bangkai lipas pun. Bilik aku pulak jadi panas, berbahang. Rusuk belikat aku sakit-sakit. Ada beberapa perkara lagi yang berlaku pada aku dan keluarga menyebabkan aku nekad minta tolong ikhtiar sekali lagi dengan mak ayah angkat aku.

Masa berubat tu baru tahu angkara siapa.

Aku cakap kat ayah, ada bangkai b**i dalam bilik abah aku. Tapi orang lain tak nampak.Patutla busuk. Pahit baunya MasyaAllah..

” Jangan rampas Ustaz daripada aku!”

“Kamu ni siapa?” Ayah aku tanya.

” Aku Zurina. Aku pun duduk kat kampung belakang tu. Aku suka kat Ustaz. Tapi Ustaz tak layan aku. Sombong! Pandang aku pun tak nak. Tengok la sikit kat aku, aku lagi cantik dari budak perempuan ni! Budak ni apa yang ada? Siap bertunang dah. Dia nak kat perempuan ni kan? Aku tak suka tau tak!”

“Aku tak suka! Itu sebab aku nak bagi dia sakit!”.

Berulang kali Zurina ni ulang ayat tu.
Terkejut aku. Bercampur sedih. Ingatkan dah habis gangguan sebelum ni. Ikutkan ini perempuan yang ke 2 atau 3 yang ganggu aku dari Kampung Sinaran Cahaya sebab cemburukan Ustaz dengan aku.

Ustaz tunangan aku ni muda lagi. Bujang belum berkahwin sebab katanya hati dia belum terbuka nak kahwin sebab sibuk uruskan madrasah ayahnya. Sampailah dia ternampak aku selepas kampung makhluk jahat tu dialihkan ke hutan tebal.

Dia tua dari aku 2, 3 tahun. Kulit cerah muka lembut memang elok lengkap semua pakej. Mana perempuan tak cair.

Kalau dunia kita memang dah jadi model.
Memang tak hairan orang kampung dia pun tergila-gilakan dia.

Ayah angkat tanya pada Ustaz, apa perasaan dia pada perempuan tu.

” Maafkan saya. Saya tak ada perasan dengan dia. Lepaskan Nur! Perasaan tak boleh dipaksa. Aku dah bertunang dengan dia. Jangan ganggu dia lagi. ”

Nur tu panggilan ustaz pada aku. Dia yang bagi. Senang disebut, elok makna katanya.

Zurina masih berdegil. Dia merayu Ustaz terima dia. Kalau tak, dia sakitkan aku, ganggu keluarga aku.

Puas berbincang untuk redakan keadaan. Makan masa sampai 2 ke 3 jam.

Aku dah letih masa tu. Bayangkan badan ni Zurina yang masuk. Sekejap Ustaz yang masuk pertahankan aku.

Akhirnya ayah pujuk dia untuk carikan pasangan di kampung lain. Ayah janji, akan carikan yang terbaik untuk dia dalam tempoh sebulan.

“Cari yang hensem macam Ustaz juga.”

Tergelak ayah mak angkat aku masa tu.

“InsyaAllah, aku cuba!”

Akhirnya dia setuju. Apa yang dihantar pada aku dan keluarga ayah suruh ambil balik. Jangan tinggalkan satu pun.
Dia akhirnya mengalah.

Cut story to short aku pulih. Keadaan rumah normal balik macam biasa.

Bila aku dah bertenaga semula ayah pujuk aku..Terangkan kedudukan aku dengan Ustaz ni macam mana.

“Dunia kita dengan mereka berbeza nak…Mereka di alam ghaib, sedangkan kita di alam nyata..Kena fikir seratus kali nak terlibat dengan alam sana”.

Aku menangis masa tu. Hancur hati rasa. Kenapa la ada gap macamni..Rasa kesal yang menebal. Aku cepat- cepat istighfar banyak kali. Nak tak nak aku kena terima hakikat, manusia dengan Jin walaupun mereka Islam memang tak boleh bersatu.
Dunia kita dengan mereka terhijab.

Selama ni ayah diam, sebab tak nak aku sedih. Sebab ayah dengan mak angkat tahu macam mana kisah sedih aku sebelum ni sampai hancur rumahtangga angkara sihir.

Tapi tak sangka jadi macamni, ayah pujuk lepaskan semua.

Ustaz pun susah nak lepaskan aku sebab dia kata susah nak cari perempuan macam aku lagi..
Dia dah beritahu mak ayahnya juga dia tak akan kahwin selain aku.

Berminggu juga untuk aku buat keputusan. Dalam tempoh itu aku cuba kawal dan kurangkan berkomunikasi dengan Ustaz. Aku tengah usaha untuk leraikan hati aku pada dia..Dalam masa sama aku mintak Allah bantu aku. Tetapkan Iman aku.

Ayah kata hati aku kena 100% nak tinggalkan Ustaz, baru aku sembuh sepenuhnya.

Akhirnya aku akur. Aku kena berpijak di bumi yang nyata. Sedih memang sedih. Tapi keputusan itu aku terpaksa ambil juga demi nak lindung keluarga aku dari ancaman perempuan- perempuan lain yang sukakan dia.

Aku juga faham hukum Allah. Perkahwinan perlu sekufu. Status anak nanti bagaimana..Orang lain tak nampak dia tapi aku nampak, mereka lihat aku bercakap seorang diri. Nanti orang kata aku perempuan tak betul. Tak siuman.

Dengan penuh tawakkal, tenang dan redha, aku pulangkan semula cincin permata itu selepas solat Dhuha pada Ustaz..

“Maafkan saya Ustaz..saya tak layak, saya juga bukan orang yang baik. Ustaz carilah ganti. Semoga Ustaz bertemu jodoh dengan wanita terbaik. InsyaAllah ..”

Menitik air mata tapi aku perlu buat juga.
Ustaz diam. Riak mukanya sedih…

“Baik Nur…saya ambil semula..Saya faham..Soal hati tak boleh dipaksa. Ada hikmah semua ni terjadi.. Yakin dengan Allah.”

Dia orang berilmu tinggi. Dia pun sedia faham ada sebab Allah halang perkahwinan antara manusia dan makhluk ghaib.

Hubungan dengan Ayahanda Tengku juga aku kena putuskan. Kiranya aku putus terus dengan dunia mereka. Tiada komunikasi lagi melainkan jika betul- betul perlu sahaja. Aku tak mampu nak kawal nanti..Begitulah kata ayah dan mak angkat aku. Alhamdulillah Ayahanda juga faham. Seperti aku beritahu sebelum ini mereka ini orang beragama dan baik- baik. Yang buat onar hanya sebilangan sahaja. Tak ada beza dengan manusia pun.

Segala persalinan pakaian puteri aku serahkan semula dibantu dayang- dayang istana. Termasuk mahkota dan selendang pemberian ayahanda. Barulah badan terasa ringan, rusuk dan sendi beransur kurang sengal- sengalnya.

Hanya sampai di situ hubungan itu. Aku pun jarang nak mencari lagi dan ambil tahu. Cuma hormat, jaga tingkahlaku kerana mereka masih berkampung di belakang.
Untuk memindahkan ke tempat lain mereka tidak mahu kerana mereka lebih dulu membina petempatan di situ.

Selepas setahun baru aku tahu Ustaz sudahpun berkahwin dengan perempuan baik- baik dari kampungnya.
Alhamdulillah..Dengarnya dah ada anak pun..MasyaAllah..Bertemu juga dia dengan bahagianya..

Aku? Masih di sini. Ibu tunggal yang sentiasa sibuk dan struggle membesarkan buah hati, 2 hero yang tengah membesar sambil menjaga kedua ibu bapa tersayang. Malas nak fikir pasal kahwin sekarang. Keselamatan dan keselesaan keluarga kini keutamaan aku.
Doakan kesihatan kami sekeluarga. Doakan juga aku terus kuat untuk masa depan anak-anak aku.

Ada masa nanti aku cerita pula pengalaman misteri di kuarters Putrajaya bersama bekas suami. InsyaAllah..

Terima kasih kerana membaca..

Terima kasih Allah❤️

-Puteri Delima Sari/Nur

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Puteri Delima Sari/Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.