#VEE – POLTERGEIST

#VEE – POLTERGEIST
Assalammualaikum warga FS. Terima kasih atas feedback membaca karya sulungku bertajuk Rumah Ungu. Aku sekarang tengah sambung pengajian di peringkat master di University Malaya. Sambil-sambil aku memerah idea untuk thesis, aku tiba-tiba terfikir. Takde ke yang buat research pasal paranormal ni eh? Dan aku mula mencari research-research pasal paranormal ni. Not much. Just a few. Jadi aku akan kongsikan serba sedikit tentang apa yang aku jumpa tentang kajian paranormal ni Semuanya berlaku di luar Malaysia.

1) Maurice Grosse
Maurice Grosse (1919-2006) ialah seorang pengkaji paranormal yang terkenal di Britain. Sebagai seorang yang berkarisma, dia juga ialah seorang jurutera dan menjadi seorang yang berjaya semasa perang dunia kedua. Dia memasuki dunia paranormal pada 1976 selepas anak perempuannya d*****h secara tragis dengan motorsikal. Grosse mula mengalami perkara-perkara pelik dan supernatural dan mula menyertai kumpulan pengkaji paranormal. Selepas satu tahun menyertai kumpulan itu, Grosse mengalami insiden-insiden poltergeist yang sangat pelik yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Enfield Poltergeist Case ialah kes yang sangat rumit dan mengambil masa berbulan-bulan untuk diburu. Grosse sangat berani dan tetap tinggal di rumah yang dia sering diganggu untuk jangka masa yang lebih lama semata-mata untuk merekodkan perkara-perkara aneh yang berlaku seperti objek bergerak dan pintu dihempas tanpa tenaga manusia. Perkara paling misteri yang dia pernah rekodkan ialah suara poltergeist yang menyeramkan iaitu suara seorang lelaki tua namun disampaikan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Scene ni ada dalam cerita Conjuring 2. Dan semasa aku type cerita ni macam ada orang tengah perhatikan sebelah kiri ni…..

2) De Incendiis Corporis Humani Spontaneis
Dr. Jonas Dupont daripada Universiti Leiden sebelum ini tidak pernah ada niat untuk mengkaji paranormal aktiviti. Namun, seorang pengkaji yang tidak dikenali namanya pada 1673 berterima kasih kepada Dr. Jonas Dupont di atas kajian thesisnya yang bertajuk ‘De Incendiis Corporis Humani Spontaneis’ iaitu yang bermaksud ‘Pembakaran Manusia secara Spontan’. Dr. Dupont mula menyedari tentang fenomena misteri bila dia terjumpa dokumen dengan kes mahkamah yang sangat pelik iaitu tentang seorang suami yang kuat berparti bernama Nicole Millet telah ditahan kerana membakar isterinya secara hidup-hidup sehingga m**i. Isterinya telah dibakar sangat teruk sehingga yang tinggal hanyalah tengkorak dan tulang jari sahaja! Ini berkait rapat dengan kajian Dr. Jonas Dupont tentang ‘Pembakaran Manusia secara Spontan’. Kalau korang nak tahu lagi, korang google lah ye.

3) William Hope dan Fotografi Berhantu
William Hope (1866-1936) ialah seorang pengkaji paranormal. Dia menjadi terkenal dengan gambar-gambarnya yang berkonsepkan ‘’spirit photography’’ sebab dia ni kira gifted lah ada kebolehan untuk ambil gambar-gambar hantu pakai kamera dia padahal waktu tu teknologi takdelah power mana kalau nak compare dengan teknologi sekarang. Boleh lah korang google nama dia untuk tengok-tengok hasil-hasil gambar paranormal.

4) Independent Investigations Group (IIG)
IIG ialah organisasi yang mengkaji perkara-perkara paranormal dan dah terkenal di serata dunia. Mereka ditubuhkan di Hollywood, California pada tahun 2000 dan kini beroperasi di seluruh United States. Mereka juga adalah organisasi pengkaji paranormal yang terbesar. IIG juga ada menawarkan sejumlah wang untuk sesiapa sahaja yang berkebolehan untuk membuktikan perkara-perkara paranormal dan kuasa mistik secara saintifik. Wang yang ditawarkan adalah $50,000 dan kini mereka menaikkan lagi jumlah tawaran mereka sehingga $100,000.

5) EMF Meters
EMF meters ialah sejenis alat yang selalu digunakan oleh pengkaji paranormal. Namun, terdapat beberapa kekeliruan mengenai EMF meters ni. Ada yang kata hantu sememangnya mengeluarkan radiasi elektromagnetik dan ada juga yang kata mereka mengganggu kawasan itu sehingga menyebabkan bacaan pada EMF meters naik. Teori mana yang betul, tak penting. Namun, komuniti pemburu hantu selalu menerima idea dan percaya bahawa hantu dan spirit lain boleh dikesan melalui EMF ini. Nampaknya, banyak masalah dengan EMF meters ni. Mereka tak tahu sama ada betul ke boleh kesan kewujudan hantu guna EMF meter ni?

6) Duke University: Parapsychology Laboratory (1935 – 1965)
Pada tahun 1935, penyelidik Duke JB Rhine dan William McDougall secara rasmi telah membuatkan Duke University menjadi university kedua di negara itu yang ada kajian paranormal. Yang lebih menarik, mereka juga ada seorang pensyarah yang dapat memberikan kuliah yang sangat menarik mengenai kemungkinan untuk berkomunikasi dengan orang m**i. Sehingga hari ini, Rhine sering diterima menjadi bapa parapsikologi dan bukan sahaja kerana telah membentuk istilah dengan bantuan rakan kongsi McDougall, tetapi juga kerana mempunyai parapsychology yang tersendiri dan ditubuhkan sebagai bidang penyelidikan saintifik dan akademik. Walaupun nama Rhine tidak lagi dikaitkan dengan Universiti Duke, kejayaannya di dalam bidang paranormal masih diterima.

7) Viktor Grebennikov
Viktor Grebennikov ialah seorang bekas saintis daripada Soviet dengan kebolehan supernatural yang pelik iaitu boleh membawa dia ke mana sahaja. Menarik kan? Dia ialah seorang entymologist iaitu pengkaji serangga. Namun, dia lagi suka bidang paranormal ni. Sebelum kematiannya pada 2001, dia telah mengumpul banyak kajian tentang seni mengapungkan diri di udara dan dia juga kata yang dia telah membina platform yang boleh mengapungkan seorang lelaki dewasa ke udara. Best kan? Lepas ni tak payah lah susah-susah kumpul duit nak beli tiket flight. Dia kata seni mengapungkan diri di udara ni adalah berdasarkan struktur geometric. Dia bina semua tu menggunakan serangga. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana.

8) Universiti Harvard (1990-an – 2008)
Bukan semua orang menjalankan penyelidikan paranormal dengan harapan akhirnya memanfaatkan bukti kewujudannya. Baru-baru ini, satu pasukan saintis daripada Harvard telah membuktikan kewujudan paranormal dan juga memperkenalkan satu kaedah penyelidikan baru untuk melakukannya. Untuk menjalankan penyelidikan mereka, Harvard menggunakan pengimbasan otak dengan tujuan menafsirkan sama ada individu mempunyai pengetahuan yang tidak dapat dijelaskan menerusi pancaindera. Walaupun penyelidik mengakui bahawa secara teknikal keputusan projek tidak membuktikan kewujudan paranormal, mereka menegaskan bahawa penemuan daripada eksperimen mereka memberikan bukti yang paling meyakinkan setakat ini terhadap kewujudan paranormal.

9) Kumpulan Pengkaji Bunian
Sebelum perang dunia kedua, cerita-cerita pasal bunian, UFO dan hantu menjadi perbualan yang popular yang sering dibualkan susulan cerita Peter pan yang mula memberi idea kepada orang ramai tentang kewujudan bunian. Kumpulan Pengkaji Bunian ini ialah sebuah kelab daripada British yang mengkaji perkara-perkara paranormal ini dan ditubuhkan pada 1924. Mereka mengumpul bukti, menyiasat laporan dan mengkaji tentang bunian. Kesahihan kajian daripada kelab ini susah untuk dibuktikan kerana waktu perang dunia kedua tu takde lagi teknologi yang canggih untuk membuktikan semuanya. Kemudian mereka diharamkan pada tahun 1970-1990 dan kini ada pulak kelab baru yang sama dilancarkan pada tahun 2013 yang lalu.

10) Stanford University (1972 – 1980s)
Universiti Stanford mempunyai banyak perkara-perkara yang buat mereka terkenal apabila ia berkaitan dengan penyelidikan paranormal. Universiti yang terhormat ini dengan tepat dapat menegaskan bahawa mereka ialah institusi akademik pertama di Amerika Syarikat yang mempelajari persepsi extrasensory (ESP) dan psikokinesis (PK) secara rasmi. Pada tahun 1911, John Edgar Coover mula menjalankan eksperimen terhadap ESP. Perkara lain yang membuat mereka menjadi popular termasuklah penerokaan saintifik yang terperinci mengenai kebolehan psikik yang dikatakan sebagai “spoon bender” yang telah dikaji secara intensif di Institut Penyelidikan Stanford dalam tempoh lima minggu pada tahun 1970an. Yang lebih menarik, ada satu projek bertajuk ‘Project Stargate’ yang ditaja oleh CIA untuk mengkaji aplikasi praktikal tentang logam lentur dengan minda menggunakan ‘Remote Viewing’. Malangnya, pada pertengahan tahun 90-an, penyelidikan ‘Project Stargate’ telah diberhentikan secara rasmi kerana projek itu gagal menghasilkan aplikasi yang berguna dan bertujuan.

11) Universiti Virginia: Bahagian Pengajian Perceptual (1967 – sehingga kini)
Sebuah unit penyelidikan dalam Jabatan Perubatan Psikiatri oleh Dr. Ian Stevenson pada 1967 telah ditubuhkan selepas 6 tahun penyelidikan dalam bidang kehidupan masa lalu (reincarnation/ penjelmaan masa lalu). Penyelidikannya telah meneroka fenomena seperti penjelmaan semula especially melalui kanak-kanak kerana kanak-kanak adalah yang paling sesuai sebab menurut mereka, kanak-kanak ni boleh mengingati kehidupan masa lalu yang berkait rapat dengan pengalaman tentang kematian, penampakan dan komunikasi selepas kematian dan banyak lagi perkara psikik dan mistik.

12) Universiti Arizona: Program Penyelidikan VERITAS & SOPHIA (2006 – sehingga kini)
Jabatan Psikologi di University of Arizona ialah yang paling utama dengan penyelidikan paranormal dan sentiasa berkembang sehingga kini. Projek-projek penyelidikan VERITAS dan SOPHIA telah diwujudkan dengan matlamat utama untuk mengkaji kemungkinan bahawa manusia mungkin boleh hidup dalam pengalaman kematian fizikal. Aku pun tak faham apa maksud kematian fizikal tu. Dari tahun 2006 hingga 2008, VERITAS mengkaji kewujudan individu yang hidup dapat mengalami kematian secara fizikal. Kajian demi kajian dibuat sehingga mewujudkan sebuah badan penyelidikan yang lebih menyeluruh tentang komunikasi selepas kematian yang lebih luas dengan panduan roh dan malaikat di bawah nama program SOPHIA.

Sesungguhnya, alam yang lain daripada alam yang kita diami sekarang dan makhluk-makhluk lain wujud seperti yang dikatakan dalam Al-Quran. Tapi, kita masih ragu-ragu dengan kewujudan mereka sebab kita tak nampak mereka dan tak dapat nk buktikan secara saintifik. Kadang-kadang aku pun tak percaya sebab tak logik dan tak dapat nk buktikan. Jadi kawan-kawan, kalau korang minat bidang paranormal ni boleh lah buat kajian tentang paranormal, psikik, parapsychology, ESP dan psikokinesis kat Malaysia ni. Aku tak sure kat Malaysia ni dah ada researchers yang buat research dalam paranormal field ni. Kalau ada, share lah dengan kami. Hehe. Sekian, terima kasih.

Vianna Nasir

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “#VEE – POLTERGEIST”

  1. alam ghaib itu memang wujud, cukuplah menghayati ayat-ayat yang ada di dalam Al Quran, didalamnya ada kisaj mengenai jin dan syaitan yang tidak dinampak oleh mata kita. Bumi ini sudah wujud berjuta2 tahun lamanya, mungkin teknologi dahulu lebih canggih dari sekarang tetapi telah ditimpakan musibah atas sebab2 yg tertentu. Cuba bayangkan, tahun masihi kita memang baru berusia 2017 tahun, bagaimana dengan mereka2 yg hidup lebih lama dari kita dulu? sedangkan ada Nabi terdahulu berusia hampir seribu tahun. Rasanya mereka tak buat apa2 perkembangan ke dalam tempoh yang panjang tersebut? Tak ada belajar dan bina apa2 ke? apa2 pun wallahualam..Hanya Allah yg maha mengetahui.

    Reply
  2. Dan semasa aku type cerita ni macam ada orang tengah perhatikan sebelah kiri ni…..selesai je aku baca part 12 ni, bulu tengkuk aku meremang wehhh!!! padahal sblm ni aku bca cerita2 lain xde pun…aku hanya baca story2 ni bile ada di opis je..so tu yg agak ketinggalan 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.