Villa Che Mona 2: Banglo Che Ton

Baca bahagian 1 (Villa Che Mona) di https://fiksyenshasha.com/villa-che-mona/

Cerita Villa Che Mona bahagian 1 dan 2 adalah fiksyen. Nama, tempat dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Peminat kisah benar boleh beralih ke cerita lain. Terima kasih.

Mawar berlari sekuat hati di celah celah pokok itu. “Jangan kejar aku!” jeritnya sekuat hati. Mawar menoleh kebelakang, wanita itu tidak ada dibelakangnya. Hatinya lega. Apabila dia toleh kehadapan, wanita itu ada di hadapannya dan memukul kepalanya dengan pantas.

Ding Dong! Ding Dong!

Mawar terjaga dari tidurnya dek bunyi loceng rumah yang kuat. “Hish. Mimpi yang sama lagi setiap hari. Penat la.” Mawar bermonolog lantas bangun dari katil dan pergi ke ruang tamu. Mawar mengintai keluar melalui celahan tingkapnya untuk melihat siapa gerangan tetamu yang datang. Dihadapan rumahnya ialah Maya, rakan karibnya semenjak sekolah rendah.

Dia ni lagi” keluh Mawar. Penat berpura pura tidak ada di rumah, Mawar membuka pintu rumahnya. “Ha. Ada pun kau Mawar. Aku ni dari bulan lepas datang rumah kau tapi tak pernah2 ada orang.” kata Maya. “Sorry la. Kitorang takda dekat rumah sebulan dua ni. Sibuk travel sana sini. Kau tau lah Adam tu, asyik nak bawak aku jalan je.” kata Mawar dengan penuh lagak. Maya membalas “Aku ni datang nak lawat anak kau je. Masa kau bersalin 2 tahun lepas aku still lagi dekat Aussie. Tak dapat nak lawat kau sebab aku langsung tak balik Malaysia. Ni aku dah habis study boleh la kita lepak macam dulu2”

“Anak aku Juwita takda dekat rumah. Ikut daddy dia main golf. Okay la Maya. Aku busy ni. Lain kali la kau datang ya.” kata Mawar lantas menutup pintu rumahnya rapat. Mawar melepaskan keluhannya. Dia melihat anaknya, Juwita yang seronok bermain dengan anak patungnya di hadapan televisyen. Sejak Mawar melahirkan Juwita, dia dan Adam tidak pernah menerima kehadiran orang untuk melawat anaknya. Dia malu dengan anaknya.

Hari Mawar melahirkan Juwita masih segar diingatannya. Hari itu adalah hari yang ditunggu tunggu dia dan Adam. Adam tak habis2 memberi kata semangat kepada Mawar untuk kuat melahirkan anak pertama mereka. Setelah beberapa lama menahan kesakitan, akhirnya Juwita selamat dilahirkan. Saat doktor menyerahkan Juwita kepada Adam dan Mawar, wajah mereka berubah.

Juwita mempunyai tanda lahir besar berwarna hitam di wajahnya. Tanda lahir yang besar itu menutup penuh bahagian kiri wajahnya. Senang kata separuh wajah Juwita normal tetapi separuh lagi berwarna kehitaman. Selain itu, badan Juwita pula penuh dengan tompokan hitam. Keceriaan Adam dan Mawar pada hari itu bertukar menjadi kekecewaan. Mereka malu dengan paras rupa Juwita. Sejak itu, Juwita sentiasa duduk di rumah dan tidak pernah dibawa keluar walaupun dia sakit. Juwita merupakan seorang anak yang baik. Juwita tak banyak meragam dan berkelakuan buas sejak dari kecil. Tetapi Mawar tidak pernah memandang sisi baik anaknya.

Adam berjalan ke ruang tamu dari biliknya. “Siapa tu?” tanya Adam kepada Mawar. “Maya datang lagi nak tengok Juwita. I dah halau. I cakap Juwita takda.” balas Mawar. Kedua dua Adam dan Mawar mengeluh panjang. Segala bomoh telah Adam jumpa tapi takda satu pun yang boleh merubah rupa Juwita oleh kerana dia terlalu kecil. Adam dan Mawar buntu. Jauh di sudut hati mereka, mereka tahu Che Mona boleh bantu mereka tapi mereka tak sanggup ambil risiko kerana mereka tahu bantuan Che Mona datang dengan syarat yang membebankan.

Petang itu Adam dan Mawar mengemas halaman rumah mereka. Tiba-tiba seorang wanita menghampiri mereka. Wanita itu sangat jelita. Wajahnya yang kemelayuan itu sangat ayu dan manis. Ada iras pelakon Fazura. Rambut panjangnya dibiarkan lepas. Dia memakai gaun bercorak bunga paras lutut. “Assalamualaikum” lembut suara wanita itu memberi salam. Adam terdiam dek terpegun dengan kecantikan wanita itu sehingga lengannya dicubit Mawar. Lantas Adam menjawab salam wanita itu.

“Nama i Lya. I baru pindah kat rumah depan u ni. Ni i ada bawakkan bubur jagung. Ambil lah ya.” kata Lya sambil menghulurkan mangkuk berisi bubur jagung itu. Adam menyambut huluran mangkuk itu dan berkata “Thanks ya. Btw nama saya Adam. Ni isteri saya Mawar. Kalau ada apa2, tekan je loceng rumah kami ya.” Lya mengangguk lalu berlalu pulang ke rumahnya. Adam meletakkan mangkuk bubur itu di dapurnya. Dia mengambil satu sudu dan merasa bubur itu. Adam terdiam. Bubur jagung itu sangat sedap. Sangat sama seperti masakan seseorang.

Pejam celik sudah sebulan Lya berkenalan dengan keluarga Adam. Sudah beberapa kali Lya nampak seorang budak kecil bermain di halaman rumah Adam. Tetapi selalunya budak itu akan dimarahi Mawar yang mengarahnya untuk cepat masuk ke rumah. Lya nekad. Hari ini dia akan bertanyakan hal tersebut kepada Adam dan Mawar.

Setelah diasak dengan pelbagai soalan dari Lya, akhirnya Adam memberitahu Lya tentang Juwita. Adam mengaku yang dia dan isterinya malu dengan paras rupa Juwita dan mereka buntu untuk berbuat apa. Lya mengeluarkan satu kad dan menyerahkannnya kepada Adam. “U guys pergi la dekat alamat ni. Perempuan ni tau nak buat apa. Dulu masa anak sedara i sakit i pergi situ. Dia boleh ubatkan semua budak2. Tapi u guys kena bertolak malam sebab dia mengubat orang pukul 12 malam keatas je”. Setelah Adam menyambut kad itu, Lya terus berlalu pergi.

Jalan ke alamat yang diberi Lya itu berliku liku dan gelap. Tidak ada satu pun lampu jalan di kiri kanan jalan itu. Hanya lampu dari kereta Adam menerangi jalan itu. Juwita sedang enak dibuai mimpi di kerusi belakang manakala Mawar hanya memandang keluar tanpa berkata-kata. Adam meneruskan pemanduannya. Tiba-tiba Adam ternampak seorang budak sekolah ditengah jalan. Adam tak sempat mengelak lalu terlanggar budak itu. Adam menghentikan keretanya di tepi jalan.

“Kenapa stop ni u. Dah la gelap ni.” bebel Mawar. “I rasa i langgar budak la tadi. Habisla kita. M**i anak orang” kata Adam dalam ketakutan. “U biar betul. Jalan ni kiri kanan hutan. Takda satu rumah pun dekat jalan ni. Mana datang pulak budak kat tengah jalan” kata Mawar. Adam mula berfikir dengan waras. Adam toleh kebelakang. Tidak ada langsung tubuh manusia di atas jalan atau kesan d***h. Adam terus memecut keretanya laju dek ketakutan.

Jam menunjukkan pukul 12 malam tetapi mereka masih di atas jalan. Tiba-tiba mereka ternampak warung disebelah kanan jalan. Oleh kerana penat berada di dalam kereta selama 2 jam, Adam dan Mawar bercadang untuk berhenti membungkus minuman dari warung itu. Adam turun dari kereta dan berjalan ke warung itu. Datang seorang lelaki tua ingin mengambil order. Lelaki tua itu memakai baju putih dan kain pelikat lusuh. Lelaki tua itu mempamerkan senyuman lebar. Ekspresi wajahnya tidak berubah. Wajahnya seakan badut dalam filem bertajuk ‘It’.

“Gelap tiba mereka datang,
Berbungkus tiba mahukan ganjaran,
Gembiranya mereka saudara datang,
Beritahu saya apa saudara mahukan?” kata lelaki tua itu.

“Eh berpantun pulak orang tua ni” getus hati Adam. Adam merasa seram sejuk. Bulu romanya naik. Mungkin juga kerana cuaca yang sejuk. Adam mengendahkan perasaannya. Dia memesan 2 bungkus teh o ais kepada lelaki itu. Setelah air siap dibungkus baru Adam teringat dia tertinggal dompetnya di dalam kereta. Adam berpatah balik ke keretanya untuk mengambil dompet. Apabila dia menoleh kebelakang, warung itu kelihatan usang. Beberapa mayat berbungkus berdiri di dalam warung sambil menenungnya dengan senyuman lebar tanpa bergerak sedikit pun. Di tengah-tengah terdapat lelaki tua itu yang sedang ketawa sambil terlompat-lompat.

“U masuk kereta cepat. Kita kena gerak sekarang” arah Mawar cemas. Adam bergegas masuk ke kereta dan memecut laju keretanya. Mawar menangis teresak dek kerana terlalu takut. Adam hanya terdiam. Adam meneruskan perjalanannya dan tidak ada perkara pelik yang berlaku dalam 30 minit perjalanannya selepas warung itu tadi. Kedua dua Adam dan Mawar berasa lega. Cukup lah hanya dua gangguan. Mereka tak cukup berani untuk menghadap gangguan lain.

Tetapi ketenangan mereka tak bertahan lama. Tiba-tiba kereta mereka bergegar seperti ada orang yang melompat naik ke atas bumbung kereta mereka. Kedua-dua Adam dan Mawar terdiam. Masing-masing tidak mahu menegur. Adam dapat rasakan keretanya berat dan semakin perlahan. Tiba-tiba ada dua tangan pucat memegang cermin kereta hadapan Adam. Adam yang terkejut terus memberhentikan kereta. Belum sempat berbuat apa, Adam dan Mawar nampak ’empunya’ tangan menjulurkan kepalanya ke cermin hadapan kereta. Wajahnya sangat pucat dan hodoh. Rambutnya yang panjang mengurai menutup penuh cermin hadapan tersebut. Adam dan Mawar menjerit sekuat hati. Jantung mereka berdegup laju. Tubuh mereka kaku. Lidah mereka kelu. Hanya air mata yang laju menitis dari mata mereka.

Tiba-tiba seorang wanita berkebaya merah datang dan melemparkan beras kepada ‘benda’ itu. “Pergi kau. Jangan kau ganggu kaumku” kata wanita itu. Dengan pantas ‘benda’ itu terbang pergi dan hilang dalam kegelapan malam. Apabila sudah merasa tenang, Adam dan Mawar terlihat sebuah rumah banglo besar dihadapannya. Mereka tidak sedar bahawa mereka sudah sampai ke destinasi mereka dek kerana terkejut dengan gangguan tadi. “Masuk ke dalam” kata wanita itu sambil berjalan masuk ke halaman banglo.

Adam memarkir keretanya dan mendukung Juwita masuk ke banglo itu bersama Mawar. Pembantu-pembantu rumah itu yang berkebaya hitam beratur dihadapan pintu bagi menyambut kedatangan Adam sekeluarga. Kesemua pembantu-pembantu itu berwajah muram tanpa segaris senyuman. “Duduk” arah wanita berkebaya merah itu setelah Adam sekeluarga telah berada di ruang tamu. Mereka akur. “Aku Che Ton. Lya bagi tau aku kau perlukan pertolongan” kata wanita itu. “Saya nak minta tolong Che Ton. Che Ton nampak anak saya kan. Kami malu anak kami hodoh. Tak pernah lagi dalam keturunan kami ada anak yang buruk rupanya” kata Mawar.

Che Ton tersenyum sinis. “Kejam sekali kau berdua berkata begitu tentang anakmu sendiri. Tapi tak apa. Aku boleh bantu. Siti! Mila! Mari kemari. Bawa anak ini kebilik” kata Che Ton lalu mengarahkan pembantunya untuk bergerak. Kedua-dua pembantunya akur. Che Ton menyambung “Senang sahaja untuk rawat anak kau itu. Dia cuma perlu mandi air yang aku sediakan. Tapi aku perlukan beberapa titis d***h emaknya untuk dicampurkan dalam air mandian”. Mawar mula berasa takut. “Jangan risau. Titisan d***h itu untuk menjadikan anakmu itu mewarisi kecantikanmu” sambung Che Ton.

“Baiklah. Saya sanggup.” kata Mawar. “Bagus. Mawar, kau ikut aku ke bilik di bawah. Di situ ada peralatan mengambil d***h. Adam, kau tunggu di sini. Walau apapun terjadi kau jangan ke mana-mana.” arah Che Ton lalu membawa Mawar pergi. Adam yang penat mula terlelap di atas sofa di ruang tamu.

“Adammmm!” jeritan Mawar yang kuat dan nyaring itu mengejutkan Adam dari tidur yang lena. Ruang tamu itu gelap. Hanya lampu yang samar dibuka. Adam dapat dengar tangisan Mawar meminta tolong dari bilik di bawah. Adam bergegas bangun untuk melihat apa yang terjadi tetapi dihalang Laila, salah seorang pembantu Che Ton. “Itu semua ilusi. Apa yang Encik Adam dengar tidak benar. Biarkan Che Ton lakukan kerjanya” kata Laila. “Kau ingat aku bodoh?? Tu suara bini aku. Kau buat apa dengan dia? Aku datang sini bukan untuk ni” jerit Adam kepada Laila.

“Tenang Encik Adam. Encik Adam ingat pesan Che Ton? Walau apa yang terjadi jangan ke mana-mana. Itu semua ilusi. Apa yang Encik Adam dengar tak benar.” kata Laila. Adam rasa menyirap dan menengking “Kau jangan halang aku. Kau ingat aku bodoh? Ketepi kau! Aku nak cari bini aku” lalu Adam mula berjalan ke arah bilik bawah tersebut. Tiba-tiba Adam dapat rasa kepalanya dihentak kuat dengan satu objek. Kepalanya teramat sakit dan pening. D***h mengalir dari kepalanya tidak henti. Badannya terasa kaku dan kebas. Dunianya menjadi gelap. “Aku dah cakap duduk diam tu dengar la. Bodoh.” kata Laila lalu membaling kapak yang digunakan untuk menghentak kepala Adam.

Di bilik bawah, Mawar tidak henti-henti menjerit meminta tolong. Tangannya ditoreh dan darahnya ditadah dengan baldi. Sungguh pedih. Setelah memberikan dua torehan kepada kedua-dua tangan Mawar, Che Ton dan pembantunya beredar dari bilik itu dan menguncinya. “Kau berdua boleh rehat. Nanti bila dia dah hilang banyak d***h, mampus la dia. Nanti kau berdua uruskan mayat dia je. D***h tu masukkan dalam botol macam selalu.” kata Che Ton kepada pembantunya. Pembantunya mengangguk.

Mawar dapat rasakan badannya semakin lemah. Tapi dia mahu hidup. Dengan semangat yang dia ada, Mawar membuka ikatan yang ada di tangannya sambil menahan sakit. Che Ton mengikat Mawar kepada kerusi dengan longgar memikirkan bahawa Mawar tidak akan mampu melepaskan diri dek kerana dirinya yang lemah setelah kehilangan banyak d***h.

Setelah Mawar dapat melepaskan diri dari ikatan, Mawar mengoyak sedikit kain dari skirt labuhnya dan menggunakan kain itu untuk membalut luka torehan di tangannya. Dia kemudian melarikan diri dari banglo itu melalui lorong kecil yang menghubungkan bilik kecil itu dengan kawasan luar banglo. Nasib Mawar baik kerana pintu kayu rapuh di penghujung lorong itu dapat dihancurkan dengan hanya dua tendangan. Mawar terus berlari ke dalam hutan di belakang banglo tersebut.

Semangat yang kuat untuk hidup mengatasi perasaan takut berlari di tengah-tengah hutan. Mawar kenal situasi ini. Dia mengalaminya dalam mimpinya setiap malam. Sedang Mawar berlari, Mawar tersedar dirinya dikejar seorang wanita. Mawar berlari sekuat hati di celah celah pokok itu. “Jangan kejar aku!” jeritnya sekuat hati. Mawar menoleh kebelakang, wanita itu tidak ada dibelakangnya. Hatinya lega. Apabila dia toleh kehadapan, wanita itu ada di hadapannya dan memukul kepalanya dengan pantas. Dalam penglihatannya yang samar-samar, Mawar dapat lihat wanita yang mengejarnya. “Ly…Lya?” katanya dan terus tidak sedarkan diri.

Apabila Mawar tersedar, dia berada di ruang tamu banglo Che Ton. Dirinya diikat ke kerusi. Di sebelahnya terdapat Adam yang terbaring kaku. Mawar memandang kehadapan. Dapat dia lihat Lya, Che Ton dan… Che Mona? Mawar terkejut dan berkata “Apa semua ni?”. Lya berjalan mendekati Mawar. “Kau ingat aku tak?” kata Lya. Mawar hanya diam. “Takkan tak ingat. Aku orang yang kau suruh Adam bawak pergi Villa Che Mona. Aku orang yang Adam tinggalkan sorang2 dekat villa tu sebab nak kahwin dengan kau. Ingat tak?” kata Lya.

Mawar terkejut. Jantungnya berdegup laju. Bibirnya bergetar. “Kau..kau Mia?” kata Mawar dengan getar. Lya tersenyum sinis lalu berkata “Ingat pun kau. Cantik tak aku sekarang? Lagi cantik dari dulu kan. Aku cantik sebab kau la. Kau tau tak apa kau buat dekat aku dulu buat aku tekanan dan sakit mental? Beberapa bulan lepas aku discharge dari hospital sakit jiwa, aku masih tertekan. One day, aku nekad nak b***h diri. Aku terjun dari jejantas ke jalan raya. Aku ingat aku m**i kena langgar kereta. Rupanya takda kereta yang lalu. Aku tak m**i. Tapi muka aku cedera teruk terhempas ke jalan tar. Bila aku dapat rawatan, baru aku sedar yang bukan aku yang patut m**i. Tapi kau dengan Adam. Aku buat plastic surgery dan aku mula rancang macam mana nak lunaskan dendam aku terhadap kau dan Adam.” Mawar memotong kata-kata Lya dan menjerit “Perempuan tak guna! Apa kau dah buat?!”

Lya tersenyum sinis. Dia berkata “Ala..jangan la marah. Nak cerita la ni.” kata Lya sambil ketawa. Lya menyambung “So, lepas aku dah sihat, aku cari alamat kau. Aku perhatikan kau setiap masa dan aku dapat tau yang kau sedang nyorok kewujudan anak kau, Juwita dari pengetahuan orang. Aku gunakan kelemahan tu untuk tarik kau pergi ke Banglo Che Ton. Aku dan buat deal dengan Che Ton untuk hancurkan hidup kau dengan syarat dia dapat d***h kau untuk dia gunakan dalam ilmu hitam dia. Aku tak kisah apa cara sekalipun asalkan kau rasa apa aku rasa. Rancangan aku berjaya.” “Kau tak guna! Siapa Che Ton ni? Kenapa Che Mona pun ada?” jerit Mawar.

Tiba-tiba Che Mona bersuara “Che Ton ni kakak Che Mona. Kami buat benda yang sama. Kiranya macam servis Che Mona ni ada banyak cawangan la. Hahahaa” Che Mona dan Che Ton bergelak tawa selepas memberi penerangan itu. Mawar menangis teresak esak. Bukan kerana menyesal akan perbuatannya tetapi kerana teramat takut dengan situasi yang dihadapinya. “Sekarang laki kau dah mampus. Anak kau will be next. Tapi aku taknak kau mampus. Aku nak kau rasa apa aku rasa. Siti! Mila! Kau bawak perempuan ni keluar dari sini. Letak dia dekat tempat orang ramai.” kata Lya sambil mengarah pembantu-pembantu Che Ton untuk mengikut arahannya.

“Aku bagi tau polis apa yang kau buat. Aku akan pastikan kau kena tangkap!” jerit Mawar. Lya ketawa kecil. “Cuba la. Takkan ada siapa percaya kau. Orang akan ingat kau gila. Kami yang buat kau kena gangguan hantu sepanjang perjalanan kau ke sini. Kami yang buat kau rasa perjalanan ke banglo ni suram, gelap dan berliku. Hakikatnya, kau tak tau pun banglo ni sebenarnya dekat mana. Sama macam kau buat dekat aku dulu.” kata Lya panjang.

Mawar menangis dan menjerit semahu mahunya. Tidak lama selepas itu dia senyap selepas pembantu Che Ton menghempuk kepalanya. Mawar lalu dibawa pergi dan ditinggalkan di jalan raya seperti yang disuruh Lya. Lya berasa lega. Kini dendamnya sudah terlunas. Dia tidak perlu hidup dengan tekanan lagi.

“Belum selesai lagi” kata Che Ton tiba-tiba. “Ha?” kata Lya hairan. “Budak Juwita tu masih ada lagi kat bilik atas. Kau uruskan la dia. Ambil pisau ni. Habiskan dia.” kata Che Ton sambil menghulurkan sebilah pisau. Lya menyambut pisau itu dan bergerak ke bilik di mana Juwita dikurung.

Apabila Lya masuk ke bilik itu, dapat dia lihat tubuh kecil Juwita yang sedang lena diulit mimpi. Wajahnya comel walaupun mempunyai tanda lahir. Hati Zara tiba-tiba merasa sayu mengenangkan hidup Juwita yang diabaikan keluarga oleh kerana rupa. Dia tidak bebas keluar bermain dan berjumpa orang ramai. Tiba-tiba Juwita terjaga dari tidur. Mata kecilnya memerhati Lya. Lya hanya terdiam lalu menyorokkan pisau yang dipegang kebelakang badannya. Tiba-tiba Juwita bersuara “Ma..ma..mama..”. Lya tersentak. Naluri keibuannya tersentuh. “Aku tak sekejam ini. Aku cuma nak balas dendam dekat Mawar dan Adam. Bukan budak ni” kata Lya dalam hati.

Lya membuang pisau yang dipegangnya lantas mendukung Juwita erat. “Mama bawa Juwita balik ya. Mama jaga Juwita.” bisik Lya ketelinga Juwita. Juwita kembali terlelap. Lya membawa Juwita turun ke ruang tamu. Lya nampak Che Ton memerhati perbuatannya dan Lya berkata “Aku nak jaga dia. Lepas ni kita tak perlu jumpa lagi. Perjanjian kita dah selesai. Aku dapat hancurkan hidup Mawar dan kau dah dapat d***h dia.” Lya berlalu keluar dan memasukkan Juwita kedalam keretanya dengan berhati-hati. Lya memulakan pemanduannya. Dia tidak sabar ingin memulakan kehidupan baru bersama Juwita.

DI RUANG TAMU

Adam yang terjaga dari pengsan sedari tadi hanya mampu terbaring lemah di ruang tamu banglo itu. Dia tahu apa yang terjadi. Dia lihat apa yang terjadi. Dia dengar setiap perkataan yang dikeluarkan. Dia kesal dengan perbuatannya. Tetapi, jauh di sudut hatinya dia berasa lega kerana anaknya Juwita akan dijaga dengan baik. Darahnya terus mengalir dari kepala. Adam tidak dapat bertahan lagi. Adam menghebuskan nafasnya yang terakhir.

TAMAT

Merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “Villa Che Mona 2: Banglo Che Ton”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.