Villa Che Mona

Angin malam itu terasa sangat dingin dari malam-malam lain. Lampu kereta nissan almera ku membelah kegelapan jalan itu. Aku hanya bersandar di kerusi penumpang sambil melihat jalan raya yang sunyi dihadapan. Tidak berani aku menoleh ke kiri atau ke kanan oleh kerana kiri kanan jalan itu hanya dipenuhi hutan tebal. Perjalanan yang panjang itu sangat membosankan. Tambah pula dengan ketiadaan line. Sesekali aku menoleh suamiku yang sedang memandu. Wajahnya nampak sangat gelisah. Mungkin kerana dia berdebar menanti apa yang bakal berlaku atau takut jika usaha ini tidak berhasil.

Sudah 5 tahun usia perkahwinan kami tetapi kami masih tidak dikurniakan cahaya mata. Segala doktor pakar atau ustaz telah kami jumpa tetapi segala usaha kami masih belum membuahkan hasil sehinggalah satu hari, seorang jiran baru kami, Mawar mencadangkan agar kami pergi ke Villa Che Mona yang terletak di Selangor. Sepanjang hidupku, belum pernah aku dengar akan kewujudan Villa Che Mona. Kata Mawar, ramai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata berjumpa dengan Che Mona dan terus dikurniakan cahaya mata sebulan selepas itu. Menurut Mawar, Che Mona cuma memberi satu minuman kepada si isteri dan mereka akan dibenarkan pulang. Minuman tersebut dikatakan menyuburkan para isteri.

Sejujurnya aku tidak percaya akan apa yang dikatakan Mawar. Mana mungkin hanya satu minuman boleh memudahkan kami untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi suamiku mendesakku agar aku setuju untuk mencuba cara tersebut. Suamiku bukanlah jenis yang senang percaya kepada sesuatu cerita, adat, amalan atau rawatan. Tetapi kali ini dia terus bersetuju untuk pergi ke Villa Che Mona selepas dicadangkan oleh Mawar. Mungkin kerana suamiku sudah tidak sabar untuk memiliki cahaya mata, lantas terus bersetuju. Melihat kesungguhan suamiku memujuk, aku setuju.

Kini kami sedang dalam perjalanan ke Villa Che Mona. Jalan untuk ke villa itu sangat sunyi dan seram. Jalan itu gelap tanpa sedikit cahaya pun. Yang lebih menyeramkan, tidak ada satu kenderaan pun yang menggunakan jalan tersebut. Hatiku mula rasa tak sedap tapi aku tetap memujuk diriku dengan mengatakan ini mungkin perasaanku sahaja. “Jauh lagi ke hubby?” tanyaku kepada suami. “tak tau” jawabnya sepatah. Aku memilih untuk hanya mendiamkan diri dan tidak mengganggu pemanduan suamiku.

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi tetapi kami masih belum tiba di villa tersebut. Aku menoleh ke kanan. Hatiku berdebar laju. Aku nampak seorang wanita berambut panjang memakai gaun tidur putih dipenuhi tompokan d***h di luar kereta kami. Apabila kereta kami mendekatinya aku dengar wanita itu berkata “jangan..jangan..”. Aku mengalih pandangan ku kehadapan. Tanganku menggeletar ketakutan. “Hubby nampak ke apa yang I nampak” tanya ku kepada suami. “Takda apa pun kat sini. Jangan mengada”. Hatiku sedikit terasa dengan sikap dingin suamiku. Sekali lagi jantungku berdegup laju apabila terlihat satu lagi wanita berkebaya putih bertompok d***h di tepi jalan. Aku turut mendengar sayup sayup suara wanita itu berkata “jangan..jangan..”. Aku berasa amat takut lalu memejamkan mataku rapat.

Bahuku terasa dicuit. “Bangun. Dah sampai.” kata suamiku. Rupanya aku tertidur. Aku terus bangun, membetulkan rambutku dan keluar dari kereta. Dihadapanku terdapat sebuah villa yang kelihatan sangat mewah dan cantik. Tetapi villa tersebut kelihatan suram. Tiba-tiba seorang wanita cantik berkebaya membuka pintu villa tersebut. “Dah sampai pun. Masuklah”. Kata Che Mona sambil tersenyum manis. Aku mula yakin bahawa Che Mona ikhlas membantu pasangan seperti kami. Aku dan suami ku masuk ke villa tersebut. Che Mona mengarahkan kami untuk duduk di ruang tamu sementara menunggunya menyediakan minuman kepadaku. Ruang tamu villa itu sangat mewah dipenuhi perabot perabot mewah.

Tak lama selepas aku duduk, Che Mona datang dan berkata kepada suamiku “Adam, ada bawak tak air mineral?”. Suamiku membalas “Tak ada Che Mona. Mawar tak ada pesan pun kena bawak air mineral”. Che Mona berkata “Pasangan yang datang kena bawa air mineral sendiri. Che Mona hanya sediakan ramuan untuk minuman tersebut. Itu syaratnya. Tak apa. Adam pergi kedai depan villa ni dan beli.” suamiku akur dan mula bergerak. Aku sempat memberi isyarat kepada suamiku untuk ikut bersama tetapi suamiku tidak menghiraukan aku.

Pelik. Takkan ada kedai runcit dekat tempat macam ni. Bisik hatiku. Tetapi aku cuba berfikiran baik. Satu jam berlalu. Suamiku masih belum datang. Che Mona datang dan berkata “Mia naik la bilik dekat atas. Tidur dulu. Nanti Adam dah datang, Che Mona kejutkan. Mungkin dia lambat sebab kedai tu agak jauh”. Aku akur memandangkan aku berasa amat penat. Aku terus masuk ke bilik di tingkat atas. Bilik itu juga sangat mewah seperti hotel 5 bintang. Aku baring di atas tilam lalu tertidur.

Pppangg!! Bunyi hempasan pintu besi mengejutkan aku dari tidur. Sebaik sahaja aku membuka mataku, aku terkejut. Aku kini berada di satu bilik kurungan. Bilik tersebut tidak ada beza dengan penjara. Di celah2 jaringan pintu besi dapat ku lihat penghuni lain di bilik kurungan berhadapan denganku iaitu seorang wanita. Wanita itu tidak henti menangis. “abang..tolong ina” tangisnya.

Tiba2 kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri bilik kurungan yg aku agak terletak di bawah tanah ini. Pintu2 bilik kurungan dibuka dan semua penghuni bilik kurungan tersebut yg semuanya wanita berlari ke ruang tengah untuk cuba melarikan diri. Che Mona masuk ke bilik kurungan itu dengan senyuman yang sangat sinis. Semua penghuni bilik kurungan senyap. “Mulai hari ni kau semua akan tinggal disini sampai bila-bila. Kau semua takkan boleh keluar dari tempat ini sampai m**i. Jadi tak perlu cuba larikan diri.” kata Che Mona. “Hanya satu cara untuk larikan diri. Kamu kena b*nuh penghuni lain dan apabila kamu seorang sahaja yang hidup, aku akan bebaskan kamu”. Sambung Che Mona. Salah seorang wanita berkata “jangan main-main Che Mona. Suami saya mana. Che Mona kata nak kejut saya bila suami saya datang”. Che Mona senyum sinis dan berkata “suami kau semua dah mampus” lalu Che Mona keluar dari bilik kurungan tersebut.

Wanita-wanita di dalam bilik kurungan itu hanya mampu menangis berharap mereka dapat keluar dari bilik ini dan berjumpa suami mereka. Aku hanya berdiam. Aku masih bingung dengan apa yang terjadi. Aku cuma berharap suamiku masih diluar sana cuba untuk mencari dan menyelamatkan ku. Aku yakin suamiku takkan membiarkan aku keseorangan dalam ketakutan.

Tiba-tiba kedengaran beberapa wanita menjerit dengan kuat. Rupanya Ina, salah seorang wanita di situ telah bertindak menikam 3 wanita lain dengan gunting yang dijumpai di bilik kurungan itu. “Aku nak hidup! Jadi kau semua kena mampus!!” jerit Ina dan terus berlari ke arah mangsa seterusnya. Suasana di bilik itu menjadi kelam kabut. Aku dan beberapa wanita cuba untuk menghalang Ina dari menikam wanita lain. Setelah beberapa lama di pegang, Ina menjadi semakin lemah. Kini 3 wanita telah m**i terb*nuh dan hanya 4 wanita yang tinggal termasuk aku. Aku mengajak wanita-wanita lain iaitu Ina, Zara dan Anis untuk meronda sekeliling bilik kurungan ini dan cari pintu atau tingkap yang boleh dibuka untuk melarikan diri.

Ina tidak mahu mengikut aku, Zara dan Anis untuk mencari jalan keluar. Belum sempat kami memujuknya untuk ikut bersama, Ina mengambil gunting dan menikam dirinya sendiri berkali kali sehingga tubuhnya tidak bergerak lagi. Zara dan Anis terkejut dengan apa yang terjadi dan tidak mampu bergerak akibat terlalu takut. “Kalau kita tak buat apa-apa, mungkin kita akan jadi macam mereka. Kita kena gerak sekarang.” Kataku kepada mereka. Kami segera memeriksa sekeliling bilik itu untuk mencari pintu atau tingkap yang boleh dibuka. Tetapi kesemuanya berkunci. Tiba-tiba Zara memanggil Anis dan aku untuk datang kepadanya. Zara telah jumpa satu tingkap kecil yang tidak berpagar. “Aku dah pecahkan cermin tingkap ni. Tingkap ni takda pagar macam tingkap lain. Kita kena keluar sekarang.” kata Zara. Aku membantu Zara dan Anis untuk memanjat kerusi yang ada dan perlahan-perlahan keluar dari tingkap tersebut. Akhir sekali, aku keluar dari tingkap tersebut.

Kami bertiga buntu. Villa tersebut dikelilingi hutan tebal. “Macam mana kita nak balik. Anis tak tau jalan. Anis takut nk masuk hutan” tangis Anis. “Kita kena cari jalan keluar jugak Anis. Kalau tak kita akan dikurung balik” kataku. Aku menyuruh mereka ikut dibelakangku. Memandangkan aku selalu menyertai kem-kem di dalam hutan, aku serba sedikit mahir untuk masuk ke hutan. Aku membawa mereka lari mengikut hutan belakang villa. Malam itu sangat gelap dan kami tidak mempunyai lampu suluh atau handphone. Kami saling berpegangan tangan dan terus berjalan mencari jalan keluar.

Tiba-tiba kedengaran Zara menjerit dengan kuat. Dalam samar-samar cahaya bulan, aku dan Anis dapat lihat tubuh Zara telah terbaring dan dipenuhi d***h. Dibelakangnya ada Che Mona yang memegang sebilah kapak sambil tersenyum ngeri kepada kami. Aku dan Anis terus lari untuk menyelamatkan diri. Kami tidak lagi berpegangan tangan. Aku berlari selaju yang ku mampu tanpa berhenti. Aku tidak tahu dari mana aku dapat tenaga yg begitu banyak untuk berlari berterusan. Aku berhenti apabila aku terasa sangat penat. Aku toleh kebelakang. Anis tidak ada bersamaku. Mungkin kami terpisah semasa berlari. Aku berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari Anis. Aku terus berjalan dan tiba-tiba aku berada di satu jalan raya yang sibuk. Aku toleh kebelakang tetapi tidak ada hutan dibelakangku. Aku bingung. Dalam keadaan lemah aku meminta pertolongan dari orang awam.

Aku terjaga. Aku kini berada di hospital. Seorang doktor wanita datang menghampiriku. Dia memeriksa degupan jantungku dan mataku. Setelah dia yakin aku dalam keadaan yang baik dia memanggil dua anggota polis untuk berjumpa dengan ku. Seorang anggota polis wanita berkata “Saya Inspektor Aisyah. Boleh saya tanya sikit soalan?” “Boleh” jawabku. “Boleh awak bagi tau kami awak berada di mana sebelum ni?”. Tanyanya.

“Saya dari Villa Che Mona. Che Mona cuba nak b*nuh saya. Dia kurung saya bawah tanah. Cik tolong pegi tangkap dia. Ada banyak lagi mayat perempuan dalam villa dia. Selamatkan suami saya cik. Dia ada kat sana lagi.” kataku. Dua anggota polis tersebut memandang sesama sendiri. Inspektor Aisyah berkata “Tenang puan. Cuba puan jelaskan betul-betul kepada kami. Puan pegi mana? Puan dah hilang lima bulan. Suami puan datang buat laporan kepada kami lima bulan lepas. Dia kata dia bawak puan honeymoon tetapi tiba-tiba puan hilang keesokan paginya.” Aku terdiam. Aku serabut. Apa yang mereka katakan ni. Aku baru sesat di villa semalam. Aku terus bangun dari katil dan berlari laju untuk keluar dari hospital. Aku menahan sebuah teksi di hadapan hospital dan meminta pemandunya membawaku pulang kerumahku. Dapat kulihat inspektor Aisyah cuba mengejarku tapi aku lagi pantas.

Sesampainya aku di rumahku. Aku turun dari teksi dan masuk ke rumahku. Pagar dan pintu tidak berkunci. Aku terkejut. Aku nampak suami ku sedang membelai perut Mawar yang besar. Mungkin Mawar mengandung. Tetapi mengapa mereka berdua duaan di dalam rumah kami. “Adamm!!” jeritku. Mereka berdua terkejut. “Sa saa ssa yangg ? Macam mana u hidup lagi?” tanya suamiku dalam ketakutan. “Kenapa?? Kalau aku dah mampus kau boleh berdua dengan si Mawar ni ke dalam rumah??” marahku. Suamiku terdiam lama lalu berkata dengan perlahan “Kami dah berkahwin… Mawar mengandung anak i..”. Luluh jantungku mendengar apa yang dikatakan suamiku. Aku risaukan dia dan bimbang ada perkara buruk terjadi kepadanya. Rupa rupanya suamiku bergembira dengan prempuan lain. “Apa sebenarnya dah terjadi?” tanyaku. Belum sempat mereka membuat penjelasan, aku ditarik Inspektor Aisyah. Anggota polis yang lain membawa ku semula ke hospital.

Sebulan kemudian..

Sudah sebulan aku dimasukkan ke wad psikiatri di Tanjung Rambutan. Mereka kata aku gila. Tidak ada seorang pun yang percaya ceritaku tentang Villa Che Mona termasuk keluargaku. Mereka langsung tidak menjengukku kerana malu dengan keadaanku. Tiba-tiba ada jururawat memanggilku untuk keluar kerana ada pelawat ingin berjumpaku. Aku berjalan ke ruang lawatan. Di hadapanku ada Mawar. Dia hanya senyum sinis kepadaku. Hanya aku dan Mawar sahaja berada di ruang lawatan itu. Aku duduk dihadapannya. “Kesiannya kau.” kata Mawar sambil ketawa. Aku hanya diam. Malas melayan Mawar. “Kau mesti nak tau apa sebenarnya jadi kat kau kan.

Okay. Biar aku cerita. Mesti cerita ni buat kau betul-betul gila. Hahahah” sambung Mawar. Aku memandang Mawar tajam. Sejujurnya aku sudah lama ingin tau apa yang terjadi kepadaku. Mawar berhenti ketawa dan mula bercerita “Kau tau tak sebelum Adam kahwin dengan kau, dia dah 5 tahun bercinta dengan aku. Hancur hati aku bila keluarga Adam jodohkan dia dengan kau hanya sebab keluarga kau kaya. Sebab kau, aku derita. Tapi sehari sebelum Adam berkahwin dengan kau, dia ada buat satu janji dengan aku. Dia janji yang dia takkan ada anak dengan kau dan akan tinggalkan kau bila masa yang sesuai tiba. Kau tau kenapa kau tak pernah dapat anak? Sebab aku dan Adam pergi jumpa bomoh untuk tutup kesuburan kau. Mesti kau ingat Adam sedih tak dapat anak. Tapi sebenarnya dia yang buat kau tak dapat anak.” Mawar ketawa dengan kuat. Aku terdiam. Masih tak percaya dengan apa yang aku dengar.

Mawar menyambung “Mesti kau nak tau apa jadi dekat kau masa kau pergi Villa Che Mona kan. So, bomoh yang kami jumpa untuk tutup kesuburan kau iaitu Pak Din cadangkan agar Adam bawak kau pergi jumpa Che Mona. Aku pura-pura jadi jiran baru kau dan cadangkan kau pergi jumpa Che Mona untuk dapatkan anak. Che Mona tu ialah bomoh perempuan yang kuat dekat sini. Dia selalu kurung wanita-wanita dan guna mayat mereka untuk buat minyak dagu, sihir dan macam-macam lagi. Cik Mona sangat mengalukan kehadiran wanita ke rumahnya. Ramai suami-suami yang hantar isteri mereka kepada Che Mona sebab mereka nak kahwin lain. Jadi lepas dicadangkan Pak Din, kami terus contact Che Mona. Sebenarnya rumah Che Mona dekat tepi jalan je. Tapi dia gunakan ilmu hitam dia untuk kelirukan kau dan wanita lain supaya korang nampak jalan ke rumahnya suram dan penuh dengan hutan.

Dia jugak buat kau rasa kau hilang sekejap je sedangkan kau dah lima bulan tak balik. Lepas Adam hantar kau kepada Che Mona, Adam balik dan bagitau semua yang kau dah hilang. Sebulan lepas tu kami kahwin.” “Kau perempuan tak gunaaa!!!” jeritku sekuat hati. “Kenapa kau buat aku macam ni! Bagi tau semua apa yang kau dan Adam dah buat. Bagi tau semua orang!!! Aku tak gila!! Aku tak gila!!” Marahku. Mawar pura-pura takut dan jerit meminta tolong. Sekumpulan nurse memegangku dan memasukkan aku ke dalam wad. Aku menjerit minta dilepaskan. Kemudian Doktor datang dan menyuntikkan ubat tidur kepadaku. Aku berasa pening dan lemah. Sebelum aku memejamkan mataku, aku dapat lihat Mawar tersenyum sinis terhadapku dan berlalu pergi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

33 thoughts on “Villa Che Mona”

  1. Cheq rasa mcm tergantung jea cerita ni..yg lain2 dah m**i kena tikam gunting bagai kat villa tu suami depa tak cari ka?
    Anyway..cerita yg menghiburkan.

    Reply
    • Awatnya nak cari lagi? Suami depa pakat pi hanta kat rumah Che Mona Sebab suami depa nak kawin ngan tino lain πŸ€­πŸ˜‚

      Reply
    • Kan dh tulis tu kalau nk kawen lain laki diorang hntr diorang kat Che Mona tu…dh kawen lain mmg tk la die nk pi cari bini lame πŸ€•

      Reply
  2. rasanya mawar dah bercerai pas beranak dan berkahwin dgn pak din lps kena minyak dagu pak din. Adam lak sejak jd duda selalu p lepak villa mona dan selalu mengadu kesunyian kat mona sbb anak pun si mawar xbg tengok sejak bercerai. Mona lak sbb dah xsanggup dijadikan tempat mengadu terus menjadikan adam sebagai suaminya dan hidup bersama2 di dalam villanya yg serba mewah gitu.

    si ‘aku’ masih lagi kat wad gila dan giat ngan plan cara nak kuar dr wad gila setelah berjaya dgn plan kuar dr villa mona.

    nntkan villa mona part 2 apabila si ‘aku’ telah berjaya kuar dr wad gila dan memburu mawar, adam, mona dan pak din. jeng3

    Reply
  3. Awatnya nak cari lagi? Suami depa pakat pi hanta kat rumah Che Mona Sebab suami depa nak kawin ngan tino lain πŸ€­πŸ˜‚

    Reply
  4. crita mawar ni btl ke x
    tak. klu btl takkan org gile blh antar crita kat sni..sedangkan hpon pon xde..pelik..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Reply
  5. menyampah betul yg sibuk persoalkan cerita tipu ke betul. dah nama website pun FIKSYEN shasha. kecoh nak mampus korang ni. baca je la. tak suka fiksyen skip lah. dari awal pun dah boleh detect kot.

    biarla org nak reka fiksyen pun. cuba bakat menulis. at least cerita dia senang faham. yg tulis cerita betul pun kadang serabut pening dgn bahasa/ejaan mcm org tak sekolah and jalan cerita kelam kabut.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.