Wad, Uncle dan Penanggal.

WAD, UNCLE DAN P3N4NGG4L…

OKAY kali ni kisah aku dua tiga tahun sudah. Masa ni aku kena jaga mak aku di dalam wad. Mak aku ni pesakit d***h tinggi. So, d***h tinggi dia naik dan hampir-hampir nak kena strok.

Nak dua minggu jugalah aku cuti kerja tanpa gaji. Boss tak nak bagi aku ambil cuti tahunan lebih. Apa nak buat, makan gaji.

Tiga hari aku jadi pemastautin wad hospital ni, memang tiada apa-apa yang berlaku.

Gomen atau tak, maaf aku tak boleh bagitahu nanti kata apa pula. Hal ni pun, aku yang alaminya dan juga mak.

Masuk hari kelima. Masa ini, aku turun nak ke mart dengan kafe cari makanan dan juga buah untuk mak. Aku turun waktu malam. Nak kata awal tak awal. Nak kata lewat sangat pun taklah juga.

Jalan nak ke kafe. Aku seringkali ikut jalan nak ke taman belakang. Ada satu lorong kecil, kiranya lorong ini boleh ke taman mini belakang hospital dan juga ke kafe. Hospital kan ada banyak jalan, nak ke sana dan sini.

Tak tahulah pula area korang macamana kan?

Kiranya lorong ni short cut lah walau ia jalan belakang dan tak ramai sangat orang nak lalu.

Keluar saja dari pintu depan, aku terus masuk jalan ni.

Ikutkan nak ke kafe, memang ada beberapa jalan. Kawasan luaskan. Ikutlah mana yang rasa dekat atau nak lalu. Tak mahu sunyi, ikutlah depan.

Nak jalan pintas atau nak cepat ikut jalan nilah, jalan tikus. Pusinglah mana-mana pun tetap akan jumpa jugak kafe.

Malam-malam lain, suasana lorong yang aku suka lalu tu, tak sesepi satu malam ni. Ada saja pelawat, pesakit, nurse-nurse lalu-lalang. So, tak adalah rasa takut sangat.

Malam tersebut, yang aku kata sepi tu. Ketika aku melalui satu bangku batu putih memanjang yang agak jarang ada orang nak duduk kalau malam, malam tersebut ada pula orang. Uncle tua, berbangsa cina.

Aku pun berjalanlah seperti biasa. Tak rasa apa-apa pun cuma sejuk angin agak kuat. Mata aku, memang memandang ke arah uncle yang duduk di kerusi semasa aku menapak di lorong sepi itu.

Uncle itu macam ada sakit kulit kronik. Dia sekadar memakai singlet pagoda dan berseluar tiga suku. Paras lutut. Boleh dikata separuh kulit tangan dan juga kaki dia terseliat. Kudis apa tak tahulah. Tapi memang lebih kronik dari eczema.

Aku tak menegur. Cuma rasa kasihan. Kenapa dia duduk di laluan sepi tanpa ada sesiapa kecuali aku ni, seorang diri. Muka dia, di pandangan mataku terlihat agak sedih.

Mula-mula uncle tu tak bereaksi apa-apa sehinggalah tiba-tiba, dia memegang dadanya dalam keadaan tercungap-cungap.

Langkahku terhenti. Aku mulai rasa curiga dan cuak. Takkan nak biarkan pula walau dalam masa sama, aku dah lapar.

Uncle tu tergawang-gawang tangan padaku seolah-olah inginkan pertolongan. Aku kaku seketika sambil pandang ke depan dan belakang ku.

Tak ada langsung orang atau nurse nak lalu pada malam itu. Aku tengok keadaan uncle tu sudah lain macam sangat. Macam nak putus ny4w4.

Aku tak berlengah terus berlari ke laluan asal yang aku perasan ada seorang Pak Guard, nak bagitahu pada dia tentang uncle ni.

Aku yakin, uncle ni perlukan bantuan kecemasan!

Aku berlari tanpa pandang kiri kananku. Setibanya aku di laluan asal yang aku tiba, setelah turun tangga dari tingkat wad perempuan sekejapan tadi. Aku terus mencari Pak Guard tersebut.

“Pak Guard! Pak Guard! Kejap!” Aku menjerit pada masa itu dalam keadaan termengah-mengah dan jantung aku laju seperti tarchychardia.

“Pak Guard jom ikut saya. Ada uncle ni sakit di lorong belakang. Saya actually nak ke kafe. Selalu lalu, dia takde.”

Macam itulah aku berkata, tersemput-semput. Dengan perut bergendang lagi. Pak Guard tu pun tanpa mahu berlengah lagi terus saja berlari bersama aku ke lorong yang aku nyatakan itu.

Waktu itu, jam dah masuk pukul berapa pun aku tak sempat nak tengok. Cuak punya pasal!

Bila kami tiba dalam keadaan berpeluh-peluh. Pak Guard tu pun menyeka dahinya. Dia memandang ke arah ku, terangkat-angkat keningnya.

Aku terus melilaukan pandangan termasuklah tepi dinding beberapa kubikel unit-unit rawatan. Cuma yang paling hujung tu saja aku tak tengok dengan teliti sebab jauh dan gelap.

“Mana dik, uncle tu? Takkan boleh bangun pula dah kalau adik kata tadi dah nyawa-nyawa ikan. Sesak nafas? Sepatutnya dah pengsan. Uncle kan? Tua kan?” Pak Guard menyoal lalu mengangkat tangan dan merenung jam di pergelangan tangan.

“Ahah, dia dah tua. Uncle cina. Memang serius dia dekat sini tadi. Semput sangat saya tengok tadi. Tangan dia gamit saya!”

“Kamu nak ke kafe lain kali, tak usah lalu sini bila malam. Ikut depan kalau lapar sangat sekalipun. Kamu tak perasan ke tu…” Tegur Pak Guard seraya membawa muncungnya ke arah bilik hujung yang aku kata gelap tadi.

Aku menggeleng. Pak Guard hanya tersenyum nipis. Dari senyuman tu saja aku dah rasa tersindir walau dalam masa yang sama, blur-blur.

“Gelap kut kan. Mungkin ada yang tak perasan. Tu unit forensik dik… dia mungkin nak minta bantuan kamu kut… tak apalah, malam-malam kan? Aku ni dik, bukannya tak pernah kena. Maklumlah spital kan? Semua ada. Banyak d***h. Ada mayat. Kes teruk-teruk. Kadang tu uri-uri tak ambil pun ada. Kamu nak ke kafe pergi cepat. Aku tunggu sini.”

Lepas saja Pak Guard tu berkata sedemikian, aku pun tak berlengah lagi terus berlari ke kafe. Pak Guard pun menyuluh ke arah gelap dan dia pun terus membuka langkah lajunya.

Kisah kedua ni berlaku pada mak aku. Di malam dia nak dekat discaj. Begini kisahnya…

Pada waktu itu, aku memang dah lena atas bangku. Kalau ada katil kosong, aku tumpang kejap. Kalau takde, aku tidur atas bangku tepi katil mak aku. Tak selesa sebenarnya…

Mak aku bercerita, saat itu dia tidak boleh nak lena. Memang dia memejamkan matanya tapi tetap tak mahu lena.

Ni semuanya terjadi selepas dia terdengar perbualan opah sebelah belakang aku di katilnya.

Mak aku cakap, opah tu bersembang seorang diri. Mak aku terbuka matanya saat dia terdengar namun dia pejamkan semula matanya pabila melihat opah itu bersembang seorang diri.

Mak aku cakap, opah tu dok panggil si lawan bicaranya itu sebagai abang. Mungkin suaminya kut…

Opah ni baru saja admit nya. Katil dia terletak belakang bangku aku. Aku memang ada dengar anak-anaknya bersembang sebelah petang tu, nak masukkan opah tu ke wad pertama tapi time tu tak ada kekosongan.

Opah ni kurus sangat. Dadanya sangat leper dan nampak rangka. Opah ni berbaju kurung Kedah pada hari mula dia masuk sebelum ditukarkan dengan seragam wad.

Mata opah ni pun creepy lah juga. Aku pernah bersembang dengan opah ni bila anak yang menjaga katil dia itu turun ke bawah. Masa ni pula, mak aku pun tidur.

Ramah opah ni. Tapikan dia adalah cakap sesuatu pada aku. Sesuatu yang buat aku berasa kurang selesa. Aku tak boleh nyatakan. Biar aku saja yang tahu dan mak.

Setelah inilah, malam yang aku sebut di atas mak aku terkena gangguan. Walau tak sadis sangat tapi mak aku kata seriau juga.

Masa ini, mak aku berada dalam tidur-tidur ayam dan mata dia pula di antara celik dengan tak. Mungkin bukaan mata kecil kut…

Pada saat itulah, mak aku nampak ada sesuatu masuk dari tingkap koridor. Sesuatu yang mak pasti sebagai pen4ngg4l.

Masa ini keadaan mata mak aku macam tadi. Celik tak celik. Pejam tak pejam.

Mak aku cakap benda tu, mengelilingi beberapa buah katil termasuklah katil mak aku. Bila tiba di hujung katil, mak aku kata dia dapat rasa rambut benda tu senerih tapak kaki mak aku.

Tak mungkin ada orang. Nurse pun masuk untuk check blood pressure pesakit pun bukan tengah-tengah malam. Atau 2, 3 pagi.

Bukan juga masa pelawat kalau nak kata itu pelawat cari katil. Benda tu tak menganggu. Dia melintasi saja. Cuma yelah, mak aku agak terkejut.

Dulu-dulu benda ni aku selalu nampak di rumah sewa zaman kanak-kanak je. Situ memang ada bidan.

Memang sampai nurse datang nak exchange cadarlah mak tak boleh lena apatah lagi dah terkena macam itu. Masa ini, memasuki lima pagi.

Dah discaj barulah mak aku bukak mulut. Itulah ceritanya . ..

Percaya @tak, terpulang pada budi bicara masing-masing kerana bagi aku setiap manusia sesekali pasti akan merasai pengalaman sebegini…

Bezanya sama ada pengalaman itu sedikit atau banyak sahaja.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Che Senja Merah.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.