Wanita di Pusat Servis Proton

(Gambar sekadar hiasan)

Salam pertemuan semula Admin dan semua pembaca FS yang setia. Nama ku Jansi, pemilik cerita Kandunganku diragut akhirnya, Detik Pengakhiran dan Bisikan Syaitan. Walaupun tak seseram cerita lain namun terima kasih admin kerana sanggup memilih dan publish. Intro lama lama kang bosan pulak , jom ke jalan ceritanya..

Kawasan perumahan kami memang terkenal lah kiranya kerana kewujudan sebuah syarikat pengiklanan yang terkemuka. Nama dirahsiakan ye. Kalau sebut tue tau pulak ko orang. Terdapat bakeri, restoran, tempat beribadah, taman permainan, Pusat Servis Kereta Proton dan macam macam lagi. Terkenal juga kan. Telah menjadi lumrah hidup mak dan aku untuk pergi “walking” setiap hari selepas makan malam. Bukan kami je , akan ada ramai lagi yang walking dengan pasangan atau secara solo. Ye lah duit boleh dicari, kalau kesihatan? Fikir la ye.

Jansi : Mak … jom la pergi jalan jalan
Mak : (saat tue sedang membelek surat khabar tamil) Bagi i baca dulu Jansi
Jansi : Mak nie…janji dengan i nak teman ”walking” kan?
Mak : (surat khabar ditepikan) Aduiii kamu nie.. membebel je cerita kau.
Kalah nenek kat kampung
Jansi : Cucu dengan nenek sama je mak.

Selepas mengunci pintu kami berjalan keluar. Sesiapa yang nampak kami pasti akan tertanya samada kami adik beradik ke atau anak beranak. Muka sama beb. Haha. Kami melepasi rumah ibadat di taman kami. Malam itu cuaca sungguh dingin. Tiupan angin yang boleh tahan sejuknya. Kami berjalan melepasi deretan kedai yang terdapat di sebelah kanan. Tak mau address apa apa kedai yang ada. Nanti panjang pula nak ke jalan cerita. Tetapi antara salah satu kedai di sana adalah kedai keranda. Angin pula sejuk semacam. Aku berpeluk tubuh sambil berjalan disebelah mak. Mak pula buat selamba jalan. Bermacam macam topik menjadi isu kami untuk diperbualkan dari soal kerja hingga lah ke soal jodoh.

Kami berjalan tak menghiraukan keadaan sekeliling. Relax je dan teruskan “walking” kami. Semasa kami melewati Pusat Servis Kereta Proton yang terletak di deretan kedai seberang jalan, tetiba pandangan ku tertumpu pada seorang wanita yang berpakaian baju kurung merah dengan berambut panjang paras bahu berdiri di sana. Papan tanda PUSAT SERVIS PROTON yang bernyala dengan lampu biru suram memisterikan lagi kehadiran wanita terebut. Mata ku tertumpu je pada kelibat wanita tersebut tanpa menyedari mak dah jauh ke depan. Mak pula tak tengok sebelah samaada anaknya ada ke tak. Laju je jalan. Bagai diseru langkah ku berhenti betul betul depan pusat servis itu. Wanita itu kelihatan menunduk ke bawah. Nak mencari ape ye, fikir ku. Tetiba aku mendapati tiupan angin menjadi lebih kencang seolah angin taufan. Aku memandang ke depan untuk melihat mak tetapi kelibat mak tidak kelihatan. Semasa aku menoleh ke arah pusat service itu, wanita tersebut masih disana namun kali ini dirinya seolah memerhatikan aku yang berada di seberang jalan. Ya tuhan…kepala kat sana. Tetapi mana ciri ciri seorang manusia? Aduii muka dia kosong la wei!!!. Meremang bulu roma ku. Aku cuba bergerak dari sana tetapi kaki ku bagaikan melekat kat tanah. Berat nak melangkah!. Angin semakin kencang. Aku cuba mengerakkan kaki ku namun segala usaha ku gagal. Saat itu aku menjeritkan nama Yang Maha Esa (maaf tidak dapat sebut secara terperinci). Kaki ku menjadi ringan dan berupaya bergerak. Tiupan angin yang kencang tadi tetiba berhenti macam tue je. Aku memerhatikan sekeliling, normal je. Aku berkeputusan menjejak mak yang telah jauh ke depan. Actually tak jauh sangat untuk buat satu round. Begitu pasti mak masih belum sampai rumah. Semasa aku nak melangkah tetiba terdengar suara perempuan dari pusat servis itu.

Suara : aaadiiikkk…sini..aadiikkk kenapa laariii (tone suara yang sungguh halus tapi seram beb)

Suara itu diikuti dengan ketawa menghilai..Aku tidak menghiraukan apa apa. Tetapi tidak jadi untuk menjejak mak. I berpatah balik. Aku membacakan mantera perlindungan sehingga ke rumah. Namun ketawa menghilainya kedengaran sampai ke kawasan perumahan kami. Terkejut aku bila mendapati mak dah sampai dulu. Aku bertanya

Jansi : Dah lama mak sampai?
Mak : 15 minit. Harapkan Jansi ? Tentu mak tak sampai
Jansi : Maaf ya mak…
Mak : Dah dah pergi buka pintu
Jansi : Mak.. tapi
Mak : Cuci kaki dulu sebelum masuk rumah .
Jansi : Mak?? (terbeliak mata ku memandang mak)
Mak : Kita masuk dulu .

Dalam rumah , berikut merupakan perbualan antara aku dan mak

Mak : Semasa kita melewati Pusat Servis tue mak dah perasaan ada orang kat sana.
Tetapi mak buat tak heran. Sebab tue mak tak berhentikan perbualan tadi dengan harapan
anak mak nie tak kan pandang sana

Jansi : Entah la mak..tetiba je kan.. Tapi mak tak datang cari Jansi ke?
Mak : Mak datang 2 kali round tapi tak nampak kamu kat sana

Aku diam seketika. Mak tak nampak aku? Aku kat sana je. Apakah permainan nie semua. Tapikan selepas kejadian itu kami tak berani nak pergi “walking” lagi. Cukuplah …

-tamat-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jansi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

30 thoughts on “Wanita di Pusat Servis Proton”

  1. Hi salam sejahtera Jansi.. baru hari ni i ada masa baca fs melalui email..lama dah i nk tau. Sebelum tu, sorry tau.. i bkn racis tp curious.. klu org india atau cina, dia akan nmpk hantu2 melayu ke? Contoh pontianak, pocong, langsuir.. sbb u kata petempuan tu berbaju kebaya merah.. so i anggap hantu melayu lah tu.. haha.. sorry.. tanya je tau.. hope u bagi jawapan.. kalau tak nanti i tertanya2 sampai bila2..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.