ASSALAMUALAIKUM kepada semua penggemar fiksyen shasha . Maaf jika cerita yang aku kongsikan ni agak pendek dan mungkin bagi korang tidaklah seseram mana seperti cerita yang lain.
Cerita yang aku nak kongsikan ni ialah kisah benar yang berlaku baru baru ini.
Aku seorang yang suka tidur lewat malam . Sebenarnya aku cuba ubah tabiat tersebut tapi tetap tak boleh . Dan kalau aku berjaya tidur awal pun , aku tetap akan terjaga pada tengah malam buta . Dan akan susah untuk tidur semula . Pendek kata “insomnia” . Terus ke penceritan…
Pada waktu malam jumaat (hari khamis) . Aku tidur pada pukul 2 pagi . Masa tu aku tidur berseorangan sebab adik aku belum masuk bilik lagi . Dia masih lagi di ruang tamu tengah study .
Masa aku tengah nyenyak tidur , aku dapat suatu mimpi , yang mana ada seorang wanita menggendong bayi berjalan ke sana sini sambil memegang beg baju . (Macam lari dari rumah) .
Dan dia tiba tiba tinggalkan beg tersebut dan terus berlalu pergi . Aku pun dengan senangnya cuba check beg tu . Tapi tiada apa yang pelik . Cuma ada pampers bayi , baju , seluar dan lain lain lagi.
Sejurus selepas mimpi tu tamat , tiba tiba aku rasa ada seseorang tengah pegang lutut aku dengan lemah lembutnya . Dia pegang dan terus himpit ke dinding . Tangan kiri aku pula dia pegang kuat-kuat .Yang boleh bergerak hanya tangan kanan sahaja . Masa tu aku memang dah terjaga . Mulanya aku fikir adik aku , tapi bila aku tengok sebelah dia tengah nyenyak tidur .
Kebetulan muka aku ditutup bantal jadi , aku tak nampak siapa/apa yang ada dekat depan aku ketika itu .
Lama jugak dia pegang , mulanya aku biarkan je selagi dia tak bahayakan nyawa aku . Dalam hati masih membaca apa yang patut tapi bila dah lama sangat aku jadi bosan/marah .
Dari elok membaca jadi memaki hamun . Sempat lagi tangan kanan aku tunjuk jari tengah (middle finger)
Padahal tak nampak pun siapa .
Tak lama lepas tu dia lepaskan perlahan-perlahan. Masa dia lepaskan tu aku cuba curi-curi tengok.
Ya ada , dia betul-betul depan katil aku . Seorang wanita , badan dia sama seperti manusia biasa , pakai baju kurung putih , pakai tudung.
Muka dia pun macam manusia biasa , tak lah seram yang macam kat dalam filem tu . Tapi disebabkan bilik tu gelap , muka dia jadi samar-samar je .
Sejujurnya aku tak menjerit . Cuma rasa terkejut sebab kiteorang bertentang mata agak lama . Aku cuma nak camkan kot kot la kenal .
Ya , dia lah wanita yang aku mimpikan tadi .
Dia senyum kat aku . Dan masa tu aku dah rasa seram gila . Sebab aku baru sedar yang tu bukan manusia 🙂 .
Aku terus tutup muka , takkanlah nak balas senyuman balik kan?Dan aku cuba untuk tidur semula .
Aku cuba tengok balik buat kali kedua tapi dia dah takde kat situ . Aku hairan , kenapa dia kacau aku ? Apa dia nak?
Sejak dari kejadian tu , Aku akan tidur awal , walaupun terjaga pada malam buta . Tapi macam mana pun aku tetap akan berusaha untuk tidur . Sebab tak nak benda tu cuba menganggu lagi..
-T A M A T-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit