Warden Pun Kena

Assalamualaikum. Ini kali pertama aku berkongsi kisah seram setelah beberapa tahun aku mengikuti kisah di FS 💓

Aku minta maaf kalau cerita ni tak seram hehe okay kisahnya bermula pada tahun 2016, waktu ni aku student diploma semester 3. Di hostel selepas maghrib ada ceramah dan imam muda jemputan, waktu ini aku tak pergi sebab aku teman kawan aku atas urusan kerja.

Pada petang itu, dari class aku terus teman kawan aku tanpa singgah hostel. Kawan aku pulak duduk luar hostel dan dia memang bawak kereta sendiri untuk ke class. Jadi selepas habis urusan dalam pukul 8pm dia terus hantar aku ke hostel. Okay masa aku nak masuk rumah (hostel aku ni jenis rumah flat so memang 10 orang satu rumah), ada sorang housemate aku nama dia siti, siti masani tengah baring main phone kat ruang depan tepi sliding door. Aku tanya siti

“Siti tak turun gi ceramah ke?”
“Kita malas lah kak sebab baru balik”

Aku pun okay je. Aku terus masuk bilik tapi aku rasa tak sedap hati sangat. Pastu aku keluar untuk bersihkan badan, aku cakap kat siti lagi

“Siti jangan pergi dapur tau sebab akak nak mandi tapi tak tutup pintu rapat”
“Hahaha akak dah kenapa?”
“Akak rasa tak sedap hati”
“Okay kak”

Lepas habis mandi, aku baring sambil main phone, sedar sedar je aku terlelap. Dalam 10 minit aku tersedar balik sebab dengar bunyi suara orang, aku bukak je mata nampak siti tengah baring menghadap aku sambil main phone kat katil sebelah. Terkejut gila aku. Pastu dia tegur

“Kak, saya rasa pun tak sedap hati sebab saya dengar macam orang main ketuk sliding door, tu sebab saya terus masuk bilik akak. Saya tengok aku dah lena”

Aku pun sebab penat. Aku biarkan jela. Dalam beberapa minit lepastu aku dengar housemate aku balik dari ceramah tu, aku lega aku terus tidur hehehe. TAPI aku ni tidur jenis kalau bunyi sikit, aku akan sedar tau. Tengah sedap tidur, aku tersedar lagi sebab sorang roomate aku ni nama dia isya, aku dengar dia tengah sedut hingus ala macam orang menangis tu kan so aku bukak la mata sikit, aku nampak dia tengah study kat tepi kaki aku

“Isya menangis ke?”
“Takla kak”

Okay sambung tidur balik hahahah. Banyak betul gangguan bila aku tengah penat ni haish. A few minutes later, isya datang tepi aku dia kejut aku weh. Dia kata

“Akak, boleh tak isya tidur sebelah akak sebab isya rasa takut lah sangat”

Disebabkan banyak gangguan dan penat dan aku perlukan keselesaan. Aku ter’marah’ dia tanpa sedar. Aku kata

“Ish! Taknakla! akak penat la nak tidur” terus aku tidur. Weh bayangkanlah badan aku da la agak chubby pastu nak kene kongsi katil single dengan dia. Tak mau aku! Isya pun senyap

Beberapa jam lepastu mira owner katil sebelah aku kejutkan aku. Geram pulak aku sebab orang kacau tidur aku ni, dah la penat pergi class hahaha eh over pulak aku

“Weh bangun bangun! Isya kene histeria” Oh Mak aiiii, terus terbangun aku weh. Aku rasa baru tadi isya cakap ngan aku. Aku bangun aku nampak isya terbaring depan pintu bilik aku, dia kaku. Nampak macam isya tengah tidur tapi sebenarnya tak! Aku terus pakai telekung. Housemate aku yang lain angkat dia letak atas tilam ruang depan, nasib baik hantu ni tak melawan.

Masani abang akak senior semua dah sampai. Aku ni dikira takut jugak la tapi sebab before ni dah tengok tiga kali orang histeria so kalini boleh rilek sikit huhu. Okay abang senior ni pandai mengubat orang, setahu aku dia anak buah arwah ustaz harundin.

‘Benda’ ni jenis diam, tak bergerak, dorang kata jenis bisu. Isya masani dia genggam je jari dia taknak bukak tak tahu kenapa, kalau orang nak bukak dia tepis kasar. Mata pun dia tak bukak tau. Sejam lebih macam tu jin ni tak keluar lagi, abang tu amik lada hitam, bukak jari dia then letak lada hitam dekat tapak tangan. Baru lah dia menjerit “sakitlah bodo!! Aku kata sakit la bodoh!!” lepastu boleh pulak dia meniarapkan badan dia. Seram! Abang abang senior pusingkan dia balik then terpaksa abang senior himpap kat kaki and kat peha dia sebab terlalu kuat benda ni.

Alhamdulillah. Selesai. Isya terus sedar dan dia terus tanya “apasal kaki kita sakit sangat ni” hahahaha kiteorang semua gelak sebab dua abang senior duduk atas dia. Isya terus call mak dia suruh amik malam tu juga, nasib rumah isya tak jauh mana. Pukul 2pagi mak isya sampai, kami semua hantar dia turun bawah.

Ingat naik atas boleh rehat. Tapi akak dan abang senior tadi panggil waktu kami semua nak naik. Rupanya warden kene histeria, jadi kami satu housemate kene duduk kat rumah warden. Warden kene lagi teruk, tangan dia berkudis hitam. Jenuh abang abang senior nak ubatkan warden. Dari pukul 2 pagi, macam macam drama jin ni buat. Finally pukul 4pagi settle, jin siap masuk islam lagi. Nama dia Aishah tau hahaha.

Abang akak senior suruh kiteorang tidur rumah warden. Mak ai sumpah aku merayu taknak sebab takut. Tapi abang akak tu kata takda apa, kalau ada apa apa call je. Sebab esok akak abang ada quiz, kesian pulak. Then warden tu kata “korang nak makan apa apa kat dapur tu makan la. Tadi aunty ada masak” uish housemate aku yang lain bantai masak maggi.

Lepastu warden bukak cerita pagi tu. Dia kata sebenarnya dua hari lepas dia dapat mimpi macam ada benda bagi warning jangan kacau tempat dia. Belakang asrama kami memang banyak semak, ada pokok pisang. Haritu ada buat gotong royong, memang budak lelaki tebang semua pokok mungkin sebabtu dia serang balik. Jadi lepas gotong royong, warden ni dapat mimpi then tangan dia start hitam dan berkudis. Dia demam tak larat bangun.

Macam mana boleh warden kene histeria? Okay macam ni. Warden kata pukul 9malam dia dapat call dari student yang ting 2 ada budak kene histeria, dia pergi. Dah elok tu ting 3 pulak kene histeria. Tapi warden tak pergi sebab dia rasa tak sedap badan. Dia ajak guard perempuan teman dia kat rumah untuk makan sebab dia da siap masak. Cerita dari guard, warden tiba tiba menjerit panas jadi berlaku la histeria lepas isya kene tu.

Macam mana isya boleh kene histeria? Okay macam ni, masa housemate aku baru balik dari ceramah. Dorang dapat makanan, balik tu dorang makan ramai ramai kat ruang depan berdekatan sliding door. Tengah dorang borak borak, isya dengan wan dengar orang menangis plus mengilai tepi sliding door. Mula mula dorang buat tak tahu je, tapi bila semua housemate kat situ dengar, dorang semua lari ke tepi. Start situ isya takut, dia masuk bilik then dia acah study tepi kaki aku sebab dia nak hilangkan rasa takut tu tapi dia kata dia still dengar orang bercakap tepi telinga. Tu yang dia kejut aku nak tidur tepi aku, tapi aku tak kasi hahaha. Maaf isya! Housemate yang lain kata tiba tiba isya baring depan pintu bilik dan tak sedar.

Begitu la ceritanya! Maaf kalau tak seram dan jalan cerita tak bagus.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Adda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

6 thoughts on “Warden Pun Kena”

  1. Seram / Tak ( 2 marks ) = 1
    Gaya Bahasa ( 2 marks ) = 0
    Penyampaian ( 2 marks ) = 1
    Real / Fake ( 2 marks ) = 1
    Whole story ( 2 marks ) = 1
    Comment : Cerita dah ok, tapi tunggang Langgang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.