WARIS LAILA

WARIS LAILA

WARIS LAILA adalah sambungan kepada DENDAM LAILA. Link disediakan di bawah.
https://fiksyenshasha.com/dendam-laila/

“Abanggg!!!” Farouk tersentak, lalu segera bingkas dari pembaringannya. Laila di sisinya kelihatan menahan sakit yang teramat sambil memegang perut. Peluh membasahi seluruh tubuhnya.
“Laila dah nak bersalin abang. Cepat panggil bidan Asmah!” Laila menangis tahan sakit. Perut diusap.

“Tapi Laila belum cukup masanya lagi mahu bersalin.” Farouk gelisah. Dia masih belum bersedia apabila Laila berkata begitu. Namun sejurus dia melihat kain batik Laila sudah mulai basah dia segera bingkas. Perlu panggil bidan Asmah segera, tapi kenapa bukan dibawa ke hospital terdekat sahaja? Teringat dia 2 bulan lepas ketika mereka siap makan malam, Laila berpesan dengan tegas bahawa anak pertama mereka harus dilahirkan dengan bantuan bidan kampung, dia sama sekali tidak mahu ke hospital.

Farouk yang sedia maklum tidak tegas orangnya hanya menurut, baginya jika itu yang dimahukan Laila dia tidak patut membantah.
Farouk memulas minyak motornya supaya lebih laju. Bidan Asmah di belakang menggenggam erat bahu Farouk, takut tersungkur pula dia nanti. Jalan yang dilalui pula tidak diturap dengan sempurna. Namun itu saja laluan paling dekat ke rumahnya, iaitu kira-kira 25 minit pergi dan balik. Mujur sahaja malam itu bulan mengambang penuh, jadi perjalanan mereka lebih mudah. Kurang 40 minit sebelum pukul 12 malam mereka sampai di rumah kediaman Laila dan Farouk.


“Uweekkkkkk… uwekkk…” tepat jam 1.45 malam, malam ke 13 bulan 4 Laila selamat melahirkan bayi perempuan. Farouk menangis kesyukuran, isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Namun disebalik kegembiraan pasangan muda itu, bidan Asmah kehairanan. Laila menolak sama sekali bila dia kata mahu datang kemudian hari untuk mengurut Laila memandangkan perempuan baru bersalin perlu melalui proses pantang yang betul dan dia sebagai bidan selalunya akan diminta berbuat begitu. Malah malam itu, Laila terus mengarahkan segera menghantar dia pulang. Farouk pula, bagai dicucuk tanduk langsung tidak bersoal banyak terus melalukan seperti yang disuruh.


Laila melapah urinya sendiri dengan lahap. Sebetulnya bukan dia yang melapah melainkan belaannya yang telah mengawal tubuhnya. Bayinya di sebelah sedang tidur lena, manakala Farouk pula menghantar bidan Asma pulang. Dia tidak suka orang luar berlama-lama di dalam rumahnya. Risau segala rahsia dan perkara yang berlaku di rumahnya dijaja kepada orang kampung kerana itu dia segera mengarahkan Farouk menghantar orang tua itu pulang. Farouk pula, yang sering diberi makan nasi kangkangnnya sejak awal perkahwinan mereka lagi tidak susah diarah.

Telah terlerai perjanjian antaranya dan syaitan laknatullah. Laila bersetuju akan terus didamping sehingga ke tujuh keturunannya sejak pertama kali dia bertemu dengan belaanya dahulu di satu rumah usang tempat dia hampir m**i terbakar gara-gara perbuatan khianat Hilman dan teman-temannya.

Syaitan yang selalu mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak adam dengan mudah menghasut Laila dengan tipu dayanya. Lantas Laila yang lemah imannya dengan mudah menerima tawaran syaitan durjana itu yang kini menjadi belaannya, sebagai syarat jika dia mahu kecantikan yang abadi. Sebagai balasan, setiap malam purnama pada tarikh ganjil dia harus menyajikan hidangan berupa d***h kepadanya.
Benar sekali, sejak peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu dan perjanjian yang termeterai antara manusia dan syaitan laknatullah itu, hidup Laila berubah sepenuhnya.

Jika dahulu hidupnya sering kesusahan kini dia menjadi orang yang paling kaya di kampung itu. Jika dulu dia sering dihina dan dibuli, kini setiap lenggok kakinya penjadi perhatian dan bualan lelaki-lelaki kurang iman di kampung tersebut. Kampung itu pula adalah tempat tinggal barunya selepas bernikah dengan Farouk. Dan kali ini, sekali lagi Laila terpedaya setelah dia diminta memberikan urinya untuk dijadikan santapan kepada belaannya jika mahu terus cantik dan mendapat kemasyuran duniawi.

“Makcik, kita sudah sampai.” Farouk memperlahankan motornya lalu menahan kaki ke tanah agar bidan Asmah mudah turun dari motornya.
“Nak” Farouk tak jadi memulas minyak apabila bidan Asmah memegang bahunya. Duit upah sudah diberi, mahu apa lagi fikirnya. Namun muka risau bidan Asmah buat dia tertanya-tanya.
“Kenapa makcik?” soal Farouk kehairanan.
“Makcik tahu kamu sayang isteri kamu, tapi jangan biar mata kamu terus terpedaya dengan apa yang kamu lihat. Dekatkan diri dengan Allah, mudahan kamu terus selamat dunia akhirat.”

“Allah?” Farouk tersentap. Sudah lama rasanya dia menjauh dari tuhannya yang satu itu. Timbul rasa gentar di hatinya. ‘Sudah lama aku tidak menyebut nama yang Maha Agung itu’. Setelah hampir setahun lamanya baru kini dia tersedar semula. Lantas fikirannya melayang ke peristiwa beberapa bulan lepas.

Farouk bernyanyi kecil menuju ke kedai Haji Hamzah. Dia mahu membeli sedikit buahan kegemaran Laila. Hatinya gembira bukan kepalang. Apa tidaknya, Laila memaklumkan dia hamil 3 minggu. Di dalam kedai Haji Hamzah kelihatan tuan kedai itu sedang berbual dengan Haji Ibrahim.
Saat dia leka memilih buah epal merah untuk Laila, Haji Ibrahim menegurnya.

“Lama aku tak nampak kamu Farouk. Selalu ada je di surau.” Haji Ibrahim menepuk lembut bahu Farouk, seperti kebiasaan dia bertemu orang lain. Namun kali ini dia tersentak lantas pantas menarik tangannya. Farouk yang perasan juga tak kurang terkejut dengan reaksi lelaki awal 60an itu.
“kenapa ni Haji?” soal Farouk yang turut cemas.

“Kamu berkahwin dengan perempuan itu jugak Farouk?” soal Haji Ibrahim kali ini sedikit tegas. Tahulah dia kini mengapa dia lama tak namak Farouk. Sudah dilarang beberapa kali oleh dia sebelum ini namun Farouk ternyata degil dan hanya menurut hawa nafsu. Sejak kedatangan Laila ke kampung itu Haji Ibrahim sudah tahu ada yang tak kena dengan perempuan itu, malah dia cuba sedaya upaya menasihati Farouk agar menjauhkan diri dari Laila.

“sudah berapa lama kamu tidak solat Farouk? Aku lihat kamu dah tak sama lagi seperti yang aku kenal.” Memang benar apa yang dikatakan Haji Ibrahim itu, sejak dia bernikah dengan Laila dia tidak lagi menunaikan tanggujawabnya yang satu itu, malah dia seakan langsung tidak kisah dan dia tidak tahu mengapa semua itu terjadi pada dia sedangkan dia bukan jenis yang suka meninggalkn solat. Malah di rumah Laila melarang sama sekali dia solat ketika di awal perkahwinan mereka.

Farouk mendengus. ‘Orang tua ini memang suka mengganggu urusan aku!’ Farouk melanggar bahu Haji Ibrahim. ‘Tak jadi dia mahu membeli buah untuk Laila. Dasar orang tua keparat!’ Farouk memaki dalam hati.
Dari kejauhan, tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati. Yang jelas mata itu sangat marah akan campurtangan Haji Ibrahim dalam rumah tangga Laila dan Farouk. Tidak lama selepas itu, tersebar khabar berita kematian Haji Ibrahim dengan sakit misteri.


Farouk berjalan perlahan menuju ke rumahnya setelah mematikan enjin motorsikalnya. Kepalanya masih pening memikirkan apa yang dikatakan oleh bidan Asmah, malah kata-kata Haji Ibrahim beberapa bulan dahulu jugak buat dia tersedar ada sesuatu yang tidak kena tentang dia dan isterinya. Sebelum balik tadi bidan Asmah menitipkan beberapa doa untuknya sebagai pelindung, serta segelas air yang siap dibaca dengan potongan ayat al-Quran.

Usai melangkah ke dalam rumah hidungnya menangkap bauan kemenyan. Farouk mempercepatkan langkah. Rasa tidak sedap hati menguasai diri. “bismillahirrahmanirrahim.” Farouk menolak pintu bilik mereka, semerbak bau hanyir d***h dan kemenyan bercampur menusuk rongga hidungnya.

Terbuntang matanya takkala di hadapannya kini kelihatan isterinya sedang rakus memakan urinya sendiri. Laila yang selama ini cantik di matanya jelas sekali hodoh dan menakutkan. Wajahnya sama sekali tidak secantik yang dipandang olehnya selama ini. Kini dia faham maksud bidan Asmah tadi. Bayi mereka yang menangis langsung tidak diendahkan Laila yang rakus menjilat lantai bilik tersebut manakala badannya basah dengan darahnya sendiri. Bauan asap kemenyan menambah suasana seram di bilik itu.
“Ya Allah!” spontan kalimah suci itu terkeluar. Laila yang tadi leka mengangkat kepalanya spontan menyerinyai dengan matanya yang merah. Kini tubuhnya bukan dikawal olehnya lagi, melainkan belaannya yang sekian lama menagih d***h manusia.

Farouk berlari mendapatkan anaknya. Dia harus keluar dari rumah itu. Tak sanggup lagi dia tinggal bersama manusia bertuhankan syaitan, lalu anaknya dikendong keluar secepat mungkin. Namun malang nasibnnya, hampir sahaja dia mahu tersungkur di depan pintu utama apabila Laila yang tadi ditinggalkan di biliknya kini berada beberapa langkah di hadapannya. Laila menyeringai marah, tangannya menuding tepat ke arah bayi itu sambil matanya yang merah membutang memandang Farouk.
“Itu adalah waris aku. Yang akan menggantikan tempat aku, mewarisi d***h keturunanku. Takkan sekali- kali aku benarkan kau merampasnya pergi!” dengan pantas Laila maju ke hadapan Farouk, lelaki yang digunakannya semata-mata kerana mahu melahirkan zuriatnya. Ternyata tiada rasa cinta dari dia untuk manusia bernama lelaki melainkan hanya untuk tujuan kesenangnya sahaja. Farouk tergamam, lidahnya keli kakinya pula terkaku.

Malam yang diterangi bulan mengambang penuh itu, Laila tanpa belas kasihan menikam Farouk dengan sebilah keris lama. Ya, keris yang sama digunakan untuk mengorbankan nyawa Hilman suatu ketika dahulu. Tangisan bayi dan hilaian manusia bertuhankan syaitan bergema di segenap rumah besar itu. Laila memandang bayinya di dakapan lalu mengucup lembut pipinya.
“Wahai warisku Mawar.”
TAMAT.
Arte TehAna

Arte TehAna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “WARIS LAILA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.