Weng Sik

Salam sejahtera kepada para pembaca dan admin yang menaikkan cerita ini. Kisah yang bakal korang baca ini merupakan pengalaman aku sendiri dan baru sahaja berlaku dalam bulan Mac 2018

Pada awal bulan Mac 2018, aku telah mendapat pesanan ringkas dari sahabat aku yang berasal dari kelantan yg menyatakan hasrat untuk berkunjung ke KL (Rumah aku) dan memberikan ‘heads up ‘ yang dia akan membawa kekasihnya. Sedikit ringkasan cerita diaorang berdua ni, si Boy ni merupakan housemate aku di Universiti dulu and kekasih dia si Girl merupakan teman sekelas dan segelanggang silat aku di Universiti jugak. Kalau nak kira jurang persahabatan, aku berkawan dengan si girl lebih awal berbanding si boy sebab boy hanya kenal aku selepas tinggal dirumah sewa(semester 2). Jadi mereka berdua merupakan sahabat aku and sebelum menjalinkan hubungan, mendapatkan restu aku adalah merupakan kewajipan mereka. Hahahahahah gurau, sebab aku tak suka antara kawan aku bercinta sesama sendiri sebab aku tak suka jadi ‘third wheeler’.

Nak dijadikan cerita, malam yang Boy datang rumah aku tu, dia datang bersama hajat ingin membawa aku ke kampung si girl sebab mak girl baru kemalangan and perlukan jagaan rapi jadi girl terpaksa berhenti kerja untuk jaga mak dia.Kami bertiga bersetuju untuk menghantar girl pulang ke kampung di Kedah and decide untuk stay selama 3 hari sahaja. Kami bertiga berangkat pukul 10 malam and sampai ke rumah girl pada pukul 4 pagi (silap kami jugak mengundang). Mak aku ada pesan, kalau nak singgah ke rumah orang apetah lagi di kampung. Jangan datang dalam keadaan tuan rumah tak bersedia menerima tetamu. Datang tanpa diundang, datang waktu sibuk, and akhir sekali datang waktu tuan rumah tidur. Ini merupakan pantang larang orang tua-tua dan untuk makluman korang semua, belah utara tanah air kita ramai warga tua menggunakan pendamping atau ‘pagar’ di sekeliling rumah mereka untuk menjaga kesejahteraan kawasan rumah mereka. Rumah si girl ni, paling hujung dalam kampung, dibelakangnya hutan tebal and bersebelahan sungai.

Waktu sampai sahaja di rumah girl, kami bertiga masuk ke rumah and disambut dengan nenek girl dan keluarga nya yang lain. Ketika sesi bersalam-salaman. Entah bagaimana aku hendak ke bahagian gelap di depan rumah untuk salam satu pakcik ni yang dari tadi asyik merenung aku tapi diterpah oleh si Boy “kau nak pegi mana?”. Masa tu mungkin orang pikir aku mengigau or mengantuk sangat sampai melalut macam tu tapi ada benda yang aku x cerita pada mereka.

Hari-hari di kedah berlalu dengan elok dan kami merancang hendak berangkat di malam ketiga, oleh itu adik si girl membawa kami ke air terjun berdekatan dan kami pon mandi sehingga senja. Keadaan kelihatan elok sahaja tapi pada malam tersebut dalam pukul 10 malam, si girl berniat hendak memberi aku sedikit tanaman kampung and daun inai yang boleh dipetik di depan rumahnya. Keadaan yang gelap gelita membuatkan suasana kampung girl sedikit seram dengan bunyi cengkerik di tebing sungai merancakkan lagi suasana tersebut. Aku sedikit gemar akan tumbuh-tumbuhan seperti herba, daun limau, serai dan sebagainya( bercadang nak bercucuk tanam di KL). Ketika selesai mengambil tanaman berakar, kami bertiga pergi ke pokok inai rumah si girl. Jauh sedikit dari rumah tapi berdekatan kereta kita orang. Keadaan gelap membuatkan kami bertiga menggunakan ‘flash’ dari telefon kami dan sejurus aku memegang daun inai, aku bercadang hendak menelanjangkan tangkai dan mengambil daunya sahaja. Tapi niat aku terbantut. Baru sahaja pegang tangkai, kelihatan seorang nenek tua dengan muka yang marah berserta dua tangan yg berkedut hendak menerkam aku. Aku sudah lali dengan penampakan entiti tapi yang ini lain sedikit. Rupanya persis salah seorang penghuni rumah si girl. Oleh kerana terkejut dengan rupanya, aku menjerit sesaat dan membuatkan dua sahabat aku terkejut dan kehairanan. Aku menoleh ke arah girl dan bertanya “siapa punya pokok inai ni?). Girl cakap nenek dia punya, aku tanya lagi “Nenek kau izinkan tak?”. Dia kata izinkan. Jadi aku meminta izin kali kedua dan terus memetik daun inai tersebut. Tangan aku bagai dihiris dan digesel daun serai. Memedihkan tapi aku tidak berniat hendak mencuri, aku ingin melihat siapa tuan pokok ini. Tiada sebarang penampakan jadi aku membungkus daun tersebut dan terus mengemas barangan aku dan hendak pulang ke Kuala Lumpur

Ketika hendak berangkat, aku dan boy sudah check kereta semua. Semua dalam keadaan baik and sedia untuk berjalan. Boy berpesan supaya kalau bukak ‘Waze’ nanti jangan pilih jalan grik. Pilih jalan sungai petani. Boy kata kawasan grik berbahaya diwaktu malam. Ada gajah katanya sambil ketawa kecil. Aku paham kiasan boy ni. Mak aku dah call sejam lebih awal bertanya pada aku apa sudah terjadi. Ibubapa aku selalu tahu sekiranya sesuatu ganjil telah berlaku atau aku diganggu oleh sesuatu. Ketika kami sedang asyik mendengar radio, kami telah sampai di satu simpang 3 dimana aku yakin dan ingat lagi sepatutnya kami ke kanan tetapi kawan aku dengan nada tegas dan agak yakin mengatakan ke kiri. Masa tu aku tak bukak lagi ‘waze’ sebab baru 20 min perjalanan takkan dah sesat kan?. So aku pon ikot sahaja kata kawan aku, dia yang drive so maybe dia lebih hafal jalan. Tapi jalan kiri ni sedikit berbukit and tidak pernah aku tengok pokok-pokok nya. Jenis aku kalau hafal jalan, aku tak tengok singboard or nama jalan, aku hafal pokok, berapa kali simpang baru belok and bunting-bunting yang tergantung berdekatan kalau ada. Tapi jalan belah kiri ni macam baru lalu. Tak pernah nampak, tapi siapalah aku nak bantah cakap boy(sampai sekarang semua member aku kalau berbalah dengan aku mesti mengalah, sebab aku selalu betol).

Around 60 KM perjalanan aku merasa tersangat pelik jadi aku mula merakam ‘time-lapse’ perjalanan aku and apa yang aku saksikan melalui camera aku, susuk tubuh wanita putih di celah-celah pokok di tepi jalan. Aku tak kata wanita yang cantik or fully body. Dia seram sebab dia intai kat pokok and pokok tu atas bukit yang gelap. Aku toleh boy and boy terus cakap “delete video tu” and suruh bukak ‘waze’ sebab rasa macam dah jauh sangat so dah boleh bukak lah. And guess what, aku bukak jer ‘waze’ terang tang tang tertulis ‘GRIK’. Jalan yang ‘Berbahaya’ diwaktu malam. Aku cakap dengan boy yang ni jalan grik, Trus U-turn uolls. Aku memang dah berapi sebab dia tak nak dengar pasal simpang tu. Aku lepas jer U-turn, Kereta jadi berat. Aku memang dah prepare untuk worst case macam ni so awal-awal aku dah cakap dgn boy semua barang letak kat seat belakang so no chance untuk kena ‘tumpang’. Tapi tak kali ni, ni bukan tumpang, ni kene tarik dari belakang sebab taknak kasi balik rumah. Dengan keadaan kereta jadi berat, Boy dah x keruan(aku tau dia dapat rasa jugak) aku mencelah kata “Lawaknya lahai kita ni, apesal lah ikut grik”. Tiba-tiba aku mcm tersandar and macam ada benda bagik aku tengok siapa kat belakang, Nenek pokok inai rupanya. Dia nak balik daun inai tu. Masa patah balik tu kereta kitaorang terus m**i tepi jalan gelap. Aku memang merenung kosong dah, taknak pandang apa-apa. Boy cakap better patah balik umah girl. Aku pon setuju and niat nak pulangkan daun tu. Terus kereta elok, paling tak boleh blah, aku mesej girl suruh prepare kat depan umah. Masa tu dah pukul 3 . Cakap yang kitaorang patah balik.

Sampai jer umah girl. Masuk bagi salam terus cuci kaki tido. Malam tu aku nampak ada lelaki masuk rumah girl tanya seseorang “siapa jantan dua orang ni?”. Aku syak bapak girl tapi bapak girl dah takde rupanya. Yang paling seram suara yang menjawap pakcik tu “ini kawan si girl, tetamu aku”. Suara nenek guys. Aku bgun subuh aku tanya si girl “bapak kau balik eh girl”. Kena marah dengan boy. Boy cakap jangan merepek lah. Aku pon hairan sebab aku nampak kot. Terus boy bawak aku kedapur untuk jelaskan semua. Bapak girl takde dah. Aku pon jadi panik. So dapat tahu kereta rosak teruk, kene stay lama lagi kat kedah. Macam-macam aku mimpi and akhir nya aku dapat jawapan. Aku mandi sungai sebelah rumah girl. Tengah baring-baring syok terapung tiba-tiba dapat dengar nama ‘Usu’ dari hutan. Aku terus tanya girl “Nenek kau ade adik tak girl?”. Dia kata ada. Aku tanya lagi “Nek Usu eh?”. “A’ah!!”. Jawap nenek girl dari belakang aku. Aku yang terperanjat kat nenek dia terus tanya “pokok inai tu Nek usu punya ehh??”. Nenek girl cakap iya tapi nek usu dah meninggal lama dah.

Yang pasai pokok inai dah tahu. Sekarang siapa lelaki yang aku nampak tu. Pada hari pertama aku datang aku nampak pakcik di kawasan rumah girl yg gelap, aku hendak salam tapi dihalang, kemudian di menerpa masuk ke rumah di malam hari bertanya siapa aku dan kawan aku. Apa yang aku nampak, pakcik tu disamping nenek girl dan mungkin dialah penjaga kawasan rumah girl. Aku sempat memberi kiasan kepada nenek girl “ selalunya orang dulu-dulu kan tok, kalau pasang pagar rumah, sebelum tetamu nak keluar kena hidang sesuatu untuk menampakkn tetamu tersebut diundang”. Nenek si girl sengih, aku pun sengih. Esoknya aku balik lepas lunch and selamat sampai ke KL.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Drool

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 1.8]

38 thoughts on “Weng Sik”

  1. Xseram.. baca pun celaru.. bape org nenek dah.. kejap ada kejap m**i.. kejap hantu nenek kat kereta.. kejap nenek usu.. poddah..

    Reply
    • Ada 2 orang nenek. Sorang nenek girl. Sorang lagi adik kepada nenek girl (nenek usu / nenek sedara girl). Nenek usu dah arwah.

      Reply
      • haha..btul2…rilek je org lain phm..gelojoh sgt baca..len kali baca ngn penghayatan la johnlabu. Sbb cara penceritaan writer ok je n bkn berserabut bagai.

        Reply
  2. Terbaik! Utk org y ada ilmu ttg alam ghaib ni, mmg paham sgt setiap apa y diceritakan oleh penulis. Please write moreee!

    Reply
  3. “ selalunya orang dulu-dulu kan tok, kalau pasang pagar rumah, sebelum tetamu nak keluar kena hidang sesuatu untuk menampakkn tetamu tersebut diundang”

    Aku tak pernah tahu pasal pantang larang ni. Rupanya dalam maksud dia. Terbaik penceritaannya.

    Reply
  4. Scary jgk ni..kirenye y laki tu mmg penjaga y dimiliki oleh c girl tu ke?rasanya penulis better letak nama,contoh nama girl tu ltk aminah,nenek y masih hidup tu ltk ler nama nek piah ke..senang org baca and mudah difahami..
    Kalau x,org akan tertukar sbb ada dua nenek,nek usu dan nek y masih hidup tu..so better ltk nama..baidewei,family penulis ni msti ada sesuatu jgk sbb penulis kata mak penulis dpt rasa kalau penulis kena ganggu..more stories!!

    Reply
    • Setuju. Kadang baca cerita “nama dirahsiakan” nyampah lak rasa. Terus tukar cerita lain. Atau kata tijah (nama samaran) spoil betul. Terus je bagi nama samaran. X yah bagitau tu nama samaran

      Reply
  5. 7/10
    * cerita ok..
    * lagi ok letak nama pada watak untuk memudahkan kami sebagai pembaca..
    * kipidap dongibab

    Reply
  6. 3 thn aku ulang alik dr Chanlun – Kota Bharu lalu ikut Grik.. tahun 2007-2009.. time blajar UUm drive sorang2 dr jam 12-4 5 pg… selain haiwan liar. misteri tu ada tp x lah sampai xleh lalu.. masalah apa sebenarnya ko ni hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.