#Winter 2014- Winter Tiba Lagi

Assalammualaikum dan hallo kepada pemabaca FS. Sambungan #WINTER2014.

http://fiksyenshasha.com/winter-2014-roh-aunty-thea/
http://fiksyenshasha.com/winter-2014-patung-tot-rumah-cinta-kami/

#WINTER 2014- Salji Putih

Sebelum aku meneruskan kisah aku WINTER 2014, sekali lagi aku ingin meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan daripada pembaca FS.

Ada pembaca yang tanya memang adat orang Belanda setelah meninggal dunia akan pindah keluar barang dari rumah? Di dalam kisah saya ini, Aunty Thea dan Nenek Marianne tinggal di rumah kebajikan. Jadi, waris hendaklah memindahkan barang si M**i keluar dari rumah kebajikan tersebut.
Memang seronok bila kita mempunyai pengalaman hidup di negara orang. Lebih-lebih lagi bila terus menetap di negara orang. Tetapi, berjauhan dengan keluarga adalah perkara yang paling tidak seronok. RINDU. Rindu juga dengan negara tercinta. Terlepas peluang untuk menonton secara live SEA GAMES 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tahniah Malaysia! KITA JUARA!
Mungkin next time sesiapa yang ingin datang ke Europe atau ingin bertanyakan soalan atau ingin berkenalan, saya akan share Facebook atau Instagram. Saya juga boleh share tips cara untuk bercuti dengan BAJET MURAH di Europe.


Aku duduk di kerusi kayu di balkon luar. Cuaca mendung. Daun mula gugur dari dahan. Ada yang bertukar kekuningan. Di belakang tempat duduk aku, barisan pokok herba yang telah aku tanam sendiri pada awal musim bunga yang lepas seperti rosmarin, parsley, lemon,basilikum dan daun pudina. Kadang-kadang hujan. Kadang-kadang panas. Angin yang menyapa pipi setiap hari semakin sejuk. Aku hampir lupa. Bulan September telah tiba. Ini bermakna musim panas telah berlalu. Musim luruh telah menggantikan dirinya. Aku masuk ke dalam dan membuka almari baju aku. Aku mencapai jaket berwarna merah yang diperbuat dari kain baldu dan terus memakainya. Agak sejuk di luar balkon. Aku duduk semula di kerusi kayu. Di hadapan aku ada sebuah meja lipat kecil yang diperbuat daripada kayu. Aku meletakkan laptop di atas meja dan cuba mengimbau kisah berbelas tahun dahulu.


TAHUN 1998 DI MALAYSIA, JANDA ROHANI

Aku mengira duit di dalam laci. Mengira untung untuk hari ini. Aku seronok membantu ayah aku menjaga kedai runcit yang telah dibina oleh ayah aku sendiri di hadapan halaman rumah kami. Berdindingkan dan berlantaikan simen. Pintu kedai diperbuat daripada kayu. Hanya ada 2 kedai runcit di kampung aku. Aku masih terus mengira duit yang ada di dalam laci. Setelah pastikan semua kiraan aku betul, aku masukkan ke dalam sampul surat berwarna putih. Aku bangun dari tempat duduk lalu mengira semua stok barang yang ada di dalam kedai. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku dah mula rasa mengantuk.

Tiara! Sik tutup kedai gik ka?(Bahasa Melayu Sarawak)Tak tutup kedai lagi?´ Aku terkejut disapa tiba-tiba. Aku nampak makcik Rohani berdiri di bawah pokok pinang yang tidak jauh dari halaman rumah aku. Halaman rumah aku agak besar dan dikelilingi pagar dawai.Belum gik Cik. Jap gik tutup lah.(Belum lagi makcik Rohani. Kejap lagi tutup lah ni)´ Aku senyum memandang Makcik Rohani. `Cik sehat ka?(Makcik Rohani sehat?)´ Tanya aku lagi sambil mencatat barang yang perlu restock untuk esok hari. Senyap. Aku memandang ke arah Makcik Rohani. Dia masih berdiri di situ. Dengan bantuan cahaya dari lampu luar kedai, aku masih nampak susuk tubuh yang aku kenal berdiri di bawah pokok pinang. Memakai kain batik dan baju kurung singkat yang bercorak bunga kecil warna krim.

`Makcik! Makcik!´ Aku cuba menegur lagi. Makcik Rohani tepat memandang aku dan kemudian berpaling ke belakang. Berjalan perlahan sehingga hilang dari pandangan aku. Ketika ini, aku berumur 13 tahun. Ini kali kedua aku mengalami situasi yang agak seram dan pelik. Dan ini adalah permulaan kisah hidup aku mengalami situasi seperti ini terutamanya bila ada seseorang yang aku kenali atau yang berdekatan dengan aku baru sahaja meninggal dunia.

Sejam telah berlalu. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Aku berlari keluar dari kedai dan terus masuk ke rumah. Aku menjerit memanggil kakak aku untuk menutup pintu kedai. Pintu kedai ini agak berat dan agak sukar untuk saiz badan aku yang kecil.
Saba lahhh.. jap gik akak egak ko sia.Tunggu jak di kedai(Sabarlah.. kejap lagi akak datang. Tunggu je kat kedai)´. Aku berlari semula ke kedai. Tiba-tiba ada satu pengumuman dari surau yang terletak hanya di sebelah rumah jiran aku. Pengumuman dibuat melalui pembesar suara dari surau.Assalammulaikum w.b.t. Innalillahhiwainnailaihiraji´un..Kamek mok padah disitok, Puan Rohani binti Said dah meninggal dunia baruk jak tek. Dimintak sapa-sapa yang ada boleh datang ke rumah waris.(Saya ingin maklumkan bahawa Puan Rohani binti Said telah meninggal dunia sebentar tadi. Diminta sesiapa yang berkelapangan boleh hadir di rumah waris.) Al Fatihah dan takziah kepada keluarga arwah´
Aku berdiri di depan kedai dan memandang tepat ke arah pokok pinang. Aku pasti, amat pasti. Aku bukan sahaja nampak malah bertegur sapa dengan Makcik Rohani tadi.

Aku mempunyai 7 orang adik beradik iaitu 3 orang kakak, 2 orang abang dan seorang adik lelaki. Aku mempunyai satu tabiat iaitu aku suka tidur di sofa yang terletak di ruang tamu sebabnya aku tidak mahu tidur bersama 2 orang kakak aku. Lebih-lebih lagi terpaksa mengalah tidur di tengah. Aku mencapai bantal dan selimut dari bilik tidur seperti malam-malam yang lain. Aku tiada rasa apa yang pelik. Aku baring dan membaca komik kegemaran aku Mickey Mouse. Dari kecil, aku minat membaca tapi aku tidak suka mengarang. Mata aku mula rasa mengantuk. Aku tertidur. Aku dapat rasakan aku tidur dengan nyenyak sekali sehingga aku mendengar ada seseorang yang memanggil nama aku. Tiara!Tiara!´ Aku membuka mata. Tidur aku diganggu. Kebetulan aku membuka mata, aku ternampak kakak aku yang kedua lalu dihadapan aku sambil membawa botol susu dan berjalan menuju ke dapur.Ada apa kak?´ Senyap. Persoalan aku tidak berbalas. Aku tidak berasa pelik melihat kakak aku bangun awal pagi begini. Sudah menjadi kebiasaan untuk membancuh susu untuk anak buah aku yang masih bayi lagi. Tapi, aku berasa pelik kerana kebiasaannya kakak aku tidak pernah memanggil aku.

Aku terus bangun sambil menggosok mata aku yang masih mengantuk lagi. Aku berjalan menuju ke dapur. Dari sofa tempat aku tidur ke dapur, aku akan lalu di ruangan meja makan. Sampai sahaja di pintu masuk ruang makan, aku terkejut! Makcik Rohani duduk di meja makan. Memandang ke bawah. Wajahnya pucat. Baju yang sama dipakai ketika aku lihat di bawah pokok pinang. Kepala ditutup dengan anak tudung. Aku berlari laju masuk ke bilik tidur. Kakak aku yang pertama dan yang ketiga belum berkahwin lagi. Mereka masih tidur nyenyak di dalam bilik. Aku perlahan-lahan membuka pintu. Aku mengintai dari dalam bilik. Di ruang tamu masih ada lampu kecil yang memang sengaja aku hidupkan. Aku menunggu. Senyap. Aku intai lagi di sebalik pintu bilik tidur. Tiba-tiba aku nampak kepala Makcik Rohani menjengah di sebalik pintu masuk dapur. Memandang aku yang masih mengintainya di sebalik pintu bilik tidur. Senyumannya aku masih ingat sampai hari ini.

Keesokkan paginya, kakak aku kata, `Ne ada akak nunggah kitak. Bila jak. Kol 4am baruk akak bangun molah susu.(Akak mana ada panggil awak. Bila masanya. Pukul 4am baru akak bangun buat susu)’ Aku hanya terdiam.


CHRISTMAS MARKET 2015, EROPAH

Pagi hari ni, aku terjaga awal. Aku bangun lalu menyelak langsir di ruang tingkap bilik tidur kami. Mendung di luar. Salji memenuhi laman di belakang rumah ku. Putih. Salji masih turun. Aku menuju ke dapur dan membancuh minuman Hot Choco kegemaranku.

Baby! Jadi kita ke rumah Mama hari ini?´ Suamiku bertanya. Terjerit-jerit dari ruang tamu.Jadi! Saya nak jalan-jalan di Christmas Market´ Seminggu lagi Krismas akan tiba. Christmas Market seperti bazar Ramadhan yang dibuka selama sebulan sebulan Raya Aidilfitri. Begitu juga Christmas Market di Eropah. Dibuka selama sebulan sebelum perayaan Krismas. Pelbagai makanan tradisional dan barang-barang kelengkapan untuk menyambut Krismas boleh didapati di Christmas Market. Kiosk-kiosk yang kecil memenuhi sepanjang jalan dengan lampu yang berwarna-warni. Aku suka sangat pergi ke Christmas Market. Waktu malam memang pasti sejuk. Kadang2kadang salji turun. Aku akan memakai baju yang tebal. Berjalan kaki menuju ke Christmas Market dengan ditemani lampu-lampu yang berwarni warni di sepanjang jalan. Sampai di Christmas Market, aku terus dapatkan makanan tradisional kegemaran aku iaitu `Reibekuchen´. Reibekuchen sangat sedap dimakan ketika panas. Kentang yang dilenyek dan sebahagian kentang yang d******g dadu. Digoreng dengan minyak yang banyak dan dimakan bersama jem Epal hijau. Rasanya seperti cucur kentang di Malaysia. Pelbagai makanan yang sedap dan halal disini.

DING DONG! DING DONG! Suami aku menekan loceng di depan pintu utama rumah mother in law(mil) aku. Kami terlupa membawa kunci rumah Mama.
Hallo, Schatz! Komm rein. Wo ist dein Schlüssel?(Hallo, Sayang! Masuklah. Mana kunci pendua kamu?)´ Mil aku menyambut kedatangan kami dengan gembiranya. Seminggu lagi perayaan Krismas dan aku akan menolong mil aku menghias rumah.Tut mir leid, Mama. Ich habe mitbringen vergessen.( Minta maaf, Mama. Saya terlupa bawa tadi.)´
Suami aku menjelaskan lalu memeluk Mamanya yang tercinta. Dapat aku lihat kegembiraan dari wajah suami aku. Tahun lepas, kami berada di Langkawi, Malaysia ketika perayaan Krismas. Tapi, kali ini bersama keluarga mertuaku.


Jam menunjukkan pukul 7pm. Pada musim salji, waktu siang sangat pendek. Hanya dari pukul 9am sampai 3pm. Aku bersiap-siap ke Christmas Market. Aku memilih untuk memakai baju dan jaket tebal yang cantik. Aku mencapai kamera sony lalu aku gantungkan dileher ku. Aku tidak sabar untuk menangkap beberapa keping gambar yang cantik untuk ditunjukkan kepada keluarga aku di Malaysia. Aku menuju ke tingkat bawah. Suami aku duduk di ruang tamu menunggu ku. `Jom, sayang!´

Kami hanya berjalan kaki menuju ke Christmas Market. Tidak jauh. Hanya 15 minit dari rumah mil aku. Hujan turun renyai. Menambahkan lagi kedinginan pada malam itu. Sepanjang tepi jalan dan bumbung rumah di pekan itu diepenuhi dengan salji. Sunyi. Hanya bunyi derapan kaki aku dan suami berjalan kedengaran. Setelah 13 minit menapak perlahan, dari jauh aku melihat lampu berwarna warni. Lagu perayaan Krismas sangat jelas kedengaran. Aku sangat seronok. Ramai susuk tubuh yang aku lihat dari jauh. Sampai di depan pintu gerbang Christmas Market, kami terserempak dengan kawan suami aku. Bertanya khabar dan berbual kosong. Aku meminta izin dari suami ku untuk mengambil beberapa keping gambar di sekitar market. Christmas Market disini agak besar dan banyak kiosk yang menjual makanan dan barang-barang kelengkapan untuk perayaan Krismas seperti lampu, pokok krismas hidup, patung-patung kecil untuk perhiasan dan sebagainya.

Sebelum aku mulakan misi menangkap gambar yang cantik-cantik, aku terus mencari makanan kegemaranku. Reibekuchen! Aku melihat satu kiosk yang menjual Reibekuchen. Nampak lazat. Aku beratur dibelakang. Agak panjang. Ramai yang beratur untuk dapatkan makanan yang sama. Sampai giliran aku. Hallo. Ich hätte gern zwei stücke Reibekuchen mit Apfel Suss.(Hallo. Saya nak 2 Rebeikuchen bersama jem Epal)´Gerne. 3.50Euro bitte´ Aku menghulurkan duit dan menikmati makan malam aku. Aku berdiri di satu sudut yang disediakan meja tinggi berbentuk bulat untuk pelanggan yang datang makan disitu. Tidak ada kerusi disediakan.

Semasa aku berdiri di tepi meja tinggi berbentuk bulat sambil menikmati makanan aku ketika itu, aku ternampak budak lelaki kecil duduk mencangkung di bawah batu air pancut. Memakai jaket kalis air berwarna kuning terang. Batu air pancut ini sederhana besar. Ada kolam kecil dan ditengah-tengahnya ada patung simen yang menyerupai 3 orang lelaki berbogel yang berdiri seperti pahlawan. Budak lelaki kecil itu aku agak berusia 8-10 tahun. Matanya meliar ke kanan dan ke kiri seperti mencari seseorang. Mungkin mencari atau menunggu ibu dan ayahnya. Aku menghabiskan makanan ku secepat yang mungkin. Hujan sudah reda. Ini masa yang sesuai untuk aku menangkap beberapa keping gambar yang cantik-cantik.

Seusai makan, aku terus mencari angle yang sesuai untuk dapatkan shoot yang cantik. Aku menuju ke air pancut. Sangat cantik! Lampu yang kelihatan samar menerangi patung simen yang berada di tengah kolam air pancut itu. Budak lelaki kecil itu suadah tiada duduk mencangkung di situ. Aku menangkap beberapa keping gambar. Setelah puas, aku berjalan dan mencari view yang cantik untuk dibuat kenangan. Di hujung bahagian Christamas Market, terdapat 3 ekor rusa hidup bersama kereta Santa Claus. Disini, gelaran Santa Claus berbeza iaitu Nikolaus. Nikolaus seperti Santa Claus yang biasa kita lihat di filem-filem Hollywood. Badan besar, perut buncit, rambut dan janggut berwarna putih, memakai baju dan topi santa berwarna merah. Kanak-kanak menyambut kehadiran Santa dengan amat gembira. Nikolaus!Nikolaus! Guck mal hier!(Santa Claus!Santa Claus! Tengok sini!)´. Meriah! Ada kanak-kanak yang menjerit.HO HO HO Nikolaus!´ Aku mengambil kesempatan dengan menangkap beberapa keping gambar. Kanak-kanak yang mengelilingi rusa hidup dan kereta Santa. Santa mengagihkan coklat dan gula-gula kepada kanak-kanak disitu.

Aku senyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak disitu. Pandangan aku terhenti. Aku nampak budak lelaki kecil itu lagi. Berdiri di belakang kereta Santa. Ahhh! Aku tidak hiraukan. Aku terus mencari suami aku bersama kawan-kawannya. Salji yang halus seperti kapas turun. Malam semakin dingin. Gelap. Sangat sejuk. Aku membetulkan shawl di leherku. Tebal dan panjang tapi tidak cukup untuk mengurangkan kesejukan ketika itu. Aku ternampak suami aku masih bersembang bersama kawan-kawannya. Sayang, jom kita balik´Ja, moment. In Fünf minuten.(Ya, sekejap. Dalam lima minit)´ `O.K. Ich warte auf dich(O.K. Saya tunggu awak.)´ Aku terus menuju ke gereja kecil lama yang berdekatan dengan Christmas Market. Aku berdiri dan berteduh di depan pintu gereja yang mempunyai bumbung kecil. Aku menghidupkan kamera dan melihat gambar-gambar yang telah aku ambil. Aku senyum sendiri. Sudah pasti keluarga aku berasa cemburu melihat kemeriahan market disini. Dengan suasana yang cantik, makanan yang sedap dan salji yang tidak pernah mereka lihat.

Was machst du da?(Awak buat apa tu?)´ Aku menoleh ke belakang. Terkejut. Aku terdengar suara seorang budak. Aku menoleh sekali lagi. Kosong. Aku terus sambung melihat gambar yang ada di dalam kamera.Schwester. Ich bin kalt.(Kakak..saya sejuk.)´ Aku disapa lagi. Aku menoleh ke belakang. Budak lelaki kecil yang aku nampak di kolam air pancut. Was machst du hier? Wo ist deine Eltern?(Awak buat apa kat sini? Dimana ibu bapa awak?)´Saya sejuk.´ Katanya lagi. Muka budak lelaki kecil ini bulat. Putih. Comel. Berambut pendek. Kurus. Memakai jaket berwarna kuning terang dan seluar panjang berwarna putih. Aku mengeluarkan sekeping not kertas 10 Euro lalu aku hulurkan pada budak lelaki kecil itu. Mungkin budak jalanan yang tiada rumah. Budak lelaki kecil itu terus mengambil duit yang aku hulurkan dan berlari meninggalkan aku tanpa mengucapkan terima kasih.


Kami berjalan pulang ke rumah mil aku. Kami memilih jalan yang berlainan ke rumah mil aku. Kami akan melalui ladang kuda padi dan gereja lama yang kecil. Salji masih turun tapi tidak lebat. Kelihatan samar2 kuda padi dengan bantuan cahaya dari lampu kecil rumah pemilik ladang.

Tiara! Tiara!´ Ada suara memanggil aku. Aku menoleh ke belakang. Budak kecil tadi! Berdiri di hadapan gereja lama yang kami lalu tadi.Tiara?´Suami aku melihat aku dengan pandangan pelik. Tiba-tiba langkah aku berhenti. Aku cuba amati lagi. Budak kecil itu melambai aku dan senyum. Aku menarik lengan suami aku dan berjalan semula ke rumah mil aku.

Di ruang tamu rumah mil aku mempunyai satu tingkap yang sangat besar. Agak seram bila waktu malam. Dapat lihat dengan jelas pokok2 ros tua di laman belakang rumah. Selain itu, ada pokok zaitun, epal dan juga lavender. Sebaik aku melangkah kaki ke tingkat atas, cermin tingkap diketuk. Budak kecil itu melambai aku. Dan di belakangnya, berdiri satu susuk tubuh yang pendek dan yang memang aku kenali. Aunty Thea! Kedua2 mereka melambai ke arah aku. Dan perlahan hilang bersama gelak tawa yang kecil. Winter tiba lagi. Perginya Aunty Thea dahulu sama seperti malam ini. Kapas2 putih kecil yang sejuk jatuh dari langt. SIAPAKAH budak kecil ini???

*****Musim sejuk yang aku tunggu sudah tiba. Salji agak lebat malam tadi. PUTIH. Itu yang aku boleh gambarkan di sini. SEJUK. Itu yang aku boleh rasakan untuk pembaca di sini. Aku akan menulis lagi. Salam dari Eropah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Winter2014

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

27 thoughts on “#Winter 2014- Winter Tiba Lagi”

  1. Asslmmkm Tiara…
    Tiara is back😊…
    Merindui nukilan Tiara…
    Hadir seperti musim sonata salju
    Bole sambung kisah di Belanda
    Nnti bole kita mngikuti IG Tiara…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.