Yang melawat

Assalamualaikum readers semua.. memang sudah lama saya ingin berkongsi sedikit coretan cerita saya..
tapi kan saya tidaklah pasti sekiranya cerita saya ini berbeza dengan orang lain…almaklum la kadang-kadang saya teringat dan terlupa apa yang berlaku ketika kejadian seram ini berlaku.

-macam ni ceritanya.

waktu kejadian ini berlaku saya masih berumur dalam lingkungan usia 9 tahun…di kampung sebelah ada satu kematian yang sangat misteri dan memberi keinsafan kepada orang yang ada di sekeliling kami.

kematian itu sehingga hari ini membuatkan saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah hamba Allah itu lakukan sehingga sedemikian rupa azab yang Allah berikan.

Hamba Allah ini ialah seorang wanita yang masih muda dan mempunyai 2 orang anak serta suami, yang saya ingat ketika itu mereka baru sahaja kembali ke kampung sebelah setelah lama tidak muncul.

Jadi ada 1 petang ketika hujan renyai-renyai dan matahari memancar terik Alias hujan panas, kampung sebelah itu heboh dengan panggilan-panggilan meminta tolong dari wanita itu tapi cara meminta tolongnya itu sangat berbeza…dia minta tolong kerana rasa panas yang entah dari mana datangnya.setiap nama dikampung itu disebut terutamanya kaum lelaki.

“tolong!!.Sali*** panas, panas”

“Tolong!!

“Tolong Ali, panas,panas”
(Bukan nama sebenar)

itu antara kata-katanya.

dan setelah semua orang kampung berkumpul di rumah mereka tidak lama selepas itu wanita ini pun menghembuskan nafasnya, telah perginya seorang hamba Allah yang hanya menumpang di muka bumi yang fana ini dengan satu keaiban yang hanya Allah sahaja tahu apa yang pernah dia lakukan.

saya ketika itu bukanlah berada di tempat itu cuma cerita ini anak buahnya sendiri yang ceritakan kembali kepada saya.

ok baiklah. readers semua mesti tertanya-tanya mana seramnya cerita ini, baiklah saya mulakan cerita seram yang saya alami, sebelum anak buahnya merangkap kawan sekelas saya cerita pasal kematian itu memang saya tidak tahu langsung bagaimana cara kematian itu berlaku.

malam setelah kematian itu berlaku, saya sakit perut dan teringin untuk membuang air kecil, dan kebetulan waktu itu kawasan kampung kami belum menerima bekalan elektrik.

jadi malam itu saya ke beranda untuk membuang air kecil tanpa ditemani oleh sesiapa pun. ibu saya ada menyediakan 1 bekas untuk membuang air kecil, maklum la dulu-dulu tandas dan bilik mandi dibina jauh dari rumah bukan seperti sekarang, tandas dalam rumah.

sewaktu saya keluar untuk membuang air kecil, suasana malam agak terang dengan bulan penuh ketika itu. jadi setiap pergerakan dari luar beranda memang kita akan nampak sepenuhnya.

Jadi kebetulan beranda itu menghadap bilik mandi dan tidak tertutup sepenuhnya. ketika sedang membuang air kecil, saya tiba-tiba merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan saya dan saya boleh rasakan benda itu memerhati dari bilik mandi, secara automatik saya memandang ke arah bilik mandi dan apa yang saya nampak ketika itu seekor lembaga berbadan besar berkain putih dan rambut menggerbang sedang memandang ke arah saya, wajah tanpa reaksi, wajah tak dikenali sedang santai duduk memandang saya.

Cuba readers bayangkan lembaga itu duduk santai menyandar dinding bilik air, jika saya katakan orang kampung, mana la mungkin kerana kawasan kampung ketika itu hanyalah didiami oleh keluarga sebelah bapa saya dan itu pun semua berbadan kecil dan sangat lah tidak logik untuk mengatakan bahawa kenapa mesti bersantai di tengah malam lagi-lagi di bilik mandi

saya pula ketika itu hanyalah berdiam diri dan selesaikan apa yang sedang saya lakukan, mesti readers tertanya-tanya kenapa saya tak menggelabah dan tidak takut kan?, nanti akan saya ceritakan pada cerita saya yang lain.
selesai sahaja membuang air kecil, saya terus masuk ke rumah dan kembali tidur.

keesokan harinya saya ke sekolah dan baru tahu tentang kematian itu dari kawan saya, saya terfikir mungkin apa yang saya lihat malam itu adalah arwah itu yang datang melawat.
Dan dari cerita kawan saya itu, selepas sahaja arwah dikebumikan, kubur arwah itu seperti berasap dan terbakar dari dalam lubang kubur.

Jadi malam keduanya saya kembali sakit perut dan teringin untuk membuang air kecil. Waktu ini saya seperti malam sebelumnya tidak berteman dengan sesiapa pun cuma ada sedikit perbezaan dalam hati, terasa seperti berdebar dan seperti sedang ditunggu dengan seseorang.

keluar sahaja ke beranda saya melilau dulu melihat-lihat sekiranya ada sedang menunggu tapi tidak ada dan kosong, cuaca malam yang terang berbulan penuh di langit membuatkan saya tidak perlu untuk memasang lampu picit, terang dan sangat terang hingga boleh melihat bayang-bayang pohon kayu di luar rumah.

kali ini menghadap ke pepohon kayu pokok tarap namanya, serasa saya pokok ini telah tumbuh lama hingga meliputi kawasan halaman rumah. pokoknya boleh mencapai dua pemeluk orang dewasa, dahan-dahan pokok sudah besar mencapai dahan pokok lainnya.

sedang membuang hajat saya sepertinya teringin melihat di dahan pokok tarap dan ya di sana sesuatu tengah bertenggek lembaga semalam sedang memerhati cuma kali ini ada amarah sedang saya rasakan mukanya sedang menyeringai dan sedang tepat melihat saya yang sedang membuang hajat.
saya apa lagi dengan cepat masuk ke rumah tanpa sempat memakai seluar dengan betul.takut nanti diterkam.jantung saya seperti ingin tercabut kerana kali ini baru rasanya saya dalam keadaan yang sangat takut, saya tenangkan diri dan kembali tidur.tidur yang rasanya tidak seaman seperti sebelumnya.

kita sebenarnya boleh merasakan apa yang ada di sekeliling kita walaupun kita tidak boleh melihat.

keesokan harinya saya ceritakan pada ibu saya dan ya sepertinya cerita kanak-kanak ini cuma illusi sahaja, tidak ada yang benarnya jika berkaitan dengan alam lain.
bermula dari hari itu ibu saya akan temankan saya untuk membuang air kecil, mungkin dia takut halusinasi anak dia ni makin kuat.

owh ya dan saya dengar dari mulut kawan saya itu, orang kampung berkumpul menjaga kuburan arwah itu selama seminggu…mungkinkah bukan hanya saya yang diganggu…wullahuallam..dari dia kita datang dan dari dia kita pergi.

kalau readers rasa cerita saya ini tidaklah seram, itu datang dari kamu sahaja…mungkin cara kita mendapat dan merasa itu lain.hahaha.

Akhir kata jika ada masa saya terluang saya cuba ceritakan kenapa saya mendapat mata’ keenam dan kenapa setiap keluarga yang berketurunan kami akan ada seorang yang boleh melihat, merasai, dan mengalami..

ok itu sahaja,terima kasih semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Budakkuihmerah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 2.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.