Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku ingin kongsikan kisah yang benar-benar terjadi pada kehidupan aku semasa aku bekerja di salah sebuah kolej swasta yang berhampiran dengan jeti yang terletak di negeri Terengganu, ianya berlaku semasa seminggu sebelum puasa sehingga hampir ke 2 minggu sebelum sambutan Hari Raya.
Kisah ini bermula selepas seorang pelajar perempuan yang aku namakan Ika duduk di kawasan jeti berhampiran ketika hampir masuk waktu maghrib. Setelah balik ke asrama Ika seakan dirasuk, tetapi masih boleh dikawal, dan kami meminta bantuan dari warden lelaki dan warden tersebut hadir bersama seorang ustaz dan menurut ustaz, Ika telah terkena badi yang telah dibuang di sekitar kawasan laut berhampiran. Setelah dirawat Ika diberi tasbih kayu koka, dan dia telah memakai tasbih tersebut dipergelangan tangannya dan terus tersedar dari kerasukan.
Selepas 2 hari peristiwa tersebut, pihak kolej telah mengadakan majlis bacaan yassin di surau yang berhampiran jeti. Ketika bacaan yassin dijalankan Ika telah meracau dan berlari dikawasan sekitar kolej dan jeti, warden dan pelajar-pelajar lelaki telah mengejar Ika dan dapat ditangkap ketika mangsa cuba terjun di dalam laut. Semasa dirasuk Ika telah mengatakan bahawa “bonda suruh balik” sambil menangis, dan dia tetap mahu pulang kerana “bonda” marah, setelah ditenangkan dan di pujuk kami membawanya pulang, dan segalanya reda buat sementara waktu dan Ika telah memakai semula tasbih tersebut dipergelangan tangannya yang mana apabila Ika dalam kerasukan tasbih tersebut dibuka dan genggam erat, kami menghantarnya pulang ke asrama dan dipantau oleh Wana (warden perempuan).
Pada malam yang sama juga ada pelajar lain yang kerasukan juga, aku namakan dia Yana, menurut rakan Yana kejadian ni berlaku tengah malam pada hari yang sama dengan Ika kerasukan, dimana Yana telah berlari pergi ke kubur lama yang terletak berhadapan dengan asrama perempuan dan kubur tersebut terletak di atas bukit dan Yana sempat ditenangkan dengan rakan-rakan dia yang lain semasa kejadian itu Yana memberitahu “bonda marah” dan dia masih berdegil untuk ke kawasan kubur itu juga. Setelah puas dipujuk, Yana akur dan mengikut rakan-rakannya pulang ke asrama.
Aku ingatkan kisah ini telah berakhir setibanya bulan ramadhan, tetapi aku silap rupanya lagi ramai yang kerasukan tapi masih boleh lagi dikawal. Setiap kali waktu azan ada je pelajar yang menjerit sehingga terpaksa kami menghentikan waktu pembelajaran, dan kami membahagikan pengajar-pengajar untuk mengawal ke semua asrama perempuan dan lelaki. Ada diantara mereka yang mempunyai biji seperti jerawat di cuping telinga, dan setiap kali azan berkumandang jerawat tersebut akan pecah dan mengeluarkan darah yang banyak. Untuk makluman pembaca, pengajar-pengajar ini telah diajar oleh ustaz untuk mengawal pelajar yang kerasukan ini kerana terlalu ramai yang kena rasuk dan mereka semua tidak boleh bersemuka sesama mereka. Semasa kerasukan tersebut saya telah berbual dengan 2 orang pelajar yang kerasukan ini dan mereka menangis semahunya, aku namakan mereka Ani dan Ina sebab tak ingat langsung dah nama mereka.
Aku : ” kenapa menangis ni”
Ani : ” nak main kat taman”
Ina : ” aah nak main kat taman”
Aku : “taman tu kat mana?”
Ani : ” kat depan ni je”
Ina : (masa ni dia sibuk main jam warna silver kawan aku, orang tanya dia tak nak jawab dah, sibuk cakap cantik..cantik..)
Aku : ” ok jom lah” ( jawab main-main je, padahal seram jugak masa ni)
Ani : ” yeayyyyy… jom la”
Aku : ” tak jadilah nanti susah nak kawal, dah la korang ni kecik lagi ”
Ani dah merajuk masa ni aku suruh dia tido dulu, masa dia baring aku bacakan ayat kursi kat telinga dia, sampai meleleh air mata dia dan dia bagitau “bonda suruh balik” dan aku suruh dia balik tapi dia cakap “tak nak, nanti bonda marah dan nak cucuk tengkuk dia”. Puas aku pujuk dan aku cakap “bonda marah sebab Ani nakal, dan lepas ni jangan nakal-nakal lagi dan dengar cakap bonda ye” dan Ani akur, walaupun dalam tangisan dia pergi juga bersama Ina pada “bonda” nya dan Ani pun sedar dari kerasukan. Bila Ani dah sedar dia boleh pula tanya aku kenapa ramai-ramai ni dan kenapa dia menangis aku pun diamkan dan terus keluar dari asrama tu.
Setelah beberapa hari kejadian itu, kami mendapat makluman daripada pelajar-pelajar perempuan seramai 7 orang pelajar di asrama telah dirasuk dan saya bersama rakan-rakan pengajar telah dibahagikan kepada untuk pergi ke asrama-asrama dimana beberapa pelajar perempuan itu dirasuk. Pelajar-pelajar yang dirasuk ini kami telah kumpulkan di dalam 1 kelas, tetapi yang mana tidak boleh melihat sesama mereka yang boleh mendatangkan pergaduhan terpaksa kami asingkan di kelas lain. Aku telah mendekati Ani dan mengajak dia berbual lagi, sementara menunggu ustaz tiba.
Aku : “umur berapa ni”
Ani : ” 6 tahun, cantik tak baju yang saya pakai ni”
Aku : ” baju apa?” (pelik jugak aku masa ni sebab dia pakai tshirt je)
Ani : ” baju ni la”
Aku : ” baju warna apa ni”
Ani : ” cantikkan baju ni warna merah.. kat rambut saya ni pun cantikkan”
Aku : ” iya la.. cantiknya” (padahal dalam hati tak nmpak apa pun.. layankan je la)
Semasa Ustaz tiba, beliau telah merawat pelajar yang terlampau agresif terlebih dahulu yang aku namakan Zira, beliau memberitahu bahawa “bonda’ mereka marah setelah Ika membawa tasbih koka kedalam dunia mereka dan berlaku perebutan dalam keluarga jin tersebut dan akibatnya pelajar-pelajar ini dirasuk. “Bonda” terlalu marah sebab ada diantara mereka yang hendak masuk islam setelah melihat orang mengaji dan azan di televisyen dan “bonda” telah merasuk salah seorang pelajar yang aku namakan Azie dan bonda telah meminta untuk anak-anaknya pulang, tetapi semua masih berdegil dan masih mahu bergaduh berebut tasbih koka. Setelah “bonda” memujuk mereka masih lagi berdegil, “ayahanda” telah campur tangan dan merasuk Zana dan terlampau agresif sehingga kami semua terpaksa membawa mereka semua yang telah dirasuk ke rumah ustaz tadi, menurut ustaz rumah dia berhampiran dengan pantai agak mudah untuk melakukan proses pemulihan dirumahnya, kerana jin tersebut berasal dari laut. kalau buat di kolej tiada pantai, takut ada yang terjun ke laut pula.
Proses merawat pelajar-pelajar tersebut berjalan dengan lancar walaupun ada yang cuba melarikan diri, tapi dapat dikawal sepenuhnya. Menurut ustaz yang merawat, pelajar-pelajar tersebut telah dirasuk oleh 7 orang puteri, ibu dan bapa jin dimana usia 7 puteri ini di alam nyata berusia ratusan tahun tetapi dialam mereka baru berusia dari 4 ke belasan tahun.
Setelah semuanya selesai pihak kolej telah memberikan cuti raya awal kepada semua pelajar dengan harapan pelajar-pelajar yang dirasuk dapat dirawat dengan lebih sempurna oleh keluarga masing-masing, akan tetapi setelah pulang semula ke kolej pelajar-pelajar yang telah dirasuk itu tidak boleh bertentang mata sesama meraka kerana boleh menyebabkan pergaduhan sesama mereka. Ada di antara mereka yang berhenti kolej dan ada yang terpaksa meneruskan kerana peperiksaan akhir yang akan tiba, sedih sangat waktu ni tapi apakan daya aku terpaksa melepaskan jawatan aku sebagai warden, cukuplah jadi pengajar je sebab tak sanggup lagi nak berhadapan dengan kejadian ini. Alhamdulillah lepas kejadian ni dah tiada lagi berlaku kejadian kerasukan sehingga aku berhenti dari menjadi pengajar dan kolej itu pun dah berpindah ke Kuala Terengganu.
Sekian, Terima Kasih
Zur’s
Ehh ? Takkan first komen kot aku harini
Puteri2 tu bermusuh sama sendiri ke?
x faham..kenapa x boleh bertentang mata pulak?
Berebut kan kayu Koka tu sesama sendiri. Kut kalau berjumpa bertentang mata habislah start adegan rebut merebut.
berebut emas ke duit ke xpe gk… ni tu jer.. ermmm… Biselh adik brdik gado…
Nama dlm watak boleh pula same gn kami. Kami means sy & kwn2 baik sy. Sy ika..lg 2 org shbt baik yana & wana. Tapi bkn kami dlm kisah ni ye huhu
takk, ingatkan pasal pencerita masuk kedunia 7puteri selepas kes kerasukan pelajar pelajar.
7 puteri nk berebut tasbih pasal apa ye?
hebat nak main kat kat taman dah mcm public agent
Kes adik beradik tak ngam le tu. Gaduh-gaduh manja.
Kenapa citer1 kat fiksyen shasha ni mcm makin merepek? X kene filter ke?
Not bad..
kolej mana ni kat terengganu
ade sape2 yg terkena mse kejadian ni nak sahkan?
Patutlab taman ilmu ditutup yer, rupanya pasal kisah ni. Haha, ak dulu blaja kustem. Balik ikut jalan pantai, lalu je saujana memang akan nampak api marak dekat taman ilmu, boleh lihat dari celah celah pokok tu. Sepanjang jalan cerah jer. Hahahhahah