assalamualaikum
Usia aku sekarang menjangkau 30an. Kisah ini adalah kisah benar yang telah terungkap satu persatu kebenarannya.
kisah ini bermula pada jam 10pm setelah aku, anak berusia 50hari dan suami aku bersiap sedia nak tidur. telah menjadi kebiasaan buat aku dan suami berborak sebelum tidur. namun pada hari kejadian, hati aku panas dan terasa seram sejuk.
Tanpa aku sedar aku telah berkasar dengan suami aku, dan mengalirlah air mata wanita yang telah lama aku simpan. Suami aku terus keluar dari bilik meninggalkan aku dan anak. Tak sampai 5minit suami aku keluar bilik, aku terdengar bunyi almari baju yg berada di hadapan mata aku terbuka sedangkan hanya aku dan anak sahaja di dalam bilik.
Dalam kegelapan malam aku cuba mengintai almari yg terbuka sedikit. Pelik kerana tiada benda yg mencurigakan. Aku mula mengambil posisi yang selesa di sebelah anakku. Sebelum memejamkan mata, aku mencium dahi anak aku dan tenung mukanya sebelum tertidur.
Tiba-tiba ‘kreeeeekk’ bunyi daun pintu alamari terbuka lebih luas dan besar perasaan seram dan takut mula menghantui diri. Aku cuba membaca ayat qursi namun bacaan aku tunggang terbalik menjadikan dada aku berdengup kencang. Aku merenung tajam ke arah almari sehingga aku tidak sedar bila suami aku masuk semula ke bilik.
‘Dah jom tidur’…. ajak suami aku sambil memegang bahu aku.
‘Ya Allah’…. terkejutnya aku bukan kepalang. Lantas aku baring semula dan menghadap muka anak aku. Sekali lagi aku terkejut sehingga membuatkan jantung aku bagai nak terhenti di saat aku menoleh ke wajah anak aku bukan la manusia, tetapi seketul batu nisan.
Aku terkaku memandang almari dan terlihat susuk tubuh hitam mencangkung pandang tepat ke arah aku. AKu cuba untuk memberitahu suami aku yang berada di sebelah aku bukanlah anak aku namun hanya seketul batu.
Malangnya suami aku hanya memandang aku dan suruh aku tidur. Aku sudah tak dapat mengawal diri aku dengan jantung aku berdegup laju seperti orang baru lepas berlari 1000 batu, terus aku menjerit keluar bilik menuju ke bilik orang tua aku sambil meminta tolong.
‘TAkutttt… makkk takut, arghhh’….
Aku seakan tidak mengenal diri aku dan menjerit tanpa henti. Mak bapak aku pula terkejut lalu jirus kepala aku menggunakan air bacaan yassin. Tiba-tiba aku macam orang hilang ingatan terus diam dan memandang mak aku dengan sisa tangisan yang tersedu-sedu.
Bapak aku mengarahkan agar aku ambil air sembahyang dan tunaikan solat. Aku hanya menurut perintah mengambil wuduk dan cuba untuk solat. Sedang aku menunaikan solat, aku tidak sedar bacaan apa yg aku baca yg pasti bukan lah bacaan dalam solat yang kebisaa aku lakukan. Umpama ada yg berbisik kepada aku baca mentera.
Selesai beri salam, aku menjenguk keluar bilik aku, aku terlihat arwah atuk aku yg telah lama meninggal dunia datang melambai-lambai ke arahku. Aku menjerit memanggil bapak aku, bahawa arwah atuk datang memanggil. Ingatan aku seolah-olah keliru dan separuh diri aku, aku rasakan aku berada di alam nyata, separuh lagi berada di alam yang aku sendiri pun tak pasti. Tak pasal2 aku jadi macam kerasukan umpama diri aku di kawal oleh benda lain. Mata aku kenal dengan orang orang di hadapan aku, tapi mulut aku tidak boleh bersuara memanggil mereka. Mulut aku kumat kamit membaca mentera yang datang secara tiba-tiba.
Di hadapan aku, aku melihat keluarga dan jiran membaca sesuatu. Mulut mereka kumat kamit, tapi suara mereka aku tak dengar. SEtelah bertarung 3jam, akhirnya aku mengenali diri aku. Namun otak aku macam nak gila kerana terlampau banyak kelibat aku boleh nampak. Hijab aku da terbuka. Ye hijab aku da terbuka.
Jam da menunjukkan pukul 3 pagi. Mak bapak aku mengarahkan aku sekeluarga tidur bersama mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini. Mak aku tidurkan anak aku di sebelah aku, tapi hati aku taknak anak aku. Bukan tu aje, anak aku tak nak menyusu dengan aku. SAmpaikan aku mengalami bengkak susu. Ke esokkan harinya aku bangun setelah di kejut kan oleh anak aku.
Aku cuba bagi air susu aku, tapi anak aku tak nak. Bayangkan bayi berusia 50 hari taknak menyusu badan/botol. Lepas nangis die akan tidur. Bangun nangis dan tidur, langsung taknak menyusu. Pada masa yg sama sifat keibuan aku juga hilang. Sampai aku cakap kat mak aku, ni bukan anak aku. SEbabnya anak aku tak bau busuk macam longkang dan paling penting anak aku kuat nyusu, api budak ni taknak susu.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-9427148377333143&output=html&h=194&slotname=4576034561&adk=2254025537&adf=343904021&pi=t.ma~as.4576034561&w=776&fwrn=4&lmt=1683013664&rafmt=11&format=776×194&url=https%3A%2F%2Ffiksyenshasha.com%2Fini-batu-nisan-wanita-ini-berkongsi-kejadian-diganggu-semasa-berpantang%2F&wgl=1&uach=WyJtYWNPUyIsIjEyLjAuMSIsIng4NiIsIiIsIjExMS4wLjU1NjMuMTQ2IixbXSxmYWxzZSxudWxsLCI2NCIsW1siR29vZ2xlIENocm9tZSIsIjExMS4wLjU1NjMuMTQ2Il0sWyJOb3QoQTpCcmFuZCIsIjguMC4wLjAiXSxbIkNocm9taXVtIiwiMTExLjAuNTU2My4xNDYiXV0sZmFsc2Vd&dt=1683013664734&bpp=9&bdt=387&idt=121&shv=r20230426&mjsv=m202304260101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D400bd50183e1e90f-229cb470d8de004f%3AT%3D1679277042%3ART%3D1679277042%3AS%3DALNI_MYLzUZBSTuej1-fQnxoZxvxxIwRdw&gpic=UID%3D00000bdc2f2fe43f%3AT%3D1679277042%3ART%3D1683012774%3AS%3DALNI_MbXLheRblrwxG97j9NMu_eGpI7llg&correlator=6000626446714&frm=20&pv=2&ga_vid=229278750.1679277043&ga_sid=1683013665&ga_hid=502180051&ga_fc=1&rplot=4&u_tz=480&u_his=6&u_h=1440&u_w=2560&u_ah=1342&u_aw=2560&u_cd=30&u_sd=2&dmc=8&adx=52&ady=2710&biw=1303&bih=1001&scr_x=0&scr_y=0&eid=44773809%2C44759842%2C44759875%2C44759926%2C31074140%2C31074177%2C44788442%2C44789762%2C44789923&oid=2&pvsid=3067243635018134&tmod=1280413207&uas=0&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Ffiksyenshasha.com%2Fpage%2F576%2F&fc=896&brdim=220%2C124%2C220%2C124%2C2560%2C25%2C1318%2C1137%2C1318%2C1001&vis=1&rsz=%7C%7CevEbr%7C&abl=CS&pfx=0&fu=128&bc=31&ifi=1&uci=a!1&btvi=1&fsb=1&xpc=qGDK1vaXQ0&p=https%3A//fiksyenshasha.com&dtd=140
Bab yang anak aku bau longkang tu, padahal mak aku dah mandikan siap sabun. Tapi tetap bau longkang. Mak aku sendiri mengaku pelik, kenapa anak aku bau busuk.
Menjelang senja, suami aku membawa pengamal perubatan untuk ubatkan aku tanpa memberitahu aku. Namun entah kuasa apa yang aku dapat, tibe2 aku menjerit bagitahu kat mak aku suruh orang tu balik.
Aku terus lari masuk bilik. Aku menangis. TApi aku tak tahu apa yg aku tangiskan sampai aku tertidur kerana keletihan. Suami aku kejut aku suruh bangun, katanya ade orang nak jumpa. Orang tu masuk bilik aku bagi salam.
Aku jawab salam dia tapi tunggang terbalik. OTak aku jadi macam malam semalam, seolah-olah ade yang mengatur perbuatan dan percakapan aku. Aku tak tahu ape yg orang tu bace dan sembur-sembur kat bilik aku, tapi yang pasti aku hanya merenung die dengan pandangan tajam. Dan yang paling aku tak lupa, orang tu bagi aku air untuk di minum. Aku ambil gelas air, bile aku nak minum muncul ulat dan air bertukar hitam. Terus aku baling kat orang tu. Mereka yg ada di rumah aku kata, air tu hanya air masak biasa. Tapi kenapa aku boleh nampak air lain? ah biarlah.
Setelah azan magrib, aku di suruh bersiap untuk berjumpa ustaz. Tangan dan kaki aku di ikat, aku di tarik keluar dari rumah kerana menurut mereka, aku meronta-ronta tak mahu ke rumah ustaz. Sebelum bergerak, aku lihat bapak aku renjis air dekat kereta, untuk ape aku tak pasti. Tapi yang aku pasti, bapak aku dukung lembaga hitam.
Dalam perjalanan aku terlihat sebuah kedai, di bahagian dapur, di atas periuk ade lembaga sedang mencangkung. haha, da macam cerita dongeng. Tapi itulah realitinya. Sampai dirumah ustaz, aku menjadi balik.
Aku tak nak keluar kereta. Aku rase seram sejuk. Aku rasa nak menjerit. AKu takut. Mereka paksa aku keluar rentap tangan aku. BIla jejak je kaki aku kat rumah ustaz tu, aku dapat rasa kan macam kaki aku tercucuk paku. Sakitnya masyaAllah. Yang peliknya bila aku tengok tapak kaki aku, paku pon takde, d***h pon takde.
Sampai di depan pintu rumah ustaz, aku taknak masuk aku dapat rasakan kaki aku di pegang oleh sesuatu yang membuatkan aku tidak boleh bergerak. Hanya badan sahaja maju ke depan. UStaz pandang ke arah kaki aku dan baca sesuatu sambil jari telunjunya tuju ke arah aku. Tibe-tiba kaki aku yang tadinya berat terus ringan. Aku di beri minum air limau nipis dan ustaz mengarahkan aku supaya hafal surah fatihah 21x dan Laa illa ha ilallah 21x agar kuatkan semangat aku.
Setelah proses berubat dengan dan ayat yang dia suruh amalkan aku buat, aku rase kepala aku ringan, dan saat itu aku teringat anak aku. Malam tu aku tak dapat tidur. KEpala aku rungsing memikirkan anak aku tak mahu menyusu.
PUas aku suapkan. Tetap taknak. Jauh di lubuk hati aku mengata ini bukan anak aku. Kesudahannye aku mintak suami aku bawa aku ke rumah ustaz td untuk bertanyakan perihal anak aku. Sampai di rumah ustaz, aku ceritakan anak aku dah tak menyusu 2 hari. Di beri nestum dan susu botol pun tak nak.
bibir anak aku kebiruan. SUhu badannya sejuk. Namun aku tak cakap kat ustad tu yang aku syak tu bukan anak aku. Ustaz tu seolah2 dapat tahu yg tu bukan anak aku, die bace surah ape tah aku da lupa, pastu die seru nama anak aku 3x dan semburpada air untuk d beri anak aku minum. Anak aku pula sepanjang ustaz bacakan bacaan tu, mata anak aku merah dan merenung tajam ustaz tu. Benda ni memang tak masuk akal. Bayi 50 hari berkelakuan cam tu.
Sampai sahaja di rumah anak aku berbau bayi, wangi beby tu. hah pastu die merengek, aku suapkan susu badan aku terus die tangkap dan menyusu cam da lapar sangat. Kejadian ini sangat pelik dan bile aku datang balik kat ustaz tu, aku tanya kan kenapa jadi padaku dan anak aku. Menurut ustaz, ada sesuatu yg mahu mengikuti aku lebih kepada saka. Dan yang paling tak boleh di terima akal, anak aku di sorok di dalam almari. Selama 2 hari aku histeria, bayi yg aku pegang roh nya bukan anak aku tapi lain.
Ini pengalaman aku. Terpulang nak percaya atau tak. Namun aku yakin setiap kejadian Allah da susun dan atur. Biarlah ianya menjadi kenangan paling seram buat aku.