#Maira – Nanti Kita Jumpa

Mak long : Dia janji apa dengan Maira?

Aku : Dia janji nak datang jumpa Maira dekat asrama.

Mak long : Hari apa yang dia cakap nak datang?

Aku : Petang Ahad. Dia cakap nak ajak Maira keluar outing.

Tapi dia tak datang.

………………

Assalamualaikum sahabat FS yang dikasihi. Thanks admin sebab sudi publish cerita aku kali ini. Cerita kali ni adalah kisah benar berkenaan dengan kakak sepupu aku yang bernama Lily. Yang mana ada di antara nama, tempat dan waktu terpaksa dirahsiakan.

Lily. Dia merupakan kakak sepupu aku. Beza umur kami cuma selang dua tahun je. Lily seorang yang cantik. Di antara ramai-ramai sepupu, pada mata aku dialah yang paling cantik.

Sejak dari kecil lagi aku agak rapat dengan Lily dan adik beradiknya berbanding dengan sepupu-sepupu yang lain. Walaupun aku adalah antara budak yang selalu kena buli. Sebab pada diorang aku ni budak bandar yang selayaknya dibuli.

Hubungan kekeluargaan kami renggang apabila mak dan abah aku berpisah. Dan sejak daripada tu la aku tak pernah lagi berjumpa dengan Lily dan sepupu yang lain.

………….

8 TAHUN KEMUDIAN

SEMINGGU SEBELUM (ISNIN)

Tahun tu merupakan tahun aku menduduki PMR. Entah kenapa semakin dekat dengan PMR hati aku tak tenang. Tak tenang tu macam kita tengah rindu atau fikirkan seseorang. Dan masa tu aku tak pasti siapa yang aku fikirkan.

Petang Isnin tu aku pergi ke public phone aspuri. Aku call mak, berbual apa yang patut. Lepas tu aku call abah. Bercakap dengan abah betul-betul buat hati aku sayu. Abah, walaupun jenis yang tak banyak bunyi tapi bila abah bercakap terus menusuk kedalam hati. Dan lepas tu aku call atuk di kampung. Minta didoakan. Dan masa ni la buat pertama kalinya aku bercakap dengan Lily.

Lily : Maira.. PMR buat betul-betul tau.

Aku : InsyaaAllah. Lily pun sama. SPM dah tak lama dah kan?

Lily : Ha’ah. Maira, Lily nak jumpa Maira. Bila Maira free?

Aku : Weekend free je. Tapi Lily kena datang asrama la. Maira tak boleh keluar kalau tak ada family yang datang.

Lily : Okay boleh! Nanti dah sampai sana macam mana nak panggil Maira?

Aku : Sampai dekat guard, cakap je nak jumpa Maira form 3. Nanti tahulah guard tu panggil.

Lily : Okay..okay. Ahad petang Lily datang, kita keluar ea.

Aku : Okay, Maira tunggu.

Talian ditamatkan. Mungkin lepas dah bercakap dengan orang-orang yang penting, hati aku jadi lega yang amat.

………..

Hari berganti hari. Dan sememangnya aku menghitung hari. Tak sabar untuk berjumpa dengan Lily. Hampir 8 tahun kami tak pernah langsung berjumpa. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana waktu jumpa dia nanti. Ada macam-macam rasa yang datang. Rasa gembira sangat dan dalam masa yang sama sedih. Kenapa sedih?? Sedih sebab dia masih ingatkan aku dan dia je satu-satunya yang bersungguh nak jumpa aku.

JUMAAT

Hari Jumaat petang tu sekali lagi aku call rumah atuk semata-mata nak bercakap dengan Lily.

Aku : Lily jadi kan nak datang Ahad ni?

Lily : Jadilah. Kan dah janji?

Aku : Pukul berapa Lily nak datang?

Lily : Petang. Tapi tak pasti pukul berapa. Mungkin lepas asar ke.

Perbualan kami meleret kepada macam-macam cerita. Hakikatnya kami berdua masa tu sama-sama tidak sabar untuk berjumpa. Dan kedatangan Lily aku rahsiakan dari pengetahuan mak aku.

…………..

AHAD PETANG

Hari yang ditunggu tiba. Lepas je solat asar. Baju untuk dipakai semuanya sudah siap bergosok. Hanya nak menunggu ketibaan Lily. Aku sememangnya tak senang duduk, sekejap-sekejap aku keluar menjengah dari hujung koridor dan kemudian masuk semula ke dalam dorm. Begitulah berulang-ulang kali. Tapi bayang Lily langsung tidak muncul hari tu. Petangnya sebelum aktiviti surau bermula aku call rumah atuk. Tapi panggilan aku tak berjawab. Dua tiga kali juga aku try call tapi tetap talian tak berjawab.

………….

“Lily?” dia hanya tersenyum dan terus memeluk aku.

“Kenapa Lily tak datang? Maira tunggu Lily.” Aku tanya Lily. Tapi dia langsung tak menjawab. Dia cuma tersenyum sambil genggam tangan aku.

“Nanti Lily datang kan?” aku tanya dia lagi. Dan dia cuma menggeleng. Genggaman tangan kami dileraikan dan dia terus berjalan meninggalkan aku.

Dan aku terus tersedar dari tidur. Mimpi rupanya. Mungkin disebabkan aku terlampau memikirkan hal tersebut hingga terbawa kedalam mimpi.

…………..

ISNIN PAGI

Keesokannya sebelum loceng pagi berbunyi, aku dah terpacak dekat public phone. Aku call rumah atuk lagi dan kali ni panggilan aku berjawab.

Aku : Assalammualaikum atuk, Maira ni.

Kak Ila : Waalaikumsalam. Maira. Ni kak Ila, atuk tak ada.

Aku : Kak Ila, Lily ada tak? Maira nak cakap dengan dia.

Kak Ila : Lily tak ada. Dia dekat hospital.

Aku : Dekat hospital? Bila dia balik Kak Ila?

Kak Ila : Akak tak tahulah Maira. Nanti Maira call lagi ye.

Aku akur. Sekali lagi aku rasa hampa. Atuk tak ada? Lily dekat hospital? Siapa yang sakit? Atuk ke? Bermacam soalan yang timbul tapi tak ada satu pun jawapannya.

…………..

SELASA PETANG

Petang tu sebelum aktiviti surau bermula. Aku menelefon rumah atuk lagi dengan harapan yang aku dapat bercakap dengan Lily. Entah kenapa hati aku macam tak sedap.

Aku : Atuk… Lily ada tak?

Atuk : Maira, Lily tak ada. Kenapa Maira cari Lily?

Aku : Tuk, Maira nak cakap dengan Lily. Hari-hari Maira call Lily, tapi tak dapat cakap dengan dia. Lily pergi mana tuk?

Atuk : Maira… Lily dah tak ada.

Aku : Tak ada? Semalam Kak Ila cakap dia dekat hospital, siapa yang sakit tuk? Lily pergi mana?

Masa ni aku memang tak dapat nak cerna maksud yang cuba atuk sampaikan pada aku. Otak aku macam tak berfungsi. Degup jantung aku macam makin laju je rasanya.

Atuk : Lily dah meninggal Maira. Lily accident petang Ahad kelmarin.

Aku : Atuk cakap apa ni? Lily dah janji nak datang jumpa Maira la hari Ahad tu. Maira tunggu dia tapi dia tak datang pun.

Suara aku antara keluar dengan tak masa ni. Terkejut dengan berita yang disampaikan sampai aku fikir atuk sengaja tak bagi aku jumpa dengan Lily.

Atuk : Maira, sabar. Istighfar. Lily dah tak ada, dia accident. Tuk tak tipu Maira.

Sebak dan sedih yang aku rasakan masa tu hanya Allah je yang tahu. Segala sendi terasa tak menyokong badan, gagang telefon terlepas dari tangan. Aku menggigil dalam tangisan. Mujur ada kawan-kawan aku yang sempat papah aku untuk duduk.

Aku : Kak Ummil, boleh tak buatkan tahlil untuk kakak sepupu Maira?

Kak Ummil : Boleh Maira. Kita masuk surau dulu, nanti akak cakap dengan warden.

Bacaan tahlil petang tu diadakan atas bantuan Kak Ummil iaitu ketua aspuri aku. Dan waktu ni, aku terbayang mimpi yang mana arwah Lily datang dan memeluk aku. Dia mungkin tak dapat berjumpa aku secara realiti tapi demi tak menghampakan aku… dia tetap datang berjumpa aku untuk terakhir kalinya.


CERITA DARI ATUK

Menurut cerita atuk….

Tengahari Ahad tu Lily dan abang chik keluar menaiki kereta. Dan dalam perjalanan balik mereka bertembung dengan sebuah kereta. Lily tercampak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan yang teruk.

Sewaktu di hospital, atuk sempat bercakap dengan Lily. Dan Lily ada menyebut kata “maaf tak dapat tunaikan janji”. Cumanya masa tu atuk tak pasti janji apa yang dimaksudkan Lily.

………….

CERITA DARI ABANG NGAH

Menurut cerita abang….

Seminggu sebelum insiden, Lily jadi sangat rapat dengan abang ngah. Hinggakan kemana saja abang ngah pergi mesti dia nak mengikut. Langsung tak nak berenggang walhal sebelum-sebelum itu Lily tak pernah bersikap macam tu.

Dan pada hari kejadian sekali lagi Lily berubah. Dia langsung tak bertegur dengan abang ngah. Waktu dia nak keluar dengan abang chik, dia langsung tak pandang muka abang ngah sedangkan dia lalu depan abang ngah.

Dalam perjalanan balik tu, Lily beria-ia minta dihantarkan kesebuah sekolah berasrama. Katanya ada janji dengan seseorang. Dan disebabkan nak cepat, abang chik cuba memotong sebuah lori tapi tak lepas dan kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan.


PONTIAN, Julai – Dua terbunuh dan dua lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kem4langan di kilometer 51 Jalan Johor Bahru Batu Pahat, dekat Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, di sini, semalam.

………….

Berita tentang kem4langan Lily dapat liputan akhbar pada tahun tu. Aku tak dapat keratan akhbar tu tapi aku dengar dari cikgu Bahasa Melayu aku tentang kem4langan tersebut. Dan memang betul, nama mangsa kem4langan yang diceritakan cikgu BM aku tu ialah nama abang chik dan arwah Lily.

Dan sehingga ke kini, aku masih menziarah pusara arwah Lily sebagai ganti pada perjumpaan kami yang tidak kesampaian tu. Mungkin satu hari nanti pertemuan itu akan berlaku juga…seperti yang dijanjikan.

M4ti itu pasti, hidup InsyaaAllah. Dan sesungguhnya janji Allah itu juga adalah pasti.

Innalillahiwainnailaihiraji’un…

Alfatihah buat arwah Lily….

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

352 thoughts on “#Maira – Nanti Kita Jumpa”

  1. Sedihnya cite malam ni.. Setiap yang hidup pasti mati.. Kehilangan orang yang kita sayang bukan suatu perkara yang indah ia sangat melukakan.
    Harap kita punya waktu untuk bertaubat.. InsyaAllah..

    Reply
  2. Sedihnya Maira??

    Lily nak sangat jumpa dengan you dan itu adalah petanda dari dia yang dia dah pergi.

    Al Fatihah buat arwah Lily.

    Reply
  3. Al Fatihah untuk lily. Maira mesti sebak masa menaip cerita ni kan? Apapun just nak cakap bagus jalan penceritaan maira. Lancar dan mudah difahami.

    Reply
    • Allahumma aminn utk doanya Faz.. sebenarnya Maira terpanggil utk tulis cerita ni sebab Maira mimpikan arwah. Memang sebak sangat..

      **tQ utk komen tentang penceritaan maira.. maira still merangkak untuk belajar menulis dengan lebih baik. haha.

      Reply
  4. Al fatihah buat allahyarhamah lily.sedih betul.walaupun tak sempat jumpa still cuba kotakan janji walaupun yang hadir tanpa jasad.roh bertemu roh.semoga tabah.teruskan menulis.

    Reply
    • Alfatihah.. tQ Balqis baca citer maira.. Maira bersangka baik yg arwah cuba utk jumpa juga dengan maira even cuma dialam tanpa dinding..

      Reply
  5. Allahu… Kesian nyaaaa.. Tak dapat nak bayangkan betapa kecewa nya dia tak dapat nak tunaikan janjinya berjumpa dgn Maira.Tapi dia tetap jugak berjumpa dgn maira walaupun dalam mimpi. Semoga Lily di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

    ** Standard wei komen lebih panjang dari cerita. Hahahahahahahaha.

    Reply
    • tQ FF sudi baca. kekecewaan dikedua belah pihak. tapi takde siapa boleh menolak takdir.

      **agak lambat ye FF komen kali ni.. selalu belah2 atas hihihi

      Reply
      • Ye betul tu maira. Semua dah ketentuan Nya.. Semoga maira sentiasa tabah. Tak sabar tunggu next story maira kena publish. hehe.

        ** FF layan FS waktu kerja je. Kalau dah sampai rumah or waktu cuti, memang x lah nak melayan FS hehehe

        Reply
        • next setori dah sent tunggu admin review dulu la.. tu pun maira tak sure mampu buat orang terima ke tak sebab tulis time otak macam tak berapa center.. hahaha

          **maira pun sama.. dekat rumah tak pegang hp dah.. FS ni online dekat ofis je..

          Reply
  6. Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita…. ni tempat org yg suka bace cerita hantu adik2 oiii… bukan tempat chit chat

    Reply
  7. sekarang ni banyak komen merepek je dalam FS ni. cuba la bg komen pasal cerita ni instead of duk merenyam je keje nye.
    #donesentap

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullah Ain… Alfatihah.. tQ baca citer maira yg tak seberapa.

      **tunggu citer maira ke tunggu next setori admin post?? hihihi

      Reply
  8. Hi Maira,

    Sedihhhhh cerita maira ni… n lebih sedih sebab lokasi yg arwah lily eksiden tu hari2 saya lalu pergi n balik kerja…umur maira 27 kan? muda setahun dari saya.. kalau saya tak silap kira lah tahun arwah lily eksiden n umur maira waktu itu…n sekolah berasrama tu saya tak boleh nak agak maira sekolah mana…tapi kalau maira satu sekolah dengan saya kira maira ni junior saya lah…

    Reply
    • Hi Sya..

      alamak… hahahaha sya ni org pontian ke?? mmg asal sane? pontian dekat mana? hati2 tau ulang alik jalan tu. Byk kisah accident dekat jalan tu.

      *maira ada bubuh tahun ea dalam citer?? macam tak ada rasanya. hahaha
      **Kak Sya sekolah mana dulu?

      Reply
      • hehe….akak search berita kemalangan yg maira letak dalam cerita tu…then kt berita tu ada tarikh ..winkkk ;)..ya akak org pontian… aritu latest bulan 8 kot ada eksiden yg trok sampai kereta terbakar n mangsa terbakar kt area yg sama arwah lily eksiden..akak skola SMKDPB..tapi akak tak duduk asrama..duduk rumah je..ada certain budak yg rumah jauh je duduk asrama..adakah maira skola yg sama? akak rasa macam ya macam tak..huhuhu..btw, nice to know u maira…selama ni akak silent reader je kt sini..tapi sebab nak komen kt cerita maira ni akak sanggup register tauuu..hahahah

        Reply
        • Allahuakhbar.. akak rahsia ea pasal search berita tu.. maira dah try sehabis mungkin utk hide info..hihihi SMKDPB ke??? Maira tak sekolah situ tapi pernah datang situ mase form 5 utk MSSD punya sukan wakil sekolah.

          Reply
          • hehe pada awalnya memang maira dah berjaya hide info but then at the end maira tersilap sket..ok kesimpulannya kita bukan satu sekolah..masa maira datang skola akak, akak dah takde dah kt sekolah..dah kt matrik…nampaknya kita bertemu di fiksyen shasha ni….hahhahaha

          • haaa tu la.. rasa macam nak suruh admin delete citer ni.. hihihi tapi kan.. sorry ea akak.. time maira form5 tu maira tak suke SMKDPB.. sebab certain studentnye try ngorat maira punya secret admire.. hahahahaha (off record)

          • hahhahahaah yeke..mesti hensem kan secret admire maira tuuu…so maira camne dengan secret admire tu sekarang? ke maira dah kawen ngn lelaki lain?? hehe *akak taktau maira single ke married…

          • maira belum kawen. hahaha secret tu dah campak dalam serombong kapal selam.. alaa kak. puppylove time sekolah.

Leave a Comment