Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM Tahun 2020

Perhatian kepada para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke dalam sekolah Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Anda boleh mula mendaftarkan anak ke dalam Prasekolah sesi 2020. Anda perlulah membuat permohonan awal bagi mengelakkan anak anda tercicir memasuki prasekolah.

Di sini kami sediakan informasi untuk anda mengisi borang permohonan prasekolah sesi 2020.

prasekolah

Cara Permohonan Prasekolah KPM Tahun 2020

Berikut cara untuk anda membuat permohonan Prasekolah KPM pada tahun 2020.

  1. Layari laman web: https://eprasekolah.moe.gov.my/
  2. Jika anda belum pernah mendaftar, daftar akau  baru SINI.
  3. Jika sebelum ini pernah mendaftar, bolehlah terus login ke dalam sistem eprasekolah.
  4. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  5. Pilih negeri, daerah, dan sekolah mana yang anda berhasrat untuk menempatkan anak anda.

Kemudian , hantar borang dan cetak untuk tujuan bukti dan rujukan di masa hadapan.

Tempoh permohonan dibuka: Mac 2019 hingga hujung April 2019

Syarat Permohonan Memasuki Prasekolah KPM 2020

Berikut adalah syarat permohonan:

  1. Anak mestilah warganegara.
  2. Mestilah lahir antara tarikh 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja.

Kami  mengucapkan selamat mengisi borang permohonan prasekolah online.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]